????????????????????????????????????

Sejak tahun 1998 , Amcorp Mall menjadi pusat aktiviti menjual dan membeli barangan lama dan juga terpakai. Kini ia terkenal sebagai pasar lambak tertutup yang menjadi tumpuan ramai bagi mereka yang meminati barangan unik dan antik. Inisiatif ini tercetus hasil dari inspirasi pasar antik yang terkenal di dunia, pasar Portobello Road di United Kingdom.

Pada mulanya, pasar tertutup ini dijalankan secara kecil-kecilan iaitu di aras bawah pusat membeli-belah Amcorp Mall. Kini setelah 19 tahun beroperasi, jumlah penjual meningkat lebih 300 orang meliputi empat aras mall ini pada setiap minggu ( Sabtu dan Ahad).Ia secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka yang mahu menjana pendapatan di samping menawarkan ruang buat penggemar barangan antik dan item collectible berkongsi minat masing-masing.

Bersempena pameran Collector’s Pick anjuran Amcorp Mall, pasar tertutup ini diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBR) sebagai pasar lambak terbesar di negara ini. Rekod berkenaan diberi kepada Perbadanan Pengurusan Pusat Perdagangan Amcorp dalam majlis ringkas yang disempurnakan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Seri Mirza Mohamad Taiyab.

IKLAN

Collector’s Pick, Buat Peminat Barangan Antik Dan Unik

Sijil pengiktirafan itu diserahkan Timbalan Pengurus Besar MBR, Mohamad Alex Edward kepada Pengerusi Perbadanan Pengurusan Pusat Perdagangan Amcorp, Mohamed Tawfeek Hassan pada majlis perasmian pameran ‘Collector’s Pick’ dan pelancaran buku ‘Flea Market Galore’  tulisan Azhari Mahmood. 

IKLAN

Mirza dalam sidang media berkata, Amcorp Mall berjaya memastikan kelangsungan pasar lambak sejak 1998 yang menjadi tumpuan pelancong asing di negara ini. Usaha ini akan kekal berterusan dan dengan tercetusnya buku ‘Flea Market Galore’  ini diharapkan masyarakat setempat dan pelancong asing menjadikan pasar lambak di sekitar Malaysia sebagai destinasi wajib dikunjungi bagi mencari barangan unik mahupun barangan antik.

IKLAN

GALERI

 

 

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI