Terkenal sebagai pusat peranginan yang menjadi tumpuan pelancong dalam negara, Cameron Highlands ada banyak tarikan dan aktiviti yang korang boleh buat bila berkunjung ke sana.
Paling penting rancang dan susun tempat yang korang nak pergi, supaya perjalanan lebih teratur dan untuk elak daripada trafik yang teruk bila nak ke satu-satu tempat.
Pengguna Facebook Adibah Husna Ahmad Yazi berkongsi itinerari percutian selama 3 hari 2 malam di Cameron Highlands. Kalau buntu tak tahu mana nak tuju boleh jadikan perkongsian wanita ini sebagai rujukan.
Itinerary Cameron Highland
3 hari 2 malam
(14-16/5/2022)
Day 1
Gerak dalam pukul 10.30 pagi macam tu dari kampung Parit.
Sampai tengah hari lebih kurang jam 12.45 kt Kampung Raja. Sebab book hotel area sini.
Lavender Garden
Wajib pegi sebab view cantik-cantik.
Kaki selfie wajib ambil gambar kat sini.
Entrance fee RM15 for adult
Boleh self pick strawberry kat dalam ni, minimum 200gm RM12.
Ladang Cameron Valley Tea
Memang view cantik sangat.
Ads
Entrance fee RM3
ATV Safari
Kitorang decide naik 4×4, jalan-jalan lereng bukit tengok pokok teh.
Ada ATV sekali, tapi kitorang tak naik la sebab hujan time tu.
RM18 per head untuk 4×4.
Harga tu dah termasuk dgn tiket ke Safari Park. Boleh feeding macam-macam haiwan kat sini.
Pasar Malam Cameron Highland
Mesti pegi sebab macam-macam makanan sedap kat pasar malam. Paling suka ubi madu kukus dan jagung susu dia. Hanya ada di CH.
Cameron Centrum
Tempat baru open. Macam mall. Sapa yang nak OOTD ala-ala kat London boleh la lepak sini. Tapi view malam lagi cantik sebab banyak lampu-lampu.
Ada FamilyMart, PizzaHut and etc.
Ads
Day 2
Aidilbadri Strawberries Cafe & Farm
Breakfast kat sini pekena Nasi Lemak Pandan bersama Sambal Strawberry. Sedap. Dan jugak ada strawberry dlm serunding daging nya. Menarik kan.
Sheep Sanctuary
Seronok la tengok and boleh feeding sekali
Dengan view pon cantik sangat!
Entrance fee: Adult RM8
Pasar Kea Farm
Nak beli souvenir atau apa-apa je nak beli, beli kat sini. Lebih murah berbanding tempat lain.
Teh ke, ole-ole ke, strawberi ke, ubi keledek ke, sayur-sayuran dan banyak lagi la.
Ladang Teh Boh Sg Palas
View kat sini pun sangat lah cantik. Boleh lepak minum teh boh sambil tengok kehijauan semula jadi.
Cactus Point
Ada bermacam jenis cactus. Dari kecil sampai lah yang besar. Buat port berselfie pun nice jugak.
Ads
Entrance fee: Masuk percuma
Taman Agroteknologi Mardi
Kat sini ada kebun ada ladang teh ada taman rama-rama, semua lah jenis sayur@buah ada kat sini. Best!
Entrance fee RM6.50 for adult.
Highland Steamboat Grill & Cheese
Since ramai yang recommend dinner kt sini best, so kitorang try la, memang best makanan dia! Makanan banyak and lamb dia pon sedap.
RM39.90/head. Add on cheese RM10
Day 3
Checkout pukul 10 pagi, terus balik kl.
Sempat singgah di Lata Iskandar sekejap tengok air terjun.
P/s: Plan and susun tempat yang korang nak pegi, supaya perjalanan lebih teratur and untuk elak jammed.
Tasmania Island menjadi pilihan pelancong ke negara kanggaru ini kerana mempunyai persisiran pantai putih dan tarikan bangunan bersejarah. Hobart ialah ibu negeri dan pusat kewangan serta pentadbiran Tasmania, dan juga bandar kedua tertua di Australia menjanjikan seribu satu pengalaman unik buat pengunjung.
Pelancong dan pengujung yang ke Tasmania Island, ramai yang memilih untuk pusing-pusing daerah ini menggunakan kenderaan yang disewa. Memandu sendiri adalah pilihan terbaik untuk meneroka pulau ini. Selain kos lebih murah, ia juga lebih fleksibel untuk ke mana saja mengikut masa sendiri.
Pelancong luar tidak perlu mempunyai lesen memandu antarabangsa, cukup dengan membawa lesen memandu Malaysia dwi bahasa. Namun, perlu mematuhi segala undang-undang jalan raya yang sedikit ketat dan efesien.
Ikuti perkongsian & pengalaman mereka yang pernah ke destinasi ini:
Perbelanjaan : Adalah per pax (bercampur dalam RM dan AUD). Saya tak masukkan Melbourne sebab rasanya ramai dah kawan2 lain yang share. Tasmania ni adalah tempat yang sangat unpredictable weather nya, boleh jadi panas gile, sejuk gile, hujan gile, snowy gile jadi packlah baju yang boleh guna untuk ke semua musim.
1) TRANSPORTATION
a) KL – Melbourne (Air Asia): RM1198 (return)
b) Melbourne – Hobart (TIGERAIR) : AUD 43 (include luggage 20kg kongsi berdua)
c) Launceston -Melbourne (JETSTAR) – AUD57 (include luggage 20kg kongsi berdua)
d) Car rental – APEX car rental AUD 281.45- Mid Size Sedan AUTO with GPS, zero excess insurance and road assistance, extra driver, after hours pickup and drop off, (29/8/2018, 6pm-08/09/2018, 6am) . Saya dapat kereta Hyundai Elantra. Saya sangat2 recommend APEX sebab proses pickup dan drop off yang amat mudah, kereta bersih, cun dan tak ada masalah kerosakan dan paling penting harga sewa adalah yang paling murah dalam banyak2 kereta sewa kat Tasmania.
e) Minyak : AUD65
2) Sim Card – AUD30
OPTUS – 10GB data, unlimited calls and texts
Line Ok Cuma masa kat cradle mountain tak ada line tapi bila dah area atas2 gunung tu line dapatla pulak. Ok je duduk diam2 tak main phone, sekali sekala ye dak…. Saya beli simcard di Melbourne Airport
3) Accomodation
a) HOBART – (Narrara Backpackers) Twin Room shared bathroom: AUD 34.50
OK, staff peramah. Macam ramai yang duduk situ untuk long stay.
b) EAGLEHAWK NECK – (Bluegum Hostel) Double room shared bathroom : RM124
Disebabkan tak ada orang lain, kitorang je, jadi the whole house kami yang punya..yeehawww~ malam pasang lagu rock kapak buat mini karok. cantik rumah ni sekeliling kawasan memang cantik, ayam owner bela besaq gila terjakun sat. No laundry facilities.c) LOWER LONGLEY near HOBART – (Simple Farmstay) Private self contained studio with a queen bed + pull out single bed: RM188/2 nights
Rumah cantik cumanya, sejuk gile weyh rumah ni, pakai unggun api style tradisional kena pakai kayu api, so nak hidupkan unggun api je dah makan masa 2 jam..kahhh~
d) BICHENO – (Bicheno Backpackers) Budget twin shared bathroom: RM109.50
Hostel ni best, bersih dan luas.
e) BICHENO – (Seaview HolidaY Park) Basic Triple Room: RM86.80
Ada masalah dengan bilik kitorang, heater tak function berpindah randah jugak tapi oklah asalkan heater ada, sejuk woiii…
f) LAUNCESTON – (Launceston Backpackers) Twin with shared bathroom: RM80.20
OK, kitchen luas, bilik bersih, penghuni pun ramai, meriah~
g) CRADLE MOUNTAIN – (Cradle Mountain Holiday parks) 4 bed dorm (private): RM242/2 nights
Kitchen yang sebelah bilik kitorang tu memanjang ramai orang, ada budak2 mat salleh duduk, tak habis2 memasaknya. Nasib ada kitchen satu lagi, tapi jauh sikitlah dari bilik nak menapak. Bilik Ok, heater function bagus.
h) LAUNCESTON – (SJ Hostel) Twin Room Budget: RM67.42
Hurmmm hostel ni, bed sheet and mattress berbau, harga memang murah tapi itulahnya masalah dia.
4)
a) Tessellated Pavement
b) Tasman Blow-Hole
c) The Tasman Arch
d) Devil’s kitchen
e) Singgah Doo Town
f) Remarkable Caves
COST: Park entry – HOLIDAY type (8 weeks) valid to use for all parks including Cradle Mountain. AUD60/car. Satu kereta max 8 orang sahaja. Kami beli kat Tourist Centre tak jauh dari hostel kami duduk, Narrara Backpackers. Akan ada resit, jadi sepanjang walking, trekking or hiking kat mana-mana National Park, kena bawak sekali in case ranger ada dan nak check tgk korg masuk ada pass ke x, kat kereta pun ade kena tggl macam keratin kertas dan display supaya park ranger Nampak korang masuk park dengan valid pass.
Tempat-tempat ni semua cantik2 belaka, please jangan skip satu pun~ ?
5)
a) The Cape Huay walk
b) Ralph’s Bay (nak tengok Bioluminescent Plankton)
Ini hari yang tak berapa menjadi lah sebab hujan lebat, plan asal nak pegi trekking kat Cape Huay tu tapi jalan masuk sangat berlecak dan kiri kanan pokok2 tajam habis calar2 kereta, nak park kemudian jalan kaki tapi kawasan rumah orang macam tak berani pulak nak park kereta jadi dibatalkan niat, tak tau nak pegi mana lepaq je kat rumah. Bioluminescent Plankton ni pulak ngam2 dua ke tiga hari lps balik Malaysia bersepah-sepah group cakap dapat tengok plankton ni..siap pakej aurora lagikk tauuuu….tapi kita tak ada rezeki lerrr..
6)
a) Salamanca Market
b) Mount Wellington
Boleh bawak kereta samapai ke peak, tak payah hiking tapi nak jalan kaki naik atas pun boleh. Pakai tebal sikit sebab kat peak sangat sejuk, angina menderu-deru.
7)
a) Bruny Island
Cost: AUD33. Ini cost untuk kereta dan passenger yang size keretanya kurang dari 6meter. Mungkin harga dah berubah. Boleh refer link ni: https://www.sealinkbrunyisland.com.au/ferry/prices
Plan asal adalah nak ke Maria Island tapi last minit tukar plan ke Bruny Island. Tak ingat kenapa tukar plan, sebab terbangun lewat kot? Ferry ke Bruny boleh angkut kereta sekali, kalau Maria Island kena sewa basikal atau jalan kaki untuk berjalan2 kat island.
8)
a) Sleepy Bay & Gravelly Bay
b) Cape Tourville Lighthouse
c) Hiking Mount Amos
Satu je nak pesan, kalau hujan atau keadaan boleh buat track mount amos ni licin, better jangan naik, sangat2 slippery batu-batu kat mount amos. Masa saya naik Alhamdulillah, panas terik jadi batu-batu kering, memang ketar2 lutut nak naik dan sampai atas tapi view dia subhanAllah cantik sangat-sangat tak boleh nak describe macam mana dengan kata-kata..chewahhh~
9)
a) Whalers Lookout Scenic reserve
b) Bicheno Blowhole
c) Binalong Bay
10) Cradle Mountain
Tak dapat sampai peak sebab snow tebal dan track tak nampak jelas, bukan terer sangat hiking jadi, kami setakat 1273 meter sahaja dalam 6.18km perjalanan. View sangat cantik Cuma bagi saya, mount amos lagi cantik.
Itulah cerita saya, sepanjang kat sana makan memang masak sendiri, disebabkan ada kereta jadi kitorang bawak makanan sangat banyak dan barang-barang basah beli kat sana. Tasmania ni bagi saya macam little New Zealand. tengok dalam gambar cantik bila tgk depan2 lagikkkk cantik.
Masa pergi Remarkable Cave terjumpa dengan sorang Australian ni, sembang2 dia nampak happy sangat2, sebab dia cakap dia baru lepas divorce dengan husband nya, husband dia ada affair dengan perempuan muda so husband tinggalkan dia dengan anak2. Dia cakap sepanjang kahwin, dia tak pernah ada masa untuk diri sendiri, so lepas cerai anak pun dah besar, dia berjalan-jalan secara solo, setakat jumpa tu dalam Australia je tapi dia bercadang nak ke luar negara juga.
Bila tengok dia, teringat masa mula-mula travel dulu, nampak kereta lalu pun dah happy… sekarang happy juga Cuma otak banyak berfikir untuk mencari diri yang sebenarnya…??dah jumpa ke? Jawapannya, aku masih mencari~ ☺️
Pahang mempunyai banyak lokasi alam semulajadi yang menarik untuk diteroka antaranya Air Terjun Sungai Pandan.
Terletak di Kuantan, Air Terjun Sungai Pandan juga dikenali sebagai atau Air Terjun Panching oleh penduduk setempat merupakan destinasi beriadah popular. Kawasan ini juga merupakan sebahagian daripada Hutan Lipur Pandan.
Lokasi ini menjadi tumpuan ramai untuk berkelah, mandi manda atau bersantai bersama keluarga dan kawan-kawan. Jika dilihat pada air terjun yang mengalir, pasti membuatkan ramai terpesona. Mana tidaknya, landskap air terjun yang terbentuk di sini begitu cantik dan unik.
Terdapat sebuah jambatan gantung merentasi sungai di air terjun ini yang sesuai menjadi lokasi untuk merakam kenangan. Namun jika anda ingin melalui jambatan gantung ini, pastikan sentiasa berwaspada dan mengambil giliran supaya jambatan tidak dipaksa menampung jumlah berat yang ramai pada satu-satu masa.
Pelbagai kemudahan lain tersedia di sini seperti gerai makan, tandas awam, surau, bilik persalinan, tapak perkhemahan dan juga beberapa buah chalet.
Jika anda bercadang untuk datang berlibur dan bersantai di Air Terjun Sungai Pandan ini pada hujung minggu atau cuti umum, pastikan anda datang lebih awal untuk ‘dapatkan’ port tempat berkelah menarik berlatarbelakangkan air terjun ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ada yang plan nak bercuti ke Ho Chi Minh dan Dalat tak? Kalau ya, anda patut tahu lokasi menarik ke sana dulu ya, senang nak bergerak.
Ini perjalanan bercuti Puan Rohaiju Baharuddin bersama sahabatnya, Syima Haron ke Ho Chi Minh dan Dalat selama 6 hari. Jom ikuti pengalamannya beberapa hari di sana.
Kami pergi berdua, menetap di 3 hotel berbeza. Kami ke Dalat menaiki sleeper bus pada waktu malam, jadi ambil keputusan check in hotel full day.
Pergerakan di Dalat semuanya menaiki grab. Tempat-tempat menarik di Dalat agak jauh juga. Kena rancang sebaiknya. Kami pun terpaksa adjust itinerary semua tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Makanan halal di HCM mudah jika duduk di Malaysian Street tapi di Dalat agak sukar. Dinasihatkan bawa makanan siap-siap. Roti, maggi, biskut, atau bubur nasi. Masa ni, semua ini makanan terpaling sedap di dunia.
Owh ye, HCM ni banyak motosikal. Sampai naik atas divider pejalan kaki motor mereka. Kena hati-hati sikit, tapi bukan sikit lah kena banyak berhati-hati.
Melintas jalan pun kena ada skill kamikaze, lintas je la dengan jiwa yang terpaling kental. Pemanduan mereka laju tapi mereka hebat brek. Nak tunggu jalan clear, memang sampai sudah kita tak melintas.
Masa kami di sini, cuaca terlalu panas. Kena pakai topi dan sapu sunscreen banyak. Apa pun kami sangat enjoy trip ini. Saya kongsikan itinerary kami.
1. KL ke HCM.
2. Check in Sense Legend Hotel & Spa ( jauh dari Malaysian Street) jadi tidak disyorkan.
3. Makan di Hajah Bashiroh.
4. Jalan-jalan Malaysian Street.
1. Mekong River Day Trip (9am -7pm).
-Beli pakej ni di Amin Travel, kedainya ada di Malaysian Street tu.
2. Malam naik sleeper bus ke Dalat pukul 1030 am.
1. Sampai Dalat pukul 5 pagi.
2. Check in TTR Moonstone Apart Hotel.
4. Fairytale Land & Vinh Tien Wine Cellar ( feeling jadi Cinderella)
5. Fresh Garden (bunga cantik)
1. Clay Tunnel
2. Robin Hills Cable Car
3. Crazy House
4. Lam Vien Square ( depan tasik)
5. Makan di Restoran Fatimah ( sedap Pho Bo dia )
6. Naik bas ke HCM pukul 1030 malam.
1. Sampai HCM pukul 5 pagi ( laju betul pemanduan beliau ye)
2. Check in Queen Central Hotel ( Malaysian Street)
3. Book Street
4. Notre Dame ( under construction)
5. Post Office
6. City Hall
7. Ho Chi Minh Statue
8. The Cafe Apartment
9. Bach Dang Wharf( naik waterbus) sambil tengok view Landmark 81- kami di sini dalam 1 jam.
10. Shopping depan hotel dan Benh Thanh.
11. Makan restoran depan hotel.
Bersiap balik ke Malaysia.
1. Beli lah extra baggage jika anda sejenis kaki shopping. Telekung murah, tak cukup 3, kurang-kurang 10 pasang.
2. Dalat tiada apa untuk shopping, enjoy view dan tempat menarik sahaja.
3. Pergerakan, kena naik grab. Kereta mereka cantik dan bersih.
4. Di Dalat, mereka tak pandai English, gunalah google translate. Di HCM tu ok lagi.
5. Duit kita diterima je di HCM tu. Bayar pakai RM.
6. Tiket sleeper bus dan few tempat masuk di Dalat tu beli di Klook. Tapi ada juga yang beli di kaunter. Mudah sahaja.
7. Tempat-tempat di Dalat tu memerlukan kekuatan kaki sikit, sebab luas, banyak tangga dan batu-batu macam mendaki. Dinasihati memakai kasut yang sesuai.
Semua ini sekadar perkongsian, harap anda yang plan nak ke sana boleh pilih beberapa tempat menarik ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau anda jenis suka lepak lama sambil borak kosong, buat kerja atau sekadar tenangkan kepala dengan secawan matcha atau kopi, Shah Alam memang ada...