Artikel ini adalah perkongsian oleh Wan Nordini Hasnor Wan Ismail
Selalunya di Cameron Highlands, gunung yang sering menjadi pilihan para pendaki adalah gunung-gunung yang popular seperti Gunung Irau dan Gunung Brinchang Barat. Kedua-dua gunung ini memerlukan permit untuk memasukinya dan kebiasaannya trek akan ditutup pada penghujung tahun sewaktu musim tengkujuh (November hingga Februari).
Namun, ramai yang tidak mengetahui sebenarnya terdapat banyak lagi gunung di sekitar Cameron Highlands. Cuma mungkin sahaja ianya kurang dikenali menyebabkan gunung-gunung tersebut tidak menjadi pilihan utama para pendaki.
Pada penghujung tahun 2018, penulis telah berkesempatan mengikuti satu ekspedisi Trans-Gandik yang boleh dikira agak unik. Pemilihan kali ini adalah gunung-gunung yang agak kurang popular, yang mana gunung ini bukanlah dalam kategori hutan simpan.
Oleh itu, permohonan permit tidak perlu dilakukan, namun masih memerlukan khidmat jurupandu arah untuk masuk. Trans Gandik merangkumi 3 gunung yang bersebelahan iaitu Gunung Tanggung, Bunting dan Gandik. Ketinggian bagi setiap satunya adalah 1300++ m apl.
Untuk makluman, gunung-gunung ini tidak mempunyai puncak yang menjanjikan pemandangan yang indah, malah ada yang sekadar memiliki sedikit ruang lapang di tengah-tengah belantara. Oleh itu, Trans-Gandik bukanlah pilihan terbaik sekiranya ada sahabat-sahabat yang jenis mengejar “view” puncak.
Masa keseluruhan pendakian bagi Trans-Gandik adalah setengah hari sahaja dan keadaan treknya sesuai bagi mereka yang baharu sahaja berjinak-jinak dalam sukan mendaki ini.
Gunung Tanggung, Bunting dan Gandik ini terletak di kawasan Ringlet. Jadi, kami memilih untuk bermalam di Hikers Sleep Port yang terletak di Tanah Rata. Konsepnya adalah “dorm” dan boleh memilih pakej bersekali dengan sarapan atau tanpa sarapan.
Di permulaan trek Trans-Gandik, kami telah disajikan dengan kesan-kesan tapak kaki haiwan yang begitu jelas. Menurut “guide”, haiwan tersebut baru sahaja berlalu dari situ. Kemungkinan besar kambing hutan. Kecut juga perut apabila pertama kali berhadapan dengan situasi ini.
Masakan tidak, sepanjang trek kesannya ada! Biarpun “guide” menyatakan mungkin kambing hutan, tetapi tetaplah ia haiwan liar yang tidak boleh dipandang ringan. Sebab apa-apapun, hutan ni ‘rumah’ bagi makhluk selain manusia. Kita kenalah sentiasa berwaspada.
Ads
Sehinggakan ada satu ketika, dalam perjalanan turun, “guide” kami meletupkan bebola mercun. Kuat sungguh bunyi mercun tu, walaupun saiznya kecil sahaja. “Guide” memaklumkan bahawa ada bau haiwan yang kuat.
Bagus, peka deria beliau, sebab kami tidak dapat mengenalpasti sebarang bau yang pelik pada waktu itu. Yang pasti, darjah kecut perut telah meningkat sekali ganda berbanding awal tadi.
Pendakian kali ini memang betul-betul santai sahaja. Kami banyak belajar mengenai flora hutan daripada “guide”. Seolah-olah menghadiri kuliah alam tanpa sempadan. “Guide” kami ni, jiwanya memang boleh nampak, jiwa hutan. Dengan beliau, kami berpeluang kenal jenis-jenis orkid liar, ada yang jenis tumbuh di darat, ada yang rupanya unik dan pelik, macam-macamlah.
Yang pastinya, banyak sangat khazanah negara kita yang unik, yang indah, tetapi mata kita sering terpedaya dengan tipu helah dunia luar. Dalam pada tidak sedar, tangan kita sendiri yang menghancurkan apa yang kita ada. Sayangkan?
Selain orkid, kami juga diperkenalkan dengan beberapa pohon herba renek secara dekat. Ada satu pokok herba ni, akarnya mengeluarkan bau minyak angin (methyl salicylate). Teruja betul kami. Sebab bau itu adalah ‘haruman’ yang “familiar” bagi dunia farmasi.
Ads
Memiliki bunga-bunga putih halus, sekali pandang bagi yang tidak arif, memang anggap macam kumpulan rumput liar aje lah. Apabila dirujuk, nama tumbuhan tersebut adalah tuju angin/akar suasa/akar simpul angin.
Kami juga menemui banyak “crab-spider” dengan sarangnya di sepanjang laluan trek. Kebanyakannya warna hitam, ada juga yang berwarna ala-ala jingga-keperangan. Unik bentuknya. Selain bentuk fizikal belakang badan, “crab-spider” juga disebut sedemikian kerana tabiat berjalannya yang mengiring ke tepi.
Selain itu, kami ada juga terserempak dengan sekumpulan kutu yang sedang menjamu selera di lantai hutan. Saiznya besar sehinggakan boleh nampak dengan mata kasar sahaja. Mangsanya adalah spesies ulat gonggok yang bersaiz sebesar ibu jari tangan. Unik sungguh rantaian makanan alam di habitat asal mereka.
Keluar sahaja dari trek Trans-Gandik, kami ingatkan berakhirlah ekspedisi hari pertama. Rupa-rupanya “guide” kami mempunyai perancangan lain. Beliau membawa kami ke Plot Hutan Pinus yang terletak di Kg Taman Sedia.
Plot Hutan Pinus dahulunya dibangunkan oleh orang-orang Inggeris, dalam percubaan menanam pokok-pokok pine di Cameron Highlands. Kini, pokok-pokok tersebut sudah tinggi menjulang.
Namun sayang, kawasan itu kini terbiar begitu sahaja tanpa pemantauan daripada mana-mana pihak. Sedangkan jika dikawal-selia, ianya boleh menjadi tarikan daripada sudut ekopelancongan. Tetapi, daripada satu sudut yang lain pula, bagus juga tak dibangunkan tempat ni. Agar ianya kekal terpelihara bersih dalam suasana asalnya.
Ads
Di plot ini, terdapat satu “viewpoint”, yang boleh nampak gunung-ganang yang popular di sekeliling iaitu Irau, Brinchang, Berembun dan Jassar. Kami keluar daripada plot ini sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang.
Ekspedisi pada hari kedua diteruskan dengan pendakian ke Gunung Ruil. Letaknya di Kg Sg Ruil, sebuah perkampungan orang Asli. Namun, jangan terkejut ya, kampung orang Asli di sini sudah moden. Tiada lagi rumah-rumah asal yang kita bayangkan.
Gunung Ruil berketinggian 1710m apl. Terletak di dalam tanah adat orang Asli. Oleh itu, biasanya, “guide” akan meminta izin dahulu daripada pihak yang berkenaan untuk masuk.
Dahulunya, kawasan pergunungan ini dijadikan tempat persemadian bagi masyarakat orang Asli. Mayat-mayat dikatakan diikat pada pokok-pokok yang besar atau diletakkan pada banir akar dan akan ditinggalkan sahaja di situ sehinggalah proses pereputan secara alami berlaku.
Trek Ruil adalah jelas. Banyak juga laluan kecil yang disebut laluan tikus, yang mana mungkin terbentuk akibat aktiviti masyarakat setempat. Kami sempat terserempak dengan satu keluarga orang Asli yang sedang menebang dahan-dahan kayu. Menurut ketua keluarga, mereka perlu membina pondok kayu untuk si nenek.
Gunung ini juga tiada puncak nyata, maka tiada pemandangan. Hanya ada batu sempadan yang memisahkan di antara negeri Perak dan Pahang. Di sini juga rezeki kami menemui sejenis kulat yang tumbuhnya di perdu pokok, berwarna kemerahan terang. Bersaiz sangat kecil tetapi tetap cantik.
Begitulah serba-sedikit ekspedisi kali ini, yang bagi penulis bukan sekadar mendaki-penat-kejar-puncak. Ianya lebih dari itu, 2 hari yang penuh dengan ilmu yang mungkin sukar diperolehi di mana-mana.
“It is truly beyond hiking those mountains!”
Penulis: Wan Nordini Hasnor Wan Ismail Pensyarah Kanan, Fakulti Farmasi, UiTM Caw Pulau Pinang (Kampus Bertam)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Apabila sudah lama berkahwin dan mempunyai cahaya mata, peranan setiap pasangan suami isteri semakin besar dan banyak. Ada kalanya tanggungjawab yang perlu dilaksanakan itu membuatkan kita kurang memberi perhatian kepada pasangan.
Oleh itu, ambil masa untuk memupuk kembali rasa cinta dengan pergi bercuti. Percutian bersama pasangan dan keluarga memberi peluang kepada anda berdua berehat seketika. Tidak kisah jika percutiaan tersebut berlangsung dalam masa yang singkat sekali pun, sedikit sebanyak mengingatkan anda kepada suasana romantik ketika bergelar pasangan kekasih atau bulan madu pada awal perkahwinan.
Tercari-cari idea trip bulan madu kedua dengan pasangan? Baca perkongsian pasangan Lala Velouette ini cara unik ‘percutian’ sambutan sempena ulang tahun perkahwinan ke-3 di Semporna Sabah : Our 3rd Wedding Anniversary Trip. Short yet meaningful.
Ok sharing sikit short trip 2 hari 1 malam di Nusakuya Resort, Semporna. Sebelum ni memang datang untuk snorkeling dan diving tapi kali ni memang datang untuk santai-santai, mandi laut dan bergambar untuk kenangan sempena anniversary kami yang ketiga tahun.
Kali ni kami pilih Nusakuya Resort sebab main point dia, view dari bilik memang awesome!! Setiap bilik ada tangga terus ke laut. Kalau ambil gambar confirm lawa! Sebelum ni pernah stay resort lain jugak tapi kali ni memang sis bagi view 10/10. Toilet dia pun cantik Selain tu bilik ini ada aircond, private bathroom, towel & electric pulak 24 hours. Sebab ada sebilangan waterhouse/resort cuma ada electric pada pukul 6 petang sehingga 6 pagi sahaja.
Aktiviti pulak boleh kayak, snorkeling dan memancing. Barang-barang snorkeling ada disediakan. Nak memancing boleh bawa rod sendiri. Trip pakej boleh runding. Pakej ini include boat transfer, full board breakfast, lunch & dinner. Memandangkan yang ini anniversary trip, mengadalah sikit nak room deco, candle light dinner dan breakfast in bed. Siap hidang lobster fuhh sedap!! Yang ni kena add on ye. Diorang cuma provide breakfast, lunch dan dinner dekat restaurant sahaja, kalau nak special tu kena add on.
Haa mana pengantin yang kahwin time PKP tu? Nak honeymoon oversea tak boleh kan? Tak payah pegi jauh-jauh. Datang sini honeymoon! Feeling macam dekat Maldives jugak ni. Besttt! Sesuai sangat kalau nak honeymoon!
Gigih sis bawak dress nikah demi gambar. Siap bawak sekali portable steamer sebab nak iron baju nikah hahaha. Haa apa lagi tag lah pasangan korang tu ajak pegi sini. Bawak family, bawak anak, nak honeymoon, pegi dengan kawan haa semua best. Pergi ramai-ramai lagi murah. Lagi satu, pergi time sekarang ni tak ramai orang. Kami pergi time weekdays. Best! Senang nak ambil gambar sebab kurang gangguan. Ok done sharing!
Indonesia cukup terkenal dengan pulau-pulau yang indah terutamanya yang terletak di Nusa Tenggara Timur. Salah satunya adalah Pulau Sumba!
Merupakan salah satu pulau yang terletak di bahagian selatan Indonesia ini sangat terkenal dengan keindahan alam, adat istiadat serta budayanya.
Berkesempatan bercuti ke pulau yang cukup eksotik ini, Roslina Ghani berkongsi itinerari dan juga info penting buat yang ingin menjejakkan kaki ke sini.
Selain menikmati keindahan pulau yang indah ini, Roslina dan keluarga juga sempat layan sunset dan sunrise sepanjang berada selama 5 hari di sini!
Ikuti perkongsiannya:
Liburan raya, 5d4n – Pulau Sumba, Exotic Place
Itinerary for Sumba family trip
Meeting Point
Bandara Wakaibubak Tambolaka, Sumba Barat
Pukul :
Kepulangan
Bandara Waingapu, Sumba Timur
Pukul 06.00 ( Pesawat paling Pagi)
Day 1
– Dijemput di Bandara
– Sunset di Lendongara hill
Day 2
– Sarapan
– Rumah Budaya Tambolaka
– Danau Weekuri
– Pantai Mandorak
– Bandungan Waikelo Sawah
– Makan Siang
– Menuju Sumba Barat
– Kampung Adat Praijing
– Air Terjun Lampopu
– Kepenginapan di Hotel Elim
Day 3
– Sunrise Bukit Warinding
– Sarapan di Hotel
– Savana Puru Cambera
– Air Terjun Tanggedu dan bekal makan siang
– Sunset Pantai Walakiri
– Seafood Dinner di Pantai Walakiri
– Singgah Toko Eiger di Kota
– Kembali ke penginapan
Day 4
– Sarapan di Hotel
– Air Terjun Waimarang
– Makan Siang (nasi padang)
– Sunset Bukit Piarakuku
– Singgah Toko Eiger di Kota
– Kembali ke penginapan
Day 5
– Check out Pagi Menuju Bandara
Catatan
Itin disesuaikan kondisi dan cuaca hasil kerjasama dan diskusi dengan driver
Tour Guide merangkap photographer : Bang Hans Hendra ; tel : +62 818-0896-1179
IG : seahans.lens
Tips:
Trip start dari Barat Sumba , balik ke Timur Sumba
Flight Pergi : Bali – Tambolaka, Flight balik : Waingapu – Bali
Flight Bali – Tambolaka ambik NamAir , tiba pagi di Tambolaka ada masa bole jelajah bahagian barat Sumba, sy tiba agak lewat di Tambolaka, flight wings air lewat 5 jam , abis plan for the day
Jangan risau tentang makanan halal, tour guide akan pastikan pergi ke kedai muslim
Hampir setiap hari ada aktiviti mandi manda, jadi pakaian mandi uruskan siap2
Air mmg kurang di Sumba, jadi masuk toilet bayar agak mahal, sediakan uang kecil
Di air terjun Tanggedu, dari parking ke air terjun area , kena trekking dlm 30 min..jalan landai tapi masa sy pegi panas,, so ada ojek bole hantarkan . pegi balik Rp50,000. Lepas tu ada tangga nak turun ke air terjun
Di air terjun Waimarang, trekking sikit 30minit, turun ok, naik lelah jugak..hehehe.. tapi view mmg super. Air terjun ni wajib pergi ye.. kena pulak ada pro photographer.. puhh ..fuh cantik2 gambar
8. Julai – Oct kemarau di Sumba, bukit2 bertukar warna coklat, Jan & Feb musim hujan, so bukit2 hijau mata memandang
9. Enjoy aje, abg hans the tour guide is dedicated photographer yang super ohsem. Pakai baju cerah2 supaya nampak cun dalam gamba.
10. Dari hotel ke tempat2 wisata tu memang jauh2, selalu keluar pagi dari hotel then balik hotel malam.
11. Public transport saya tak pasti.. sbb saya dah ambik package siap2. Servis dari tour guide dan driver mmg berbaloi sangat2, sgt2 membantu, sabar melayan karenah anak2 saya dan palin utama gambar cantik2. Saya sgt rekemen tour guide merangkap photographer ni.
12. Ini my personal view, nothing to do with marketing. Please contact him directly for the package price
Bila sekali dah camping, memang seronok dan rasa nak camping lagi dan lagi begitu juga dengan Norsheila Salleh dan keluarga yang baru-baru ini sempat merasai sendiri pengalaman camping di bulan Ramadan di Hulu Langat.
Kebetulan pula harijadi suami, Sheila inginkan sedikit kelainan bagi sambutan kali ini. Melalui catatan pengalamannya itu, camping kali ini merupakan yang ke-10 buat mereka sekeluarga.
Dah ada kelengkapan, siap camping buddies memang lagi seronok lah. Pengalaman memasak untuk berbuka dan bersahur di camp site juga menjadi kenangan indah buat Sheila. Mempunyai tiga orang anak-anak yang masih kecil, mereka juga seronok dapat berbuka dan bersahur ketika camping. Lagi syok sempat mandi sungai dan menikmati keindahan alam.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...