Tak mudah nak bercuti bersama anak-anak yang masih kecil, apatah lagi apabila melalui perjalanan memakan masa yang agak panjang.
Tambah pula jika mempunyai anak istimewa, ini satu cabaran buat mak ayah untuk mengawal keadaan dan emosi si anak.
Jadi, pasti ramai ibu bapa yang susah hati memikirkan situasi yang bakal dilalui ketika bercuti jauh.
Namun jangan risau, anda boleh baca pengalaman seorang bapa berkongsi beberapa tip ketika dia dan keluarganya mengerjakan ibadah umrah bersama anak kecilnya yang menghidap autisme, baru-baru ini.
Menurut Mohd Haffiz Supai, dia mengakui pada mulanya perasaan bimbang tetap wujud kerana memikirkan pelbagai perkara memandangkan mereka turut menyertai jemaah lain di dalam rombongan umrah berkenaan.
Kongsinya, anak keduanya, Fatiha Huwaina yang kini berusia enam tahun, didiagnos dengan ASD (Autism spectrum disorder), ADHD (Attention-deficit hyperactivity disorder) dan GDD (Global Delayed Developement).
Ads
Kongsinya, “Kami pergi enam orang. Saya, isteri, anak sulung Fathia Humaira dan Fatiha Huwaina, termasuk datuk dan nenek mereka.
“Apa yang boleh saya kongsi dengan ibu bapa lain menerusi pengalaman ini, hanya kita yang paling faham tentang anak kita.
“Dan cuba berdamai dengan takdir. Don’t be denial. Terima dengan hati yang terbuka. Syurga dah ada di depan mata, tapi ianya tak semudah yang disangka,” ujarnya.
Tip Tunaikan Umrah Dengan Anak
Berikut adalah perkongsian pengalaman dan tip bagi ibu bapa yang bakal menunaikan umrah bersama anak yang berkeperluan khas:
Ads
1) Maklumkan kepada agensi pelancongan dan mutawif secara details tentang anak istimewa kita.
2) Maklumkan juga dalam group jemaah umrah, bimbang ada yang kurang selesa jika anak istimewa membangkitkan situasi kurang menyenangkan
3) Sila apply ‘Butterfly Effect’ di laman sesawang KLIA dua hari sebelum tarikh berlepas. Antara servis yang ditawarkan adalah calm room waktu di lapangan terbang, buggy dan bantuan daripada staf.
Lakukan perkara sama sebelum berlepas pulang ke Malaysia.
Ads
4) Waktu di lapangan terbang di Madinah, boleh cuba minta bantuan mutawif untuk dapatkan fast lane atas pertimbangan staf lapangan terbang.
5) Jika pergi bersama keluarga besar adalah lebih baik. Ahli keluarga boleh bergilir-gilir menjaga anak di hotel atau sama-sama membantu menjaga ketika umrah dan solat di masjid.
6) Jika ada trip ziarah, kaji dahulu sama ada sesuai atau tidak untuk membawa anak istimewa turut serta. Dalam hal ini, informasi daripada mutawif sangat membantu.
7) Buat persediaan mental dan fizikal secukupnya. Sememangnya ia bukan sesuatu yang mudah, namun ia juga tidak mustahil.
Jika anda berniat nak pergi ke tanah suci bersama anak-anak, boleh lah buat persediaan awal dengan tip yang dikongsi lelaki ini. Semoga bermanfaat.
Salah satu tujuan kita travel ni adalah untuk menimba pengalaman sebab pengalaman itulah yang akan mengajar kita sesuatu yang berguna.
Dan daripada pengalaman-pengalaman yang lepas, di sini kita senaraikan apa kesalahan yang kerap pengembara dari Malaysia buat dan korang boleh jadikan pengajaran supaya jangan buat benda yang sama.
Kesalahan yang kerap dilakukan itu adalah,
Ini adalah kesalahan yang pertama. Korang sepatutnya melakukan perjalanan jauh dari lokasi A ke lokasi B pada waktu malam, bukannya pada waktu siang. Sepanjang perjalanan yang dilakukan pada waktu malam memberikan masa dan peluang untuk korang berehat di dalam kenderaan. Tambahan pula, ia menjimatkan sedikit kos penginapan. Pada waktu siang, gunakan masa sebaiknya untuk meneroka lokasi yang korang tiba.
Ini kesalahan yang paling besar. Travel insurance adalah satu kepentingan yang paling utama semasa korang mengembara kerana ia adalah backup untuk diri sendiri sekiranya berlaku apa-apa kemalangan atau kejadian yang tak diingini. Dah banyak kes yang terjadi di kalangan pengembara dari Malaysia yang menghadapi masalah dan tidak dilindungi oleh insurance.
Pengembara Malaysia lebih suka bergaya daripada mementingkan ciri-ciri keselamatan pada diri mereka. Korang kena ambil tahu apa bagasi yang sesuai digunakan semasa travel. Kalau boleh, dapatkan bagasi yang mempunyai ciri-ciri anti pencuri yang sukar untuk dikoyakkan mengguna apa-apa peralatan seperti pisau dan sebagainya.
Ini pun antara kesalahan yang perlu dielakkan sebab bila kita mengembara, kita kena letakkan segala ruang selesa kita di rumah dan bersedia untuk segala cabaran yang bakal kita tempuhi semasa berada di tempat baru. Ada dikalangan pengembara dari Malaysia yang rasa jijik untuk mencuba makanan di jalanan tetapi tahukan korang, bahawa makanan di jalanan itu kadang-kala lebih berkualiti daripada makanan yang kita dapat di restoran.
Jarang kita jumpa dengan pengembara dari Malaysia yang memaklum kepada bank bahawa mereka akan keluar negara untuk sekian-sekian masa. Tapi cuba korang bayangkan sekiranya terjadi apa-apa kepada diri kita semasa pengembaraan tersebut. Bukan ke benda tu akan menyusahkan ramai pihak. Tak salah sekiranya korang ambil inisiatif memaklumkan kepada bank yang korang tak ada di dalam negara untuk sekian masa.
Itu adalah senarai kesalahan yang kerap pengembara dari Malaysia lakukan. Jadi, kalau boleh korang elakkan lah daripada terjebak dengan kesalahan-kesalahan yang sama. Selamat bercuti!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Banyak bangunan sejarah bercirikan Islam yang ditinggalkan dan boleh dilawati bagi sesiapa yang datang ke sini.
Granada bermaksud ‘buah delima’. Jadi tidak hairanlah sekiranya sepanjang kembara di bumi Granada, terdapat banyak pokok-pokok delima yang tumbuh subur di Tanah bangsa Morish terutama sekitar perbukitan Istana Alhambra. Tanah yang subur!!
Granada termetri sebagai wilayah terakhir di bawah penguasaan Khalifah Umayyah Andalusia yang jatuh dalam penguasaan Ratu Isabella dan Raja Ferdinand V, Penguasa dari Aragon.
Sejarah membuktikan kelemahan pemerintahan menjadi punca perpecahan dalam pemerintahan Khalifah Hisyam Al-Muaiyah sehingga wujudnya hampir 20 wilayah di tanah Andalusia. Dengan perpecahan yang berlaku, secara berperingkat keunggulan dan kehebatan pemerintahan khalifahan mulai lemah kerana setiap pemimpin ingin memerintah wilayah mereka dengan cara sendiri.
Berbalik kepada wilayah Granada, penguasaan ke atas wilayah itu bukan disebabkan kemenangan yang diraih dalam perperangan tetapi dek kerana tamak dan perasaan iri hati seorang anak terhadap ayahandanya sehingga sanggup membelot dan melakukan rampasan kuasa.
Malahan, Raja Abu Abdullah atau Raja Muhammad XII yang lemah dan penakut sanggup menyerahkan wilayah berkenaan kepada Ratu Isabella dan Raja Ferdinand V semata-mata kerana ingin mengekalkan kekuasaannya.
Namun, perjanjian yang termeterai antara dua pemimpin berkenaan telah menyaksikan runtuhnya kerajaan Islam Umayyah Andalusia yang telah berkuasa di tanah itu lebih 800 tahun. Malah lebih lama dari kekuasaan kerajaan Uthmaniah di Turki sekitar 600 tahun.
Dengan perjanjian berkenaan, maka secara total Andalusia di baemwah penguasaan Ratu Isabella dan Raja Ferdinand V. Maka, berakhir lah Islam di Andalusia.
Kerajaan Ratu Isabella dan Raja Ferdinand V sangat taksub untuk menguasai wilayah Granada yang terkenal dengan Istana dan benteng Alhambra yang sangat Indah dan gah.
Alhambra, Istana dan benteng di bina semasa pemerintahan Dinasti Nasrid merupakan simbol kemegahan Kota Granada dan menjadi kebanggaan Khalifah Islam Umayyah Andalusia malah turut terkenal seluruh dunia.
Bukan mudah untuk kerajaan Ratu Isabela dan Raja Ferdinand V menawan kota Granada melalui perperangan kerana faktor geografi dan kedudukannya di atas bukit yang dikelilingi lembah.
Bukan tidak pernah kerajaan Ratu dan Raja berkenaan cuba melancarkan sesi perperangan namun, kekalahan tetap mengiringi pasukan mereka. Tambahan pula, kemahiran orang-orang Moor dalam melancarkan serangan di posisi perbatuan dan berbukit memberi kelebihan kepada kerajaan Moor memenangi setiap serangan dari pihak musuh.
Di sebab kan itu lah, Pasangan berkenaan menanfaatkan Raja Abu Abdullah yang juga digelar sebagai ‘boabdil’ yang di anggap lemah dalam pemerintahan untuk terus menguasai Andalusia secara total.
Ya, Granada wilayah terakhir dikuasai oleh Ratu Isabela dan Raja Ferdinand V sehingga dunia Eropah mengangkat pasangan tersebut sebagai penguasa yang masyhur seluruh dunia kerana berjaya menguasai Andalusia.
Jadi, tidak hairan lah di tengah-tengah kota Granada terbinanya tugu pasangan itu sebagai memperingati Ratu dan Raja yang telah menguasai negara berkenaan dari kerajaan Islam.
Bagi aku, Granada yang terletak berhampiran pergunungan Sierra Naveda sangat indah dan cantik serta sudah pasti perlu di masukkan dalam ‘wishlist’ para pencinta dunia kembara.
Disebabkan hasrat asal ingin menyelusuri dan menikmati pemandangan perbukitan kota Alhambra, berjalan kaki dari hostel Granada Pensión yang terletak lebih kurang 5km dari Istana langsung tidak terasa. Cukup Indah!!
Kota Alhambra ternyata cukup indah dan aku pasti setiap pengunjungnya merasa kagum pada setiap inci binaannya. Ya! Istana berkenaan yang telah dibangunkan sejak tahun 899 m. Aku memanfaatkan peluang yang ada sebaik mungkin dalam menghayati setiap inci binaannya kerana aku belum pasti entah bila dapat kembali ke Istana berkenaan.
Sungguh!! aku tertarik dengan Taman Singa atau Hausyus Sibb. Taman ini dikelilingi oleh 128 tiang dari marmar yang indah serta dihiasi dengan 12 patung singa yang menampakkan gahnya setiap ruang taman berkenaan. Lama aku di sini!! Terasa kagum dengan kehebatan dan halusnya seni binaan orang-orang Moor.
Antara lain yang menarik minat aku di Istana Kebanggaan Andalusia ialah Ruangan Al-Hukmi (Baitul Hukmi). Letaknya dalam Istana berkenaan berhiaskan Kaligrafi Arab yang cukup indah dan halus ukirannya.
Menampak di Kota Alhambra selama 6 jam langsung tidak terasa lamanya masa yang dihabiskan kerana aku jadi leka dan terbuai dengan keindahan yang sukar diceritakan.
Sekiranya diberi peluang, aku akan cuba rancang masa yang lebih lama di Granada serta akan menghayati setiap inci tanah Granada beserta kota-kota berdekatan seperti Malaga, Ronda, Alhama de Granada dan lain-lain kerana di sana terdapat sejarah yang cukup tragis di era kejatuhan Andalusia.
Untuk sampai ke Granada melalui penerbangan antarabangsa, boleh turun di Airport Malaga! Dari airport boleh ambil bas terus ke Granada City yang akan ambil masa selama 1jam 40 minit. Malaga adalah International Airport yang paling dekat dengan Granada…
Ada masa… Bagi peluang pada diri untuk beradaptasi dengan keindahan Malaga juga! Di saat juga ada sejarah yang cukup tragis!!!
Buat masa sekarang ni, ada 15 jenis soket dinding yang digunakan di seluruh dunia dan kesemua soket dinding ini dikelaskan mengikut abjad oleh Department of Commerce International Trade Administration (ITA), Amerika Syarikat.
Bermula daripada abjad A hinggalah abjad O, setiap abjad ini tidak memberikan apa-apa makna yang signifikan pun, cuma digunakan untuk merujuk kepada setiap jenis soket dinding yang digunakan sahaja.
Okay, kenapa cerita pasal soket dinding pula?
Ha niat dan tujuan dia mudah sahaja. Libur nak kongsikan kepada pembaca sedikit info mengenai soket dinding yang ada di seluruh dunia.
Maklumlah, bukan semua negara mempunyai soket dinding yang sama seperti Malaysia. Jadi, manalah tahu ada rezeki para pembaca berpeluang bercuti ke luar negara, tak adalah tak tahu kan?
Okay jom kita mulakan senarai soket dinding kita bermula dengan jenis A.
Jenis A
?Popular digunakan di negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Jepun dan lain-lain ?Mempunyai 2 pin ?Tidak mempunyai ground ?15A ?Menggunakan voltage di antara 100 – 127 V ?Soket ini sesuai untuk plug jenis A
Jenis B
?Popular digunakan di negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Jepun dan lain-lain ?Mempunyai 3 pin ?Mempunyai ground ?15A ?Menggunakan voltage di antara 100 – 127 V ?Soket ini sesuai untuk plug jenis A dan B
Jenis C
?Popular digunakan di negara seperti Eropah, Amerika Selatan dan Asia ?Mempunyai 2 pin ?Tidak mempunyai ground ?2.5A ?Menggunakan voltage di antara 220-240 V ?Soket ini sesuai untuk plug jenis C
Jenis D
?Popular digunakan di India ?Mempunyai 3 pin ?Mempunyai ground ?5A ?Menggunakan voltage di antara 220-240 V ?Soket ini sesuai untuk plug jenis D (boleh digunakan tapi tidak selamat untuk soket jenis C, E dan F)
Jenis E
?Popular digunakan di Perancis, Belgium, Poland, Slovakia dan Czechia ?Mempunyai 2 pin ?Mempunyai ground ?16A ?Menggunakan voltage di antara 220-240 V ?Soket ini sesuai untuk plug jenis C, E dan F
Jenis F
?Popular digunakan di Europe dan Rusia kecuali UK dan Ireland ?Mempunyai 2 pin ?Mempunyai ground ?16A ?Menggunakan voltage di antara 220-240 V ?Soket ini sesuai untuk plug jenis C, E dan F
Jenis G
?Popular digunakan di UK, Ireland, Malta, Malaysia dan Singapura ?Mempunyai 3 pin ?Mempunyai ground ?13A ?Menggunakan voltage di antara 220-240 V ?Soket ini sesuai untuk plug jenis G
Jenis H
?Hanya digunakan di Palestin ?Mempunyai 3 pin ?Mempunyai ground ?16A ?Menggunakan voltage di antara 220-240 V ?Soket ini sesuai untuk plug jenis C dan H (boleh digunakan tapi tidak selamat untuk soket jenis E dan F)
Jenis I
?Popular digunakan di Australia, New Zealand, China dan Argentina ?Mempunyai 3 atau 2 pin ?3 pin mempunyai ground / 2 pin tidak mempunyai ground ?10A ?Menggunakan voltage di antara 220-240 V ?Soket ini sesuai untuk plug jenis I
Jenis J
?Digunakan secara eksklusif hanya di Switzerland dan Liechtenstein ?Mempunyai 3 pin ?Mempunyai ground ?10A ?Menggunakan voltage di antara 220-240 V ?Soket ini sesuai digunakan untuk plug jenis C dan J
Jenis K
?Digunakan secara eksklusif hanya di Denmark dan Greenland ?Mempunyai 3 pin ?Mempunyai ground ?16A ?Menggunakan voltage di antara 220-240 V ?Soket ini sesuai untuk plug jenis C dan K (boleh digunakan tapi tidak selamat untuk soket jenis E dan F)
Jenis L
?Digunakan secara eksklusif hanya di Italy dan Chile ?Mempunyai 3 pin ?Mempunyai ground ?10A & 16A ?Menggunakan voltage di antara 220-240 V ?10A sesuai untuk plug jenis C dan L / 16A sesuai untuk plug jenis L sahaja
Jenis M
?Popular digunakan di Afrika Selatan ?Mempunyai 3 pin ?Mempunyai ground ?15A ?Menggunakan voltage di antara 220-240 V ?Soket ini sesuai untuk plug jenis M
Jenis N
?Popular digunakan di Brazil dan Afrika Selatan ?Mempunyai 3 pin ?Mempunyai ground ?10A dan 20A ?Menggunakan voltage di antara 100-240 V ?Soket ini sesuai untuk plug jenis C dan N
Jenis O
?Digunakan secara eksklusif hanya di Thailand ?Mempunyai 3 pin ?Mempunyai ground ?16A ?Menggunakan voltage di antara 220-240 V ?Soket ini sesuai untuk plug jenis C dan O (boleh digunakan tapi tidak selamat untuk soket jenis C, E dan F)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bila bercakap tentang hotel, ramai orang terus bayangkan tempat untuk tidur, mandi dan berehat sebelum sambung berjalan keesokan hari. Tetapi di beberapa destinasi dunia,...