•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
[mashshare]

Orang Malaysia ni bermacam-macam idea hebat. Salah satu idea ialah modifikasi kenderaan. Bukan cerita horsepower lebih tinggi, tapi ubah van lama jadi campervan.

Semua foto: ourdatsunc20
Torquise buat pakcik rileks

Pergerakan modifikasi campervan di Malaysia semakin agresif. Dengan wujudnya grup Facebook My Campervan Malaysia, dan Peminat Camper Malaysia perkongsian campervan sesama ahli makin rancak. Bergantung kepada idea kreativiti dan bajet seseorang, yang paling penting adalah kepuasan hasil akhir serta perkongsian hobi dan idea bersama rakan-rakan campervan lain. Pujian untuk mereka.

 

Ape tu campervan?


Waktu awal beli, sebelum disolek jadi artis tambahan

Campervan ialah van untuk perjalanan dekat atau jauh yang juga tersedia tempat tidur, makan, mandi dan bersantai. Ada beberapa individu berjaya mengubah suai van kepada campervan. Semua ini hasil dari minat yang mendalam. Kos? Itu cerita belakang-belakang lah. 

Pemilik akaun instagram ourdatsunc20, Kas Hariz membeli Datsun C20 pada harga RM3500 dan mengubah kepada campervan mengikut kreativiti dan bajet sendiri.

Gambar paling epik

Beberapa modifikasi dilakukan bermula September 2016. Van disalut warna torquise (antara warna faveret penulis) dan kemudian sedikit masa selepas itu menggayakan rim sukan baharu berwarna merah. Beberapa bahagian lain dinaik taraf seperti memasang kipas angin kecil (old skool flava) di dashboard, memasang rak laci kayu yang bawa mood macam dalam bilik rumah.

 

Bukan bilik hotel 5 bintang brooo…campervan!

Epik lagi, rumah orang asli agaknye

 

Cipta memori dengan famili

Famili bro famili …respek

Dari akaun instagram beliau, Kas Hariz gemarkan pengembaraan serta mencipta memori hebat bersama keluarga pada cara yang ideal dengan bajet yang jimat. Lihat saja foto yang dirakam, berseni!

Kreatif tahap level 368. Leica lovers!

Beberapa destinasi setakat ini telah pun berjaya sampai seperti Air Terjun Serendah, Empangan Kuala Kubu Bharu, Tasik Biru Kundang, Bukit Fraser, Pantai Remis Selangor, Menara Condong Teluk Intan, Teluk Senangin Lumut, Genting Highlands, Sungai Kedondong, Cameron Highlands, Terengganu dan lain-lain tempat.

Memori dengan keluarga tu yang paling BEST walau simple² je

Gambar ni epik. Menuju puncak AF 

Benda tua, tapi C20 muda banyak

“Kembara jauh pertama dengan campervan tua 34 tahun ini ialah ke Teluk Senangin. Ada sedikit masalah kecil tapi dapat diselesaikan”, ujar Kas.

 

Boleh menang award gambar campervan terbaik

Dah naik bukit

 

Travel & berniaga

Berniaga sambil travel, teringat waktu kecik² dulu, beli cikedis dari van vanette mak cik yam

Sambil kembara, Kas Hariz juga berniaga kecil-kecilan menjadikan campervan kepada kedai mini bergerak yang menjual makanan dan minuman ringan. Sambil kembara, sambil berniaga. Mungkin anda boleh merasai secawan kopi panas dan berbual-bual mengenai kembara Kas selepas ini.

Kopi sechewen sambil borak² hal dunia

 

Travel tanpa sempadan cara! 

Tinggalkan Komen

POST BERKAITAN
[wpdreams_rpl]

ITENERI

Muat turun iteneri kami dan rangka percutian anda sendiri agar menjadi lebih menarik!
Muat turun iteneri kami dan rangka percutian anda sendiri agar menjadi lebih menarik!

Facebook

Facebook By Weblizar Powered By Weblizar

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: