Perjalanan untuk sampai ke puncak Gunung Semanggol yang terletak di daerah Kerian, Perak amat mencabar mental dan fizikal kami yang pergi dalam satu kumpulan seramai lapan orang.Bermula dengan laluan ladang kelapa sawit dan suasana sekeliling yang gelap membuatkan perjalanan cukup mencabar.
Seawal jam 5 pagi kami sudah bertolak bagi memastikan perancangan untuk sampai ke puncak sebelum matahari naik.
Dek kerana melalui ladang kelapa sawit, cahaya bulan yang mengambang tidak dapat menyinari laluan kami kerana dihalangi dengan pelepah pokok sawit. Mengambil masa hampir 30 minit akhirnya kami sampai ke penghujung ladang sawit.
Dari situ kami meneruskan pendakian di kawasan batu kapur pula. Pemilihan kasut sukan amat penting kerana untuk memelihara kaki daripada kulit melecet atau pun tergeliat.
Laluan kawasan batu kapur juga bagi kami begitu sukar kerana jalannya yang tidak rata dan terpaksa mendaki sedikit.
Ads
Antara laluan sukar untuk dilalui oleh pendaki
Setelah merintangi laluan kawasan batu kapur, kami menyeberangi sungai kecil untuk misi sampai ke puncak Gunung Semanggol. Tidak dapat dinafikan bunyi cengkerik di sekeliling amat menenangkan di tambah pula dengan suhu yang dingin, memberi semangat kepada kami untuk menawan gunung.
Hayati keindahan alam
Sewaktu perjalanan ada salah seorang daripada ahli kumpulan mengalami keletihan kerana laluan yang penuh ranjau. Mujurlah keperluan seperti air dan gula-gula telah di bawa kerana kami tahu keperluan ini amat penting ketika misi mendaki gunung atau bukit.
Walaupun kami semua telah bersedia dari awal, keadaan yang tidak dijangka ini tidak dapat dielakkan untuk aktiviti lasak seperti ini.
Ads
Bagaimanapun ketika di pertengahan perjalanan, ada satu lagi laluan yang amat mencabar berbanding laluan yang dilalui sebelum itu. Keadaan permukaan tanah yang licin membuatkan kami perlu sama-sama bertolak ansur.
Nasib kami agak baik kerana ada disediakan tali. Hal ini kerana tanah yang begitu licin mencabar permukaan tapak kasut untuk mengimbangi badan kami.
Sewaktu dalam perjalanan itu juga, kami dapat melihat binatang seperti kelip-kelip yang menyinari di suatu sudut kawasan. Sungguh perasaan ini merasa nikmat kebesaran Tuhan Yang Maha Kuasa.
Ads
Pada jam 6.30 pagi kami solat dipertengahan jalan dan seterusnya kami meneruskan perjalanan dan sampai ke puncak gunung setinggi 390 meter kira-kira jam 7 pagi.
Di atas puncak gunung, kami dapat melihat keindahan alam ciptaan ALLAH yang begitu menakjubkan. Dapat melihat matahari terbit antara yang paling dinantikan. Bukan sahaja suasana sekeliling sahaja yang mendamaikan tetapi kehijauan alam begitu mengasyikkan.
Bahkan kami dapat melihat kawasan sawah padi dan kampung yang berdekatan dari atas dan ia betul-betul membuatkan kami begitu teruja.
Walaupun ini hanyalah aktiviti yang singkat buat kami, terpancar kepuasan di wajah masing-masing setelah penat mengharungi perjalanan selama dua jam untuk sampai ke puncak.
Pastinya aktiviti lasak ini akan diteruskan lagi di lokasi yang berlainan kerana bukan sahaja dapat mengisi masa lapang tetapi meningkatkan stamina.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jika anda peminat pasta dan mengidamkan pasta yang enak rasanya, kunjungan ke PastaMania di Sunway Velocity Mall pasti tidak mengecewakan. Adunan rencah yang digarap pada setiap pasta yang dihidangkan memberikan keenakan rasa yang pasti membuat anda ingin mengunjungi lagi ke restoran ini.
PastaMania merupakan restoran Itali terbesar di Singapura dengan lebih 50 rangkaian di lapan buah negara. Selain Singapura, Pastamania juga terdapat di China, Cambodia, Malaysia, Brunei, Kuwait, Egypt, UAE dan Myanmar.
Bukan hanya pengunjung dihidangkan dengan pelbagai hidangan Itali, malah suasana di PastaMania menggamit sesiapa jua untuk bertandang ke restoran ini.
Sebaik anda menjengah ke restoran yang baru beroperasi ini, terasa diri bukan berada di Kuala Lumpur sebaliknya di Itali. Hiasan dalaman restoran yang berwajah mirip kota sejarah, ditemani ruang duduk alfresco melengkapi gaya yang diingini. Pasti mengujakan menikmati hidangan di sini. Setiap sudut mempunyai karakter tersendiri dengan nilai elemen sebenar Itali.
Menikmati hidangan di sini pasti membuat anda teruja dengan hidangan autentiknya. PastaMania berbeza dari restoran tipikal fine dining kota seni agung ini, sebaliknya ia dipersembahkan dengan rasa kasual dan selesa.
Terdapat pelbagai variasi makanan boleh dipilih di sini, pilih sahaja menu mengikut cita rasa anda. Sukar juga membuat pilihan kerana semua nampak menyelerakan.
Antara menu yang terdapat di sini ialah variasi salad, sup, piza, pasta, gelatos dan juga wafel. Bagi memberikan rasa enak bagi setiap menu, bahan-bahan yang digunakan adalah yang terbaik dan berkualiti umpamanya pasta dan sos tomato dibawa khas dari Itali dan Eropah. Pasta dimasak segar untuk pengunjung dan dihidangkan dalam masa lima minit.
PastaMania cukup sempurna sebagai lokasi untuk mengadakan pelbagai majlis. Ruang restoran yang versatil bukan hanya sesuai menjadi ruang kasual untuk mengadakan makan malam bersama keluarga, majlis hari jadi juga sambutan hari bahagia bersama si dia.
Harga berpatutan yang ditawarkan pasti membuat anda sangat berpuas hati. Bukan hanya harga, malah promosi dan diskaun ditawarkan kepada pengunjung daripada masa ke semasa serta servis cekap dari staf, PastaMania pastinya menjadi lokasi sempurna buat anda.
Syok juga kalau dapat cuba trip ke Minangkabau, tengok pemandangan pun sudah dapat rasa kepuasan bercuti. Apa lagi kalau betul-betul sampai sini.
Okay, jom tengok apa yang menarik bila anda sampai sana menerusi perkongsian saudara John Leybu ini.
Bermula dari Padang – Bukittinggi – Lembah Harau selama 4 hari 3 malam di sana, trip ini membawa keluarga dan mertua ke tanah asal usul Minangkabau.
Flight AA landed di Minangkabau Airport, Padang sekitar jam 4.45pm dan terus disambut oleh supir. Disebabkan airport Padang agak kecil, proses imigresen agak lambat. Satu jam selepas landing baru kami selesai dengan proses imi dan collect luggage. Boleh krem kaki berdiri lama sebab kena beratur lama.
Terus bergerak ke Bukittinggi yang jaraknya sekitar 90km dari Padang. Perjalanan sepatutnya mengambil masa 2.5 jam tapi disebabkan laluan utama melalui Lembah Hanai terputus kerana banjir besar pada bulan 4, kami terpaksa gunakan laluan alternatif yang mengambil masa 4.5 jam untuk sampai ke Bukittingi.
Sampai di homestay Bambooshack sekitar jam 10.00pm dan terus berehat sebab dah petak duduk lama-lama dalam van.
Bangun pagi sekitar jam 5.00am disebabkan azan subuh yang dilaungkan dari segenap penjuru homestay. Memang di kawasan Kabupaten 50 Kota ini ada beribu-ribu masjid serta musolla. Bak kata supir kami, musollanya banyak, tapi jemaahnya kurang.
Lepak minum kopi di hadapan homestay yang terletak betul-betul di tepi bendang. Lebih kurang jam 6.30am matahari mula naik dan keadaan dah mula terang. Barulah sedar yang homestay Bambooshack ini berhadapan dengan Gunung Marap yakni gunung berapi paling aktif di Indonesia. Berpeluang melihat sendiri Gunung Marapi mengeluarkan debu pada awal pagi dan merupakan pengalaman pertama menyaksikan fenomena gunung berapi. Syok tapi dalam masa sama, cuak juga.
Tour sekitar Bukittingi dengan melawat beberapa kawasan seperti Panorama Baru, Jam Gadang, Lembah Sianok dan seterusnya menuju ke Pagar Ruyung untuk melihat sendiri bangunan-bangunan lama dan istana orang Minang. Selesai di Pagar Ruyung, supir teruskan perjalanan menuju ke Lembah Harau yang mengambil masa sekitar 3 jam. Perjalanan perlahan disebabkan keadaan jalan yang teruk dan juga hujan lebat sepanjang perjalanan. Tiba di Lembah Harau sekitar 9.00pm. Seharian ke sana sini, orang tua pun dah longlai. Rehat dulu satu malam di Harau.
Penginapan di Abdi Homestay. Memang agak bernasib baik kerana supir kami telah menempah homestay ini agak awal. Bangun subuh dah mula kelihatan samar-samar satu tembok besar di belakang penginapan kami. Sayup-sayup bunyi air terjun dari puncak tembok ini menghempas ke kaki bukit disusuli bunyi unggas dan ayam. Memang tenang jauh dari hiruk pikuk kota.
Kami habiskan waktu pagi dengan menikmati pemandangan di sekitar Lembah Harau. Kenderaan beca boleh disewa di homestay atau boleh ajak supir ronda-ronda kampung dengan van.
Hari ketiga banyak masa dihabiskan dengan perjalanan pulang semula ke Padang. Namun supir kami melakukan hentian di beberapa kawasan menarik untuk kami mengambil gambar dan merasai beberapa makanan tradisional Padang. Perjalanan dari Lembah Harau ke Padang mengambil masa lebih kurang 6 jam. Ini semua disebabkan laluan utama Padang ke Bukittingi yang putus disebabkan banjir besar. Kata supir, kemungkinan bukan Ogos 2024, laluan ini akan dibuka semula kepada umum.
Penginapan di UNP Hotel Padang. Selesai sarapan kami terus bergerak ke airport disebabkan flight balik sekitar jam 11.30am. Berhenti sekejap sekadar untuk membeli sourvenier.
Air ticket AA return – RM250 per pax
Supir (ground package All In) – RM530
1. Jangan lupa bawa universal plug. Kami tertinggal jadi terpaksa pinjam plug dari homestay atau beli sahaja charger yang baru di sana.
2. Cuaca tidak terlalu sejuk di Bukittingi dan Lembah Harau. Siang sekitar 25-27 degree tetapi malam boleh turun sehingga 18 degree. No aircond no hal.
3. Jarak perjalanan antara satu pekan ke satu pekan agak jauh. Jika ada peluang ke tandas, terus pergi sebab kalau tak nanti tak jumpa tandas yang elok.
4. Jalan raya di sana ada yang tidak diselenggara dengan elok oleh kerajaan. Berlopak sana sini dan akan memperlahankan perjalanan dan menyebabkan macet yang sangat-sangat lama . Kalau mabuk kenderaan, makanlah ubat mabuk sebelum perjalanan.
5. Masjid dan musolla di sana kebanyakannya dibina oleh masyarakat setempat menggunakan derma dari pengguna jalan raya di sana. Akan ada anak muda atau orang tua yang berdiri di tengah-tengah jalan sambil meminta derma. Kalau nak buat saham akhirat, bolehlah menderma.
6. Preman menjaga jalan raya terutamanya di simpang-simpang atau selekoh berbahaya. Mereka umpama polis yang tidak diupah oleh kerajaan tapi sekadar mencari pendapatan dengan membantu pemandu kenderaan di kawasan-kawasan bahaya ini. Selalunya supir akan memberikan upah pada mereka.
7. Airport Minangkabau sangat kecil dan padat. Seeloknya untuk proses check in, datanglah 3 jam sebelum waktu flight supaya tak beratur panjang untuk check in. Bukan di atas jalan raya sahaja macet, di dalam airport pun macet.
Haaa.. jadi bagi anda yang nak merasa tempa bercuti tenang-tenang di negara orang, boleh cuba trip ke Minangkabau pula dan senaraikan tempat best awal-awal.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ini WOW, pergi Bali hanya dengan bajet serendah RM 1 ribu, itulah moment yang dikongsikan oleh pasangan ini. Malah lagi menarik, siap boleh check in villa yang tersedia kolam renang.
Jom semak perkongsian ini dan seterusnya merancang honeymoon buat sekian kalinya.
RM1k dah boleh honeymoon Bali dan check in Villa siap ada private pool. Kos ni untuk berdua. Dah termasuk (penginapan + supir + entrance fee) tetapi tak termasuk makan minum dan shopping.
Makan minum pilihan masing-masing ya, nak makan di restoran/warung/bawa makanan ready-to-eat dari Malaysia.
Shopping tu pilihan sendiri juga, nak pegi negara orang untuk shopping atau jalan-jalan.
– kos supir termasuk minyak + parking + tol
– kos supir akan lebih murah kalau uols pegi ramai sebab kira satu kereta bukan kira per kepala. Kami pegi berdua, jadi mahal sikit.
Kos supir (3hari) = IDR 1,150,000 ~ RM320
– Sampai airport Ngurah Rai International Airport 2.30pm
– Mas supir dah tunggu dan terus bawa pegi lunch
– Selepas lunch kami terus minta mas supir hantar hotel dekat Ubud
– Dari airport ke Ubud lebih kurang 2 jam
Lunch :
Ayam Betutu Kuta – Bali
Dinner :
Warung Ijo – Ubud
Kos hari pertama tak ada sebabnya tak sempat ke mana-mana. Sampai di (Nang Ade House,Ubud) dah lewat petang
• Sunrise Lempuyang Temple
– Pukul3.30am mas supir dah jemput dekat hotel Ubud sebabnya 2jam perjalanan baru sampai naik kereta.
– Kalau boleh jangan pegi sendiri naik scooter sebabnya jalan gelap.
– Nanti sebelum sampai puncak, kena naik van (berbayar) sebabnya kereta tak dibenarkan naik sampai atas.
– Kalau foreigner IDR 35,000/pax.
– Kami dapat harga local sbbnya mas supir tolong cover.
– Lami lunch kat sini, makan sambil tengok view yg super lawa.
• Tirta Empul TampakSiring
Entrance fee = IDR 30,000/2 pax ~ RM9
• Ubud Art Market
– sini takde entrance fee, tempat shopping heheh
Lunch :
Batur Sari Restaurant (buffet)
Dinner :
Bebek Joni
Total hari ketiga = IDR 145,000 ~ RM40
– Selepas dah jalan-jalan semua tempat kat atas ni, kami terus minta mas supir hantar ke hotel di (Omah Biu,Canggu) dari Ubud
-Sebab malam baru nak check in hotel di Canggu, kami memang saja booking hotel biasa-biasa saja sebab stay situ tak sampai 12jam.
– Kami dah tak ambil servis supir, suami nak merasa bawak scooter di area Canggu heheh
– Naik GrabCar dari Omah Biu ke Zoe Villa Canggu IDR 14,000 (~ RM4)
– Naik GrabCar dari Zoe Villa Canggu ke Ngurah Rai International Airport IDR 78,000 + IDR 4,000 (tol) = IDR 82,000 ~ RM23
Total hari kelima = IDR 82,000 ~ RM23
Jadi, semua kos termasuk penginapan + supir + entrance fee = RM1038 (tak termasuk makan minum & shopping)
✔️ Dah cakap ini honeymoon, jadi itinerary kat atas semua untuk berdua. Jadi kalau nak tahu entrance fee untuk seorang, boleh bahagi 2 dari harga diatas.
✔️Tempat-tempat yang nak pegi tu, kami yang list sendiri pastu bagi dekat supir, bukan supir yang list kan, supir cuma tolong susun nak pegi mana dulu supaya satu hala je semua.
✔️ Kami check-in 3 hotel berlainan sebabnya nak jimatkan masa perjalanan (2 malam di Ubud, 2 malam di Canggu).
✔️ 3 malam kami check-in hotel biasa-biasa sahaja di (Ubud 2mlm, Canggu 1mlm) sebab balik hotel memang dah malam untuk tidur saja.
✔️ Hotel kami dah booking dan bayar dari Malaysia je. Kami booking di apps Traveloka (Nang Ade House,Ubud & Omah Biu,Canggu) pastu apps Agoda untuk (Zoe Villa Canggu).
✔️ Majoriti di Bali beragama Hindu, yang beragama Islam minoriti saja.
✔️ So, susah sangat nak cari makanan halal jadi lebih baik ambil supir muslim, nanti senang minta supir je bawak ke kedai makan halal @ boleh bawa makanan ready-to-eat je dari Malaysia.
✔️ Simcard kami beli dari Malaysia je di apps KLOOK. Recommended sangat sebab senang nanti sampai airport staff klook dah ada tunggu dabln servis sangat laju. Tak sampai 10minit uols terus boleh update story di instagram.
– Download apps KLOOK di apple store @ playstore
– Sign up
– Nanti sebelum proceed bayar, masukkan PROMO CODE (NJ76D) dengan minimum pembelian RM50
– Nanti dapat diskaun lagi RM13.30 untuk siapa yang pertama kali guna apps KLOOK ni
Simcard ni kami guna utk 5 hari. Hari-hari update story di instagram dan scroll instagram facebook tak habis kuota pun. Duk dalam hutan di Lempuyang Temple pun line laju jer takde masalah. ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
✔️GrabCar/uber/Gojek sgt LIMITED area Ubud. Kalau area Canggu takde masalah
✔️ Kalau nak naik GrabCar dari hotel ke Ngurah Rai Airport pastikan driver tu takde markup harga ye sebabnya kami try 4 kali baru dapat driver yg tak markup harga dari apps Grabcar tu. Dekat apps tulis IDR 78,000 (tak termasuk tol), dia markup jadi IDR 250,000. Amboooiiii
✔️ Lubuk ‘rattanbag’ di Ubud Art Market ye, kat sini kena pandai nego. Harga sangatlaa murah. Nak tahu harga, kena pi dulu heheh
✔️ Kalau nak beli baju macam ‘I LOVE BALI’ jangan beli di Ubud Art Market, mahal! Sila beli di Krisna Oleh-Oleh Khas Bali
✔️ Kalau yang nak pergi dengan kawan-kawan boleh juga ikut itinerary diatas, harga tiket semua sama je
✔️ Wajib beli ‘kek pisang versi Bali’ di Bali’s Banana. Memang sedapppp! Kami beli flavor blueberry ( IDR 35,000) & choco ( IDR 35,000)
✔️ Last day di Bali, kami memang taknak kemana-mana sebab sayang nak tinggal Zoe Villa Canggu. Recommended sangat untuk sesiapa nak merasa duk villa siap ada private pool
✔️ Cari supir yang orang lain dah bagi review bagus. Ohhh yaa, supir kami memang terbaik dan pandai ambil gambar!
✔️ Last sekali, ukurlah budget di poket sendiri.
Jadi kepada anda yang nak pergi ke Bali, boleh follow tempat yang dikongsi ini dulu. Dah catat siap-siap, senang nak bergerak bila dah sampai sana nanti.
Kalau sebut tentang destinasi alam semula jadi di Indonesia, ramai mungkin terus terbayang Bali, Lombok atau Gunung Bromo. Namun di Jawa Timur, ada satu...