Menarik la. Jarang-jarang ada pasangan yang nak berbulan madu pilih percutian cara sebegini iaitu dengan menunggang motosikal ke destinasi idaman. Bukan menunggang dekat-dekat tau, jauh juga pasangan ini merantau iaitu ke negara jiran Thailand.
Baca perkongsian kisah menarik yang dikongsikan oleh pasangan ini di laman sosial mereka.
NEWBIES – ride bukan sebab kejar nama TAPI pengalaman tu yg mahal menyampaikan ilmu 1 dakwah.
Simple Itinerary ride + honeymoon trip to Pattaya (BURAPA BIKE WEEK 2019)
Sabtu 9-10/2/2019 – tayar golek ke rnr rawang pukul 10pm sampai Changlun lebih kurang 5.30am.. alhamdulilla Allah mudahkan urusan, jumpa skali dgn otai touring Alfisyahrin & Firdaus Gebeng . rest badan jap sementara tunggu border bukak kita settlekan insuran, lepak makan dulu.
Ahad 10/2/2019 – singgah route 41 seterusnya ke Chumphon utk rest badan n motor . checkin hotel Jumbo House stndby berpisah ride dgn Alfisyahrin & Gebeng sebab dorang ke Cambodia
Isnin 11/2/2019 – checkout pepagi utk truskan misi honeymoon. sampai di Hua Hin lebih kurang 2pm trus checkin hotel Season Palace, letak barang then kuar utk cari makan + jalan pantai Hua Hin
Ads
Selasa 12/2/2019 – checkout pepagi utk teruskan lagi misi ke Pattaya City . sila ikut route 4 exit route 35 ke Samut Sakhon ke Phra Pradaeng Pier ( naik tongkang / roro ,10baht/person) utk seberang sungai Chao Phraya. Start route 35 , kami guna manual map bagi mengelakkan masuk ke highway. Motorsikal tidak dibenarkn naik ke highway ( Signboard biru ).. thank alfisyahrin ajar kami sampai Pattaya City lebih kurang 6pm+- terus ke Pataya City Sign utk bergambar settle terus ke hotel utk checkin hotel LK Masion, tempat strategik paking motor pon selamat .
Rabu 13/2/2019 – jalan-ii area Pattaya.. Hard Rock, Terminal 21, Pattaya Beach, Walking Street ( cuci mata syiokkk wooo ) Night Market Pattaya
Khamis 14/2/2019 – checkout hotel trus ke kemuncak misi attack Burapa Bike Week 2019 lepak sampai lebam .malam lebih kurang pukul 10pm gerak ke Bangkok ikot route 3, route 34 ke Hua Lamphong ( mohon jangan guna jalan besar ye, laluan lori-ii besar sahaja ) , checkin hotel ( x ingat nama sebab disponser )
Jumaat 15/2/2019 – checkout hotel pepagi ke Bangkok Railway Station ( Hua Lamphong ) utk beli tiket train balik ke Hatyai . bontot badan dah benyai . pukul 3pm train bertolak makan masa selama 17jam+- ( amek laa sleeper train aircond ) baru selesa beb . tido berayun gitu mcm dalam asrama bergerak pon ye . jangan risau tandas bau enak . ada cafe lagi .
Ads
Sabtu 16/2/2019 – train sampai Hatyai lebih kurang 8am, tgu motor ape bagai trus ke Songkla ➡️ Samila Beach.. geng yg lain dah balik dulu . dah alang-ii kat Thai kaaann, jalan je ape lagi . pastu kami jalan ke Hatyai, cari makanan bairal sangat tuu . pastu ke Siri Racing usha barang motor nak sokpin x boleh, dah penuh beg n box . pukul 6pm+- keluar border Thai, alhamdulillah dipermudahkan urusan.. sekejap je settle . trus ke Penang sempat makan nasi kandaq, tq Cekelet Angin Wan belanja kami n sempat bawak ronda Penang sebelum kami gerak balik ke Seremban . badan mata dah barai time ni .sampai Seremban pukul 6am.
Ahad 17/2/2019 – pukul 10pm gerak balik JB dah, cuti sudah habis broo . THE END
Total kami suami isteri rm2000 ➡️ THB
makan minum
minyak motor Y15 ?? Rm75 (32.89L ) ?? 875 ( 32.34L )
hotel
shopping
Tip:
tolong jangan masuk highway ye, jalan di Thai x sama dgn negara kita.
jalan tar di Thai agak licin, jangan nak syiokk sgt bawak lelaju.
hati-ii menunggang, cara dorang bawak motor / kereta lagi berbisa . main keluar je simpang sukahati dorang . bukan tempat sesuai utk korang nak racing ke ape ye .
study route supaya mental . cepat koyak, kuatkan mental n fizikal ya .
utk train Bangkok ➡️ Hatyai, motor 150cc bukan tank insyaAllah lepas, masih boleh dibawa bincang .Good Luck .
Thanks kepada Mohd Alfishahrin Diana Latief banyak bg tips n nasihat sebelum kami mulakan perjalanan ke Thailand buat pertama kalinya ke Pattaya City ❤️
Saya share sesimple yang mungkin, salah silap mohon dimaafkan
Ada yang tak pernah tahu pun pasal ATV Kunci Air Buang di Kuala Selangor, jom tengok apa yang best kat sini untuk beli jiwa anak-anak pada musim cuti sekolah.
Nak keluar bercuti, modal kena ada lebih, sesak dengan pengunjung pula. Jadi apa kata anda yang tinggal di kawasan bandar lembah Klang ni, keluar berjalan ke Kuala Selangor!
ATV Kunci Air Buang
Di Kuala Selangor, atau lebih tepat lagi di Tanjung Karang, ada banyak aktiviti menarik. Di ATV Kunci Air Buang, anda boleh mencuba aktiviti sukan lasak iaitu bermain ATV. Uniknya di sini, litar telah dibuat khas ditengah sawah.
Aktiviti bermain ATV di sini amat sesuai untuk keluarga mahupun dengan kawan-kawan. Owh ya, ATV untuk kanak-kanak pun ada! Faktor keselamatan, jangan risau kerana anda bakal diselia oleh pakar yang bertauliah.
Lagi best kalau anda ambil sekali pakej drone, boleh simpan video rakaman segala aksi anda di litar sebagai kenangan.
Harga Yang Dikenakan
Soal harga yang dikenakan pula amat berpatutan iaitu RM50 untuk 30 minit & RM80 untuk satu jam
Lokasi: ATV Kunci Air Buang
Alamat: LOT 4004,BLOCK L SAWAH SEMPADAN 45500 TANJONG KARANG.
Hah, nanti jangan lupa ajak anak-anak sekali. Baru syok luangkan masa bersama dengan buat aktiviti menarik macam ini. Tak perlu pergi jauh untuk puaskan hati anak-anak.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Gua Gomantong merupakan gua batu kapur terletak di Hutan Simpan Gomantong, Sandakan dengan keluasan 3297 hektar yang berada di dalam daerah Kinabatangan Negeri Sabah.
Gua Gomantong dilindungi Jabatan Perhutanan Sabah kaya dengan penghasilan semula jadi sarang burung layang-layang yang cukup bermutu tinggi yang mendapat permintaan masyarakat antarabangsa. Ia turut menjadi sumber pendapatan masyarakat sekitar sejak beberapa keturunan lagi. Gua ini juga diiktiraf sebagai Pengurusan Gua Sarang Burung Terbaik Di Dunia oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF). Disebabkan itu juga, sejak abad ke-13, gua ini telah membekalkan sarang burung terbaik untuk Maharaja China.
Dari pintu gua, bau asid amonia daripada najis dan kencing kelawar cukup kuat menusuk hidung.Gomantong memiliki dua kompleks gua, dinamakan Simud Hitam dan Simud Putih. Di siling gua tinggal berjuta-juta ekor kelawar, sementara di lantainya pula dilitupi lipas, kumbang, tikus dan pelbagai spesies ular. Serangga dan binatang ini tidak mengganggu pengunjung yang memasuki gua berkenaan kerana kehadiran mereka hanyalah untuk kelangsungan hidup dengan memakan tahi dan bangkai kelawar. Ada yang mengatakan lipas yang ada dalam gua ini merupakan yang paling banyak wujud di bumi. Buktinya anda boleh melihat sendiri dengan berkunjung ke Gua Gomantong ini.
Pengunjung tidak perlu khuatir dengan tahap keselamatan untuk masuk ke gua ini kerana laluan lantai di situ, dibina daripada kayu yang kukuh binaannya. Laluan ini akan membawa pengunjung menerokai sekitar gua tanpa gangguan binatang berbisa. Bagi mereka yang fobia dengan serangga ini, mungkin peluang terbaik mencuba mengatasi masalah itu sekiranya berkunjung ke Gua Gomantong, Sandakan Sabah. Ada berani?
image via sabahpost.net / google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
New Zealand pada 8 Jun 2020 lalu meraikan kemenangan memerangi wabak COVID-19 selepas kerajaannya mengumumkan negara itu tidak lagi mempunyai kes aktif.
Foto: pixel.com
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berkata pesakit COVID-19 terakhir telah disahkan sembuh, berita gembira itu mendapat pujian banyak pihak dan menjadi antara tajuk utama di seluruh dunia. Beliau turut mengumumkan kehidupan di New Zealand akan kembali seperti biasa dan menarik balik sekatan.
“Kita tidak mempunyai lagi kes baharu COVID-19 dan mulai hari ini kita bergerak ke Tahap Satu daripada Tahap Dua, tetapi sempadan masih ditutup,” katanya.
Kes COVID-19 pertama di New Zealand dilaporkan pada 28 Februari 2020, serentak dengan itu negara berkenaan turut mengumumkan larangan perjalanan untuk Iran dan China bagi mengekang penularan virus itu.
Pada awalnya Jacinda Ardern hanya mengenakan sekatan separa pada 23 Mac 2020.
Dua hari selepas itu, kerajaan mengisytiharkan sekatan pergerakan di seluruh negara apabila negara itu mengesahkan 200 kes.
Kemudian pada 27 April 2020, sekatan pergerakan dilonggarkan dengan Wellington membenarkan beberapa perniagaan beroperasi semula dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan. Bagaimanapun, perintah duduk di rumah masih dikuat kuasa.
Pada 13 Mei, New Zealand semakin melonggarkan sekatan, membenarkan perniagaan, kafe dan restoran dibuka semula, majlis perkahwinan dan pengebumian juga dibenarkan dengan mematuhi syarat penjarakan sosial. Sebahagian sektor pendidikan juga dibenar beroperasi semula.
8 Jun 2020, Kementerian Kesihatan mengatakan tiada lagi kes aktif COVID-19 di New Zealand, pesakit terakhir berjaya sembuh. Namun, langkah pencegahan dan berwaspada perlu terus diamalkan.
Walaupun telah mengumumkan bebas COVID-19, orang ramai yang tiba di New Zealand ini masih perlu dikuarantin selama dua minggu dan akan menjalani saringan dua kali dalam tempoh kuarantin. New Zealand mencatatkan kes COVID-19 sebanyak 1,504 dengan 22 kematian.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...