Ads

Dari Kafe Hipster Ke Landmark Ikonik, Ini Sebab Mengapa City Travel Menjadi Pilihan Terbaik

Dalam dunia travel, tak semua orang mempunyai minat yang sama. Sesetengah minat pantai dan gunung, ada juga yang lebih tertarik dengan suasana bandar yang moden yang hidup dan penuh dengan aktiviti. Inilah yang dipanggil City Travel, gaya mengembara yang fokus kepada pengalaman di bandar besar seperti Tokyo, London, atau New York City.

Dari Kafe Hipster Ke Landmark Ikonik, Ini Sebab Mengapa City Travel Menjadi Pilihan Terbaik
AEON Mall Indonesia Kredit Foto : Tom Fisk / pexels.com

Bagi sesetengah orang, City Travel bukan sekadar pilihan, ini adalah pengalaman yang paling memuaskan. Tapi kenapa? 

Banyak Aktiviti dalam Satu Tempat

Salah satu sebab utama kenapa City Travel best adalah kerana semuanya ada dalam satu kawasan. Dalam satu hari, anda boleh:

  • Shopping di mall terkenal
  • Makan di restoran viral
  • Lawat tempat bersejarah

Syurga Makanan

Salah satu tarikan terbesar City Travel adalah kepelbagaian makanan yang hampir mustahil untuk ditandingi oleh percutian ke alam semula jadi. Bandar yang besar adalah satu tempat yang mempunyai pelbagai bangsa dan latar belakang dan itu membuatkan makanan menjadi lebih menarik , unik, dan penuh variasi. 

Bandar besar memang terkenal dengan pelbagai pilihan makanan. Dari street food murah, kafe hipster sehinggalah ke fine dining, semua ada.

Pastinya di setiap negara mempunyai makanan yang unik yang harus dicuba sekali seumur hidup.

Ads
Dari Kafe Hipster Ke Landmark Ikonik, Ini Sebab Mengapa City Travel Menjadi Pilihan Terbaik
street foods and cafe, Malaysia Kredit Foto: Jacob Zatorsky

City Travel sesuai untuk orang yang lebih “extrovert” dan tidak rasa bandar itu adalah satu perkara yang memenatkan. Sesetengah orang akan memilih untuk membuat “short trip” ke bandar untuk lari sebentar daripada kerja hakiki. 

Mereka merasakan itu adalah satu “short trip” yang hidup, mempunyai kepelbagaian dan itu membuatkan mereka seronok dan sedikit sebanyak dapat melepaskan ketegangan minda.

Pengangkutan Mudah & Berkesan

Berbanding tempat terpencil, bandar besar biasanya ada sistem pengangkutan yang lengkap seperti, MRT, LRT, bas dan train.

Ads

Contohnya, sistem MRT di Singapura sangat berkesan sehingga anda tidak perlu menyewa kereta. Ini memudahkan travel dan menjimatkan kos pengangkutan.

Dari Kafe Hipster Ke Landmark Ikonik, Ini Sebab Mengapa City Travel Menjadi Pilihan Terbaik
Public Transport, Singapura Kredit Foto: by Jacob Zatorsky

BACA LAGI: 7 Tip Travel DIY, Belajar Melancong Sendiri Lebih Puas dan Jimat!

Syurga Membeli-belah

Kalau anda seorang yang suka membeli-belah, city travel adalah pilihan yang terbaik sekali. Dari brand mewah sehingga brand tempatan yang unik, semuanya ada.

Ads

Contohnya, Mall di Dubai keseluruhannya mempunyai indoor theme park. Manakala di Tokyo, anda boleh jumpa fashion yang unik dan lain daripada yang lain.

Dari Kafe Hipster Ke Landmark Ikonik, Ini Sebab Mengapa City Travel Menjadi Pilihan Terbaik
EMAAR Mall, Dubai Kredit Foto: by K Dubai

Sesuai Untuk Short Trip

City Travel sangat sesuai untuk trip pendek (3-4 hari) sebab: 

  • Banyak tempat berdekatan
  • Tidak perlu travel jauh antara lokasi
  • Jadual perjalanan lebih tersusun

City travel mungkin bukan untuk semua orang, ada yang lebih suka alam semula jadi dan ketenangan. Tapi, bagi mereka yang sukakan suasana yang hidup dan aktiviti tanpa henti serta kemudahan moden, City Travel adalah pengalaman yang sukar ditandingi.

 

Dapatkan tips percutian, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Jom Kita Travel

Menyapa Tenang Angin Tuaran, Percutian Tepi Pantai Yang Mendamaikan Di Hilton...

Ada sesuatu tentang Sabah yang sukar dijelaskan dengan kata-kata. Ia bukan sekadar destinasi, tetapi sebuah rasa tenang yang perlahan-lahan meresap. Di utara negeri ini,...