Sebelum ini Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh menyarankan orang ramai untuk tidak mengambil ais daripada sumber tidak disahkan dan bahawa jangkitan COVID-19 boleh disebarkan melalui cecair.
Susulan dakwaan COVID-19 boleh merebak melalui cecair. Orang ramai dinasihat hanya membeli ais dari kilang yang dilesenkan Kementerian Kesihatan Malaysia kerana telah melalui proses ditetapkan dan dijamin selamat.
Ads
Menerusi Kenyataan rasmi KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA di facebook rasmi mereka, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyarankan pengguna agar membeli ais daripada kilang dilesenkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengelak kegusaran terkena jangkitan COVID-19.
Ads
Pengguna boleh merujuk nombor lesen KKM pada pembungkusan ais dan menyemak maklumat kilang ais yang memperoleh lesen KKM di laman web rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) atau jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi KKM melalui laman web http://moh.spab.gov.my
Ads
Peraturan 394A Peraturan-Peraturan Makanan 1985 menetapkan standard ais dan syarat lesen yang perlu dipatuhi oleh kilang ais.
Ais dihasilkan hendaklah menggunakan sumber air terawat dan menjalani proses nyahjangkitan melalui pelbagai teknologi, antaranya teknologi radiasi pengionan, ultraungu dan sebagainya.
Berdasarkan kajian dan maklumat diketahui setakat ini mengenai jangkitan COVID-19, pematuhan kepada standard dan syarat perlesenan sedia ada dapat memastikan ais dikeluarkan oleh kilang ais adalah selamat. Namun, kilang ais tidak mempunyai lesen tidak dapat dipastikan keberkesanan proses penyahjangkitan.
Sehingga kini, terdapat 156 kilang ais berlesen dengan KKM di seluruh negara manakala 16 kilang ais masih dalam proses kelulusan lesen.
Pada 2019, 140 kilang ais beroperasi tanpa lesen dikenal pasti oleh KKM, dan daripada jumlah itu, 18 kilang ais beroperasi tanpa lesen dikenakan tindakan penguatkuasaan, manakala 122 kilang bakal dikenakan tindakan pada tahun ini.
Pemilik kilang ais beroperasi tanpa lesen daripada KKM boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Majalah antarabangsa hebat, TIME menyenaraikan Pulau Pinang antara 10 destinasi mampu lawat di Asia bagi pelancong Barat.
Majalah itu dalam artikelnya ‘10 Amazing Asian Vacations That Won’t Cost a Fortune’, memaparkan destinasi murah dan memuaskan untuk dilawati.
Menurut TIME, kos untuk 2 orang bagi seminggu di Pulau Pinang ialah USD2,669 (RM11,399)
Pulau Pinang dengan tarikan budaya campuran budaya, makanan, rumah agama, tempat menarik, pantai cantik, kehidupan malam hari dan pusat beli – belah yang murah.
Kadar bilik hotel menurun 10% setiap tahun, menjadikan purata sekitar USD80 (RM342) semalam, menurut Hotels.com. Tambang udara juga jatuh , 16% setiap tahun hingga kadar USD916 (RM3,925) perjalanan pulang.
Kebanyakan pelancong bertumpu di George Town, dan bangunan Unesco World Heritage Site. Tarikan makanan yang pelbagai (yang juga baru ini disenarai dalam antara makanan gerai terbaik dunia) seperti rojak pasembur, nasi kandar, kuey teow dan pelbagai lagi makanan murah dan sedap.
Bagi memahami pertembungan dua budaya timur dan barat, rumah seperti Khoo Kongsi dan Cheah Kongsi jadi tarikan. Disitu mural besar, ukiran seramik, dan binaan yang mengagumkan. Taman Negara Pulau Pinang juga menawarkan keindahan alam flora dan fauna di samping pantai yang cantik.
Sekeping gambar yang menunjukkan beberapa ekor ikan Nemo yang ditangkap dan diletakkan di dalam sebuah botol yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp baru-baru ini yang dipercayai berlaku di Pulau Redang.
Hal ini sangat menyedihkan, kerana pengunjung yang bercuti ke pulau masih kurang kesedaran untuk melindungi dan menjaga habitat semulajadi semata-mata untuk kepuasan diri sendiri! Para pengunjung yang bercuti di pulau-pulau sekitar negara terutama di negeri Terengganu diingatkan untuk tidak menyentuh, mengganggu, menangkap atau melakukan apa sahaja aktiviti, yang boleh mengancam spesis ikan badut (clown fish) atau ikan Nemo.
Kenapa anda tak boleh tangkap Nemo?
Pensyarah Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Liew Hon Jung berkata, perbuatan tersebut dikhuatiri mengancam nyawa spesis tersebut dan boleh menjadi faktor kekurangan ikan Nemo, di perairan semula jadi.
Jadilah pelancong yang bijak! Jom cuti-cuti Malaysia~
Pecinta hidupan laut Malaysia teruja setelah menonton video Sepasang Paus Orca atau Killer Whale muncul buat pertama kali di perairan Terengganu. Aksi dan kehadiran paus ini berenang dikesan berhampiran Pelantar Dulang Petronas di perairan Kerteh.
Kemunculan paus itu disedari beberapa kakitangan syarikat itu dan video berdurasi 30 saat dan detik bersejarah itu berjaya dirakam kakitangan pelantar itu.
Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang, telah mengesahkan bahawa mamalia itu adalah Paus Orca atau nama saintifiknya Orcinus Orca. Mengikut rekod yang terdapat di FRI Rantau Abang, Jabatan Perikanan Malaysia, Paus Orca tidak pernah muncul di Terengganu dan tarikh 16 Julai 2019 adalah rekod pertama paus itu muncul di perairan ini. Mereka percaya kedua-dua mamalia marin itu adalah sepasang paus jantan dan betina yang menjadikan Laut China Selatan sebagai sebahagian laluan migrasi.
Saiz paus itu dianggarkan antara enam hingga lapan meter dengan anggaran berat 5,000 hingga 6,000 kilogram setiap satu. Paus Orca itu sangat digeruni kerana ia adalah pemangsa teratas dalam rantaian pemakanan di ekosistem lautan dengan memakan sotong, penyu, burung laut, jerung serta mamalia marin lain termasuk anjing laut dan ikan lumba-lumba.
Ada kalanya paus ini juga menyerang manusia seperti kejadian yang sering berlaku di luar negara. Paus ini mula menjadi perhatian umum dan dibela dalam kurungan bermula tahun 1960-an sehingga hari ini. Sesetengah negara yang mempunyai taman tema akuarium laut seperti Perancis, Amerika Syarikat dan Jepun, mereka melatih paus ini supaya lebih mesra dengan masyarakat dengan tujuan konservasi, pendidikan dan pertunjukan.
Hong Kong selama ini dikenali sebagai kota metropolitan yang dipenuhi lampu neon, bangunan pencakar langit dan kehidupan yang bergerak pantas siang dan malam.Namun di...