Cayalah! Klip Video Yuna Promot Destinasi Menarik Di Perlis & Lembah Klang

Share

Siapa dah tengok klip video Yuna terbaru berjudul Forevermore?  Klip video tersebut telah mendapat pujian netizen yang rata-rata menyukai buah tangan terkini daripada penyanyi yang kini menetap di Amerika Syarikat itu.

Ia ekoran kreativiti Yuna mengetengahkan lokasi cantik di negera ini dalam video berkenaan sehingga menghasilkan visual sangat penuh warna-warni.

Dalam satu kenyataan, Yuna menjelaskan, klip video untuk lagu tersebut memaparkan jalan cerita yang menarik. Tidak menjadikan destinasi antarabangsa sebagai lokasi penggambaran, Yuna sebaliknya memilih untuk mengabadikan Perlis dan sekitar Lembah Klang dalam klip video berkenaan.

Diarahkan oleh suaminya, Adam Sinclair, Yuna memberitahu pemilihan Perlis, Selangor dan Kuala Lumpur adalah disebabkan landskap menarik yang ada di beberapa tempat di negeri tersebut.

Melalui laman Twitter Tourism Malaysia, turut berkongsi video tersebut untuk tontonan followers mereka.

Yuna berkata dia sudah membayangkan suasana yang ada di lokasi tersebut sewaktu menulis lagu ini. Tambahan pula, Yuna pernah membesar di Perlis dan Lembah Klang, maka lokasi tersebut bakal memberi nilai sentimental terhadap klip video tersebut. Sungguhpun merakamkan klip video di negara sendiri, Yuna positif visual Forevermore dapat diterima dengan baik oleh peminatnya secara global.

Antara lokasi yang dipilih Yuna

  • Stadium Shah Alam, Selangor
  • Batu Caves, Selangor
  • Bukit Keteri, Perlis
  • Empangan Timah Tasoh, Perlis
  • Pekan Kaki Bukit, Perlis
  • Rumah Tradisional Pengkalan Asam, Perlis
  • Stesen Minyak Metalica, Perlis

Sumber Foto: Perlis Nature And Wildlife

IKLAN