Tak sangka, di Cameron Highland pun ada sungai dan air terjun yang cantik. Katanya inilah hidden gems kat sini.
Sebut sahaja Cameron Highland, pastinya sinonim dengan kawasan tanah tinggi dengan suhu yang sejuk serta ladang-ladang teh yang meluas.
Cameron Highland ‘Hidden Gems’
Siapa sangka, dalam ladang teh Cameron Highland pun kita boleh jumpa sungai dan air terjun! Macam lembah hijau di Kashmir, India!
Yang tanya kat mana air terjun dalam ladang teh tersebut, ikuti perkongsian saudara Hazwan Hafiz ini.
Di Cameron ada banyak ladang teh. Untuk cari air terjun dalam ladang teh ni, anda perlu cari dulu ladang teh Bharat Plantation.
Ladang teh Bharat Plantation pulak ada dua tempat. Satu TS1 & satu lagi TS2.
Ads
Cari Bharat Tea Plantation TS1. Dia ada dua TS1 & TS2. Cari yang TS1. ‘TS’ bermaksud ‘Tea Station’.
Parking Percuma, Jangan Risau!
Dah sampai Bharat Tea Plantation, cari parking. Percuma sahaja parkingnya. Untuk masuk ke sini, perlukan bayaran masuk berharga RM3 seorang dewasa.
Diingatkan bahawa ladang teh ni agak curam dan berbukit. Tidak berapa sesuai untuk makcik dan pakcik yang dah berusia.
Ads
Untuk ke air terjun dan sungai dalam ladang teh ni, perlu turun bukit ke lembah ladang teh sejauh lebih kurang 400-500 meter.
Boleh Naik Buggy
Tak larat jalan kaki, boleh je naik buggy. RM15 seorang. Yang berusia sesuai lah naik ni. Tak ada lah penat sangat.
Cuma kalau nak naik buggy di TS2 ni, TAK DIGALAKKAN untuk warga emas/oku berkerusi roda memandangkan kene turun dan naik tangga yang agak tinggi sebelum sampai ke tempat menaiki buggy.
Ads
TIKET BUGGY
Dewasa: RM15
Kanak-kanak: RM7
Di kawasan air terjun, ada beberapa gerai jualan makanan ringan. Pemandangannya memang sangat lawa dan sejuk mata menadang, hijau!
Kalau ada kerusi ‘camping’ pun ok juga buat OOTD acah-acah ‘healing’ dalam tepi sungai dalam ladang teh.
Google Maps/Waze :
Bharat Tea Plantation TS1
Parking : Percuma
Bayaran Masuk : RM3 seorang
Nanti jangan lupa singgah Cameron Highland Hidden Gems ini ya, buat ghaso-ghaso kata orang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bila sebut Muzium Perang Pulau Pinang, ramai mengaitkannya dengan kejadian misteri. Bahkan dalam satu temuramah bersama Berita Harian pada tahun 2015, Pengarah muzium berkenaan, Johari Shafie mengakui kubu pertahanan yang sudah berusia 85 tahun ini menyimpan seribu satu rahsia misteri sehingga kini.
"Kalau nak diikutkan, memang banyak cerita seram yang dialami pengunjung yang melawat ke muzium ini. Saya sendiri sering kali berhadapan dengan situasi pelik tapi benar. Mendengar siulan tanpa kelibat, ternampak imej lembaga bergambar dan suara-suara halus sudah kerap kali didengar dan dilihat 30 kakitangan yang bertugas di muzium ini. "Lama-kelamaan kami semua sudah lali dengan situasi ini dan masing-masing meneruskan kerja seperti tiada apa-apa yang berlaku," katanya ketika ditemui.
Bahkan bunyi derapan kaki tentera Jepun berkawad, bau minyak tanah segar dan kewujudan lembaga misteri antara kisah mistik yang masih berlaku di Muzium Perang Pulau Pinang, terletak di lereng bukit Batu Maung.
Dan kisah misteri muzium ini ternyata masih terjadi lagi hari ini. Dari satu perkongsian di Tik Tok @ Cikpika, dirinya berkongsi pengalaman seram ketika melawat muzium ini baru-baru ini di mana dirinya melihat seorang tentera Jepun berlumuran darah di muzium berkenaan.
Lokasi tentera itu “berdiri” adalah lokasi sebenar tempat penyeksaan suatu ketika dahulu. Jadi tak hairanlah penampakan begini menjadikan muzium perang ini lokasi paling seram di Asia Tenggara. National Geographic turut menyenaraikan muzium ini sebagai salah satu dari 10 lokasi bersejarah paling seram di Asia.
"Saya berasakan keadaan pelik itu menjadi salah satu keistimewaan bagi pengunjung untuk datang dan merasai sendiri pengalaman misteri Muzium Perang ini. Pergh, memang hebat Malaysia kan.
Jadi bagi korang yang sukakan cabaran paranormal begini, boleh terjah ke muzium ini dalam lawatan ke Pulau Pinang ya. Tapi sebelum tu baca dulu pengalaman dilalui oleh @Cikpika yang berkebolehan merasai kehadiran makhluk halus.
Kisahnya begini. Kami dalam perjalanan balik ke KL dan nak ikut jambatan kedua. Sampai jambatan tu, suami aku kata ada muzium perang. Jadi aku ajak dia ke sana kerana aku sangka, muzium nie macam muzium di Melaka.
“Berdiri di sini, jantung tetiba berdebar-debar. Ada jurucakap (tempat jual tiket) yang ceritakan sejarah tempat ini dan masa yang sama, suami tanya betul ke nak masuk tempat sini.
“Masuk situ, rasa nak buang air dulu. Malangnya saya tak baca pun maklumat tu. Masuk saja, ada bau semacam. Tapi aku diamkan saja. Sampai satu simpang, ada terowong. Memang gelap. Masa suluh tempat tu guna bateri hp, aku jumpa katak hidup (aku memang takut sangat). Nak naik ke terowong tu kena merangkak 7 meter dan kemudian kena mendaki 9 meter. Masa dalam terowong nie dah dengar orang meraung (masa cerita nie pun sakit kepala sebab dah nak Maghrib). Setiap tempat ada part aku tengok, ada part aku tak tengok.
“Dekat satu part tu aku nampak ada tempat penggal kepala. Situ ada bau hamis-hamis darah. Ada rasa loya. Susah nak explain hal ini. Tapi ada satu tempat nie, ada ternampak seorang sedang berdiri di satu sudut. Rupanya ia seorang askar Jepun yang minta tolong aku dalam keadaan sedang menangis.
“Aku cakap kat diri aku, jangan layan sebab situ memang kawasan hutan. Aku cakap kat laki aku yang aku nak keluar cepat. Nak keluar dari situ sebab memang dah rasa seram sangat. Masa yang sama, aku nampak keluarga Kelantan tu, terutama anak kecilnya yang boleh nampak benda halus. Dia juga tak nak masuk tapi kakaknya suruh masuk.
Masa yang sama, CikPika akui di Muzium Perang tu ada satu terowong yang gelap dan kalau nak masuk ke terowong 100 kaki tu, kena buat bayaran laik. Dan rupanya itulah terowong di mana individu-2 dipenggal kepala, kepala mereka akan dibuang ke dalam terowong tu.
Tak hairanlah disebabkan terlalu banyak kejadian pelik, muzium ini dikatakan paling berhantu di Asia Tenggara. Tapi bagi korang yang minat dengan dunia paranormal, hal ini biasa sajakan. Yang penting pengalaman itu sesuatu yang sukar di lupakan.
Info Muzium Perang Pulau Pinang
Kawasan muzium yang terletak di lereng bukit di Batu Maung adalah bekas kubu pertahanan tentera British ketika menakluki Tanah Melayu dengan mempunyai pemandangan laut seluas 320 darjah.
Dibina pada tahun 1930, kubu itu siap sepenuhnya sembilan tahun kemudian dengan menggunakan tenaga banduan yang dihukum mati dari negara-negara jajahan takluk pihak British.
Di lokasi ini di temui lebih 5,000 pucuk senapang yang digunakan oleh tentera Jepun setelah menakluki Tanah Melayu, senjata-senjata tajam, kelongsong peluru, tulang-tulang manusia, terowong bawah tanah, menara tinjau, berek dan lokap, selain bangunan kubu yang telah ditimbus.
Setelah diambil alih oleh tentera Jepun, tempat itu kemudiannya menjadi saksi kepada segala kekejaman tentera Jepun sepanjang menjajah Tanah Melayu ketika itu. Sejak mengambil alih kubu pertahanan itu, ia dijadikan tempat menyeksa, membunuh serta transit kepada tahanan perang sebelum dihantar ke Kanchanaburi, Thailand membantu menyiapkan landasan kereta api maut.
Terdapat 37 lokasi peninggalan sejarah boleh dilawati antaranya terowong bawah tanah, menara kawalan dan berek tentera peninggalan tentera Jepun selepas menawan kubu terbabit yang kemudiannya dijadikan tempat seksaan tahanan perang.
Jadi buat anak muda, di kubu pertahanan inilah yang kini dikenali sebagai Muzium Perang Pulau Pinang menjadi saksi kepada pertumpahan darah, air mata serta derita penyeksaan nenek moyang kita suatu ketika dahulu. Tahanan perang ketika penjajahan Jepun tanpa belas kasihan dirogol, diseksa dan dibunuh di situ dan hari ini kita merasai kemerdekaan hasil usaha nenek moyang kita suatu ketika dahulu. Sumber tambahan : MStar/BH
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kampung Kuala Dulang Yan Kechil, Kedah tiba-tiba menjadi tumpuan ramai dek teruja untuk bergambar bersama susunan menarik jerami gulung ala Texas di kawasan sawah padi.
Pelbagai lapisan peringkat usia tidak melepaskan peluang untuk merakam gambar masing-masing dan seterusnya berkongsi di media sosial. Susunan jerami gulung berlatar belakangkan sawah dan gunung menjadikan permandangan di kawasan itu cantik seakan berada di luar negara.
Menurut sumber Bernama, idea untuk menyusun jerami-jerami tersebut datangnya daripada golongan belia Kampung Kuala Dulang Kechil yang mahu menghias dan mewujudkan kawasan cantik di kampung itu. Sebanyak 24 gulung jerami dibeli oleh penduduk daripada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dengan harga RM1,000 pada Januari lepas.
Tahniah! Bagus idea orang muda kat situ kan?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Baru-baru ni kita dikejutkan dengan satu kejadian yang amat jarang berlaku di dalam sejarah penerbangan tanah air apabila sistem operasi di kedua-dua lapangan terbang utama negara iaitu KLIA dan KLIA2 menghadapi gangguan.
Gangguan yang berlaku bukan kecil, ia menyebabkan hampir keseluruhan sistem pengoperasian kedua-dua lapangan terbang tersebut tidak berfungsi – menyebabkan banyak kelewatan penerbangan berlaku sehingga pihak MAHB terpaksa mengerahkan beratus-ratus pekerja mereka untuk turun membantu penumpang dan beroperasi secara manual.
Anda bayangkan, lapangan terbang yang kebiasaannya menerima jumlah penumpang yang ramai terpaksa beroperasi secara manual? Pasti menimbulkan keadaan yang kelam-kabut tetapi tahniah kepada pihak MAHB dan juga penumpang kerana berjaya menangani masalah tersebut dengan baik dan tiada insiden yang tidak elok berlaku di antara kedua-dua pihak.
Walau bagaimanapun, sedarkah anda, terutamanya penumpang bahawa kelewatan penerbangan yang berlaku boleh dibuat tuntutan daripada syarikat insurans sekiranya anda mengambil polisi perlindungan daripada mereka?
Ceritanya, untuk musibbah yang menimpa penumpang ekoran gangguan sistem di KLIA dan KLIA2 baru-baru ini, adalah ya – anda boleh membuat tuntutan insurans perjalanan yang meringankan beban anda yang mengalami kerugian disebabkan hal tersebut.
Saya petik kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh CEO Etiqa Insurans & Takaful minggu lalu, Kamaludin Ahmad yang berkata kelewatan disebabkan gangguan sistem di KLIA dan KLIA2 diberikan pengecualian kepada pelanggan mereka dan tuntutan pelanggan akan dilaksanakan.
Sekalipun, kes seperti gangguan sistem di lapangan terbang bukan sebahagian daripada perlindungan ditawarkan kepada pelanggan, namun pengecualian diberikan memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia sudah menabung berbulan lamanya untuk bercuti dan kejadian tidak diduga seperti ini pasti akan membebankan pelanggan.
Terima kasih Etiqa Insurans & Takaful kerana sudi untuk membantu semua nasib penumpang yang tergendala.
Jadi di sini saya lihat, adalah satu case study yang sebenar kepada semua rakyat Malaysia akan kepentingan memiliki insurans perjalanan tidak kira ke mana sahaja destinasi tujuan anda.
Untuk pengetahuan semua, insurans seperti Etiqa Insurans & Takaful hanya menerima tuntutan untuk kelewatan penerbangan yang disebabkan situasi seperti mogok, cuaca buruk dan kerosakan mekanikal penerbangan namun kerosakan sistem di KLIA dan KLIA2 diberikan pengecualian – ini adalah berita yang sangat baik.
Pengecualian seperti ini saya lihat akan memberikan satu impak positif kepada semua rakyat Malaysia akan kepentingan dan kesedaran memiliki insurans perjalanan kerana kita tidak tahu apa akan terjadi semasa perjalanan kita – sama ada terlewat, kandas atau sebagainya.
Jadi kepada anda, ingatlah kejadian ini sebaiknya, dapatkan insurans perjalanan kalau ingin mengembara ke mana-mana sekalipun. Sediakan payung sebelum hujan kerana malang tidak berbau.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...