Chubu sebuah daerah tarikan pelancong yang terletak di wilayah tengah Jepun.
Di sini terletaknya Gunung Tateyama dan Taman Negara Chubu Sangaku yang mempunyai jalanraya bersalji tertinggi dikenali sebagai Tateyama Kurobe Alpine Route.
Destinasi Tateyama sangat terkenal untuk menikmati pemandangan hamparan salji yang dikelilingi dengan panorama indah termasuk Gunung Tateyama yang diliputi salji. Walau bagaimanapun ia tertakluk mengikut musim tertentu ketika itu. Untuk tiba di puncak, pelancong hanya dibenar menggunakan pengangkutan awam, antaranya bas troli terowong, kereta kabel, kereta kabel bawah tanah dan bas ulang alik.
Paling menarik, untuk ke lokasi ini, pengunjung akan melalui sebatang jalanraya atau lebih dikenali sebagai koridor bersalji yang dikatakan antara laluan bersalji paling cantik dan gerun di dunia. Bayangkan sebatang jalanraya terletak betul-betul di tengah tembok salji yang sangat tinggi. Laluan ini telah menarik kunjungan berjuta-juta pelancong setiap tahun sejak ia dibuka pada 1971. Perasaan gerun terasa jika menyusuri jalanraya ini kerana bila-bila masa sahaja runtuhan salji mungkin boleh berlaku.
Unik dan teruja! Itu adalah perasaan setiap pengunjung jika dapat berdiri di tengah-tengah laluan dengan dinding salji setinggi kira-kira 13 meter walaupun ketika musim bunga. Ketika musim sejuk ketinggian dinding itu dikatakan boleh mencecah sehingga 18 ke 20 meter. Masa paling sesuai untuk melihat ciptaan unik ini adalah sekitar bulan April sehingga Jun setiap tahun. Laluan jalanraya ini sentiasa perlu dibersihkan dengan jentera penyodok khas bagi memudahkan perjalanan agar lancar.
Ads
Selepas puas mengambil gambar kenangan dilaluan jalanraya paling bersalji di dunia, pengunjung boleh terus ke stesen Morudu untuk melihat pemandangan indah di kawasan setinggi kira-kira 2,450 meter dari paras laut. Di sini juga anda boleh melihat kolam Mikurigaike yang airnya hijau kebiruan.
Jika mengunjungi gunung itu, jangan melepaskan peluang ke Empangan Kurobe iaitu empangan tertinggi di Jepun yang berada pada paras 1,470 meter. Empangan setinggi 186 meter itu boleh menampung sehingga 200 juta meter padu air daripada Taman Negara Chubu Sangaku.
Di kawasan ini juga terletak perkampungan tradisional Shirakawago yang diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 1995.
Kalau tempat tersebut sudah ada di dalam ‘bucket list’ anda, jangan tunggu orang lain untuk melakukannya. Biarkan tempat tersebut diterokai oleh anda sendiri dan jadikan ia sebagai momen yang paling indah di dalam hidup anda.
Jika anda minat untuk meneroka tempat baru di negara orang, pelbagai cara yang akan dilakukan terutama dalam misi mengumpul wang dan membeli barang keperluan yang perlu dibawa nanti.
Perkara tersebut sama dilakukan oleh Imann Azman yang baru sahaja balik daripada trip ke Surabaya-Yogyakarta (Jogja), di Indonesia dengan hanya bermodal RM655 sahaja! Nak tahu macam mana Imann punya trip kat sana?
Jom kita baca apa yang dikongsikan oleh beliau bersama Libur.
Teks ini telah diubah mengikut kesesuaian pembaca Libur
Bajet keseluruhan: RM655.50
Termasuk: Tiket penerbangan (return), kenderaan, penginapan, tiket masuk, supir, makan tengah hari/malam
8:00PM: Sampai di Airport dan supir jemput terus ke Bromo
2.30AM: Sampai Bromo, ambil masa dalam 7 jam sebab kereta rosak, kalau tak rosak hanya makan masa selama 3 jam sahaja.
Total: Rp12,000 seorang (bersamaan RM3.60)
Hari 2: Bromo
3.00 AM: Terus naik gunung sebab tak nak berebut dengan orang dan nak sampai sebelum matahari terbit. Dekat sini korang boleh tengok permandangan gunung Bromo lawa sangat. Korang boleh photoshoot dan semua tempat ini sangatlah sejuk. Jangan lupa bawa winter coat!
9.00AM: Terus gerak turun gunung sebab nak kejar kereta api pergi ke Jogja pula.
11.30PM: Kami naik kereta api dari Probolingo ke Jogja mengambil masa dalam 8 jam. Memang penatlah, tak boleh tidur, sakit belakang semua ada. Tetapi itulah backpackers-kan dan jimat. Naik kereta api tak disarankan untuk yang berkeluarga. Huhu
8.00PM: Sampai Jogja terus check-in hotel dengan hanya jalan kaki dalam 500 meter, lepas itu terus rehat dan tidur kerana letih sangat.
Pakej Bromo = Rp700,000 seorang Termasuk: Supir, tiket, jeep, entrace fee, makan, tiket kereta api, penginapan.
Sky hotel Jogja = Rp555,000/5
Total: Rp811,000 seorang (bersamaan RM241)
Hari 3: Gunung Kidul
8.00AM: Supir datang ambil dekat hotel dan terus pergi ke Hutan Pinus dan Puncak Bencici. Tempat dia memang lawa untuk ambil gambar dan masuk adalah percuma. Jadi, tengoklah sendiri dalam gambar nanti lawa mana tempat dia. Huu… Kemudian, kami terus pergi ke Gunung Kidul, ambil masa dalam 2 jam untuk sampai.
Dekat sini ada 27 pantai, tetapi kami hanya pergi 4 sahaja iaitu Pantai Krakal, Pantai Watukodok, Pantai Ngrumput dan Pantai Kukup. Kami sarankan pergi ke tempat ini kerana pantai dia banyak dan boleh dapat pelbagai jenis permandangan, memandangkan pantai timang ada 1 sahaja pantai dan nak naik gondola perlu bayar mahal. Jadi, satu hari ini memang habiskan masa dekat pantai jela. Ambil gambar pon sudah berjam-jam. Hehe
Bajet
Supir – Rp900,000/5 (Rp180,000 seorang)
Makan – Rp10,000
Hotel di Pantai Kukup – Rp300,000/5 bersamaan Rp60,000 seorang.
Entrace fee untuk pantai – Rp15,000 seorang.
Total = Rp265,000 (bersamaan78.90)
Hari 4: Goa Pindul dan Malioboro
8.00AM: Kami dah gerak pergi pantai Ngrumput untuk tangkap gambar lagi sebab semalam tak puas dan dekat sini kami panjat bukit Kasakora. Penat dia, fuhhh! Tak boleh bawa bincang. Hahaha
12.00PM: Kami gerak pergi ke Goa Pindul. Dekat Goa Pindul ini, anda boleh pilih nak main aktiviti apa seperti water rafting, cave tubing, jungle tracking dan macam-macam lagi. Saya sarankan pilih cave tubing kerana anda boleh tengok permandangan alam fauna dan dekat sini anda kena siap sedia baju basah sebab anda akan mandi sungai dia sekali. Hehe.
6.00PM: Check-in hotel dekat area Malioboro Street dan malam itu kami keluar cari makanan tapi sini kena hati-hati sebab makanan semua mahal kalahkan hotel. Jadi kami ambil keputusan untuk makan KFC sahaja ketika itu kerana harga dia berpatutan.
10.00PM: Balik hotel dan tidur.
Bajet
Bukit Kasakora – Rp2,000
Makan tengah hari – Rp25,000
Cave Tubing – Rp50,000
Hotel Amanda Glory, Malioboro – Rp800,000/5 (Rp160,000 seorang)
Total: Rp267,000 bersamaan RM79.50
Hari 5: Borobudur
8.30AM: Kami ke Borobudur naik bas sahaja sebab ia lagi murah dan jimat. Dekat sini korang boleh ambil bas transJogja. Tunggu sahaja dekat stesen bas tepi Malioboro Street, beli tiket ke Stesen Jombor. Dari Stesen Jombor nanti ramai yang akan tawarkan bas pergi ke Borobodur. Korang naik dan ambil masa lebih kurang satu jam untuk sampai ke Stesen Borobudur.
Sampai dekat stesen bas Borobudur, jalan kaki dalam 200 meter, sampai dah dekat pintu utama. Tak perlu nak naik beca atau teksi, jangan terpedaya kerana semua akan cakap jauh tetapi ia dekat sebenarnya. Dekat Borobodur ini, kami terkandas agak lama sikit kerana hujan. Jadi, pukul 5 petang baru balik naik bas, ikut jalan yang sama dan pukul 8 malam sampai ke Malioboro. Disini kami jalan-jalan dan beli cenderamata sebelum terus balik dan tidur.
Bajet
Trans Jogja, Malioboro – Jombor = Rp3,500
Bas Jombor – Borobudur (return) = Rp40,000
Tiket Borobudur (Studen price) = Rp130,000
Makan tengah hari: Rp13,000
Makan malam: Rp10,000
Total: Rp196,500 bersamaan RM58.50 seorang.
Hari 6: Taman Sari
8.00AM: Kami ke Taman Sari di Malioboro. Jalan kaki sahaja tetapi penat jugalah kerana ia agak jauh. Taman Sari ini korang boleh tengok tempat sultan dahulu kala mandi, tempat dia sangat cantik dengan bangunan yang unik dan penuh bersejarah. Balik dari situ kami sudah penat dan pilih untuk naik beca. Hahaha
12.00PM: Checkout hotel dan sambung beli cenderamata dekat Malioboro sebab malam semalam tak puas beli lagi (sesi menghabiskan duit sebelum balik).
2.00PM: Kami ambil teksi pergi ke airport ambil masa dalam 30 minit.
Bajet
Taman Sari + Tour Guide tips = Rp19,000 seorang
Beca = Rp10,000 seorang
Supir ke airport = Rp20,000 seorang
Total: Rp149,000 bersamaan RM44
P/s: Kalau takda tulis makan tengah hari atau malam itu bermaksudnya kami makan maggie yang di bawa dari rumah atau sudah termasuk dalam pakek. Cenderamata adalah bajet masing-masing, tidak termasuk di dalam total bajet. Sesetengah bajet di atas dibahagi untuk 5 orang
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nak bercuti ala Santorini? Tak payah pergi jauh-jauh ke luar negara kerana sekarang anda boleh alaminya sendiri di Selangor. Resort yang cantik, bersih dan dikelilingi hutan menghijau adalah lokasi yang cukup sesuai buat anda yang ingin berehat sebentar dari kesibukan kerja atau terma baharu yang sering digunakan iaitu ‘healing’
Terletak di Kerling, Selangor, Beacon Resort yang diinspirasikan oleh rekabentuk penginapan yang ada di Santorini, Greece merupakan lokasi percutian alam untuk anda jadikan pilihan destinasi percutian.
Tempat ini dibina di tepi sungai dengan mata air panas semula jadi, dedaunan tropika dan tasik yang indah.
Ada banyak pilihan untuk kemudahan bilik yang boleh anda nikmati mengikut kesesuaian, termasuk mata air panas semula jadi, meredah hutan dan banyak lagi.
Lagi best bila tempat dah cantik, rugilah kalau tak ambil peluang untuk bergambar sampai puas. Banyak sudut untuk mengambil gambar yang sesuai untuk dimuat naik ke akaun media sosial anda!
Selepas raya boleh plan bercuti ke sini, sambil menghirup udara segar, dapat nikmati juga air sungai yang jernih dan juga kolam air panas.
Alamat:PT 4049, Mukim Sungai Gumut, Kampung Gumut Tambahan, Kalumpang, Hulu Selangor, Kalumpang, Malaysia
Terowong Sungai Lembing yang sebelum ini ditutup sementara, kembali dibuka kepada orang awam selepas kerja penyelenggaraan selesai dilakukan.
Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Norkamawati Kamal, berkata terowong itu antara tarikan pelancong dari dalam dan luar daerah ini, menyebabkan kerja penyelenggaraan perlu dilakukan secara berkala. Ketika proses penyelenggaraan dilakukan terowong ini sememangnya perlu ditutup bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
Terowong yang mula dibuka sejak 1 Januari 2013 itu menerima kedatangan pengunjung setiap hari dan dibuka dari jam 9 pagi hingga jam 5 petang. Bayaran tiket adalah RM15 untuk dewasa dan RM7.50 untuk kanak-kanak bagi pelancong tempatan, manakala pelancong asing dikenakan bayaran RM30 bagi dewasa serta RM15 untuk kanak-kanak.
Memulakan penerokaan, pengunjung akan menaiki kereta api atau lokomotif iaitu kenderaan yang mengangkut bijih timah sejauh 80m. Ia kemudian diikuti dengan berjalan kaki sambil melihat pelbagai maklumat berkenaan terowong yang disediakan pada dinding.
Terbahagi kepada dua lorong iaitu Lorong Sejuta dan Lorong Myah, terowong yang menjadi laluan utama pengunjung itu adalah terowong utama lombong Tabeto yang juga digelar ‘Tai Pei Tong’ oleh penduduk tempatan.
Pada zaman kegemilangannya, lombong Tabeto ini mencapai kedalaman maksimum 500m dan terowong yang dilalui ini digunakan untuk membawa bijih timah keluar dari lombong ke loji pengsir.
Kebanyakan bijih timah ini dihasilkan lombong yang terdalam dan terbesar di Sungai Lembing iaitu Lombong Myah. Lombong ini terletak kira-kira empat kilometer (km) ke dalam terowong ini. Terdapat 14 lombong berlainan di sini dan setiap satunya memiliki namanya tersendiri seperti lombong Willinks, Pollocks dan Gunong.
Selesai meneroka di dalam terowong, pengunjung berpeluang melakukan pelbagai aktiviti yang disediakan di sekitar kawasan Terowong Bijih Timah Sungai Lembing ini.
Di tengah kesibukan Lembah Klang yang sentiasa bergerak pantas, kadangkala kita hanya memerlukan satu ruang untuk berhenti seketika dan menikmati ketenangan.Bagi mereka yang ingin...