Siem Reap di Kemboja, sesuai atau tidak kalau bercuti secara solo? Jawapannya ya! Kalau ikutkan banyak tempat best di sini dan bab makan pun mudah nak cari.
Itulah pandangan saudari Syifa Lyanaa, dan kalau nak tahu tip travel secara solo ke sana, jom baca!
Tips Kalau Datang Siem Reap Kemboja
Siem Reap kaya dengan kisah sejarah dan budaya diorang, terutamanya Angkor Wat.
1. Sunrise dekat Angkor Wat memang famous. Tapi waktu saya pergi musim hujan. Jadi tak gerak awal sebab tak ada pun sunrise. Baik start awal nak explore Angkor Wat sebelum sesak dengan manusia.
2. Sewa tuk tuk awal senang. Haa… saya deal siap-siap dengan Salis Tuktuk Driver. Senang untuk first timer dan sorang. At least kita tahu selamat. Tapi kalau korang tak book awal pun tak apa. Bersepah tuktuk kat sana. Lepas itu kalau dalam town, ada grab tuk tuk juga. Jadi senang dan murah sahaja nak gerak dalam town situ.
Ads
3. Kuil dekat sini banyak. Kena beli Pas Angkor okay. Saya beli sehari je buat ghaso-ghaso. Boleh sewa basikal juga kalau nak adventure explore kuil-kuil dekat sini.
4. Cari hotel atau hostel yang dekat dengan Pub Street atau Old Market. Senang sebab centre nak ke mana-mana. Kalau saya prefer hostel lah. Senang nak buat kawan baru kalau rasa lonely sangat. Selepas itu, kebetulan hostel ada free tour. Saya join randomly.
Ads
5. Kalau rasa susah, book tour daripada Klook. Senang dan boleh dipercayai. Lagi satu, diorang boleh datang ambil dekat hotel. Tak payah pening-pening nak cari transport bagai. Kadang tour ikut klook lagi murah sebab solo.
Antara tempat-tempat yang sempat singgah:
Countryside Tribe Sunset Hangout
lotus farm
National Museum
Night market
Pub Street
Royal Independence Garden
Angkor Wat
Tomb Raider Temple
Bayon Temple
Pottery class (book dekat Klook)
Kampung Phluk tour (book dekat Klook juga)
Ads
Kedai halal pun senang dan jangan lupa standby ubat okay. Nasib baik banyak free and easy je. Next day nasib dah balik Malaysia sambung food poisoning ulang alik tandas.
Gerak dari Phnom Phen dengan bas. Tapi sebab solo, ambil bas siang. Malas nak sampai awal pagi lepas itu nak nganga. Bas pun, saya book ikut hotel. Nanti orang pick up kat hotel.
Haa.. selepas ini Siem Reap patut ada dalam senarai tempat bercuti anda, tau! Berbaloi banyak tempat boleh singgah, wala pergi secara solo memang puas hati dapat healing di negara orang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Apa yang menarik di Jurassic Park of Sarawak? Ini adalah hidden gems di Bumi Kenyalang yang patut anda tahu.
Menurut perkongsian daripada Aziera Dianza, dia cukup seronok menikmati alam kehijauan di sini. Banyak port bergambar yang cantik tersembunyi di sini.
Salah satunya di Kampung Sting & Jurassic Park (Susung & Curtain Waterfall) di Bengoh Dam, Padawan.
Ini pemandangan mahal selepas mendaki, dari bandar Kuching ke Bengoh Dam, mengambil masa dalam 1 jam.
Di pintu masuk Bengoh Dam, perlu mendaftar dahulu tetapi pastikan anda telah membuat tempahan bot dan guide dengan penduduk kampung. Kalau nak pergi toilet pun dekat guard house.
Dari pagar masuk ke kawasan parking dalam 300m. Tiada istilah walk in untuk bot, semuanya perlu mendaftar awal.
Kemudian dari Bengoh Dam, anda kena naik bot dalam 20 minit. Permandangan cantik superb!
Di sini ada 3 waterfall:
Daen Waterfall (Udang) – tak ramai singgah
Pean (Curtain) Waterfall – boleh mandi
Susung Waterfall
Trekking adalah easy to moderate. Ada lebih kurang 7 jambatan gantung untuk dilalui. Jadi mana yang gayat, boleh cabar diri anda untuk cuba menyusuri jambatan ini.
Owh ya, pastikan memakai kasut yang sesuai dan grip. Perlu berhati-hati melalui jambatan gantung dan ketika melalui laluan batu yang berlumut.
Mempunyai lokasi air terjun yang begitu indah, Air Terjun Susung memberikan satu pengalaman menarik yang tidak boleh dilupakan kepada sesiapa yang mengunjunginya kerana pemandangan sekitarnya benar-benar unik dan tidak boleh dinafikan seperti berada di dalam Filem Jurassic Park.
Setelah penat hiking ke waterfall, balik semula ke jeti, untuk ke Kampung Sting.
Perjalanan bot dalam 5 minit sahaja. Naik ke sini extreme sikit sebab kena naik ke atas dalam 800 meter, jalan ke atas 45 darjah. 30 minit juga sampai ke atas.
Pastikan anda membawa bekal air yang mencukupi. Tetapi dekat jeti ke waterfall itu ada juga cafe untuk beli makanan dan minuman.
Alhamdulilah… rezeki dapat juga ke Bengoh Dam. Lama dah aim nk ke sini. Jadi kalau anda suka dengan aktiviti lasak dan alam semula jadi, boleh lah plan ke sini pula!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kesempatan ke Switzerland atas urusan pengambaran 13 buah episod program pelancongan yang bertajuk ‘Helo Switzerland’ secara langsung membawa saya ke banyak tempat yang indah yang sebelumnya kurang terkenal di kalangan orang-orang kita. Perjalanan dari satu daerah ke daerah amat mengasyikkan. Semua tempat yang dilawati itu indah, masyaAllah. Nak melelapkan mata barang seminit dua di dalam keretapi yang membawa kami ke sana sini pun terasa rugi.
Geneva, Zurich, Lucerne, Interlaken dan Bern adalah antara bandar-bandar besar yang selalunya menjadi tumpuan pelancong. Tetapi apa yang saya mahu paparkan kali ini ialah sebuah daerah yang bernama Gstaad. Nama yang jarang-jarang didengar bukan. Jom ikuti kembara saya.
GOLDEN PASS
Sebelum itu mari saya ceritakan tentang kereta api popular ini. Ia bukan sebarang kereta api. Ini adalah Golden Pass Train. Memang betul, tidak sah ke Switzerland kalau tidak merasai pengalaman menaiki Golden Pass Train.
Menaiki gerabak klasik kereta api Golden Pass membuat kita rasa seperti golongan bangsawan zaman dahulu. Rekaan dalamannya masih mengekalkan ciri-ciri hiasan kereta api semasa zaman Victoria. Gerabak klasik ini adalah satu daripada jenis kereta api berpanorama yang disediakan oleh sistem kereta api Golden Pass.
Kami menaiki kereta api klasik ini dari Montreux untuk ke destinasi seterusnya iaitu di Gstaad atau sebutannya Stad sahaja. Dalam perjalanan tadi, kami melihat keindahan ladang anggur dan ketenangan Tasik Geneva.
Perjalanan yang mengambil masa sejam dua puluh satu minit itu akhirnya tiba d Saanen. Amboi,seminit pun nak berkira. Sudah semestinya kerana Switzerland amat menitik beratkan soal ketepatan waktu. Setibanya di sana sudah sedia menunggu dua buah van untuk membawa kami ke hotel HUUS Gstaad.
Semasa menerima itinerari perjalanan sebelum berlepas ke Switzerland, saya sudah membuat tinjauan mengenai hotel ini. Hotel yang terletak di lereng bukit ini boleh tahan Alhamdulillah cantiknya. Memang teruja benar rasanya.
Lembah Gstaad terdiri daripada lima buah perkampungan iaitu Saanen, Gstaad, Schonried, Gsteig yang disebut Steig dan Lauenen. Keseluruhan penduduk di sini juga tidak ramai, sekitar 7,500 orang sahaja, sama banyak dengan jumlah ternakan lembu yang ada di lembah ini. Boleh bayangkan tak? Kedengaran macam kelakar tetapi itulah kenyataannya.
Meskipun ia agak kecil namun lembah Gstaad mempunyai reputasi yang besar dalam industri pelancongan Swtizerland. Ia dikenali sebagai pusat peranginan yang menjadi tumpuan golongan ternama dari seluruh dunia. Saya dapat tahu Madonna juga memiliki kediaman peribadi di Gstaad ini. Tak sempat pula nak ziarah dia. Lain kali ye kak Donna.
Pada musim sejuk, Gstaad menjadi tumpuan mereka yang gemar bermain luncur salji. Semasa musim panas pula, kawasan ini dikunjungi oleh para pendaki gunung serta mereka yang suka berbasikal. Seronok dan rileks betul kehidupan mereka kan.
MOUNT WISPILE & ALPHORN
Selepas mendaftar masuk hotel, kami dibawa ke Mount Wispile. Di kaki gunung itu rupa-rupanya sedang berlangsung sebuah pertandingan ratu cantik. Haaa…jangan tak tahu. Bukan orang sahaja yang ada pertandingan ratu cantik, rupa-rupanya kambing pun ada pertandingan Kambing Tercantik. Pertandingan ini diadakan setahun sekali di Gstaad.
Penduduk Gstaad masih mengamalkan kehidupan tradisional dengan mengendalikan ladang serta ternakan sendiri walaupun tempat ini sudah menjadi lokasi pelancongan bertaraf dunia.
Sebagai menghargai hasil ternakan mereka, beberapa acara rakyat diadakan seperti pertandingan Kambing Tercantik. Para penternak akan membawa kambing mereka ke sini untuk dihakimi oleh para juri berpengalaman dalam bidang penternakan.
Dari kaki gunung ini, kami perlu menaiki kereta kabel untuk sampai ke puncak Mount Wispile. Dan dari atas gunung ini, kami dapat melihat bandar Gstaad yang berada di dalam Kanton Bern. Dan di sini juga kami bertemu dengan pemain Alphorn.
Alphorn merupakan alat muzik tradisional Switzerland yang diperbuat daripada kayu lembut seperti spruce atau pine. Pada zaman dahulu, pembuat alphorn akan mencari kayu yang bengkok di perdunya bagi memudahkan mereka membentuk alphorn.
Namun, pada zaman moden ini, para pembuat alphorn cuma mencantumkan dua kayu yang telah dibentuk. Untuk melengkapkan bentuk alphorn, sebungkah kayu keras diukir mengikut bentuk mulut cawan, sebagai muncungnya. Bentuk dan saiz alphorn berbeza di antara satu dengan lain,
Saya ada juga cuba meniup alphorn ini dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada pasangan adik-beradik, Kurt dan Martin yang mempunyai pengalaman 40 tahun bermain alphorn. Lucunya tiupan saya tidak keluarkan bunyi apa pun hatta bunyi angin. Bukan sebarang orang pandai meniup alphorn ini rupa-rupanya.
BOLLYWOOD TRAIL
Saya peminat filem Bollywood terutamanya lakonan Shah Rukh Khan. Kalau ke Gstaad jangan lupa menyelusuri Bollywood Trail. Pemandangan alam semulajadi Gstaad serta suasana persekitarannya yang tenang, menarik minat para penggiat filem dunia untuk membuat penggambaran di sini.
Terdapat 150 buah filem menjalani penggambaran di Gstaad dan Saanen. Antaranya, filem blockbuster Bollywood tahun 1995 iaitu Dilwale Dulhania Le Jayange, lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol.
Latar belakang menarik Gstaad yang dipaparkan dalam filem itu secara tidak langsung menarik minat ramai penggemar filem Bollywood untuk datang ke Gstaad. Justeru, pihak berwajib di sini menamakan kawasan-kawasan yang pernah menjadi lokasi penggambaran filem Bollywood sebagai Bollywood Trail. Antaranya ialah di tengah bandar Gstaad, stesen kereta api Saanen dan jambatan Saanen.
GLACIER 3000
Kalau tadi Mount Wispile, sekarang kita beralih ke Glacier 3000 dengan ketinggian 2,965 dari aras laut. Di sinilah satu-satunya kawasan di Bernese Oberland yang dijadikan kawasan untuk meluncur salji sepanjang tahun. Dengan 24 puncak gunung yang terdapat di sini, menjadikan tempat ini sentiasa dilitupi oleh salji.
Dengan menaiki kereta kabel selama 15 minit, kami dibawa ke ke puncak Glacier 3000. Pada ketinggian ini, saya melihat hamparan salji yang meliputi permukaan kawasan pergunungan Alpine ini. Ia memberi peluang kepada para pengunjung untuk menikmati suasana bersalji meskipun datang di luar musim sejuk.
Di sini, saya melihat keindahan pemandangan puncak 24 buah gunung termasuk Mont Blanc, Jungfrau, Eiger dan Matterhorn.
Glacier 3000 juga terdapat Alpine Coaster iaitu toboggan run tertinggi di dunia yang menuruni kawasan tinggi dengan kelajuan 40 kilometer sejam sambil berpusing dalam pusingan 520 darjah, 10 curam yang berlekok dan 6 kawasan bergelombang. Saya tak naik pun. Serammm…
Kembara ini memang mengujakan. Di sini juga terdapat Peak Walk, iaitu jambatan gantung yang diperbuat daripada kabel besi waja, yang pertama di dunia. Dari sini, pemandangan seluruh banjaran Alps boleh dilihat, walaupun anda gayat pada ketinggian.
Peak Walk by Tissot merupakan jambatan gantung untuk pejalan kaki yang pertama di dunia yang menghubungkan dua buah puncak gunung. Jambatan sepanjang 107 meter dan lebar 80 sentimeter ini merupakan tempat terbaik untuk menikmati pemandangan puncak Matterhorn, Mont Blanc, Eiger, Mönch and Jungfrau.
Ia di buka sepanjang tahun, bergantung kepada keadaan cuaca dan ia percuma untuk sesiapa yang melawat Glacier 3000.
GASSLIHOF FARM
Kalau nak merasa bagaimana kehidupan di lading, datanglah ke Gasslihof Farm. Ladang ini dimiliki oleh Mr. Walter dan isterinya, Daniela Sumi.
Penternakan lembu, pengeluaran daging dan produk tenusu merupakan tiga hasil pengeluaran terpenting di Gstaad. Malahan, para penternak lembu di sini begitu bangga sekiranya orang luar atau pengunjung tahu mereka ini mengembala lembu. Malahan, perkerjaan mereka telah menjadi salah satu tarikan utama sebagai aktiviti pelancongan. Di Gstaad sahaja terdapat 7,000 ekor lembu, 200 ladang ternakan, yang mana 80 buah ladang masih menggunakan proses pempasturan Alp.
Antaranya ialah Ladang Gasslihof yang turut menyediakan kemudahan tempat penginapan ala Bed and Breakfast. Pengunjung yang bermalam di sini, boleh terus menikmati gaya hidup peladang pada awal pagi esoknya dengan sama-sama memberi makan kepada lembu dan cuba memerah susu lembu.
Dan siapa tahu, jika bernasib baik, anda mungkin berpeluang untuk bersama-sama dengan peladang ini ketika membantu proses lembu melahirkan anak.
Jadi kepada sesiapa yang ingin merasai suasana yang aman dan menenangkan sila berkunjung ke Gstaad. Kehidupan ala kampung yang jauh dari hiruk pikuk bandar ini akan membuatkan anda rasa rileks dan bagi saya, kalau diizinkan Allah swt melawat Switzerland lagi, sudah tentu saya ingin berkunjung ke sini lagi kerana Switzerland di mataku, Gstaad di hatiku.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pengalaman mahal bercuti dengan anak, ini trip ke London seorang wanita bersama keluarga tersayang dengan memilih beberapa tempat sesuai buat kanak-kanak.
Menurut Puan Nur Hafizah, ini tempat-tempat yang sesuai bawa anak berusia setahun setengah berdasarkan trip ke London awal September lepas (2024).
Tempat yang disenaraikan ini ada yang tak sempat nak lawati sebab kekangan masa dan itinerary tapi mungkin berguna dan kena dengan minat ibu bapa yang nak bawa anak berjalan-jalan di London.
Round Pond ni memang tempat kegemaran ramai bawa anak-anak tengok swan, itik dan burung-burung yang banyak di kawasan tasik. Round Pond ini berdekatan dengan Kensington Palace dan lebih tepat berada di Kensington Gardens di dalam taman Hyde Park yang besar.
Tube station berdekatan: Queensway Bus stop dari area Kensington: Palace Gate
Taman permainan mengenang Princess Diana ini berada di dalam Kensington Gardens tidak jauh dari Round Pond. Terdapat pelbagai permainan dalam taman ini dan tarikan utama adalah kapal besar di kawasan berpasir. Masuk adalah percuma.
Muzium untuk kanak-kanak ini berada di kawasan East London dan baru-baru ini memenangi anugerah Museum of the Year 2024. Anak saya sangat seronok di sini dan kami menghabiskan masa selama 3 jam melayan pameran yang interaktif untuk kanak-kanak. Masuk adalah percuma. Muzium ini berbeza dengan Muzium V&A di Kensington ya.
Tube station berdekatan: Bethnal Green
Bach to Baby adalah siri konsert yang mesra kanak-kanak terutamanya toddler dan baby dimana muzik classical dimainkan secara live dan kids boleh mendekati pentas dan bebas bermain dan berjalan sepanjang konsert. Konsert ini berbayar dan boleh semak website Bach to Baby untuk mengetahui harga, tempat dan tarikh yang sesuai dengan plan kita. Konsert yang kami hadiri tempoh hari berdekatan dengan Tower Bridge dan konsert ini ada di banyak kawasan seluruh England.
Muzium Pengangkutan London ni memang ramai cakap menyeronokkan untuk kanak-kanak cuma saya sekeluarga tak sempat nak melawat. Anak naik bas double decker untuk ke sana ke mari pun dah seronok kalau ke muzium ini mesti lagi fun boleh bawa bas. Kena beli annual pass untuk masuk dan boleh beli di website London Transport Museum.
Tube station berdekatan: Covent Garden
Kedai permainan terbesar di UK dan ada pelbagai section mengikut minat anak-anak dan ikon British seperti Paddington, Peter Rabbit, Harry Potter dan Peppa Pig. Saya tak sempat juga nak ke Hamleys tapi dah singgah toyshop di Selfridge dan Teddy Bear Shop semasa visit York. Kalau ada peluang lagi nak bawa anak visit Hamleys!
Tube station berdekatan: Piccadilly Circus
Afternoon tea bus tour with kids theme! Pusing kota London dengan menikmati juadah minum petang tema Paddington atau Peppa Pig oh how cute cuma kami tak dapat sertai sebab anak berusia bawah 2 tahun. Tour Peppa Pig hanya untuk kanak-kanak berusia dua tahun ke atas bersama penjaga dan Paddington bus tour pula lebih sesuai untuk kanak-kanak 5 tahun ke atas. Paling best Afternoon Tea Bus Tour ini juga ada halal option cuma harga bagi bus tour ini agak pricey. Boleh baca lanjut di laman web Brigit’s Bakery (b-bakery).
Selain senarai di atas, tempat-tempat lain yang recommended di London untuk kanak-kanak adalah muzium yang percuma seperti Science Museum dan Natural History Museum.
Untuk pengalaman pameran seni yang immersive juga boleh cuba beli tiket Frameless London untuk toddler dengan galeri seni yang mesra kanak-kanak. Kalau minat nak tengok haiwan juga boleh visit London Zoo, ada penguin!
Special mention juga kedai-kedai buku di sekitar London dan kedai secondhand item seperti Oxfam, perfect untuk anak spend masa membelek buku dan beli buku kanak-kanak dengan harga yang berpatutan.
Nanti, anda pun boleh plan ke London bersama anak-anak kecil dan suami tersayang. Jom luaskan pemandangan kita!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Penerbangan jarak jauh memang boleh jadi mencabar, terutama kalau perlu duduk berjam-jam dalam ruang yang terhad. Silap pilih tempat duduk, perjalanan yang sepatutnya menyeronokkan...