COVID-19 Dah Jejak Indonesia Selepas 2 Bulan Bebas Wabak Tersebut

Share

Setelah lebih dua bulan penularan wabak COVID-19, negara Indonesia yang sebelum ini bebas dari wabak tersebut mengesahkan mereka mencatat dua kes positif terbaru.

Indonesia sebelum ini menjadi antara negara yang tidak mencatakan jangkitan COVID-19 walaupun dikelilingi dengan negara jiran seperti Thailand, Malaysia dan Singapura yang mempunyai angka jangkitan tinggi.

Kes pertama kali di negara jiran kita ini melibatkan rakyatnya. Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) telah mengumumkan dua rakyatnya itu mempunyai kontak rapat dengan warga Jepun yang berkunjung ke negara itu. Perkara itu telah disahkan dan dilaporkan kepada Jokowi oleh Menteri Kesihatan.

Rakyat Jepun itu ke Indonesia untuk bertemu dua mangsa berkenan dan menyebabkan mereka dijangkiti. Dua warga Indonesia yang positif COVID-19 merupakan seorang wanita berusia 64 tahun dan anak perempuannya berusia 31 tahun. Bagaimanapun, tidak dimaklumkan di wilayah mana kes berkenaan berlaku, sebaliknya, hanya diberitahu kedua-dua mangsa kini sedang menerima rawatan di hospital.

Portal Kompas melaporkan, warga Jepun itu dijangkiti COVID-19 di Indonesia sebelum terbang ke Malaysia.

IKLAN