
Seluruh dunia masih terbelenggu dengan pandemic COVID-19. Walau ada negara mula berjaya menanganinya tetapi setiap hari kes jangkitan akibat wabak ini masih berterusan. Buktinya, Malaysia antara negara yang mengenakan sekatan perjalanan daerah dan negeri bagi menangani wabak ini.
Apa pun, jangan alpa, jangan ambil mudah. Kita masih belum menang menangani COVID-19. Sentiasa mengamalkan norma baharu dalam usaha mengawal penularan wabak ini.
Lukisan mural di dinding seni pelukis tempatan Iskandar Noor Rahim dan Muhamad Razali Abd Aziz di Hospital Columbia Asia, Tebrau, Johor ini ternyata berjaya menarik perhatian ramai kerana unik dan cantik. Mural ini memaparkan tulisan #kitajagakita, #staysafe, gambar barisan hadapan yang berjuang menangani wabak ini serta lain lagi yang sangat menarik.
Lukisan mural ini diadakan sempena Program Mural sempena Pembudayaan Norma Baharu Zon Selatan sebagai kempen kesedaran COVID-19 kepada masyarakat setempat dan memberi peringatan bersama dalam mematuhi SOP yang ditetapkan.
Program ini merupakan usaha Balai Seni Negara dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta Hospital Columbia Asia, Tebrau, Johor.
Apa pun, kalau singgah di lokasi ini, jangan lupa selfie dulu.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bermula Julai, Thailand Buka Pintu Sempadan Ke Phuket Untuk Pelancong Yang Dah Terima Vaksin

Sebelum berlakunya penularan Covid-19, negara Thailand adalah salah sebuah destinasi yang sangat popular di kalangan pelancong.
Bukan saja terkenal dengan keindahan pulau serta lokasi percutian menarik, tetapi juga digambbarkan syurga makanan bagi yang datang ke Thailand.
Bagi merancakkan semula aktiviti pelancongan di sana, Thailand bercadang untuk mengecualikan kuarantin wajib terhadap pelancong asing yang sudah divaksin apabila tiba di pulau peranginan Phuket, bermula 1 Julai bagi membantu menghidupkan kembali industri pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
Sebagai persiapan untuk pembukaan semula itu, Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand Phiphat Ratchakitprakarn berkata sekurang-kurangnya 70 peratus daripada penduduk di pulau itu akan diberi suntikan vaksin.
Inisiatif itu, ‘Phuket Tourism Sandbox’ yang dicadangkan oleh Lembaga Pelancongan Thailand (TAT) akan menjadi pembukaan semula yang pertama untuk pelancong yang divaksin sebelum memperluaskan ke destinasi pelancongan lain seperti Koh Samui, Pattaya, Chiang Mai dan Krabi.
Perdana Menteri Prayuth Chan-o-cha yang mempengerusikan mesyuarat Pusat Pentadbiran Situasi Ekonomi (CESA) hari ini meluluskan inisiatif ‘Phuket Tourism Sandbox’ dan mengarahkan TAT untuk membincangkan rancangan itu dengan gabenor Phuket dan Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) sebelum melaksanakannya.
Beliau berkata pelancong yang divaksin dan diuji negatif COVID-19 boleh mengunjungi Phuket tanpa perlu menjalani kuarantin.
Media tempatan melaporkan Phuket memerlukan 925,000 dos vaksin untuk menyuntik 70 peratus penduduknya. Inisiatif ‘Phuket Tourism Sandbox’ itu kini sedang menunggu persetujuan Kabinet.
Apabila diluluskan, pulau peranginan itu akan dibuka semula tiga bulan awal berbanding wilayah lain. Thailand merancang untuk membuka semula pintunya kepada pelancong asing yang sudah divaksin tanpa perlu dikuarantin pada Oktober.
Media melaporkan TAT menjangkakan sekurang-kurangnya 100,000 pelancong ke Phuket pada suku ketiga tahun ini.
Bermula 1 April ini, pengunjung ke Thailand akan menjalani kuarantin selama 10 hari berbanding dua minggu sebelum ini dan ia akan terus dikurangkan kepada seminggu untuk pelancong asing yang sudah divaksin dan mempunyai sijil vaksinasi.
Artikel Berkaitan:
Thailand Belum Sedia Terima Ketibaan Penumpang Penerbangan Antarabangsa Hingga 30 Jun 2020
Port Tengok ‘Bunga Matahari’ Di Satun, Thailand. Dekat Je Dengan Perlis
7 Benda Korang Jangan Buat Kalau Travel Ke Thailand. Salah Besar Ni!
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tengok Muay Thai, Makan Makanan Thailand Di Festival Think Thailand Terbesar, Macam-macam Ada!

Nak rasai suasana, makanan dan juga produk Thailand yang sememangnya cukup sinonim dengan masyarakat di Malaysia, THINK THAILAND yang berlangsung selama 12 hari di pusat beli-belah Tropicana Gardens akan membawa anda merasai pengalaman persis di negara yang terkenal dengan julukan Land of Smiles itu.
Festival yang dianjurkan oleh Kedutaan Diraja Thailand dengan Kerjasama jabatan Perdagangan Antarabangsa, Kementerian Perdagangan Thailand itu membawakan pelbagai acara menarik sepanjang festival berlangsung.
Festival Thai ini akan berlangsung di Tropicana Gardens Mall, dengan promosi dalam-kedai di cawangan Aeon, Segi Fresh dan NSK di seluruh Kuala Lumpur dan Selangor bermula 26 Mei hingga 6 Jun, 2022. Banyak produk tulen, baru dilancarkan dan berharga istimewa akan ditawarkan pada acara ini.
Banyak aktiviti menarik
Antara aktiviti menarik sepanjang festival yang berlangsung itu termasuklah Thai Food Bazar, demo urutan dan juga pertunjukan Muay Thai.
Menurut Menteri Kaunselor dan Pengarah DITP, Encik Worawan Wanwil: “Lebih 30 pengeksport Thailand telah meluangkan masa untuk berada di Malaysia bagi menjayakan festival ini. Mereka diterbangkan khas untuk mempamerkan produk Thai masing-masing. Selain itu, acara ini akan disertai restoren pemegang anugerah Thai SELECT iaitu Thai-in Mookata, serta dari Malaysia seperti Mrs Jones’ Parlour, Kwong Cheung Loong Kopitiam Bar, Hallaway, selain daripada urutan luarbiasa dari Thai Odyssey, dan banyaklagi.
Padanan perniagaan dalam dan luar talian telah diatur dengan lebih daripada 50 pengeksport Thai yang berkelayakan. Kami kini telah mengesahkan padanan dan sebanyak 63 ganjangkaan nilai dagangan RM30 juta dalam tahun ini.
Kami telah bekerjasama dengan Shopee untuk menyenaraikan lebih daripada 300 penjual Thai dalam platform E-dagang mereka supaya pembeli Malaysia boleh membeli terus dari Thailand dan pesanan mereka dihantar kehadapan pintu mereka.
Pameran Halal Antarabangsa Thailand
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami melihat terdapat peningkatan permintaan dalam produk Halal Thai yang berkualiti daripada pengguna Malaysia, oleh itu kami telah menyediakan acara khas iaitu Pameran Halal Antarabangsa Thailand (TIHAS) pada festival ini. TIHAS ialah acara sampingan mini THAIFEX 2022 yang sedang berlangsung di Bangkok dari 24-28 Mei. Kemuncak TIHAS ialah pengimport Makanan Malaysia yang melawat pameran ini layak menjadi tetamu istimewa DITP untu kmelawat THAIFEX 2023.
Dengan persediaan dan pelbagai aktiviti ini, kami yakin dapat menjana jualan lebih RM6 juta sepanjang festival.
“THINK THAILAND mengalu-alukan kehadiran anda semua untuk merasai produk, barangan dan makanan istimewa Thai ini dan banyak banyak lagi barisan barangan apabila anda melawat kami! Selain daripada rancangan yang disebutkan, kami turut menyediakan lebih banyak keseronokan untuk semua orang setiap hari sepanjang tempoh festival. Jika anda masih tidak dapat melawat Thailand pada masa ini, tidak mengapa, kerana kami membawa Thailand kepada anda! Persiapkan diri anda untuk berseronok bersama kami di THINK THAILAND dan kami tidak sabar-sabar untuk mengalu-alukan anda dengan senyuman Thai dan hati yang teruja.”
Sepanjang festival ini, bagi setiap pembelian RM50 produk Thai di cawangan yang ditetapkan, pengguna layak menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah yang sangat menarik, termasuk 2 tiket penerbangan AirAsia pergi balik, 2 penginapan Hotel di Thailand, 1 telefon pintar Oppo, 20 baucar Thai SELECT, 20 baucar Thai Odyssey, 5 bagasi untuk perjalanan, 10 Hamper bernilai RM300 setiap satu serta 30 Hamper bernilai RM100 setiap satu.
Jangan lepaskan peluang rasai sendiri suasana dan makanan Thailand serta menangi hadiah menarik untuk cabutan bertuah yang dianjurkan. Jangan lepaskan peluang!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jom Tengok Burung Pemangsa Berhijrah Di Port Dickson. Setahun Sekali Je Burung Ini Lalu

Persatuan Pencinta Alam Malaysia akan menganjurkan program Raptor Watch kali ke-21 di Tanjung Tuan, Alor Gajah dekat sini, selama dua hari bermula 14 Mac dan 15 Mac 2020 ini.
Penganjuran program itu bagi meraikan penghijrahan burung pemangsa melintasi Selat Melaka dari Indonesia ke Tanjung Tuan sejauh 38 kilometer untuk pulang ke tempat pembiakan mereka di Hemisfera Utara.
Setiap tahun, puluhan ribu burung pemangsa atau ‘raptor’ merentasi Selat Melaka untuk pulang ke Hemisfera Utara sejauh lebih 10,000 km seperti Jepun, Korea, Siberia dan India serta pergerakannya dibantu angin dari arah barat atau barat daya.
Burung pemangsa mempunyai badan yang berat, mereka meluncur di udara sekali gus menjimatkan tenaga melintasi Selat Melaka dan ia hanya berlaku sekali dalam setahun dengan kemuncaknya melintasi Selat Melaka pada Mac.
Program yang akan diadakan di Rumah Api Tanjung Tuan dan PNB Ilham Resort serta di sekitar Hutan Simpan Tanjung Tuan itu bukan sahaja untuk pendidikan dan penghayatan dalam kalangan pelajar, tetapi juga untuk kepentingan sektor pelancongan.
Orang ramai dijemput hadir dengan mengambil peluang keemasan ini untuk melihat sendiri pemandangan yang amat mempesonakan dan bersama-sama merasakan kemeriahan program ini.
Raptor ialah burung jenis maging bercirikan pemburu dan pemangsa seperti sayap ringan, mata tajam, paruh bercangkuk, kuku besar dan tajam. Pada musim sejuk di Hemisfera Utara, ketika sumber makanan dalam kawasan pembiakan menurun, ia akan berhijrah ke selatan yang panas kerana makanan lebih mudah didapati.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI