Sebut sahaja Pamukkale pasti ramai terbayang dalam fikiran gambar pemandangan indah satu daripada keunikan alam semula jadi di Turki itu.

Cantiknya! Pamukkale, Benteng Kapas Unik & Indah Di Turki

Untuk ke Pamukkale jika dari Istanbul perjalanan selama 12 jam diperlukan jika menaiki kenderaan darat. Perjalanan jauh itu seolah-olah tidak akan terasa terasa apabila terlihat sebuah gunung putih tersergam di depan mata.

Pamukkale terkenal dengan peninggalan sejarah dan juga keindahan alamnya. Nama Pamukkale juga berasal daripada bahasa Turki yang bermaksud ‘cotton castle’ atau ‘benteng kapas’. Sebuah pemandangan yang luar biasa dibuat ketika air daripada sumber air panas kehilangan karbon dioksida dan mengalir menuruni lereng, meninggalkan endapan membentuk lapisan kalsium karbonat putih.

Cantiknya! Pamukkale, Benteng Kapas Unik & Indah Di Turki

IKLAN

Dengan ketinggian lebih kurang 200 meter, kawasan ini dihiasi teres yang terbentuk secara semula jadi. Di teres ini ada 17 kolam air panas sekitar 35 darjah Celsius.

Jika berkunjung ke sini di waktu musim dingin tentu saja kawah-kawah air tersebut sebahagian menjadi beku. Namun airnya dirasakan masih tetap hangat panas, sehingga kawasan di sini seperti kelihatan banyak diselimuti kabut putih. Bagi memelihara kawasan ini, pengunjung harus berkaki ayam apabila berada di kawasan ini. Pembinaan hotel dan rumah juga tidak dibenarkan di kawasan sensitif.

Berhampiran Pamukkale terletak perbandaran Rom, Hierapolis. Pada kurun kedua sebelum Masihi, orang Rom membina kawasan mandian spa di Hierapolis kerana mereka percaya air panas ini boleh merawat pelbagai penyakit. Sehingga kini, ramai yang percaya mata air panas di Hierapolis dikatakan memiliki kuasa penyembuhan dan kebanyakan orang datang ke tempat ini sekadar merendam kaki atau mandi.

IKLAN

Cantiknya! Pamukkale, Benteng Kapas Unik & Indah Di Turki Cantiknya! Pamukkale, Benteng Kapas Unik & Indah Di Turki Cantiknya! Pamukkale, Benteng Kapas Unik & Indah Di Turki

Menurut sejarah, dulunya dikatakan didirikan oleh Eumenes II, raja Pergamus (197-159 SM), Hierapolis mungkin sebenarnya telah dibentuk abad ke-4 SM oleh raja-raja Seleukus. Nama kota itu mungkin berasal dari Hiera, istri Telephus (anak dari Hercules dan cucu Zeus).Hierapolis telah diserahkan ke Roma pada 133 SM bersama dengan sisa kerajaan Pergamene dan menjadi sebahagian dari wilayah Romawi di Asia. Kota ini dihancurkan oleh gempa bumi di 60 AD, tetapi dibangunkan kembali dan mencapai puncaknya pada abad ke-2 dan ke-3.Di sini anda menemui sisa-sisa runtuhan bangunan, kuil, tembok-tembok, pilar, amphiteather dan kuburan-kuburan tua (necropolis). Hierapolis ini begitu luas dan perlukan anda berjalan selama lebih dari dua jam untuk menjelajahi tempat bersejarah ini.

IKLAN

Cantiknya! Pamukkale, Benteng Kapas Unik & Indah Di Turki

Travertines adalah batuan kapur atau gunung kapur yang terbentuk dari kalsium karbonat. Batuan putih ini terbentuk secara semula jadi sejak ribuan tahun yang lalu. Daripada kejauhan Travertines kelihatan seperti kolam bertingkat dengan air panas di dalamnya. Keindahan travertines membuat tempat ini selalu dipadati oleh pengunjung.

Kesungguhan kerajaan Turki dalam memelihara Pamukkale tampak berhasil apabila pada 1988, Pamukkale dan kota kuno Hierapolis diiktiraf sebagai tapak warisan UNESCO, sekali gus merancakkan sektor pelancongannya.

Cantiknya! Pamukkale, Benteng Kapas Unik & Indah Di Turki

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI