Orang Malaysia ni bermacam-macam idea hebat. Salah satu idea ialah modifikasi kenderaan. Bukan cerita horsepower lebih tinggi, tapi ubah van lama jadi campervan.
Semua foto: ourdatsunc20 Torquise buat pakcik rileks
Pergerakan modifikasi campervan di Malaysia semakin agresif. Dengan wujudnya grup Facebook My Campervan Malaysia, dan Peminat Camper Malaysia perkongsian campervan sesama ahli makin rancak. Bergantung kepada idea kreativiti dan bajet seseorang, yang paling penting adalah kepuasan hasil akhir serta perkongsian hobi dan idea bersama rakan-rakan campervan lain. Pujian untuk mereka.
Ape tu campervan?
Waktu awal beli, sebelum disolek jadi artis tambahan
Campervan ialah van untuk perjalanan dekat atau jauh yang juga tersedia tempat tidur, makan, mandi dan bersantai. Ada beberapa individu berjaya mengubah suai van kepada campervan. Semua ini hasil dari minat yang mendalam. Kos? Itu cerita belakang-belakang lah.
Pemilik akaun instagram ourdatsunc20, Kas Hariz membeli Datsun C20 pada harga RM3500 dan mengubah kepada campervan mengikut kreativiti dan bajet sendiri.
Gambar paling epik
Beberapa modifikasi dilakukan bermula September 2016. Van disalut warna torquise (antara warna faveret penulis) dan kemudian sedikit masa selepas itu menggayakan rim sukan baharu berwarna merah. Beberapa bahagian lain dinaik taraf seperti memasang kipas angin kecil (old skool flava) di dashboard, memasang rak laci kayu yang bawa mood macam dalam bilik rumah.
Bukan bilik hotel 5 bintang brooo…campervan!
Ads
Epik lagi, rumah orang asli agaknye
Cipta memori dengan famili
Famili bro famili …respek
Dari akaun instagram beliau, Kas Hariz gemarkan pengembaraan serta mencipta memori hebat bersama keluarga pada cara yang ideal dengan bajet yang jimat. Lihat saja foto yang dirakam, berseni!
Kreatif tahap level 368. Leica lovers!
Beberapa destinasi setakat ini telah pun berjaya sampai seperti Air Terjun Serendah, Empangan Kuala Kubu Bharu, Tasik Biru Kundang, Bukit Fraser, Pantai Remis Selangor, Menara Condong Teluk Intan, Teluk Senangin Lumut, Genting Highlands, Sungai Kedondong, Cameron Highlands, Terengganudan lain-lain tempat.
Memori dengan keluarga tu yang paling BEST walau simple² je
Gambar ni epik. Menuju puncak AF
Ads
Benda tua, tapi C20 muda banyak
“Kembara jauh pertama dengan campervan tua 34 tahun ini ialah ke Teluk Senangin. Ada sedikit masalah kecil tapi dapat diselesaikan”, ujar Kas.
Boleh menang award gambar campervan terbaik
Dah naik bukit
Ads
Travel & berniaga
Berniaga sambil travel, teringat waktu kecik² dulu, beli cikedis dari van vanette mak cik yam
Sambil kembara, Kas Hariz juga berniaga kecil-kecilan menjadikan campervan kepada kedai mini bergerak yang menjual makanan dan minuman ringan. Sambil kembara, sambil berniaga. Mungkin anda boleh merasai secawan kopi panas dan berbual-bual mengenai kembara Kas selepas ini.
Sebelum pandemik, Indonesia sering menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk bercuti. Mempunyai banyak tempat-tempat menarik, Indonesia juga terkenal dengan makanannya yang enak dan menyelerakan.
Kesempatan bercuti ke Jakarta Bandung pada Mei yang lalu membuatkan pengguna Facebook yang dikenali sebagai Monte Carlo tampil berkongsi beberapa tip dan trik berguna untuk pengunjung terutamanya selepas pandemik.
Ikuti perkongsiannya:
Jakarta + Bandung
12-16 May 2022
Nk share beberapa tips.
Apa yang perlu ada:
Sijil vaksin
Pcr 48 jam sebelum fly (now dah mansuh)
Travel insurance (Chubb thru grab apps)
*Semua print hardcopy siap2
Peduli lindungi install awal2 kt Msia..fill up siap2 maklumat diri.
Pakai pocket wifi/sim yg beli kt msia.sy pakai sim tunetraveller rm30 4gb 7hari..beli di klook..pick up di klia2..if nk guna sim indonesia juga kena register imei hp masa kt airport indonesia
Install apps Gojek selain grab if nk guna taxi kt indonesia..compare harga dua2 dulu baru book.
Airport Bandung xbuka lg utk tourist luar. So mau xmau perlu turun Bandara Jakarta utk ke Bandung.
sijil vaksin + result pcr print siap-siap dan bawak kemana-mana kalo nak pergi mall especially..certain mall diorang akan cek
Tip:
Kena dtg awal di klia2..3,4 jam awal..sebb semua doc perlu diverify di kaunter secara manual..so beratur sama mcm org nk drop baggage walopun dah check in di web/apps..get ready sijil vaksin+peduli lindungi+insurans+pcr..
2. smpi airport soekarno hatta T3 naik airport train ke stasiun bandara (gratis a.k.a free). Pastu naik train airport link ke Stasiun BNI city/Manggarai (45minit). Then naik grab ke Stasiun Gambir. Actually lebih mudah naik grab/taxi airport je kalo dr bandara nk ke Gambir stasiun dlm rp200k 1kete..sebb harga naik train 1pax smua tambah tolak lebih kurang je dgn harga naik taxi/grab..kalo g dalam 3,4 org xyah pikir nk naik train..better naik grab/taxi lg jimat..unless kalo nk try naik train dia n nk elak macet..
3. Gambir ke Bandung naik kereta api KAI (3jam).Book tiket awal2 online kt tiket.com. Scan Bar code kt kiosk utk tukar tiket ala2 mcm kiosk AA.. xguna apps KAI sebb sangkut bila nk buat payment.
4. Tips pilih seat kalo Gambir- Bandung amik seat belah kanan utk view cantik. Sawah padi memang nice. Kalo brg2 banyak xlarat nk angkut ada crew2 train diorg, bole upah utk tlg angkatkn..
Aku puji layanan crew train diorg sgt baik..waktu train nk berlepas smua staff siap beratur letak tgn di dada tanda hormat. Kapten train pun pakai mcm pilot..ala2 mcm naik train Shikansen kt jepun..bukan train dia tp crew2 dia. Amik seat Eksekutif tambah duit sikit je..lebih selesa n luas legroom.
5. smpai bandung check in hotel..bandung hotel 4,5 star belambak..murah n best..kalo bole amik dekat2 dgn alun2 bandung tu..so senang nk bejalan kaki..sebelum ni dah penah ke bandung direct dr KL..so kali ni nk santai2 je utk tgk2 pocong/mak lampir duk tepi2 alun2 tu duk usik2 org..
Sempat la ke zoo kejap..tp xdpt nafi zoo kt indonesia ni best..binatang dia lg sihat2 dr zoo kt Msia ..masuk pun murah..zoo terjaga..dah 3 zoo kt indonesia penah masuk sbelum ni.
kedai Ayam penyet surabaya enak bangat..sambal dia padu..repeat 3kali mkn situ
6. pasar baru ala2 pasar payang terengganu tu just jln2 je..tu port org msia shopping sakan dulu beli krudung a.k.a tudung..kedai2 situ banyak lg belum buka..pakaian situ murah cuma design xup to date..ala2 80an & 90an punya design..nk design baru pergi ke Tanah Abang Jakarta..
Balik ke jakarta naik train semula dr Bandung..seperti biasa hotel kt sana murah 4,5 star siap breakfast..
7. Di jakarta sempat pegi Mall, Tanah Abang & kota tua jakarta..semua naik grab/gojek..mall diorg banyak sgt..cuma mrt diorg masih xmenyeluruh lg..so naik grab senang..Central Park, Grand Indonesia, Plaza Indonesia tu antara sempat singgah
Sempat tgk filem KKN desa penari uncut di CGV Grand Indonesia. Alhamdulilah waktu tu tiada org kena rasuk mcm dlm tiktok
Sempat beli batik2 cun kt Tanah Abang..murah n banyak pilihan..xsempat nk shopping lama sgt sebb rushing kejar flight nk balik kl..
sebelum balik KL jangan lupa isi traveller card kt dlm My sejahtera..Masa nk check in kt airport diorg nk tgk benda tu..then masuk msia mcm biasa..guna autogate..settle
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Di Malaysia, kita mempunya Festival Floria. Di mana setiap tahun, tema akan di ambil dari beberapa jenis bunga yang terdapat di Malaysia. Jika anda sudah pernah pergi festival floria sebelum ini, pasti anda sudah menemui beberapa keindahan hiasan pada susunan pokok serta lampu yang memberi cahaya kepada bunga tersebut.
Tahun ini, bakal berlangsung satu festival yang akan diadakan di Jepun bertujuan untuk mencipta keajaiban musim luruh dengan menggunakan lampu dan ia turut diadakan pada musim lain juga.
Festival tersebut dikenali sebagai Nabana No Sato, yang merupakan satu perayaan musim sejuk di Nagashima dan salah satu acara mereka itu merupakan satu acara cahaya yang terbesar di negara Jepun.
Dianggarkan lebih 8 juta lampu telah digantung sehingga mewujudkan satu trend atau tema untuk tahun ini iaitu ‘Keindahan alam semula jadi’.
Lebih menarik tentang festival ini, anda akan saksikan terowong sepanjang 98 kaki yang boleh berubah warna bagi mencerminkan perubahan warna daun ketika musim luruh. Alunan musik akan dimainkan ketika anda berjalan di terowong tersebut.
Di luar terowong pula, terdapat satu rekaan yang menggambarkan keindahan lima tempat yang berbeza di seluruh dunia termasuk Monument Valley di Amerika Syarikat, Antartika, Taman Negara Tasik Plitvice di Croatia dan Tanada di Jepun.
Festival tersebut mengambil masa selama empat bulan untuk memasang keseluruhan lampu tersebut. Menurut jurucakap tempat peranginan tersebut kepada CNN, menyatakan bahawa mereka telah menerima sebanyak 2 juta pelawat pada tahun lepas dan majoritinya merupakan domestik.
Tahun ini pula, mereka mensasarkan jumlah pelancong asing bakal meningkat dan ia masih bertambah pada saat ini. Festival ini akan berlansung pada 7 Mei 2017. Bagi anda yang ingin mencuba dan melihat keindahan festival ini, bolehlah tempah awal tiket penerbangan serta pakej yang ada.
Tetapi jika anda terlepas untuk ke festival ini, Nagashima Resort juga terkenal dengan musim bunga yang rapi kerana ia turut menjadi tuan rumah kepada salah satu daripada taman tema terbesar di Jepun. Ia mengambil masa selama 20 minit untuk anda sampai ke resort ini dari Stesen Nagoya dan Stesen Kereta api Nagashima Kintentsu.
Sukar mencari kuih muih melayu yang enak dan autentik apabila anda tinggal di bandar. Jika ada pun tidak memenuhi selera dan rasanya tidak seeenak yang diharapkan.
Bertuah buat anda yang berada di sekitar Seksyen 13, Shah Alam dengan kemunculan sebuah kafe khusus menjual kuih muih tradisional dengan gaya hipster iaitu KUEH. Papan tanda bertulisan Kueh yang besar dengan latar warna hitam dan putih menjadikan ia mudah dicari.
Melangkah ke kafe yang satu ini, kelihatan pengunjung sedang enak menikmati kuih-muih bersama minuman sebagai pelengkap hidangan. Kebetulan pula kala itu waktu minum petang. Terbau aroma masakan pek nga atau lempeng pisang , terimbau masakan ibu suatu ketika dahulu.
“ Kueh dicetuskan untuk mengangkat martabat kuih muih melayu ke satu tahap yang lebih tinggi. Sebab kuih muih biasa dijual di tepi jalan. Kelainan kuih muih di sini ialah dari segi perbezaan harga dan juga kualiti makanan tersebut . kami sediakan secara fresh. Kami juga cuba inovasikan kuih muih ini contohnya popia basah mungkin dicampur dengan pisang atau peanut. Kombinasi tradisional dan moden. Kuih ketayap orang selalu fikir warna hijau. Mungkin diinovasi dengan warna merah dan sebagainya, “ jelas Ezwan.
Dekorasi kafe
Bermain dengan rona hitam dan putih serta paduan elemen besi dan kayu mencetuskan mood yang santai dan hipster. “ Konsep di sini tetap kekalkan moden namun ada suntikan tradisional yang belum sepenuh siap dekorasinya. Perancagan akan datang mungkin ada gambaran wayang kulit , ada permainan tradisional seperti tudung botol.
Selain pengunjung dapat menikmati hidangan tujuan KUEH dicetuskan bagi mengimbau nostalgia lama agar generasi kini tidak lupa. “ Kami ketengahkan bukan hanya makanan yang autentik malah juga budaya,” ujarnya.
Kepelbagaian hidangan
KUEH tidak mahu kekal dengan satu outlet malah pemiliknya mahu membina rantaian KUEH di seluruh Malaysia. Nama KUEH di berikan kerana kuih muih ini diinovasikan. Kuih muih ini bukan setakat kuih melayu malahan akan datang kuih tradisional India dan Cina juga bakal ditawarkan kepada pengunjung.
Kuih-kuih kat sini dijual dengan hargaRM4 untuk 5 biji manakalaRM7 untuk 10 biji. Anda pilih sendiri kuih yang diingini dan terus bayar di kaunter. Rambang mata untuk memilih bermacam-macam kuih muih yang ada antaranya Seri Muka Durian, Lepat, Kuih keria, Ketayap, Roti jala dan macam-macam lagi. Semuanya disediakan benar-benar mengikut cara penyediaan ibu di rumah.
Memang santai minum petang di sini malahan perkhidmatan WIFI pun tidak disediakan agar pengunjung dapat berinteraksi dengan selesa tanpa gangguan gajet.
Menu sampingan seperti Laksam, Nasi Dagang, Nasi Lemak Bungkus , Nasi Tomato juga disediakan. Ubi kayu rebus dan lempeng juga ditawarkan lantas mengingatkan kita pada nostalgia kampung.
Kafe ini boleh memuatkan dalam 100 orang. KUEH juga bukan sekadar lokasi untuk menikmai hidangan malahan turut menyediakan ruang untuk apa jua majlis dan pada setiap minggu ada sahaja majlis yang diadakan di sini Antaranya majlis ulang tahun, majlis persaraan , reunion dan majlis perpisahan.
Jom kita mengimbau nolstagia lama dengan menjamu kuih di Kafe “Kuih” di Shah Alam. Dibuka daripada pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...