Bahagia itu tidak bersandar pada kebendaan semata-mata, apa guna semua kemewahan sekiranya hati tidak tenang?
Kebahagiaan itu sebenarnya terletak pada diri sendiri dan hati kerana hanya diri yang dapat menentukan hala tuju kehidupan sama untuk mengecapi kebahagiaan atau kemewahan.
Ada setengah-setengah daripada kita sangat bahagia jika dapat hidup bersendirian, jauh daripada orang ramai. Mereka tidak kisah digelar ‘anti sosial’ hanya perlu hidup ditemani keluarga atau kenalan yang rapat sahaja. Jika anda tergolong dalam individu yang sedemikian, ini idea untuk membina kediaman yang unik untuk berada dalam lingkungan hidup sendirian yang tenang.
Seni bina kediaman Melayu asli yang lazimnya berdinding kayu serta beratap nipah atau rumbia kini semakin ditelan zaman, digantikan dengan binaan konkrit berbumbung genting yang lebih gah dan eksklusif.
Tidak keterlaluan jika mengatakan bahawa mungkin ada generasi muda langsung tidak pernah melihat dari dekat keunikan seni bina tradisional yang biasanya didirikan dengan hanya menggunakan kayu seperti meranti ataupun temak.
Justeru, jika anda teringin untuk mendiami rumah konsep sebegini, boleh cuba menginap disebuah resort yang terletak di Terengganu yang menjadi lambang keunikan serta keaslian seni bina tradisional Melayu.
Dari kecik saya suka sejarah, setiap kali baca sejarah selalu bayang macam ada dalam keadaan masa sejarah tu berlaku. Masa kat Terengganu, jumpa satu penginapan kat sini yang berkonsepkan senibina macam zaman silam. Nama tempat ni Warisan Pahlawan Resort. Resort ni dia gabungkan sekali dengan suasana hutan kat sekeliling, jadi bila ada kat sini rasa tenang siap sekali bunyi cengkerik.
Ada kolam renang kalau bawak anak-anak kecik mandi. Ada beberapa jenis bilik sama ada bilik berdua, bertiga, berempat berlapan tak pun bilik yang besar lagi kalau ada yang datang ramai. Harga bilik berdua bermula dari RM60 satu malam, kira murah dah tu, bahagi 2, seorang RM30. Ada satu lagi bilik berempat RM100 semalam, bahagi 4 orang, seorang RM25. Yang penting nak rasai suasana keadaan kat sini, tu yang unik. Ada beberapa lagi jenis bilik.
Kalau yang nak bergambar kat sini. Kalau pakai baju melayu siap tengkolok, memang cantik. Perempuan bawak baju kurung. Background plak bangunan kat sini. Memang cantikkkk. Kalau photoshoot kahwin pun okay jugak kat sini. Tapi kena pakai baju tradisional, kalau baju moden, macam tak kena.
Lokasi kat Kampung Pauh, Kuala Berang. Kalau nak booking. Terus hubungi resort: Alamat : No. 122 Kampung Pauh, 21700 Kuala Berang, Terengganu.
No. telefon/whatsapp : +6012-755 3236
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pusat beli-belah kejiranan yang serba lengkap, IPC Shopping Centre telah membuat pelaburan untuk menaik taraf dan mengubahsuai kelengkapan di dalam pusat itu bagi
menyediakan pengalaman membeli-belah yang lebih selesa untuk para pelanggan. Penambahbaikan terbaru ini terus dibina di atas suasana menarik pusat itu, menjadikannya destinasi pilihan untuk keluarga dan rakan-rakan bertemu, mengeratkan hubungan dan berkongsi detik-detik yang tidak dapat
dilupakan.
Pengurus Besar IPC Shopping Centre, Karyn Lim berkata, “IPC mendapat sokongan yang memberangsangkan daripada komuniti di sekelilingnya selama lebih 18 tahun. Selaras dengan matlamat IPC untuk memberikan pengalaman sama seperti di rumah sendiri atau “Home Away From Home” kepada para pelanggannya, kami berusaha untuk terus menaik taraf pusat beli-belah kami dengan menambah baik perkhidmatan hospitaliti kami, menawarkan campuran penyewa runcit yang lebih meluas, dan menganjurkan lebih banyak acara mesra keluarga yang unik bagi menggalakkan penglibatan para pengunjung kami dan orang yang mereka sayang.”
Kemudahan Baru dan Dipertingkatkan
Sebahagian daripada langkah pengembangan pusat beli-belah baru-baru ini ialah penambahan sebuah eskalator serba baharu yang menghubungkan kawasan tumpuan utama para pengunjung di Aras LG1 (zon kluster makanan) dan Aras G (zon kluster fesyen). Penambahan ini akan memudahkan lagi pergerakan dan aliran trafik para pengunjung, dengan menyediakan lebih banyak lagi pintu masuk di antara Aras LG1 dan G.
Selain daripada itu, pembangunan ini turut melibatkan pengubahsuaian bilik keluarga dengan pencahayaan secukupnya, pemasangan lantai Medintone Armstrong (lantai anti bakteria gred perubatan yang bertindak mengawal jangkitan bagi memastikan keselamatan pengguna) serta sistem pengaliran udara yang khusus dan tercanggih yang mempunyai ciri-ciri penulen udara. Bilik penyusuan yang terletak di dalam bilik keluarga juga telah dinaiktaraf dan kini dilengkapi dengan kunci, memberikan privasi dan keselesaan kepada para ibu yang menyusukan anak mereka. Bilik itu turut dilengkapi dengan ruang permainan untuk bayi, singki, pemanas air serta mesin air panas dan sejuk.
Demi mengutamakan kesihatan dan keselesaan para pelanggan, sistem pengaliran dan penapisan udara di pusat beli-belah juga telah dinaiktaraf merangkumi semua ruang. Pokok-pokok semula jadi turut diletakkan di sekitar pusat beli-belah, menjadi sebahagian daripada hiasan dalaman untuk menggalakkan fitopemulihan (phytoremediation) dan bagi meningkatkan kualiti udara di dalam premis.
Berseronok dan Bermain di IPC Shopping Centre
Bagi menarik perhatian keluarga muda dan mencipta pengalaman bermain yang bermakna untuk kanak-kanak di dalam persekitaran yang bersih dan selamat, IPC telah membina sebuah lagi taman permainan yang serba baharu dan mempesonakan dikenali sebagai ‘Playland’ yang terletak di halaman Aras G.
Ia dilengkapi dengan pelbagai alat permainan termasuk gelongsor, terowong dan kawasan mendaki kecil yang disusun seperti sebuah balapan berhalangan mini. Permainan itu direka untuk mencabar kanak-kanak yang lebih berusia untuk menerokai ruang tersebut secara kreatif sambil bergembira.
Di taman permainan ‘Funland’ IPC yang terletak di Aras 2, beberapa set permainan dan panel interaktif bertemakan dinosaur telah dipasang untuk diterokai oleh kanak-kanak dan bergembira berjam-jam lamanya. Set permainan ini termasuklah spring rider, jongkang-jongket, gelongsor dan panel pendidikan di mana kanak-kanak boleh menerokainya dan meluangkan masa. IPC turut menggabungkan penyewa seperti Popular, Toys R Us, PONEY dan Happikiddo ke dalam ‘Funland’.
Penambahbaikan ini telah mengubah ‘Funland’ menjadi sebuah zon keluarga, untuk para ibu bapa dan anak-anak mencipta detik baru bersama-sama dalam persekitaran yang selamat, menyeronokkan dan mendidik. Tidak lama lagi, ruang ‘Funland’ juga akan dibuka untuk tempahan menerusi laman sesawang IPC untuk ibu bapa yang mencari sebuah tempat yang bersih, selamat, ceria dan meriangkan bagi meraikan majlis hari lahir anak-anak mereka.
Mengulas mengenai penambahbaikan terkini itu, Pengarah Pusat Beli-belah & Penggunaan Campuran Ikano Centres, Adrian Mirea berkata, “Setiap perkara yang kami lakukan di Ikano Centres sentiasa bermula dengan dan daripada pelanggan kami. Kami mahu memastikan bahawa para pengunjung dan komuniti kami dapat menikmati masa senggang mereka dengan baik, direalisasikan oleh perjalanan pelanggan yang serba lancar di semua tempat perjumpaan kami.
“Kami terus melabur dalam penambahbaikan konsep bagi memenuhi keperluan pelanggan kami di setiap lokasi. Setiap inisiatif menampilkan usaha kami untuk mencipta destinasi yang mampu menarik, memberikan inspirasi dan lebih banyak sebab untuk pelanggan setia kami kembali berkunjung hari demi hari.”
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Perasan atau tidak, rata-rata sosial media kita semalam dibanjiri dengan gambar-gambar fenomena gerhana matahari Anulus atau gerhana matahari cincin.
Gerhana Matahari Anulus berlaku apabila bulan bergerak tepat di hadapan matahari, tetapi disebabkan pada ketika itu, bulan berada agak jauh daripada bumi, maka saiznya sedikit kecil dan tidak akan dapat menutupi keseluruhan bentuk piring matahari.
Hebatnya kuasa Tuhan! Selepas kali terakhir akhir fenomena gerhana matahari Anulus (cincin) berlaku di Malaysia pada 21 tahun lepas, semalam kita berpeluang menyaksikan keajaiban alam yang unik dengan jelas, khususnya di dua tempat iaitu di Tanjung Piai, Johor dan Serian, Sarawak.
Menurut sumber Bernama, kejadian gerhana matahari Anulus itu, yang jarang-jarang berlaku di Malaysia dan kali terakhir dilihat pada 22 Ogos 1998, di Mersing, Johor, menarik perhatian orang ramai yang mengambil kesempatan untuk menyaksikan fenomena alam itu. Fenomena gerhana matahari itu, dijangka berulang lagi di Malaysia pada 2042 nanti.
Tempoh gerhana berlaku bermula pukul 1.21 hingga 1.23 tengah hari di Tanjung Piai, manakala di Serian, fenomena astronomi itu berlaku dalam tempoh kira-kira empat minit bermula 1.46 hingga 1.50 tengah hari. Seluruh negara dipercayai mengalami fenomena gerhana matahari separa yang bermula kira-kira pukul 11 pagi sehingga 4 petang.
Ini foto-foto yang dikongsikan wargamaya di seluruh dunia mengenai fenomena gerhana matahari cincin ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kemenangan pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli dalam saingan Moto3 di Automotodrom Brno, Czech Republic baru-baru ini pastinya membuatkan peminat permotoran Malaysia lebih teruja...