Buah Harum Manis Perlis ‘Laku Keras’ Ketika PKP

Share

Sebut sahaja mangga harum manis, sudah pasti ramai yang terbayang keenakan serta rasa lemak buah tropika berkenaan.

Isinya yang berwarna oren kekuningan ditambah dengan rasa yang manis serta berbau harum mampu memikat setiap yang melihat untuk mencubanya. Namun, apa yang membataskan pembeli ialah harga mangga harum manis boleh dikelaskan sebagai agak tinggi berbanding buah mangga lain.

Walaupun harga agak mahal, itu tidak menghalang orang ramai untuk merasai kelazatan jenis mangga ‘berkualiti’ dan cukup terkenal di negeri Perlis. Permintaan bagi buah mangga harum manis tahun ini meningkat walaupun sebelum ini timbul kebimbangan akan berlaku lambakan pengeluaran berikutan Perintah Kawalan Pergerakan dan jangkitan wabak COVID-19.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis, tidak menyangka buah mangga harum manis yang dituai pada Jualan mangga Harum Manis meningkat sepanjang tempoh PKP berbanding tahun sudah bermula Mac hingga April ketika ini.

Perlis merekodkan 20.75 tan pengeluaran mangga harum manis sepanjang minggu ini dan kemuncak peningkatan pengeluarannya dijangka berlaku dalam tempoh dua minggu akan datang menjelang bulan Ramadan.

Sebelum ini, rata-rata pengusaha mangga harum manis meluahkan kerisauan kemungkinan berlaku lambakan hasil tanaman mereka apabila PKP dilaksanakan, namun siapa sangka permintaan yang diterima menerusi jualan dalam talian mengalami peningkatan.

Menerusi kaedah penjualan dalam talian, permintaan mangga harum manis menunjukkan permintaan sehingga penghantarannya terpaksa dibuat secara berperingkat-peringkat. Jualan mangga harum manis dibuat dengan berat tiga kilogram setiap kotak pada harga RM110 hingga RM120 termasuk caj penghantaran.

Sumber: Bernama

Menerusi perkongsian daripada facebook Rosdi Bin Ahmad, dia ada kongsikan keadaan pusat penghantara barang yang dipenuhi dengan ratusan kotak buah harum manis ini.

IKLAN