Tak sangka, di Cameron Highland pun ada sungai dan air terjun yang cantik. Katanya inilah hidden gems kat sini.
Sebut sahaja Cameron Highland, pastinya sinonim dengan kawasan tanah tinggi dengan suhu yang sejuk serta ladang-ladang teh yang meluas.
Cameron Highland ‘Hidden Gems’
Siapa sangka, dalam ladang teh Cameron Highland pun kita boleh jumpa sungai dan air terjun! Macam lembah hijau di Kashmir, India!
Yang tanya kat mana air terjun dalam ladang teh tersebut, ikuti perkongsian saudara Hazwan Hafiz ini.
Di Cameron ada banyak ladang teh. Untuk cari air terjun dalam ladang teh ni, anda perlu cari dulu ladang teh Bharat Plantation.
Ladang teh Bharat Plantation pulak ada dua tempat. Satu TS1 & satu lagi TS2.
Ads
Cari Bharat Tea Plantation TS1. Dia ada dua TS1 & TS2. Cari yang TS1. ‘TS’ bermaksud ‘Tea Station’.
Parking Percuma, Jangan Risau!
Dah sampai Bharat Tea Plantation, cari parking. Percuma sahaja parkingnya. Untuk masuk ke sini, perlukan bayaran masuk berharga RM3 seorang dewasa.
Diingatkan bahawa ladang teh ni agak curam dan berbukit. Tidak berapa sesuai untuk makcik dan pakcik yang dah berusia.
Ads
Untuk ke air terjun dan sungai dalam ladang teh ni, perlu turun bukit ke lembah ladang teh sejauh lebih kurang 400-500 meter.
Boleh Naik Buggy
Tak larat jalan kaki, boleh je naik buggy. RM15 seorang. Yang berusia sesuai lah naik ni. Tak ada lah penat sangat.
Cuma kalau nak naik buggy di TS2 ni, TAK DIGALAKKAN untuk warga emas/oku berkerusi roda memandangkan kene turun dan naik tangga yang agak tinggi sebelum sampai ke tempat menaiki buggy.
Ads
TIKET BUGGY
Dewasa: RM15
Kanak-kanak: RM7
Di kawasan air terjun, ada beberapa gerai jualan makanan ringan. Pemandangannya memang sangat lawa dan sejuk mata menadang, hijau!
Singgah di Chalet Pak Teh Raub memang akan membuat jiwa tenang dengan pemandangan yang cantik alam semula jadi.
Ya, tempat ini viral dek kerana air sungainya jernih sampai boleh nampak ‘makhluk’ dalam air. Yang suka main sungai mesti puas hati melayan anak-anak.
Sesekali datang dengan keluarga ke tempat ini, boleh lah healing. Kata rindu kampung, kan? Haa… ini masanya untuk luangkan maa bersama orang tersayang.
Nampak tak pilihan chalet yang ada di sini, boleh rujuk gambar di bawah. Simple tetapi cukup untuk anda merasa meletakkan kepala di tempat yang damai dengan alam.
Malahan pokok-pokok di sekeliling tempat ini menjadikan redup untuk berteduh.
Harga chalet cuma rm60/rm70 je sebuah. Berbaloi sangat dengan apa yang ditawarkan. Malam-malam memang sejuk lah dengan rumah kayu macam ini.
Owh ya, musim cuti sekolah, lagi ramai yang plan nak bercuti di tempat ini bersama keluarga. Jadi pilihan di tangan anda. Nak datang waktu cuti sekolah atau cuti hujung minggu.
Chalet Pak Teh, D’ Sg Kelang, Raub, Pahang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tular di media sosial berkenaan pembukaan Masjid Camlica secara rasmi di Istanbul, Turki baru-baru ni. Pembinaan masjid berkenaan yang bermula pada tahun 2013 siap pada tahun ini dengan menelan belanja lebih RM270 juta dan mampu untuk memuatkan kira-kira 63 ribu jemaah pada satu-satu masa.
Masjid ini bukan sahaja mempunyai ruang solat yang besar malah turut menempatkan pelbagai lagi kemudahan seperti muzium, galeri seni, perpustakaan, dewan persidangan dan ruang parkir bawah tanah sebanyak 3,500 bagi kemudahan setiap pengunjung yang datang ke masjid ini.
Apa yang lebih memberikan sentuhan hebat kepada masjid ini adalah rekaannya yang epik, ilham daripada senibina zaman Khalifah Uthmaniyah dan jangan terkejut apabila pereka senibina atau arkitek bangunan hebat ini adalah srikandi Turki bernama Bahar Mızrak dan Hayriye Gül Totu!
Bersama entri ini, kami lampirkan bersama kompilasi video Masjid Camlica yang hebat ini untuk tontonan anda. Lepas ni kalau ada perancangan untuk berkunjung ke Istanbul, jangan lupa untuk ke masjid ini ya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tahniah untuk Kuantan yang dinaiktaraf sebagai Bandaraya Kuantan. Sebagai ibu negeri Pahang, sudah tentu banyak tempat melawat boleh dilawati kalau ke sini nanti. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang melakukan pengisytiharan Kuantan, dua hari lalu bertitah, Baginda menzahirkan hasrat mahu melihat Kuantan yang mula wujud pada pertengahan kurun ke-19 menerusi sistem penubuhan Kuantan Sanitary Board pada 1 Ogos 1913 terus mencipta lebih banyak kejayaan sebagai sebuah bandar raya yang unggul.
Jadi buat korang yang teruja nak ke sini nanti, boleh tengok itenari 3H2M yang dikongsikan oleh Woon Chee Keong dalam page Visit Kuantan City.
Ya ia boleh membantu korang yang ingin mencari tempat lepak menarik kalau pertama kali datang ke bandaraya ini.
Informasi Khas Untuk Pengunjung Pertama Kali ke Bandaraya Kuantan. Cadangan itinerari 3h2m.
Salam ceria dari Bandaraya Kuantan
Kuantan, pusat pelancongan yang mudah dinikmati dengan keindahan alam, sejarah dan suasana aman bandar kecil terkenal dengan masakan enak Pantai Timur.
Hanya 3 jam perjalanan dari kesibukan Kuala Lumpur. Jom cuti cuti Malaysia selepas PKP nanti.
Berikut cadangan program 3h2m lawatan ke Kuantan untuk keseronokan percutian anda. Pantai pantai cantik, taman taman menghijau, sungei sungei dan airterjun yang nyaman dan tentu sekali suasana kampung yang aman sentosa. Our amazing Kuantan!
Hari 1 Kepada yang bertolak dari Kayel atau Selangor, jangan lupa singgah di Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah dekat Lanchang. Masuk percuma. Atau makan tengahari di Temerloh (Think Patin!).
3ptg Selepas check-in di hotel atau homestay, jom kunjungi Pantai Teluk Cempedak. Lepak petang di pantai, jelajahi dua pantai di sini, jemput tengok monyet monyet tempatan, santai kopi di Starbucks yang sungguh indah, membeli souvenir di gerai gerai. Singgah sekejap di Taman Gelora d bawah pohon rhu yang lampai (popular dengan pengunjung tempatan) semasa perjalanan ke pusat bandar.
7 mlm Makan malam di gerai Benteng, Micasa Cafe, Sentral Rooftop, Mekdi atau lain lain gerai dan kafe di tebing Sungei Kuantan sambil menikmati permandangan termasuk bergambar selfie dengan Tanda Kuantan dan Menara Kuantan 188 yang bercahaya. Atau tempah cruise dengan Kuantan River Cruise untuk melihat taman bakau dan juga buaya buaya liar di sini. Tempahan awal 011.16471617. Berangkat dari Jeti Shahbandar berdekatan McD.
9 mlm Bersiar siar di lorong lukisan dinding di belakang Jalan Besar (Kula Cakes), dan nikmati kopi di kafe hipster (favourite kami Tjantek Cafe) yang banyak di Jalan Besar.
Hari 2
8pg Nikmati sarapan Pantai Timur nasi dagang dan nasi minyak di merata tempat, cuma perlu google untuk cadangan. Yang amat popular termasuklah adalah Restoran Bukit Bay Route dengan lauk yang pelbagai.
9 pg Ayoh ke kampung bersejarah Sungei Lembing. Antara lain, tarikan utama termasuk muzium muzium, jambatan tergantung. Jom berkelah di Riverside Pebbles Picnic Area, di tebing sungei yang penuh dengan batu batu cantik. Semasa balik ke Kuantan, singgah di Gua Charas untuk photoshoot gambar buat kenangan.
3ptg Jalan jalan makan angin ke Kampung Cherating dengan pit stop di Pantai Balok, Pantai Batu Hitam and Pantai Chendor (kunjungi Pusat Penyu dan Club Med). Nikmati keindahan pantai Cherating untuk minum petang dan dalam perjalanan pulang, membeli belah di Natural Batik.
7mlm Banyak pilihan untuk santapan malam dari Satay Zul, Ana Ikan Bakar atau hipster food courts (Kimstone Food Centre di Beserah memang bagus sekali), hingga pelbagai restoran di bandar.
9mlm jom Lawati Menara Kuantan 188 (tempahan tiket online di www.menarakuantan188.com.my) untuk permandangan waktu malam bandar Kuantan. Atau boleh kunjungi mall mall di Kuantan (East Coast Mall dan Kuantan City Mall).
Hari 3 8pg Tapao sarapan pagi bungkus dan jom berkelah di Airterjun Sungei Pandan yang ohsem. Hanya 30min dari pusat bandaraya.
12tengahari Check out dan kunjungi Jalan Besar untuk membeli hasil hasil tempatan. Keropok, ikan masin, semuanya ada. Selamat jalan kepada tetamu terhormat dan semoga pulang dengan selamat bersama kenangan terindah dari Kuantan.
Opsyen untuk Hari 4 Lawatan sehari ke Kota di Raja Pekan, Gambang Safari & Waterpark dan Tasik Cini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hamparan pasir luas, batuan putih berbentuk cendawan dan langit biru tanpa penghujung menjadikan destinasi ini kelihatan seperti sebuah planet asing.Terletak di Gurun Barat Mesir,...