Chitetsu Watanabe Lelaki Tertua Meninggal Dunia Pada Usia 112 Tahun

Share

Seorang warganegara Jepun yang diiktiraf lelaki paling tua di dunia meninggal dunia pada usia 112 tahun.

Perkara itu disahkan organisasi dan rumah jenazah yang memaklumkan mendiang, Chitetsu Watanabe meninggal dunia pada 23 Februari 2020 lalu. Chitetsu Watanabe yang dilahirkan pada 5 March 1907 di sebuah perkampungan Uragawara meninggalkan lima anak dan 12 cucu dan 16 cicit.

Foto kenangan bersama keluarga besar.
Mendiang (paling tengah) ketika berkerja di Ladang Tebu

Sebelum ini Chitetsu Watanabe tinggal bersama salah seorang anak lelakinya, namun dipindahkan ke rumah persaraan setelah dijangkiti Influenza. Media Jepun melaporkan Chitetsu Watanabe sebelum ini tidak boleh makan dan mengalami demam selain sukar bernafas. Bagaimanapun, punca kematian Chitetsu Watanabe masih belum disahkan.

Mendiang menerima sijil rekod dunia Guinness sebagai lelaki tertua pada 12 Februari baru-baru ini dan hanya sempat memegang rekod tersebut beberapa hari sahaja sebelum meninggal dunia.

Sumber Foto: guinnessworldrecords.com

IKLAN