‘Budak Telur’ Buat Netizen Terharu Derma Ratusan Ribu Dollar Australia Kepada Mangsa Serangan Masjid NZ

Share

Will Connoly atau dikenali sebagai ‘Egg Boy’ (budak telur) menjadi terkenal selepas tindakan beraninya memecahkan telur di kepala seorang senator Australia, Fraser Anning, yang menimbul kontroversi apabila mengaitkan serangan tersebut dengan isu kemasukan pendatang Islam.

Akibat tindakannya itu, Will ditumbuk sebanyak dua kali oleh Fraser sebelum pertikaian itu dileraikan oleh pengawal keselamatan.

Dia yang juga warga Australia itu ditahan polis namun dibebaskan selepas soal siasat. Susulan itu, netizen telah menubuhkan kempen untuk bantu mengumpul dana bagi yuran guaman buat Will.

Dana tersebut dikumpul menerusi dua kempen ‘crowdfunding’ di laman web GoFundMe yang ditubuhkan oleh mereka yang bersimpati dengan pemuda berusia 17 tahun itu yang berhadapan tindakan undang-undang.

Namun, sekali lagi perbuatan Will telah membuat netizen terharu kerana dia berjanji untuk menyumbang hampir AUD100,000 (RM290,580) kepada mangsa yang terkesan akibat serangan pengganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand.

IKLAN