Terletak di lokasi paling selatan dalam Malaysia, Johor mempunyai banyak destinasi hijau dan semulajadi yang menarik. Kebanyakkan lokasi ini sudah diberi nafas baru dengan penambahan beberapa kemudahan pelancongan yang lebih selesa untuk kunjungan ramai.
Lokasi hijau di Johor ternyata memiliki keunikan tersendiri yang sesuai dilawati oleh semua peringkat umur dan pasti akan memberi pengalaman yang menakjubkan!
Taman Negara Endau- Rompin
Merupakan taman negara kedua terbesar di Malaysia meliputi kawasan seluas lebih 80,000 hektar. Taman Negara Endau – Rompin berusia 250 juta tahun menjadikannya antara hutan hujan tropika yang tertua di dunia. Taman Negara ini kaya dengan pelbagai spesies flora dan fauna termasuk yang jarang-jarang ditemui. Alamat: Taman Negara Endau – Rompin, Mersing, Johor
Taman Negara Tanjung Piai
Di sini terletaknya destinasi paling hujung di Asia yang popular sebagai Tip of Asia iaitu Tanjung Piai, Johor. Kalau ada yang belum tahu, ‘Tip of Asia’ ini berada dalam kawasan hutan paya bakau berkeluasan 900 hektar yang digazetkan sebagai Taman Negara Tanjung Piai.
Port ini sangat terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong untuk merakam foto kenangan di arca globe bersaiz besar sebagai ‘saksi’ mereka pernah menjejakkan kaki di lokasi paling hujung Asia. Dari lokasi ini juga pengunjung boleh melihat dua negara yang berbeza iaitu negara Singapura dan Pulau Pisang, Indonesia.
T
aman Negara Tanjung Piai turut tersenarai dalam senarai Ramsar iaitu senarai tanah lembap yang dipersetujui melalui Konvensyen Tanah Lembap. Aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah mengelilingi hutan paya bakau, melihat sekeliling hutan dari menara tinjau, berkhemah dan memancing. Alamat: Mukim Serkat, 82030 Pontian, Johor
Taman Negara Pulau Kukup
Ads
Keindahan biodiversiti menjadi tarikan utama di Taman Negara Johor Pulau Kukup yang merupakan satu pulau paya bakau terbesar di dunia yang tidak didiami. Tarikannya biodiversitinya antara lain ialah 27 spesies bakau asli yang popular iaitu bakau kurap dan bakau minyak selain spesies mamalia, reptilia, dan spesies ikan yang terdapat di taman negara itu.
Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini ialah mengelilingi hutan paya bakau, menyusuri Sungai Ular dengan menaiki bot, dan menyaksikan pemandangan pulau dari menara tinjau. Alamat: Lot 1319, Mukim Air Masin, 82300 Kukup, Pontian, Johor
Taman Negara Gunung Ledang
Gunung Ledang sememangnya sinonim dengan masyarakat di negara ini. Baik yang muda apatah lagi yang tua pasti pernah mendengar kisah mengenainya. Tujuh dulang hati nyamuk, tujuh dulang hati kuman, tujuh tempayan air mata anak dara dan jambatan emas merupakan antara syarat yang dikenakan Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Melaka, Sultan Mahmud Syah yang ingin meminangnya.
Biarpun terlalu banyak kisah mistik masih menyelubungi gunung itu, namun ia bukan penghalang kepada para pendaki baik dari dalam mahupun luar negara untuk menawan puncaknya.Lantaran itu Gunung Ledang setinggi 1,276 meter yang terletak di Tangkak, Johor dan bersempadan dengan Melaka merupakan antara lokasi wajib bagi mereka yang mengemari aktiviti mendaki.
Gunung Ledang memang diakui sebagai gunung yang unik kerana mempunyai flora tersendiri kerana terasing daripada Banjaran Titiwangsa.Selain itu kaki gunung Ledang juga merupakan titik pertemuan antara tiga negeri Johor (Tangkak), Negeri Sembilan (Gemas) dan Melaka (Jasin). Alamat: Ledang, Johor
Ads
Hutan Lipur Gunung Arong
Terletak 17 km dari bandar Mersing melalui Jalan Mersing-Endau dan 151 km dari Bandaraya Johor Bahru. Hutan Lipur Gunung Arong terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Arong , iaitu hutan dipterokarpa tanah pamah. Hutan lipur ini sesuai sebagai tempat berrekreasi sambil menikmati keindahan alam semula jadi.
Selain itu, pengunjung dapat mengenali pelbagai jenis pokok di sini. Hutan Lipur ini boleh dikunjungi dengan menggunakan kenderaan sendiri atau kenderaan awam seperti bas dan teksi. Alamat: Hutan Simpan Gunung Arong, 86800 Mersing, Johor (17km dari Bandar Mersing melalui Jalan Mersing – endau dan 151km dari Bandaraya Johor Bahru)
Hutan Bandar MBJB
Hutan Bandar MBJB merupakan hutan di tengah-tengah Bandaraya Johor Bahru untuk riadah meliputi kawasan seluas 50 ekar. Sesuai dengan namanya, kawasan hijau yang terletak di tengah bandaraya Johor Bahru ini adalah pusat rekreasi yang mengekalkan fauna semulajadinya dengan modifikasi minimum bagi tujuan pembangunan kawasan ini.
Ads
Terdapatnya taman permainan ‘Children Adventurous Park’ dan kolam mandi khusus untuk kanak-kanak. Di lokasi ini juga disediakan untuk aktiviti perkhemahan dan BBQ. Pengunjung juga boleh menjamu selera di Medan Selera Atap Belian sambil menikmati pemandangan semulajadi. Alamat: Jalan Tasek Utara, Kolam Ayer, 80100 Johor Bahru, Johor
Hutan Lipur Gunung Pulai
Walaupun ia dipanggil sebagai gunung, namun ketinggiannya hanyalah 654 meter sahaja. Hutan Lipur Gunung Pulai menang pada sisi hutan dan panorama indah di puncak. Terletak 17 km dari bandar Mersing melalui Jalan Mersing-Endau dan 151 km dari Bandaraya Johor Bahru, Hutan Lipur Gunung Arong sesuai sebagai lokasi menikmati keindahan alam hijau.
Ia antara lokasi pendakian cukup dikenali bagi penduduk setempat dan warga Singapura. Pengunjung akan melalui Kampung Sri Gunung Pulai yang menjadi pintu masuk ke hutan lipur berkenaan. Kepelbagaian flora dan fauna menjadi daya tarikan kepada pengunjung untuk berekreasi di gunung itu. Hasil pendakian anda sangat mengujakan dengan pemandangan yang sangat indah.
Jika pendakian bukan pilihan, anda boleh memilih untuk bersantai atau berkelah sahaja di kawasan air terjun berdekatan. Alamat: Pekan Nenas, Johor
All image via google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kepada peminat Kdrama pastinya selalu melihat scene pelakon kegemaran menikmati aiskrim yang popular di sana setinggi 32cm.
Aiskrim yang sangat popular di Myeongdong Korea ini hanya boleh dinikmati di kedai bernama 32 Parfait.
Dan tidak lama lagi penggemar aiskrim ini di Malaysia boleh menikmatinya kerana bakal membuka outlet pertamanya di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Seperti namanya, aiskrim setinggi 32cm ni menjadi sensasi hangat dalam kalangan peminat dessert kerana ketinggiannya yang unik.
Difahamkan juga, 32 Parfait di Malaysia akan membawakan pelbagai jenis perisa iaitu coklat, vanila, vanila coklat, strawberi, manga, teh hijau dan juga yogurtblue. Pastinya penggemar aiskrim tidak akan melepaskan peluang untuk nikmati aiskrim bersaiz tiga kali ganda saiz aiskrim biasa.
Sudah tentunya ramai yang tidak sabar untuk menikmati aiskrim viral ini lebih-lebih lagi dalam cuaca panas sekarang.
Untuk pengetahuan 32 Parfait bakal dibuka di Lot 10, Bukit Bintang, berseberangan dengan restoran DON DON DONKI.
Namun begitu outlet ini masih dalam proses pengubahsuaian dan akan beroperasi tidak lama lagi.
Bagi peminat aiskrim dan Kdrama, diharap bersama menantikan pembukaan outlet pertama 32 Parfait ini di Malaysia.
Tahu tak di Ipoh ada lokasi yang sangat menarik dan tidak mengecewakan untuk disinggah?
Jika berada di Ipoh jangan lupa luangkan sedikit masa ke Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh, Perak. Terletak di utara pusat bandar raya Ipoh, kawasan ini merangkumi taman seluas 30.35 hektar dan tasik seluas 14.16 dengan berlatarbelakangkan bukit batu kapur Gunung Lang dan Gunung Bilike.
Taman ini dilengkapi tiga tasik buatan yang dipenuhi pelbagai spesies ikan air tawar. Pelbagai keistimewaan lain yang ada di sini antaranya air terjun buatan manusia selain menawarkan pelbagai aktiviti riadah lain seperti memancing, mendaki bukit, merentas belukar, menjelajah gua dan banyak lagi.
Lokasi ini sangat terkenal dijadikan ‘stop over point’ laluan pengguna Lebuh raya Utara Selatan. Untuk datang ke destinasi ini, penggunjung perlu melalui Lebuhraya Utara Selatan melalui susur keluar Sungai Siput dan Jalan Kuala Kangsar. Alang-alang jika anda dalam perjalanan dari utara ke selatan, atau selatan ke utara singgahlah sebentar di sini. Memang tak rugi!
Ada Lagi Yang Menarik?
Dipintu masuk Taman Rekreasi Gunung Lang, anda boleh menikmati percikan air dari air terjun buatan yang merupakan air terjun buatan manusia tertinggi di Malaysia. Air terjun ini beroperasi iaitu: Isnin hingga Jumaat -10 pagi-12 tengah hari & 4 petang-6 petang. Sabtu & Ahad/cuti umum – 9 pagi-11 pagi,1 petang-3 petang & 5 Petang-7 Malam sahaja
Anda boleh menaiki bot mengelilingi tasik buatan sambil menikmati kehijauan bukit batu kapur cukup mendamaikan.
Anda boleh mengikuti laluan pejalan kaki yang meliputi keseluruhan taman yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk wakaf terapung, rumah tradisi Perak dan menara pandang jauh.
Anda boleh memberi makan kepada ikan jenis keli Afrika dan Ikan Koi, talapia dan lampam yang bersaiz besar. Makanan ikan ada dijual di gerai makanan cuma berharga RM1 sahaja.
Untuk si kecil, taman ini turut menyediakan taman permainan kanak-kanak yang lengkap dan tapak perkhemahan.
Untuk melihat panorama kawasan ini, anda boleh naik ke menara tinjau yang disediakan.
Selangor Fruit Valley, rasanya ramai lagi yang tak tahu ada tempat best di Selangor untuk bergambar dan tenangkan emosi. Paling syok, anak-anak lah sebab banyak aktiviti boleh buat di sini.
Selangor Fruit Valley
Dari pintu masuk sahaja sudah excited nampak truck bawak visitors ronda-ronda di dalam tu. Untuk tiket boleh semak sini:
RM20/dewasa
RM15/kanak-kanak & warga emas
Percuma/ 3 tahun ke bawah
Selepas itu dapat buah percuma pula. Ada 7 Hentian yang akan anda akan explore. Setiap hentian, dia bagi masa 15-20 minit.
1- Hentian pertama (CENTRE POINT)
Apa yang menarik boleh buat di sini, banyak sangat. Jom tengok!
Lawatan ke laman MINI HERBA
Banyak sangat jenis herba dorang tanam kat sini.
Beli cenderahati
Nak beli souvenirs kat sini ada, jangan risau ada barang boleh dijadikan kenangan.
Melihat pemandangan di CARAMBOLA PAVILION
Jangan lepaskan peluang berOOTD di sini.
Sejukkan tekak di Cafe Rimbun
Cuaca panas terik, jangan risau. Cafe Rimbun kan ada.
2- Hentian ke-2 (TAMAN RUSA)
Dapat tengok rusa depan mata, boleh beli makanan rusa di situ untuk bagi rusa makan. Anda juga boleh belajar mengenali beberapa spesis rusa yang ada.
3- Hentian ke-3 (TAMAN ARNAB)
Sangat comel, kalau uka binatang jinak macam arnab, boleh masuk tengok. Jinak jadi kalau nak bergambar sampai atas kepala staff di situ boleh tolong letak. Di sini ada menara tinjau boleh naik atas untuk tengok pemandangan.
4- Hentian ke-4 (JETI KERANJI)
Haa kat sini visitor boleh bermain aktiviti air dan memancing!
Speed boat : RM35/ 5 person
Kayaking : RM10/ kayak
Padle Boat : RM15/ 2 person
5- Hentian ke-5 (LAMAN ITIK)
Cukup banyak itik di sini, boleh main kejar-kejar dengan itik. Lagi best ada pakej buat telur masin. Added RM10 untuk 4biji telur.
6- Hentian ke-6 (RUMAH KAMPUNG)
Wajib masuk dalam rumah ini, dari luar pun dah cantik, kampung vibes! Masuk dalam, memang terasa kampung-kampung sangat. Tenang itu memang dapat lah.
7- Hentian ke-7 (NURSERY)
Hentian terakhir! Dah namanya pun nursery, mestilah ada pokok-pokok. Di sini ada jualan anak benih pokok buah-buahan dan sayur. Baja pun ada jual siap.
Sebenarnya banyak lagi yang best disetiap hentian. Tetapi anda kena datang experience the fun agro kat sini sendiri lah.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...