Kebiasaannya, orang akan ingat kalau camping, mesti berkhemah di dalam hutan dalam keadaan yang serba serbi minimalize. Tidur beralaskan carry mat atau tidur di atas hammock dan masak menggunakan mess tin.
Itu belum masuk situasi faktor cuaca yang mengganas di dalam hutan lagi. Tapi sejak konsep glamping ni wujud, ramai orang yang jiwa tak berapa nak lasak sangat boleh enjoy dan experiance bermalam dalam khemah di kawasan hutan dalam keadaan selesa, selamat dan mencukupi. Ada banyak lokasi percutian glamping umpama cendawan tumbuh di sekitar Malaysia yang menjadi trend pilihan percutian hari ini, antaranya The Stick Guide.
Ads
Jika anda merupakan individu yang disuruh bekerja dari rumah atau ‘work from home’ dan berasa bosan ketika PKPB ini, ambil kunci kereta anda dan terus memandu ke sini. Lokasi ini terletak di Kuala Kubu Baru, lebih kurang satu jam perjalanan menaiki kereta dari Kuala Lumpur. Oh ya, jangan lupa jika anda tidak dibenarkan untuk merentas daerah atau negeri jangan cuba-cuba langgar SOP. Mungkin anda boleh merancang ke sini setelah PKPB ditarik balik.
Di The Stick Guide ada lebih kurang 12 pilihan ‘tendok’ yang ditawarkan kepada anda untuk bermalam di sini? Apa itu ‘tendok’? ‘Tendok’ adalah perkataan tent (khemah) dan pondok yang The Stick Guide gabungkan dalam pemberian nama rumah penginapan mereka.
Ads
Selain daripada menggunakan bahan berasaskan kayu dalam pembinaan ‘tendok’, mereka juga menggunakan bahan semulajadi seperti buluh untuk memberikan rasa dan sentuhan alam semulajadi yang asli kepada anda yang menginap di sini. Nak buat kerja di sini pun tidak bosan dan stres kerana dikelilingi alam hijau yang tenang. Paling menarik terdapat sebatang sungai dan jambatan gantung yang menghiasi persekitaran. Nak cakap lebih pun tak guna, cuba layan gambar-gambar di The Stick Guide, memang sangat teruja!
Menginap di V E Hotel & Residence, Bangsar South yang menjanjikan penginapan yang sangat memuaskan di Kuala Lumpur dengan reka bentuk moden. Menyediakan kemudahan, keselesaan dan akses mudah buat pelancong perniagaan di Bangsar South, sebuah hab komersial dan gaya hidup yang kian berkembang maju di kota Kuala Lumpur.
Inapan ideal di tengah kota
V E Hotel & Residence Bangsar South (V E Bangsar South) ialah jenama hotel empat bintang merupakan pilihan tepat buat sesiapa jua yang mencari inapan strategik di tengah kota . Terletak berdekatan dengan KL Sentral, stesen Transit Aliran Ringan utama di bandar yang menghubungkan terus ke kereta api ekspres menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, hotel ini menyediakan kemudahan dan keselesaan untuk bergerak. Dengan sejumlah 337 buah bilik mewah dan bilik suite penjuru yang serba lengkap berserta 90 bilik kediaman servis apartmen dan berkelengkapan penuh yang mempunyai satu serta dua bilik tidur, hotel ini merupakan pilihan tambahan yang amat tepat buat kawasan yang semakin berkembang maju.
Pelbagai pilihan untuk penginapan
Direka dengan penuh teliti, V E Bangsar South menampilkan ruang lobi yang luas berserta tiga kaunter penyambut tetamu bagi menjamin proses daftar masuk dilakukan dengan pantas. Tetamu boleh memilih bilik mewah, bilik suit atau bilik mewah perniagaan yang menyediakan akses kepada kemudahan istirehat yang bersifat peribadi.
tetamu boleh menempah kediaman hotel yang mempunyai satu atau dua buah bilik tidur dengan kemudahan daftar masuk dan lif yang berasingan
Memasuki ke ruang apartmen satu bilik, memberikan keselesaan buat anda yang datang bersama keluarga. Apa yang menariknya ruang tamu dilengkapi dengan set sofa dan juga TV LCD untuk lepak santai sambil menonton program kesukaan.
Di lantai yang sama ruang dapur dan ruang makan tersedia buat pengunjung. Lengkap dengan kabinet dapur serta peralatan elektrik seperti peti sejuk, microwave dan mesin basuh memberi kemudahan. Ruang bilik juga dilengkapi dengan TV LCD. Tilam yang empuk memberikan anda istirehat yang sebenar. Bilik ini dilengkapi dengan wardrobe dan juga bilik air. Anda tidak perlu berebut kerana di luar bilik juga disediakan tandas.
Kemudahan amenity yang pelbagai
V E Bangsar South direka dengan ciri-ciri kepekaan moden yang memberi tumpuan terhadap penyediaan keperluan yang tepat, seperti katil yang besar, sambungan WiFi yang bagus, kemudahan dan ameniti yang amat teliti, perkhidmatan yang penuh perhatian serta lokasi yang strategik. Direka dengan gaya pancuran air yang mengagumkan, podium ini menempatkan restoran hotel untuk menjamu selera sepanjang hari, dikenali sebagai The Straits Estate, berserta tiga bilik menjamu selera peribadi, sebuah bar kawasan terbuka dan ruang istirehat, kolam yang amat luas, serta gimnasium yang serba lengkap dan dibuka 24 jam.
Design restoran yang classy..
Di sini terdapat empat in-house kafe dan restoran iaitu The Straits Estate, Kiosk The Deli, Veranda Bar & Lounge dan Poolside Cafe. Restoran The Straits Estate dibina menghadap central garden courtyard dengan sebuah kolam yang menambah suasana tenang. Manakala di lobi Kisosk The Deli, pengunjung boleh menikmati hidangan ringkas seperti gourmet sandwich, salad dan pastries bersama pilihan snek tradisional tempatan. Anda boleh singgah menikmati minum petang di sini sambil menghirup kopi atau teh.
Swimming sambil minum cocktail
Bagi yang suka berenang, jangan lepaskan peluang. Santai di area kolam renang memberi pandangan yang menarik sambil menikmati bangunan-bangunan di sekitar Bangsar South. Kolam untuk kanak-kanak turut disediakan . Kesemua kemudahan ini terletak di tingkat tiga.
Turut sesuai untuk event korporat
Untuk mesyuarat dan sebarang acara, V E Bangsar South terletak berhampiran dengan Pusat Persidangan & Acara Connexion, pengurus acara terkemuka yang mengurus kemudahan yang memiliki pelbagai fungsi menarik dan mampu memuatkan sehingga 2,000 peserta, selain mudah diakses terus dari hotel. Sesungguhnya hotel ini amat tepat untuk pelancong komersial dan kumpulan perniagaan, V E Bangsar South direka dengan ciri-ciri kepekaan moden. Terima kasih V E Hotel & Residence Bangsar South untuk penginapan yang sangat selesa.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jika di Thailand terkenal dengan festival tahunannya, Songkran, Korea Selatan juga tidak ketingggaln dengan festivalnya yang popular iaitu Festival Lumpur Boryeong. Kedengarannya kotor dengan lumpur bergelumang di tubuh namun ternyata begitu menarik perhatian pelancong serata dunia.
Festival yang dimulai sejak 1998 ini kembali berlangsung kembali dan mampu menarik jumlah pelancong antarabangsa paling ramai untuk berkunjung ke Korea Selatan. Tahun ini festival ini memasuki tahun ke-20, dan berlangsung dengan meriah dari 21 hingga 30 Julai 2017 di persekitaran pantai Daecheon, Chungnam. Festival ini dinobatkan sebagai festival paling popular di kalangan pelancong asing.
Bermula sebagai festival tempatan akhirnya menjadi festival global. Festival Lumpur Boryeong berkali-kali menjadi juara festival terbaik di Korea Selatan dari tahun 2008 hingga tahun 2010. Sejak tahun 2015, festival ini akhirnya menjadi festival global. Ribuan orang dari warga tempatan juga pelancong asing turun ke Pantai Daecheon di Boryeong, Korea Selatan untuk merayakan festival ini.
Manfaat lumpur
Keadaan geografi wilayah Boryeong yang merupakan daerah pantai yang menarik dilimpahi lumpur halus. Penduduk tempatan percaya bahawa lumpur dari Boryeong memiliki kesan positif pada kulit kerana kandungan mineralnya.
Awal diadakan festival ini ialah pada 1996 ketika pelbagai produk kosmetik dibuat menggunakan lumpur dari Boryeong. Kosmetik tersebut kaya dengan mineral, bentonit dan geranium. Bagi mempromosikan produk kosmetik itu, mulai 1998 dikenali festival Boryeong.
Pantai dengan pasir putih yang memanjang lebih dari dua kilometer itu sesak dipenuhi masyarakat tempatan dan pelancong asing, sama ada sekadar berjemur mahupun bermain air dan pasir. Maka tidak perlu bimbang akan kotor atau jijik apabila lumpur melumuri tubuh kerana kandungan di dalamnya mampu mencantikkan kulit.
Mandi Lumpur Jadi Tradisi Budaya
Bagi merasakan pengalaman dan manfaat-manfaat lumpur Boryeong, para pengunjung mengambil kesempatan untuk membenamkan diri dalam lumpur dalam suasana hebat di festival ini. Tidak ketinggalan mereka turut merasai kehebatan meluncur dengan papan di lumpur malah berenang dalam kolam lumpur.
Banyak sekali kegiatan yang diadakan di festival itu. Antaranya bermain lumpur di penjara, body painting dengan beraneka warna lumpur, serta yang paling hebat dan ditunggu kebanyakan orang ialah gusti di lumpur. Inilah momen terbaik untuk lensa kamera merakamkan detik dan aksi pengunjung yang pelbagai yang hanya terjadi sekali dalam setahun. Pesta main lumpur ini semakin mengasyikkan.
Pengunjung leka dalam kegilaan main lumpur, saling melempar lumpur dan melumuri sekujur tubuh dengan lumpur yang ada. Bagi mereka yang rasa bertenaga boleh mencuba program latihan lupur marin, sementara mereka yang sekadar mahu bersantai boleh bermain di zon urutan berlumpur.
Pada sebelah petang, muzik dan bunga api menghiasi aktiviti dan parti yang diadakan di kawasan pantai. Konsert K-Pop memeriahkan pembukaan Festival Lumpur Boryeong kali ini. Acara tersebut juga ditayangkan oleh stesyen televisyen tempatan. Walaupun keletihan bermain lumpur di siang hari, namun acara muzik di sebelah malam melengkapi festival kali ini. Ternyata festival ini memberi kepuasan buat pengunjung.
INFO: Untuk berkunjung ke Boryeong dari Seoul, pengunjung boleh menaiki bas, teksi dan kereta dalam tempoh waktu sekitar satu jam pemanduan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Emiriyah Arab Bersatu (UAE) melancarkan perkhidmatan perkahwinan dalam talian yang membolehkan pasangan meneruskan pernikahan walaupun dalam sekatan pergerakan akibat wabak COVID-19.
Perkhidmatan ini diperkenalkan selepas Dubai menggantung urusan berkaitan perkahwinan dan perceraian akibat kekangan pergerakan bagi mengekang COVID-19. Namun, sehingga kini tidak ada sebarang maklumat mengenai langkah menyelesaikan urusan perceraian sepanjang tempoh sekatan pergerakan.
Kalau berlibur di hujung minggu, pengalaman menonton filem di pawagam sering menjadi sebahagian daripada gaya hidup warga kota. Namun sebuah nama yang pernah menjadi...