COVID-19, yang bermaksud 'Penyakit Virus Korona' adalah nama rasmi bagi novel koronavirus 2019, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
**media[147420]**
Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, yang menjelaskan bahawa co bermaksud ‘korona’, vi (virus) dan d (penyakit), dalam taklimat media harian mengenai virus itu, di Geneva, Switzerland pada Selasa (waktu tempatan). Dengan adanya nama rasmi ia dapat mengelakkan penggunaan nama lain yang tidak tepat dan menimbulkan stigma. Ia juga memberikan kami format standard untuk digunakan bagi sebarang wabak koronavirus pada masa depan.
**media[147418]**
Setakat ini, virus baharu itu yang pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember tahun lepas, telah membabitkan 42,708 kes positif COVID-19, dengan kematian mencecah 1,017 mangsa di republik itu. Terdapat 393 kes dilaporkan di 24 negara termasuk 18 kes di Malaysia manakala satu kematian dilaporkan di Filipina. Namun penularan wabak COVID-19 yang memuncak di China diramal berakhir pada April. Perkara itu didedahkan Pakar Epidemiologi yang juga Penasihat Perubatan Kerajaan China, Zhong Nanshan selepas hasil penilaian terbaru dibuat.
**media[147419]**
**media[147421]**

  • Jumlah kes jangkitan baharu semakin turun secara perlahan-lahan. Bagaimanapun, wabaknya dijangka mencapai kemuncak pada pertengahan atau akhir Februari ini.
  • Berdasarkan ramalan dan analisis model matematik, sepanjang tempoh ini, ramai yang akan kembali ke bandar.
  • Ada juga yang bimbang jika ia akan kembali meletus ke kemuncaknya, tetapi pada pandangan beliau, ia tidak akan ada kemuncak lebih tinggi.
  • Keyakinan itu juga susulan perkembangan terbaru COVID-19 yang menunjukkan aliran penurunan di beberapa tempat di China melibatkan wilayah Guangdong dan Zhengjiang

**media[147423]**
"Tindakan China mengambil beberapa langkah yang belum pernah dilakukan sebelum ini untuk mengelak kawasan dijangkiti dan membataskan laluan penghantaran, merupakan satu usaha terbaik. Setakat ini, data China menunjukkan kadar pemulihan COVID-19 agak rendah, dengan kurang 10 peratus pesakit disahkan bebas jangkitan," jelasnya.
**media[147422]**
Nanshan pada masa yang sama turut berharap agar beberapa langkah perlu dilakukan bagi mengelak kejadian lebih buruk. Antaranya perniagaan haiwan-haiwan liar perlu dihentikan selain memperhebat kerjasama antarabangsa dalam teknologi kebersihan, meningkatkan operasi pusat kawalan penyakit dan sistem sentry global untuk memberi amaran tentang wabak berbahaya.

IKLAN
IKLAN
IKLAN

Sumber: Bernama | Astroawani

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI