Kalau anda gemar bercuti di kawasan tanah tinggi di Malaysia, anda pasti sudah biasa melihat kelibat bunga Siti Zubaidah atau nama sainstifiknya Hydrangea tumbuh mekar dipelbagai sudut.

Foto: DalatTour

Dek kerana rupanya yang cantik, bunga Siti Zubaidah ini kini turut dijadikan sebagai bunga hiasan meja makan, gubahan hantaran dan tidak kurang juga sebagai cenderahati dalam bentuk jambangan bunga. Namun awas ya, rupa yang cantik tidak semestinya selamat.

Menurut perkongsian daripada Pusat Racun Negara, bunga ini merupakan ‘flora’ dalam keluarga yang beracun. Jadi awas, selepas ini mungkin anda boleh lebih berhati-hati untuk mengendalikannya atau elakkan daripada menyentuhnya.

IKLAN

Pokok bunga Hydrangea merupakan pokok hiasan yang paling sesuai hidup di kawasan tanah tinggi. Ia semakin mendapat tempat di hati peminat bunga kerana warna bunganya yang lembut.

Selain daripada itu, keistimewaan bunga ini ialah ia mengambil masa selama tiga (3) bulan untuk mekar sepenuhnya dan warnanya akan bertukar-tukar sepanjang masa tersebut.

Namun, dalam kecantikan itu ternyata ada bahaya yang tersembunyi. Penggemar bunga perlu tahu bahawa bahagian tumbuhan ini terutama cecair atau getahnya mengandungi hydrangin (sejenis bahan sianogenik glikosid), febrifugine, hydrangenol dan loganin.

Bahan kimia ini boleh menyebabkan rasa loya, sakit perut, muntah-muntah, cirit birit, lemah otot, sawan, koma dan kematian bergantung kepada kuantiti yang terdedah.

Peminat bunga ini perlu berhati-hati mengendalikannya terutama sekali jauhkan daripada capaian kanak-kanak dan juga haiwan peliharaan. Pakai sarung tangan ketika mengendalikan tumbuhan ini dan cuci tangan dan pakaian selepas itu.

TRIVIA TUMBUHAN BERACUN – BUNGA SITI ZUBAIDAH (Hydrangea)Pokok bunga Hydrangea merupakan pokok hiasan yang paling…

Posted by Pusat Racun Negara on Thursday, March 5, 2020

Sumber: Pusat Racun Negara

Klook.com