Setiap 8 Mac, dunia akan merainkan Sambutan Hari Wanita. Ia bagi menghargai usaha wanita yang banyak menyumbang bukan saja untuk negara malah wanita berperanan menjadi perintis kepada kemajuan generasi.
Bertemakan Wanita Bangkit Mendepani Cabaran bagi tahun 2021 ini, ada sesuatu yang cukup istimewa buat semua wanita hari ini khususnya untuk yang tinggal di negeri Perak.
Ini kerana taman tema air terkenal, Bukit Merah Lake Town Resort iaitu sebuah tempat pembelajaran, interaktif dan menghiburkan untuk seisi keluarga menawarkan penginapan istimewa buat wanita sempena Hari Wanita 2021 yang disambut hari ini.
IKLAN
Dengan harga promosi RM188 bagi bilik sahaja di Kampung Air (Seri Teratai Suite) bagi 2 hari 1 malam ia ditawarkan khas untuk wanita sahaja. Boleh tempah mulai hari ini sehingga 12 Mac 2021 dan voucher ini sah digunakan sehinga 31 Mac 2021 sahaja.
Ini bermakna, ia peluang istimewa bagi yang tinggal di Perak dan jika berfikiran positif yang pintu negeri bakal dibuka pada 19 Mac ini, bolehlah membuat tempahan ya. Maklumlah sudah lama berkurung, sesekali bercuti begini dapat meredakan fikiran.
IKLAN
Tapi kalau terlepas peluang ini, ada juga tempahan pakej bernilai serendah RM298 di mana ia merangkumi bilik penginapan, sarapan pagi untuk 2 orang, memancing dari balkoni, 2 tiket ke waterpark selain 2 tiket aktiviti Rekreasi (kayak atau berbasikal) pada harga ditawarkan.
IKLAN
Tapi kalau tak nak menginap, dapatkan harga istimewa RM35 untuk dua orang (belian di kaunter) untuk tiket kemasukan ke waterpark.
Jangan tunggu lama-lama, lagi pun dah bosan duduk rumahkan. Sesekali kena lakukan aktiviti luar dengan syarat jaga penjarakan fizikal ketika berseronok.
Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 merupakan salah satu insentif yang terkandung dalam Pakej Kita Selangor 2.0 yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor pada 9 Jun 2021 yang memperuntukkan sebanyak RM 2.55 juta kepada industri pelancongan Negeri Selangor.
Dari jumlah tersebut, RM 1 juta diperuntukkan untuk Subsidi Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 merangkumi 10,000 unit baucar bernilai RM 100 setiap satu yang akan ditawarkan kepada umum di aplikasi e-dagang terkemuka; Shopee bermula 22 Oktober 2021 sehingga 31 Disember 2021, atau sehingga baucar pembelian habis ditebus.
Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 ini boleh digunakan untuk membeli pakej-pakej pelancongan Negeri ini yang ditawarkan secara khusus oleh 28 Agensi Pelancongan Negeri Selangor yang mengambil bahagian dalam edisi kali ini. Tempoh perjalanan atau penggunaan baucar pula bermula dari 22 Oktober 2021 sehingga 30 Jun 2022.
Majlis Pelancaran pada Selasa bertempat di Sunway Lagoon, taman tema terbesar di Malaysia dan turut disiarkan secara langsung menerusi laman media sosial rasmi Facebook Tourism Selangor, telah disempurnakan oleh Y.B. Tuan Hee Loy Sian, EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor.
Barisan tetamu kehormat yang lain terdiri dari Tuan Azrul Shah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Tuan Ishak Maulan, Penolong Pengarah, Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Negeri Selangor, dan Tuan Calvin Ho, Pengarah Eksekutif, Sunway Theme Parks.
Majlis pada hari tersebut turut merangkumi sesi Sidang Media berkenaan pelaksanaan SOP produk pelancongan Negeri Selangor bertepatan dengan kemasukan Negeri ini dalam Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN), yang melihatkan sektor pelancongan domestik mula dibuka secara bertumpu, dengan aktiviti pelancongan dibenarkan terhad dalam Negeri yang sama.
Namun, penggiat industri pelancongan sudah mula menarik nafas lega setelah terpaksa menghentikan sementara operasi mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Fasa 1 PPN terdahulu.
Tuan rumah bagi Majlis Pelancaran tersebut, Sunway Lagoon turut tidak berkecuali menyambut baik perkembangan positif tersebut dengan pelancaran tarikan terbaharu; “Camp Out Sunway Lagoon” bersempena pembukaan semula operasi taman temanya bermula 7 Oktober ini.
Y.B. Tuan Hee Loy Sian dalam sebuah kenyataan berkata; “Adalah diharap agar Pelaksanaan SOP Pelancongan di Negeri Selangor dan Program Subsidi Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 dengan nilai peruntukan sebanyak RM 1 juta yang dilancarkan pada hari ini akan menjadi sebuah inisiatif yang signifikan ke arah membangunkan semula industri pelancongan Negeri Selangor, di ambang pandemik Covid-19 yang semakin menghampiri ke fasa endemik ini.”
“Diharapkan juga, insentif ini akan membuka ruang dan peluang kepada penggiat industri pelancongan di Negeri Selangor dalam menjamin kelangsungan industri pelancongan Negeri, seterusnya menyokong Kempen “Pusing Selangor Dulu!” dan “Splendid Selangor; Take me Anywhere!” yang sedang giat dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui pihak Tourism Selangor”, tambah Y.B. Tuan Hee Loy Sian.
Kempen Pusing Selangor Dulu memberi penekanan kepada inisiatif promosi pelancongan domestik dengan melibatkan usahasama dengan penggiat industri pelancongan seperti pihak Hotel, Agensi Pelancongan, Media dan Syarikat Penerbangan. Tarikan pelancongan Negeri Selangor dapat dipromosikan secara lebih meluas menerusi Kempen ini yang giat dijalankan di laman digital dan media sosial rasmi Tourism Selangor di laman Facebook, Instagram, Twitter, aplikasi TikTok, dan saluran YouTube, dengan tandapagar #PusingSelangorDulu.
Kalau hendak ke Hatyai, Sungai Golok dan juga Betong di Thailand, lebih mudah sekiranya korang bawa sendiri kenderaan, apatah lagi kalau bawa family sekali bersama. Senang nak bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Caranya juga tidak terlalu rumit dan susah asalkan ada geran dan juga sebaiknya membeli insurans kenderaan yang boleh digunakan sepanjang bercuti di sana.
Wanita yang dikenali sebagai Athirah Abas berkongsi gambar dan cara untuk masuk ke Betong, Thailand dengan kenderaan sendiri. Yang nak masuk ke sempadan lain pun boleh jadikan inikan rujukan juga.
Ikuti perkongsiannya:
Saje nak share cara bawa masuk kenderaan ke Betong/ke seluruh Thailand. Boleh lihat gambar bersama penerangan di bawah
Boleh la travel dengan family!
Kena bawak geran original, kalau geran photostat/kereta orang lain kena pergi balai polis untuk cop pengesahan
2. Kena beli insurans kereta (tak nak beli pun boleh tapi kalau jadi apa-apa tanggung sendiri). Kalau dekat Betong, selepas pemeriksaan polis dan sebelum masuk imigresen terus belok kiri ada orang jual insurans
3. Dah masuk Imigresen Malaysia, pass je passport/boarder pass dekat pegawai. Dia terus cop, tak payah turun kereta. Imigresen Thai kena turun kereta, nanti dia tolong isi kan white card dan TM2 form. Lepas tu cop passport masuk Thai.
4. Dah settle ada checkpoint no 2 untuk declaration. Yang ini owner kereta je turun bawak passport dan geran je. Balik Malaysia kena bagi form ni balik kalau tak kena denda 1000 Baht sehari kalau lambat bagi.
Total hangus sebelum masuk Betong:
Insurans: RM40 (19 hari)
Rupanya boleh buat setahun RM70 je
White card : RM4 untuk 2 orang
TM2 : RM5
Declaration form: RM3
Total semua RM53
Kalau bawa family ramai-ramai memang lebih mudah bawa kereta sendiri masuk ke sana, senang nak bergerak dan lebih jimat!
Bangkok, salah satu daripada bandar besar yang ada di rantau Asia Tenggara. Bandar mega itu juga antara bandar yang pesat membangun dengan bangunan pencakar langit selain menjadi pusat budaya masyarakat Thailand yang unik lagi tersendiri.
Disamping itu, Bangkok juga kian pesat membangun daripada segi ekonomi – bandar tersebut mendatangkan pelbagai peluang kepada warganya yang bijak untuk merebut peluang untuk mencari secebis kekayaan di bandar tersebut kerana selain daripada dipenuhi konglomerat antarabangsa, Bangkok juga dipenuhi dengan pelancong yang hadir dari seluruh pelusuk dunia.
Tapi anda tahu tak , Bangkok hanya kata nama yang digunakan oleh pelancong sahaja. Bagi orang tempatan, Bangkok sebenarnya mempunyai namanya yang lain dan unik. Sebelum anda nak bercuti ke sana, ambil tahu dahulu apakah nama sebenar bagi bandaraya mega itu supaya sekiranya tersesat di luar daripada kawasan bandaraya, anda boleh berpatah balik dengan bertanyakan arah daripada orang tempatan.
Nak tahu nama sebenar Bangkok? Nama sebenar Bangkok adalah;
Panjang kan? Itulah nama sebenar Bangkok. Tapi tak ramai yang menggunakan nama tersebut sebagai panggilan kerana ianya terlalu panjang dan sukar untuk di sebut. Jadi, mereka hanya akan menggunakan KrungThepMahanakhonsebagai kata ganti nama kerana lebih pendek dan senang untuk diingat.
Kalau anda keluar daripada kawasan bandar ke kawasan yang lebih jauh daripada Bangkok, kemungkinan besar mereka tidak kenal sekiranya anda bertanya kepada mereka mengenai Bangkok, kerana mereka hanya panggil Bangkok sebagai KrungThep sahaja. Sekiranya tersesat jalan, tanyakan di mana arah KrungThep berbanding anda bertanyakan di mana arah Bangkok kepada mereka.
TRIVIA KrungThep membawa maksud ‘City of Angels’.
Mana datangnya perkataan Bangkok kalau ibu negara Thailand itu dah ada namanya yang asal? Asal perkataan Bangkok ini dipercayai datang daripada dua perkataan – Bang Makok yang bermaksud bagian tengah untuk kota atau desa yang berlokasi di tepian sungai, dan Makok adalah nama untuk tanaman yang menghasilkan buah seperti buah olive (Spondias pinnata, Spondias mombin atau Elaeocarpus hygrophilus), atau Bang Koh, Koh berarti “pulau”, merujuk kepada suatu wilayah yang terukir oleh sungai-sungai.
Jadi, adakah kemungkinan Thailand akan datang pengiktirafan memiliki nama ibu negara yang paling panjang sekali di dunia? Itu sama-sama kita nantikan di masa akan datang.