Sungai Lembing, Pahang cukup terkenal kerana merupakan lokasi lombong bijih timah paling dalam di dunia. Namun, disebalik kesan tinggalan sejarah itu, terdapat rahsia alam yang mampu menarik perhatian ramai pecinta alam iaitu Air Terjun Pelangi terletak 16 kilometer dari Bandar tersebut.
Air Terjun Pelangi bukan sahaja menjadi destinasi utama penduduk tempatan bersantai malah sangat terkenal dalam kalangan pengunjung luar lebih-lebih lagi setelah menjadi viral di sosial media. Bagi tujuan berlibur dan berekreasi pada hujung minggu, para pencinta alam semulajadi dan yang berjiwa adventure pasti memilih lokasi air terjun ini.
Keindahan Air Terjun Pelangi sangat mengasyikkan umpama berada di satu dunia yang lain, atau pun boleh diandaikan seperti pemandangan dalam filem fantasi. Di sini sungguh sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti berendam, berenang, sesi fotografi ataupun hanya merenung menghargai alam. Para pencinta alam semulajadi akan terpesona dengan percikan aliran air terjun setinggi 250 meter dan kejernihan kolam air yang dihiasi dengan biasan sang pelangi yang indah.
Pengangkutan Khas
Jika tiba di dipekan Sungai Lembing pengunjung yang ingin ke Air Terjun Pelangi mempunyai beberapa pilihan perjalanan, sama ada untuk mendaki atau menggunakan perkhidmatan jentera 4×4 untuk ke tapak perkhemahan Lubuk Beruk. Jika tidak mempunyai jentera pacuan empat roda sendiri, bolehlah memilih pengangkutan yang biasanya ada disediakan oleh penduduk sekitar untuk masuk ke sana.
Dikenali sebagai ‘Teksi’, jentera 4×4 yang telah diubah suai ini boleh memuatkan lebih banyak penumpang. Bayaran tertentu dikenakan untuk setiap orang yang menggunakan khidmat pengangkutan ini. Pesanan untuk pengunjung, jangan sesekali berkeras untuk membawa kenderaan sendiri selain kenderaan jenis 4×4 atau kenderaan untuk perjalanan offroad. Jika degil dan tidak mahu mematuhi arahan, kenderaan anda pasti akan terkandas di tengah hutan!.
Cabaran Bermula
Ads
Perjalanan masuk ke tapak perkhemahan bakal membawa pengunjung merentasi kawasan hutan belantara selama hampir satu jam dan setibanya ke kawasan perkhemahan Lubuk Beruk, pengunjung bebas memilih lokasi yang sesuai untuk mendirikan khemah.
Menjadi pilihan buat pengunjung sama ada untuk bermalam di tapak perkhemahan (alatan perkhemahan perlu disediakan sendiri) atau meneruskan perjalanan balik hari ke kawasan Air Terjun Pelangi. Jentera yang dinaiki pengunjung akan berakhir di tapak perkhemahan ini sahaja, maka penggembaraan untuk menggapai pelangi perlu diteruskan sendiri dengan aktiviti trekking. Anda juga boleh mengupah penunjuk arah untuk ke Air Terjun Pelangi tersebut untuk melancarkan perjalanan anda.
Boleh dikatakan Air Terjun Pelangi ini sesuai buat mereka yang sukakan cabaran. Jika ada yang ingin membawa keluarga, anda perlu pastikan keselamatan mereka sentiasa terjaga terutamanya kanak-kanak. Gunakan pakaian dan kasut yang sesuai untuk aktiviti menggapai pelangi ini.
Terlebih dahulu pengunjung perlu berjalan kaki kira-kira 45 minit untuk ke air terjun dengan merentasi arus sungai yang agak deras tetapi cetek. Laluan yang disediakan yang agak cerun dan kadang kala sedikit licin mengikut pada cuaca. Langkah pasti semakin laju tatkala mulai kedengaran desiran air terjun. Jika tiba mengikut masa yang betul, dari jauh pengujung sudah boleh melihat sang pelangi yang dicari-cari menunjukkan rupa.
Ads
Menurut pemandu arah, jika sedikit lambat tiba mungkin pelangi tersebut tidak dapat dilihat. Ini kerana jika matahari sudah berada hampir betul-betul di atas kepala situasi ini menyukarkan proses pembiasan berlaku kerana untuk pelangi terjadi di air terjun, matahari harus berada di hadapan air terjun.
Keindahan Tidak Terungkap
Pengunjung pasti bersyukur kerana dapat melihat salah satu air terjun yang tercantik di Malaysia walaupun perlu merentas hutan belantara. Suasana sekeliling yang damai memang menjanjikan kepuasan setelah berhempas pulas mendaki. Keindahan Air Terjun Pelangi sangat mengasyikkan malah amat sesuai dijadikan sebagai destinasi berekreasi, penggambaran filem atau buat mereka yang mahu lari daripada kesibukan kota raya. Pengunjung pasti akan terpesona dengan juraian air terjun jernih serta pelangi yang indah.
Ads
Dalam pada itu, menjadi tanggungjawab bersama agar setiap pengunjung Air Terjun Pelangi menjaga kebersihan kawasan rekreasi yang masih boleh dianggap dara dan tidak tercemar itu. Untuk info, pengunjung boleh melihat pelangi sekitar pukul 8 pagi hingga 10 pagi pada ketinggian 50 meter daripada ait terjun itu.
Tip Best!
Selepas bermandi manda di Air Terjun Pelangi, apa kata sebelum pulang anda melawat sekitar pekan Sungai Lembing terdahulu. Terdapat pelbagai destinasi menarik untuk diterokai di sini. Antaranya:
Pekan Sungai Lembing
Pekan Sungai Lembing dikenali sebagai ‘Kota El Dorado Timur’ pada suatu ketika dahulu di Tanah Melayu. Ini kerana kegiatan perlombongan telah menjadikan pekan ini terkenal. Malah merupakan antara kawasan lombong bijih timah bawah tanah terbesar di dunia. Dianggarkan panjang terowong lombong bijih timah bawah tanah yang dibina melebihi jarak dari Kuala Lumpur ke Kuantan dengan kedalaman 396 meter. Kini, bekas lombong serta sebahagian bangunan lama Inggeris masih wujud dalam bentuk asal dan sekali imbas seperti pekan ala koboi dalam filem. Jangan lupa untuk merakam gambar kenang-kenangan di sekitar kawasan ini.
Mee Bandung Sungai Lembing
Tidak sah jika pengunjung datang ke Sungai Lembing tidak menjamu selera di kedai makan yang terkenal dengan keenakan mi bandung dan mi jawa. Banyak kedai makan menu mi bandung yang terdapat disekitar ini. Pilih sahaja mana yang berkenan di hati. Lokasi-lokasi kedainya agak strategik iaitu berhampiran pintu gerbang pekan Sungai Lembing, memudahkan pengunjung untuk singgah di premis berkenaan. Kedudukannya juga amat sesuai untuk bersantai kerana terletak di pertembungan Sungai Kenau dan Sungai Kuantan.Fenomenanya lebih menarik apabila terdapat sebuah jambatan gantung yang merentangi Sungai Kenau bagi kemudahan penduduk dan pengunjung menikmati keindahan alam semula jadi di sekitar kawasan itu yang menghijau.
Muzium Sungai Lembing
Muzium Sungai Lembing menjadi salah satu daya tarikan disini. Siapa sangka, pekan kecil ini menyimpan sejarah yang mungkin tidak diketahui kebanyakan orang. Sesi lawatan di muzium ini pasti memberi pengetahuan kepada pengunjung tentang sejarah kegemilangan Sungai Lembing. Pelbagai khazanah, replika dan artifak menarik berkaitan dengan aktiviti perlombongan bijih timah terdapat di sini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Flight Airasia RM24 pergi Balik. Wassup Youth Hostel, Georgetown RM46 per malam private room.Hotel ni sgt recommanded selesa,ada pool berlatarkan Komtar, bilik selesa. Car rental Axia Socar RM40/10 hours selepas sharing dgn member (divide 2).1st time guna Socar, mungkin tak akan repeat kalau tak terlalu memerlukan, rasa tak murah sangat.
JUMAAT:19.11.21 – Pulang kerja-Parking & naik ERL Salk Tingi RM4.10 – Sampai airport ambil bas ke Georgetown dan just check in hotel & tidur, penat.
SABTU: 20.11.21 – Pickpup car rental Socar 7am (everything DIY je takyah jumpa owner) di Sunrise Tower. – Sarapan Restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar – Bukit Jambul.(TQ friend belanja) – Lata/Air Terjun Teruna Dara, Sungai Rusa, Balik Pulau. My 1st time & last time hiking sini.Bahaya lah, huhu, banyak anjing, rotweiler pulak tu,kena ligan.Pergi terpasa melalui denai hutan yg berliku hampir sejam sbb elak anjing.My advice takyah lah kesini. – Street Wall Art, Balik Pulau. – Sawah Padi & Container Art Balik Pulau. – Pantai Pasir Panjang, hidden paradise di Penang. – Mak Ngah Gulai Warisan, sedap gila gulai ikan dia kalau dekat boleh repeat hari2.RM12 je kepala ikan nala punya.Pekat Likat. – Jam 5 PM pulangkan kereta.101KM total.caj 25sen per KM.
Pantai Pasir Panjang, Balik PulauView sunset Top KomtarArt Container Balik PulauArt Street Balik Pulau
PAKEJ TOP KOMTAR – Sesi lewat petang, senja & malam: Pakej KLOOK RM34 (harga asal RM68): Pakej Rainbow – Skywalk level 68 & Observation Deck TOP Komtar level 63, Aquaria Komtar & Jurasic Park.Ni kalau beli asing-asing mahu kena tekan ratus-ratus juga lah.For me puas hati juga lah pakej ni, sunset pulak lawa juga masa pergi. – Malam-hanya makan di Prangin Mall dan berehat di hotel dan mandi pool layan view Komtar dari bawah sambil berendam, syahdu rasa.
TOP KomtarKek Lok SiSawah Balik PulauLata Sg Rusa.
AHAD: 21.11.21 – Sarapan di Hutton Lane Roti Bakar. Nasi Lemak, roti canai & roti bakar telur goyang cheese dan air jg semua sekali sedap. – Armenian St./Georgetown Art Street & Aiskrim lolipop rainbow RM5.Sedap. – Kek Lok Si Temple, Air Itam by bus.RM6 return by cable car (bukan Bukit Bendera je ada ok) & RM2 masuk kawasan Pagoda. – Masjid Negeri Pulau Pinang untuk ziarah & tunaikan solat jamak. – Pulang KLIA.Trip ditamatkan.
Pantai Pasir PanjangKek Lok Si Air ItamMasjid Negeri Penang.Ice ballRoti Bakar HuttonMak Ngah Gulai Warisan, Balik Pulau.
Walaupun dikatakan kita hanya boleh merentas negeri sekitar bulan November nanti, tapi tidak salah untuk survey dulu beberapa tempat menarik membawa keluarga bercuti.
Tidak perlu pergi jauh, singgah saja ke Melaka dengan berkunjung ke The Taming Sari Beach House yang hanya lebih kurang dua jam perjalanan dari Kuala Lumpur.
Di sini kita boleh merasai sendiri pengalaman melepak di chalet sambil melayan bunyi deruan ombak yang mendamaikan.
Senang cerita buka saja pintu bilik, boleh terus mandi laut bersama anak-anak. Tidak perlu bercuti lama, cukup sekadar dua hari satu malam dan pastinya percutian yang singkat tetapi memberi makna tersendiri buat seluruh ahli keluarga yang sudah lama tidak lakukan aktiviti bersama.
Maklumlah sudah lama sangat kita hanya terperap dalam rumah, dan jika diberikan keizınan nanti janganlah lepaskan peluang untuk bercuti di sini.
Selain itu kemudahan lain turut disediakan adalah port memancing dan juga untuk membuat BBQ.
The Taming Sari Beach House ini terletak di Kg Pantai Hilir, Jalan Kampung Solok.
Kadar sewa yang dikenakan pada hari biasa RM180 şemalam dan pada hujung minggu pula RM220 semalaman.
Lebih menyeronokkan, kita juga akan dapat complimentary breakfast nasi Lemak ala-ala kampung untuk dua orang. Jadi tunggu apa lagi buatlah tempahan dan hubungi pihak yang berkaitan.
Seronok dapat lihat budaya hidup masyarakat di sana
Keinginan untuk melihat keindahan panorama di negara orang membuatkan saya tekad untuk pergi merasai sendiri suasana tersebut.
Antara lokasi yang menjadi pilihan dan dalam senarai adalah di Jungfraujoch, Switzerland, Prague Czech Republic, Budapest Hungary, Hallstat dan Salburg Austria.
Bagi percutian kali ini selama 10 hari, negara Switzerland dan Prague Czech Republic adalah lokasi pilihan. Kedua-dua tempat ini sudah menjadi impian saya sejak dari dahulu lagi. Di tambah pula dengan melihat rancangan NationalGeographicTravel serta AmazingRace.
Pertama kali dapat menjejakkan kaki ke bumi Switzerland adalah pengalaman paling manis. Mana tidaknya saya berpeluang menaiki GoldenScenicTrain dari Montreux Switzerland melewati pergunungan Alps yang sangat menakjubkan.
Pemandangan tersebut sangat cantik dan memukau. Ditambah pula ketika melewati tasik dan gunung-ganang yang diliputi salji pada waktu itu. Permandangan yang sungguh indah ini hanya boleh diperolehi sekiranya kita membeli SwissPass dan menaiki GoldenScenicTrain ini.
Switzerland memang terkenal dengan alam semulajadi yang sangat cantik dan boleh digelarkan heavenonearth dan juga terkenal dengan swissarmyknife dan juga pembuatan jam.
Cara terbaik melawat Swiss adalah dengan membeli SwissPass dan menaiki keretapi di sana. Semasa di sana saya tinggal di kawasan perkampungan Lauterbrunnen.
Di Lauterbrunnen saya tinggal di asrama yang menghadap ke kawasan pergunungan dan air terjun. Selama 4 hari berada di Switzerland, terasa sekejap sahaja dan berharap akan dapat ke sini pada masa akan datang.
Berkunjung ke Prague
Seterusnya lokasi kedua percutian saya adalah Prague Czech Republic. Saya ke sini dengan menaiki Turkish Airlines dari Istanbul. Prague sangat cantik dan saya sarankan untuk orang Malaysia melawat Prague. Semasa di sana saya tinggal di kawasan Old Town Prague.
Terdapat banyak tarikan disekitar Old Town dan kita boleh berjalan kaki untuk ke tempat-tempat menarik seperti Astronomical Clock, Charles Bridge, HRC, St. Vitus Cathderal, John Lennon Wall, Prague Castle dan tak dilupakan Dancing House.
Untuk jalan-jalan disekitar Prague saya membeli threedayspass dan saya boleh naik semua pengangkutan awam dengan percuma. Saya cuba naik tram di sana untuk feels macam local.
Secara keseluruhannya saya suka dengan Prague. Sebab orang Prague sangat menghormati pelancong dan mereka akan cuba sedaya upaya untuk menolong kita walaupun bahasa menjadi halangan.
Paling seronok saya berpeluang menghabiskan masa di atas Charles Bridge untuk melihat streetsmusician dan pelukis jalanan. Terasa macam berada dalam sebuah cerita novel. Percutian tidak lengkap kalau kita tidak mencuba makanan tempatan di sana yang terkenal dengan pastri iaitu trdelnik.
Tip kepada pembaca:
1. Sebelum melancong ke mana-mana destinasi buat sedikit kajian mengenai tempat yang ingin dilawati. Sebolehnya membaca travel blog dan mencari info melalui Google dan Trip Advisor untuk ke sesuatu tempat.
2. Perancangan untuk bercuti perlu dibuat sekurang-kurangnya 6 bulan lebih awal supaya perancangan dapat disediakan dengan lebih rapi.
3. Saya menggunakan websiteVisit a City untuk membuat itinerary. Visit a City akan memberi cadangan lokasi yang hendak dilawati dan kita boleh juga merancang perjalanan dan memilih untuk menggunakan pengangkutan yang hendak digunakan.
4. Selain itu, saya akan downloadofflinemap sesuatu tempat, jadi sekiranya di sana tidak ada wifi kita masih boleh mencari arah sekiranya map bagi negara tersebut telah di download dengan lebih awal semasa di Malaysia.
5. Saya tidak percaya pada konsep sampai di sesuatu tempat baru kita nak buat research dan baru nak cari hotel penginapan.
6. Seawal 6 bulan yang pertama saya akan mula membuat carian tiket di websiteSkyscanner dan juga di website penerbangan itu sendiri seperti MAS, ETIHAD dan Qatar. Saya akan membuat pricealert untuk mendapatkan harga mampu milik.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...