Buat anda yang merancang bercuti ke Medan bersama insan tersayang selama 5 hari 4 malam, anda patut tahu apa yang best di sana.
Itinerary Bercuti di Medan
Menerusi perkongsian Azura Noorun ini, bercuti ke Medan selama 5 hari 4 malam ini tidak mencecah RM1500 dan itu sudah tentunya berbaloi!
Bercuti ke Medan selama 5 hari 4 malam dan kos hanya RM1,121.50 seorang.
– Semua jarak tempat jauh jauh (1-2 jam perjalanan)
– Iron tak ada disediakan
– Kebanyakan homestay tak ada aircond
– Pakai baju tebal kalau dah sampai Brastagi – sejuk
– Makanan kena tanya pemandu halal atau tak
Jumlah kos penerbangan:
– Tiket pergi + (10kg) = RM 148
– Tiket pulang + (10kg) = RM 150
Kos penginapan:
– Camping bukit holbung = RM50 x 2
– Laster Johnny = RM 60 x 2
– Mountain View homestay = RM 80 x 2
– RM 1457x 2. (Dah termasuk airport transport, tol, minyak, guide dan servis lain).
– Pemandu kami sangat baik. Semua benda dia sediakan. Bangun solat subuh, masakkan mi segera, buatkan kopi, belikan mineral, bawakkan beg dan lain-lain.
– Harga boleh bincang ikut bajet.
– Dia akan ikut kemana anda nak pergi, keselamatan dan kebajikan terjaga.
Hari pertama
Ads
– Penerbangan Kuala Lumpur – Medan
– Bah damanik
– Kebun teh Damanik
– Parapat
– Naik feri ke Samosir Island (Lake Toba view)
– Bukit Holbung (Lake toba view)
– Tidur dekat Bukit Holbung
Hari kedua
– Bangun pagi dan pergi Elfrata waterfall.
– Selpas Elfrata Waterfall ke Tuk Tuk Village
– Huta sialagan
– Beli cenderahati
– Bukit Burung (Lake Toba view)
– Makan malam di Village Tuk Tuk
– Balik homestay
Ads
Hari ketiga
– Check out homestay
– Naik feri pergi Brastagi
– Makan tengah hari
– Peapira lake side (Lake Toba view)
– Sipiso piso waterfall
– Check in rumah di Berastagi
– Makan malam
Hari keempat
– Sarapan pagi
– Pergi ke kaki Gunung Sinabung
– Melawat ghost town di kaki Gunung Sinabung
– Sarune Cafe
– Jalan di bandar Medan
– Membeli belah dan balik hantar ke lapangan terbang
Hari kelima
– Seawal jam 5am dah boarding balik Malaysia.
Itu sahaja perkongsian mengenai bercuti ke Medan dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Bangkok dan Kanchanaburi bukanlah satu destinasi asing buat rakyat Malaysia. Info berkaitan perjalanan juga mudah didapati.
Ini trip saudari Nur Syuhada ke sana bersama keluarga kecilnya bersama 2 orang dewasa dan 1 kanak kanak dengan tujuan utama untuk memenuhkan tangki emosi anak. Jadi aktiviti yang santai, mesra kanak-kanak dan jadual yang tidak terlalu padat dititikberatkan bagi memberikan keselesaan kepada anak.
Saya kongsikan itinerary ringkas selama 7H 6M berdasarkan pengalaman ke sana baru-baru ini. Oh ya, trip ni memang tak pergi shopping, masuk MBK sebab host dinner saja (Nilai tukaran THB 1,000 = RM134)
Hari Pertama – Bangkok
Tiba di BKK
Check in Sala Daeng
Hari Kedua – Bangkok
The Ancient City
Lunch @ Nissareen
Children’s Discovery Museum *
Chao Phraya Sightseeing Cruise
Muzium interaktif yang terletak bersebelahan Chatuchak Market ini bukanlah sekadar muzium, ia menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk anak-anak bermula usia 3 hingga 12 tahun.
Kawasan yang sangat luas dan mempunyai 6 zon utama: Sai Rung Building, Tho Tawan, Chakkrawan Building, Unilever Building, Water Play Zone, Kids Playground & Jungle Adventure. Antaranya permainan role play seperti kidzania, Dino Detective (proses eskavasi tulang dinosaur), taman air berskala kecil dan lain-lain. Lebih menarik, masuk adalah PERCUMA.
Jadi, alang-alang nak ke Chatuchak Market, boleh masukkan sekali muzium ini.
Hari Ketiga – Bangkok
Safari World Bangkok *
Dinner @ Chaolay Seafood MBK Center
Hanya 45 minit dari bandar Bangkok, turut mempunyai Safari Park dan Marine Park. Safari Park menawarkan pengalaman pandu dan lihat haiwan yang bebas berkeliaran menggunakan kenderaan persendirian atau menaiki shuttle coach dengan bayaran tambahan 100baht.
Manakala Marine Park pula mempunyai pelbagai attractions (Eggs World, Walrus, Lemuria, Parrot Lane dll.), show yang fun (Dolphin, Orang Utan, Cowboy Stunt, Spy War, Sea Lion, Elephant dll.) dan aktiviti seperti River Safari, Open Air Studio, Tree House Aviary & Kitchen, Giraffe Terrace (boleh bagi giraffe makan dan bergambar di atas teres) dan banyak lagi.
Hari Keempat – Kanchanaburi
River Kwai Bridge
Skywalk Kanchanaburi
Check in Nex Station Kanchanaburi (hotel konsep kabin tren) *
Hari Kelima – Kanchanaburi
Meena Café
Hellfire Pass Interpretive Centre *
Lunch @ Halal Kitchen
Tham Kra Sae Station
Check in Tara Villa Kanchanaburi
Hari Keenam – Bangkok
Check out
Lunch at Nuatair Kingkeaw
Check in hotel near Suvarnabhumi Airport
Dinner @ Ramkhamhaeng Night Market
Hari Ketujuh – Kuala Lumpur
MAS KL-BKK-KL
Etiqa Takaful 360 – Gold + Covid19: RM166.37
Nexstation Kanchanaburi: RM581.60 *promo Agoda
Tara Villa Kanchanaburi: RM707.20 *promo Agoda
Pakej driver ke Kanchanaburi (3H 2M): THB 2,500/ hari untuk 8jam.
The Ancient City: RM37.31/ pax *promo Klook + Visa
Sewa golf cart 2-seater: THB 450 baht/ 2 jam
Children’s Discovery Museum: Percuma
Chao Phraya Tourist Boat: THB 150/ hari
BTS Skytrain One Day Pass: RM14.38/ pax *promo Klook + Visa
Safari World Bangkok: RM101.02 *promo Klook + Visa
Hellfire Pass Interpretive Centre: Percuma
Antara highlight untuk trip kali ini adalah penginapan kami di Nexstation Kanchanaburi, hotel yang berkonsepkan kabin tren dengan pemandangan gunung, padang yang luas untuk anak berlari bermain berbasikal, ada tasik kecil untuk main canoe, reban ayam, taman herba dan lain lain.
Tambah menarik sebab hanya kami saja yang guest pada waktu tersebut. Hotel ini juga menekankan konsep layan diri, bahan untuk breakfast disediakan, peralatan masak semua lengkap, cuma kekurangannya adalah dari sudut lokasi dan aspek keselamatan. Terletak 30 minit dari pekan Kanchanaburi, 8 minit dari Meena Café, lokasi hotel ini boleh dikatakan agak ke dalam dan sunyi.
Tak recommend kalau datang solo/ group perempuan sahaja. Kalau rancang menginap di sini, beli siap-siap bahan masak di pekan, sebab tak ada kedai runcit berdekatan.
Tempat yang bertanda * kita recommend untuk keluarga yang bawa anak kecil. Penerangan lanjut ada pada gambar-gambar di bawah.
1. BTS One Day Pass sangat berbaloi kalau trip memang guna tren sahaja ke mana mana. Boleh semak sini https://www.bts.co.th/eng/routemap-mb/ fare bagi setiap perjalanan untuk buat perbandingan beli tiket setiap kali naik atau one day pass sahaja.
2. Untuk pembelian data, selain beli sim, dicadang beli lah e-sim di Klook (RM28). Cara nak aktifkan pun mudah, internet pun stabil.
3. Alternatif lain dari airport Suvarnabhumi ke Bangkok selain Bolt dan Grab, boleh juga ambil teksi di Level 1. Harga pun okay – THB 380 termasuk tol ke Sala Daeng.
4. Disebabkan pakai e-sim, jadi bila Bolt caj prabayar, transaksi tak lepas guna kad kredit sebab dia minta TAC, so tukar saja mod bayaran pada cash.
5. Bangkok ini boleh tahan panas, jadi bawa sentiasa mineral water, mini fan & payung untuk anak.
Okay, selamat bercuti ke negara jiran!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Air lautnya yang jernih cukup indah. Pasir pantai yang halus pula memukau setiap pengunjung yang bertandang. Itulah keindahan Pulau Tioman. Mendengar namanya sahaja sudah tidak asing bagi kebanyakan kita, kerana pulau ini adalah pilihan pengunjung yang ingin bercuti di Pahang.
Menariknya di sini, air lautnya cukup jernih sehingga anda mampu melihat ke dasar lautan, ikan pelbagai jenis yang bebas berenang dan terumbu karang yang berwarna-warni. Lokasi ini juga cukup popular untuk aktiviti snorkeling dan selam skuba.
Tempat dan lokasi percutian dah best, tetapi mesti sumber kewangan pun kena mantap kan kalau nak rancang percutiaan ramai-ramai ni? No..no..! Walaupun bajet korang biasa-biasa sahaja, korang masih boleh berkunjung ke pulau cantik yang ada di Malaysia seperti Tioman. Ini perkongsian tip dan itinerari percutiaan bajet 3 hari 2 malam oleh saudari East Madia
Tarikh: 20-22Ogos 2020 ~ 3h2m
Kos:
Tidak termasuk
Itinerari:
Hari 1
Hari 2
Hari 3
Hari 4
Jom la masuk pulau!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Buat pertama kalinya, rakyat Malaysia juga boleh menikmati cita rasa hebat Mesir apabila Tut’s Egyptian Eatery memulakan perniagaannya di 1 Utama Shopping Centre, Kuala Lumpur.
Restoran kasual ini yang terletak di LG New Wing 1 Utama menawarkan pelbagai jenis hidangan asli Mesir seperti Koshari, Molokiah, Hawaoshi, Oven Baked Chicken dan banyak lagi serta pelbagai jenis hidangan pencuci mulut serta minuman yang menyegarkan.
Tut’s mendapat namanya daripada Raja Tut Ankh Amoun yang terkenal. Restoran yang bertemakan zaman kegemilangan Firaun turut dilengkapi dengan hiasan dalaman yang moden serta pemilihan warna yang terang bagi mewujudkan suasana yang selesa serta memikat, sesuai untuk ahli keluarga atau rakan-rakan untuk makan bersama-sama.
Pada majlis pelancaran tersebut, para wakil media turut berpeluang menikmati hidangan enak yang diperkenalkan oleh chef selebriti antarabangsa, Chef Anis Nabilah melalui sesi penjelasan makanan yang dikendalikan oleh beliau. Hidangan yang diperkenalkan memaparkan beberapa jenis hidangan utama, pencuci mulut yangmenampilkan ciri-ciri unik terdapat dalam hidangan berkenaan.
Zein menambah, “Masakan Mesir terkenal kerana campuran ramuan dan rempah ratusnya yang unik. Chef kami didatangkan khas daripada Mesir supaya kami dapat memberikan keaslian masakan yang sebenar. Begitu juga dengan ramuan utama kami yang unik, semuanya dibawa daripada Mesir. Ini membolehkan chef kami menghidangkan pengalaman makanan Mesir yang terbaik kerana di sebalik setiap hidangan masakan Mesir terdapat kisah yang menarik.”
Hidangan asli Tut’s yang terkenal termasuklah Koshari, Molokiah, Hawaoshi (daging lembut yang dimasak dengan rempah ratus istimewa dalam lipatan roti bakar), Crispy Cleopatra Chicken (ayam goreng dengan pelbagai rempah ratus), Egyptian Lentil Soup (lentil pelbagai perisa, lobak merah, tomato dan herba istimewa) dan banyak lagi. Bagi memenuhi keinginan anda terhadap manisan, Tut’s turut menawarkan hidangan pemanis mulut istimewa mereka seperti Om Ali Bread Pudding (puding panas yang lembut dan bersusu), dan Sobya Mousse (kismis dan serbuk kayu manis dengan kelapa).
Pelanggan boleh memilih menu ala-carte atau hidangan kombo untuk menikmati pelbagai jenis hidangan. Tut’s terletak di LG333A, (bersebelahan dengan LG Rainforest, berhadapan dengan Oval Concourse) dan dibuka setiap hari daripada pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Bila bercakap tentang hotel, ramai orang terus bayangkan tempat untuk tidur, mandi dan berehat sebelum sambung berjalan keesokan hari. Tetapi di beberapa destinasi dunia,...