Negeri Perak sering jadi pilihan sebagai salah sebuah negeri membawa keluarga bercuti.
Selain faktor perjalanan yang dekat, Perak juga terkenal dengan beberapa lokasi menarik.
Antaranya Teluk Intan. Jika datang ke sini, tidak perlu check in hotel sebaliknya boleh menginap di rumah kayu kampung yang menyediakan private pool.
Rumah kayu bertangga merah dengan seni bina Perak ini menyediakan ruang besar dan selesa terutama jika mahu membuat aktiviti keluarga.
Rumah tradisional melayu dua tingkat ini boleh disewa untuk orang ramai yang ingin buat family day, reunion ataupun untuk acara lepak-lepak.
Kediaman klasik untuk mana mana keluarga yang mahukan kelainan dalam rumah tradisional melayu yang dilengkapi dengan kemudahan moden dan selesa.
Private pool ini boleh digunakan oleh seisi keluarga tanpa sebarang gangguan dan privacy hanya untuk anda sekeluarga.
Kemudahan yang terdapat di RTM:
PRIVATE POOL
Private pool dengan keluasan 10 x 15 feet dengan gazebo dan tempat istirehat
BILIK
1 blik dengan 2 queen bed (4 pax)
1 bilik 1 queen bed (2 pax)
1 sofa bed di common area (2 pax)
Floor mattress dan bantal extra ada disediakan (4 pax)
TANDAS
2 tandas dengan hot shower
Tuala, sabun dan shampoo disediakan
AIRCOND
Semua bilik dan ruang menonton fully aircond
DAPUR
Kelengkapan dapur lengkap dengan pinggan mangkuk dan peralatan memasak dengan peti sejuk, periuk memasak dan pemanas air.
ENTERTAINMENT
TV LCD 40 inch dengan Astro Njoy.
FB: Rumah Tangga Merah
Alamat: Kampung Bahagia, Teluk Intan, Perak
No Telefon: wa.me/60163386801
Tempah: www.airbnb.com/rooms/32025863
Sumber: FB Perak Sana Sini
Artikel Berkaitan:
Amazing Japan! Snow Wall Setinggi 20 Meter Diukir Sepenuhnya Dengan Tangan
Percutian Mewah Dari Atas Bukit Di Woodhouse Retreat Kuala Kubu Bharu
5 Lokasi Eco-Tourism Menarik Di Perak, Kaya Sumber Alam & Aktiviti Mengujakan
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
A To Z Percutian Mesra Muslim Teroka Macao. Masukkan Dalam ‘List’ Percutian Idaman Anda!
Macao, kota yang penuh warna-warni dan terkenal dengan sumber hiburan yang menyeronokkan ala Vegas. Macao terbahagi kepada tiga wilayah iaitu semenanjung Macao, Pulau Taipa dan Pulau Coloane.
Namun ia tidak menjadi halangan buat pelancong Muslim khasnya untuk berseronok cara ‘Halal’ di sini. Macao ada lebih daripada itu! Ada tempat bersejarah, ada pemandangan indah, ada lokasi membeli-belah barangan berjenama dan ada premis makanan Halal dengan citarasa yang pelbagai.
Betul ke senang cari makanan Halal? Ya betul!
Jangan terkejut jika dikatakan untuk mencari makanan Halal di Macao tidak sesukar mana. Untuk pelancong Islam tidak perlu ragu-ragu untuk berkunjung ke Macao kerana pelbagai kemudahan mesra Muslim untuk anda tersedia di sana.
Klik di sini untuk lokasi makanan Halal di Macao.
Hong Kong-Zhuhai-Macao Bridge (HZMB)
Sebelum ini mungkin ramai yang sudah beberapa kali ke Hong Kong, namun pasti ada sesetengah langsung tidak terfikir untuk menjejakkan kaki ke Macao yang hanya dipisahkan beberapa kilometer sahaja.
Jika anda datang dari Hong Kong, boleh cuba pengalaman ke Macao dengan menggunakan pengangkutan bas menyusuri Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macao (HKZM) di Terminal Bas Kowloon, Hong Kong. Pengunjung boleh dapatkan tiket di kaunter atau menggunakan mesin layan diri.
Dibuka secara rasmi pada 24 Oktober tahun lalu oleh Presiden China, Xi Jinping, jambatan HKZM merupakan jabatan laut terpanjang di dunia dengan jarak sejauh 55 kilometer dengan memiliki terowong dasar lautnya sendiri.
HKZM menghubungkan Hong Kong ke Zhuhai dan Macao, merentasi perairan Delta Sungai Mutiara. Buat masa ini, bas merupakan pengangkutan terbaik untuk mengembara merentasi jambatan ini. Ini kerana kenderaan persendirian yang ingin menggunakan HKZM perlu memohon permit khas dengan pelbagai kriteria ketat.
Teroka Macao Dengan Perkhidmatan Macao Open Top Bus & Macao Cruise
Macao memang cukup sempurna untuk percutian bersama yang tersayang, keluarga, teman-teman atau secara individu. Untuk meneroka keseluruhan tiga wilayah Macao sangat mudah. Dicadangkan untuk mencuba perkhidmatan Macao Open Top Bus dan Macao Cruise.
Menggunakan kedua-dua perkhidmatan ini akan membawa pengunjung melihat dengan lebih jelas destinasi-destinasi utama terlebih dahulu apa yang ada disekitar Macao.
Menara Macao
Dari mana-mana sudut di Macao pasti boleh melihat menara ini dari jauh. Mempunyai ketinggian 338 meter ini, pengunjung dapat melihat pemandangan indah seluruh Macao dari pandangan atas menara.
Terdapat pelbagai aktiviti ekstrem disediakan, antaranya terjunan Bungy, SkyJump dan Tower Climb.
Untuk mencabar adrenaline, boleh cuba aktiviti Skywalk iaitu berjalan-jalan di luar rim menara utama.
Senado Square, IAM Building & Happiness Street
Senado Square juga dikenali sebagai Urban Center bagi Macao. Lokasi ini juga lokasi wajib dikunjungi jika berada di Macao. Macao sebelum ini ditadbir oleh Portugis, disebabkan itu banyak tinggalan seni bina Portugis boleh dilihat disekitar ini.
Untuk dapatkan lebih ‘aura’ dan dapatkan perbezaan, pengunjung boleh ke sini pada waktu siang dan malam hari.
Dataran disekitar ini diturap dengan batu ‘cobble’ berwarna hitam dan putih yang asal masih ada di situ.
Berhadapan dengan Senado Square terdapat sebuah bangunan lama yang begitu istimewa dan cantik dikenali sebagai IAM Building atau dahulu dikenali sebagai Leal Senado. Struktur bangunan ini di bina pada tahun 1784 sebagai Pejabat Perbandaran Macao.
Disekitar ini juga terdapat sebatang jalan yang dikenali sebagai Happiness Street. Terdapat pelbagai kafe dan restoran disepanjang jalan ini. Dilaluan ini juga anda boleh melihat deretan ‘rumah merah’ berkonsepkan tradisi cina yang begitu indah.
Jangan lupa berhenti seketika untuk membidik foto kenangan dan kongsikan kepada teman.
Ruins of St. Paul , Mount Fotress & Macao Museum
Ruins of St. Paul adalah lokasi wajib datang kalau melancong ke Macao. Ia merupakan struktur runtuhan sebuah kompleks abad ke-16. Malah, ia juga disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.
Pengunjung juga dicadangkan untuk ke lokasi ini pada siang dan malam hari untuk melihat sisi berlainan Ruins of St. Paul.
Disekitar kawasan ini juga terdapat banyak kedai cenderama, kafe dan laluan seni untuk mereka yang suka bergambar seperti di lorong Rua Da Felicidade. Lorong-lorong belakang di Macao boleh dikatakan sangat bersih dan penuh dengan hiasan dinding seni yang kreatif
Terletak bersebelahan Ruins of St.Paul, ambil masa untuk naik ke Mount Fotress ialah kubu pertahanan tentera Portugis seluas 10,000 meter persegi.
Selain jalan-jalan di kawasan kubu yang luas ni, anda juga boleh melawat Macao Museum di sini dan melihat keindahan kota Macau dari pandangan atas.
Elekron Show @ Studio City
Selain menempatkan resort hotel berstatus lima bintang, pusat membeli-belah dan restoran mewah, Studio City mempunyai ruang khas untuk menonton teater atau persembahan berskala besar. Ketika ini sedang berlangsung persembahan Elekron Show yang begitu memukau.
Penonton disajikan dengan persembahan aksi bertaraf antarabangsa yang begitu mendebarkan dilakukan oleh individu yang berpengalaman dalam bidang permotoran, aksi lagak ngeri dan akrobatik. Penonton pasti terpaku dengan setiap adegan yang dipersembahkan selain turut diselitkan sesi jenaka bersama penonton bertuah yang dipilih ke ruang pementasan. Dari luar Studio City ini tampak menyerlah apabila ada angka lapan di tengah-tengah bangunannya. Bila dilihat dengan teliti, angka lapan itu sebenarnya adalah roda Ferris yang dikatakan tertinggi di dunia.
The Parisian Macao
Tidak jauh dari Studio City, terdapat sebuah replika Menara Eiffel di Paris iaitu The Parisian Macao adalah binaan paling tinggi menyamai ketinggian bangunan 38 tingkat berbanding replika yang lain di seluruh dunia malah ia juga lebih realistik. Menariknya, setiap hari terdapat pertunjukan dan persembahan lampu pelbagai warna dan tema pada struktur menara sambil diiringi alunan muzik bermula jam 6.15 petang hingga 12 tengah malam. Pengunjung tidak akan sekali-kali melepaskan peluang untuk merakamkan gambar.
Taipa Houses & Cunha Street
Dibina pada tahun 1921, Taipa Houses adalah lokasi menarik yang tidak perlu dilepaskan untuk dikunjungi. Terdapat lima buah bangunan dengan seni bina Portugis merupakan rumah agam bagi keluarga pegawai awam Portugis (Macanese).
Kini dijadikan muzium untuk pengujung melihat dengan lebih dekat cara kehidupan mereka pada masa lalu.
Dari sini, anda boleh berjalan ke Cunha Street untuk mendapatkan pelbagai cenderahati dan produk makanan warisan Macao seperti Tat Telur Portugis, Biskut Badam, Biskut Syiling Emas, Serradura, Teh susu dan juga Aiskrim Durian Musang King.
Di sini juga menjadi tumpuan ramai pengunjung untuk merakam gambar kenangan berlatar belakangkan dinding dihiasi lukisan kreatif.
Planet J & Zero Latency Premis Keriangan Untuk Keluarga
Kalau datang dengan keluarga dan anak-anak kecil pula, pengunjung dicadangkan untuk ke Planet J dan Zero Latency. Di Planet J, menawarkan permainan interaktif.
Anda boleh memilih pelbagai kostum menarik sebelum menjalankan misi khas jelajah seluruh Planet J.
Di Zero Latency pula bakal membawa pengunjung untuk mencuba pengalaman menyelesaikan misi ‘penting’ permainan dalam bilik khas secara berkumpulan menggunakan kemudahan Virtual Reality (VR).
Terdapat beberapa pilihan tahap permainan yang boleh di cuba iaitu Engineerium (tahap mudah), Zombie Survival (tahap sederhana) dan Singularity (tahap sukar). Memang puas jika dapat melawan musuh dengan kerjasama semua ahli kumpulan yang begitu baik.
Secara keseluruhan Macao adalah percutian lengkap untuk segalanya sesuai untuk . Tak sabar rasa nak ‘repeat’ lagi trip ke Macao.
Tip Macao
- Jika ingin mendapatkan perkhidmatan shuttle bas percuma, anda boleh ‘menumpang’ di mana-mana sahaja hotel 5 bintang yang menyediakan khidmat ini. Jangan lupa untuk bertanya ke mana lokasi bas tersebut menuju.
- Matawang yang digunakan di Macao adalah Macao Pataca dan Hong Kong Dolar
- Bagi warganegara Malaysia, anda tidak memerlukan visa untuk masuk ke Macao bagi tempoh lawatan kurang daripada 30 hari.
- Boleh dikatakan semua lokasi awam tersedia perkhidmatan wifi percuma.
- Macao bersuhu iklim subtropika dengan suhu paling rendah sekitar 15 darjah celsius dan paling panas 30 darjah celsius.
- Ketika daftar di hotel-hotel sekitar Macao, beritahu anda adalah seorang Muslim. Pihak hotel tidak keberatan utnuk menyediakan sejadah bersama kompas kiblat di dalam bilik.
Terima kasih Macao Tourism Malaysia
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Homestay Ujung Bukit Perlis, Penginapan Ideal Untuk Korang Yang Suka View Sawah Padi
Bayangkan anda berada di sebuah rumah di tengah sawah padi yang menghijau sambil dibelai oleh tiupan angin sepoi-sepoi bahasa yang cukup mendamaikan jiwa.
Tidak cukup dengan itu, anda juga boleh mencuba hidangkan menu ala kampung sebenar seperti nasi panas, ikan puyu pekasam, ikan bakar bersama air asam dan juga ulam-ulaman segar setiap kali waktu makan. Sambil bersantap di bawah pohon-pohon merimbun sambil melihat sawah padi yang terbentang luas dan dihiburkan pula dengan kicauan unggas. Sesekali kedengaran pula bunyi cengkerik dan riang-riang.
Pemandangan yang mengasyikkan dan kedamaian yang menanti anda ini bukan khayalan, sebaliknya boleh dinikmati jika anda menginap di Homestay Ujung Bukit, nun di utara semenanjung Malaysia iaitu negeri Perlis.
Bagi yang gemarkan aktiviti pertanian atau ingin merasai bagaimana kehidupan petani di kampung, anda berpeluang menikmatinya di sini dengan melihat kehidupan seharian masyarakat kampung seperti menjalankan aktiviti pertanian, menangkap ikan bahkan memasak masakan tradisional. Ada beberapa aktiviti menarik yang bileh dilakukan di sini seperti memancing ikan atau boleh memilih untuk berjalan kaki dan menggunakan basikal untuk mengelilingi kawasan kampung dan melawat sawah padi. Jangan lupa untuk mengambil gambar disekitar sawah padi yang menghijau!
Homestay Kampung Ujung Bukit
Jalan Kurong Batang,
01000 Kangar, Perlis
Hubungi: En. Ed (012-448 6305) / Puan Faezah (017-5986504)
Foto: FB Ujong Bukit Homestay & Kampung Stay Kangar Perlis-page rasmi
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nasi Lemak Jati Viral Lagi, Ramai Juga Yang Rindu Nasi Lemak Lagend Ni!
Sesiapa yang pernah bergelar mahasiswa di UiTM Shah Alam dan juga Unisel Shah Alam sekitar tahun 2014 ke bawah pasti kenal dengan nasi lemak yang mendapat jolokan Nasi Lemak Jati ni.
Manakan tidak, nasi lemak atas van yang berniaga di hadapan Kolej Jati Seksyen 7, Shah Alam ini pasti akan dipenuhi oleh student yang kelaparan setiap hari.
73050580_10214313804894457_7398640638389911552_n.
Kunjungan student ke van Nasi Lemak Jati ni bukan biasa-biasa. Korang akan jumpa satu barisan paaannnjang! Itu semua student-student yang tinggal berhampiran sedang beratur nak beli Nasi Lemak Jati.
Untuk korang yang tak sempat merasai zaman kegemilangan Nasi Lemak Jati ni, bagi saya, anda terlepas satu perkara terindah bergelar mahasiswa UiTM atau Unisel di Shah Alam. Nasi lemak ni tersangat la sedap. Sambil menulis ni artikel ni pun, saya masih terbayang keseronokan dan keriangan beratur bersama teman-teman sekampus membeli Nasi Lemak Jati.
72649862_10214313808094537_6662718148501831680_n.
Apa yang best pasal nasi lemak ni selain daripada nasi dan sambalnya adalah aneka pilihan lauk-pauk yang disediakan. Korang pilih la nak makan apa pun, semuanya ada. Nasi sambal kerang, sambal sotong, sosej, fish cake apa segala tok nenek semua ada dijual. Harga pun harga student, tak ada lah mahal sangat. Beruntung siapa yang tinggal dekat Kolej Jati, van ni betul-betul terpacak depan pintu pagar kolej. Senang!
Psstt.. Korang ingat tak depan nasi lemak ni ada mesin ATM Bank Islam. Cucuk duit dulu then beli nasi lemak. Hahaha.
73175516_10214313808974559_3666994887791738880_n.
Tapi sayang, van Nasi Lemak Jati ni dah lama sangat tak kelihatan di mana-mana. Semenjak Kolej Jati dikosongkan daripada penghuni dan ditutup, van nasi lemak ni pun dah tak kelihatan daripada pandangan. Kalau korang pergi Kolej Jati depan Seksyen 2 Shah Alam tu pun, dah rata kena roboh. Hmm.. Rindu..
Dulu dah pernah viral orang sibuk mencari balik Nasi Lemak Jati ni especially geng-geng student era kegemilangan Nasi Lemak Jati dulu. Maklum la, nasi lemak ni bukan sahaja sarat dengan nasi bersantan campur sambal kerang dan fish cake, tapi Nasi Lemak Jati ni pun sarat dengan kenangan dan memori.
Tak sangka pula baru-baru ni, viral lagi sekali orang masih mencari-cari Nasi Lemak Jati! Korang kalau tahu dekat mana nasi lemak ni berniaga, tolong roger Libur! Libur nak pergi beli! Serius rindu weyhhh!
72608938_10214313805894482_2302932593345036288_n.
72687852_10214313829095062_6157035257485852672_n.
Capture.
72969321_10214313805414470_3329586289992269824_n.
73025090_10214313804534448_7871844239389229056_n.
Kredit kepada: Muhammad Firdaus , thanks sebab berjaya throwback balik kerinduan ni.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI