Memang heaven kalau dapat pergi travel tiap-tiap tahun, lagi-lagi saing dengan bestfriend atau family kan. Bergelak sakan melepaskan tekanan dan pergi jauh daripada kesibukan seharian.
Tapi tak semua orang bernasib baik nak pergi travel selalu sebab majoriti daripada kita bukannya orang have-have. Lagi-lagi dengan ekonomi sekarang ni yang agak terperanjat sikit, menyebabkan kos nak travel tu meningkat.
Walau bagaimanapun, kadang-kadang pelik bila ada kawan-kawan kita boleh afford untuk melancong ke luar negara setiap tahun. Macam mana diorang buat? Okay, setelah membuat kaji selidik dan kajian secara berterusan, Libur ada lima cara untuk anda menyimpan wang supaya cukup untuk keluar travel.
Teknik duit ganjil
Memang ramai yang berjaya dengan cara ni dan Libur pun salah seorang yang mempraktikkan teknik duit ganjil. Kaedahnya, setiap kali anda ada duit terkumpul yang berjumlah ganjil seperti RM1, RM5, atau RM20 dibelakang tu, anda asingkan siap-siap dalam tabung simpanan anda. Contoh hari ni anda ada RM23, asingkan RM3 tu dalam tabung simpanan.
Pada awalnya, memang susah nak kawal perasaan menabung ni. Rasa macam nak korek balik daripada dalam tabung, tapi anda kena berdisiplin. Lama-kelamaan, anda akan terbiasa dengan tabiat menabung ini dan rasa sayang nak guna bila tabung tu dah nak penuh sebab hasil simpanan duit itu yang anda nak gunakan keluar travel bersama bestfriend atau family.
Ads
Main duit kutu
Duit kutu ni biasanya kena ada geng yang main sama-sama. Lagi ramai, lagi seronok dan bersemangat nak main sebab selain dapat ‘beranakkan’ duit, anda juga dapat menyimpan.
Sistem duit kutu ni macam biasa, mengikut undian dan giliran siapa yang bakal terima duit terlebih dahulu. Lagi satu yang best main kutu ni, anda boleh rancang awal-awal, apa yang anda nak gunakan duit tersebut. Sama ada nak beli tiket flight atau bayar duit hotel.
Simpan dalam tabung besi
Ads
Dulu waktu kecil, ibu bapa kita selalu ingatkan dan memberikan galakkan untuk kita menabung. Tapi dalam masa yang sama, kita selalu korek balik duit tabung tu. Hahaha. Itu yang simpanan seciput je. Okay, lepas ni, pakai tabung yang memang susah nak buka. Contoh macam tabung tong gas.
Cari tabung yang tak ada pintu nak keluarkan duit. Bila dah penuh, korang terpaksa gergaji besi tabung tu. Dengan cara ini, akan memalaskan anda untuk korek balik duit tabung tersebut dan hanya rajin berusaha nak buka bila tiba masa yang diinginkan sahaja. Hasil daripada tabungan tu boleh la gunakan untuk pergi travel.
Bagi pada orang untuk simpankan
Ads
Teknik ini kadang-kadang berkesan sebab anda akan berasa segan nak minta balik duit tu. Contoh, anda minta mak anda simpankan. Kalau tak tahu malu, minta la balik duit tu. Confirm, kena bahan. Hahaha. Tiap-tiap bulan, asingakn sejumlah kecil duit dan bagi kepada individu yang dipercayai itu untuk disimpan.
Teknik paksa rela
Ramai diantara kita dah tahu kebaikan menyimpan dalam ASB. Selain dapat menggandakan duit simpanan, menyimpan di ASB juga salah satu cara untuk anda menyimpan dengan selamat.
Anda akan mula rasa sangat rumit untuk menunggu di cawangan-cawangan ASB yang ada semata-mata nak keluarkan duit. Selain daripada itu, ASB juga memberikan dividen yang agak tinggi di hujung tahun. Lagi banyak anda simpan, lagi tinggi hasil yang anda bakal dapat.
Jadi, anda tak perlu lagi rasa sedih sebab mereput dekat rumah dan tengok kawan-kawan anda pergi bercuti. Anda juga mampu untuk ikut mereka kalau berusaha untuk menabung dan simpan wang secukupnya. Selamat berjaya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Obor-obor beracun atau ‘Portugese Man O War’ ini biasanya mendiami lautan Pasifik namun pernah ditemui di perairan pantai negeri Terengganu sebelum ini.
Obor-obor jenis ini disifatkan antara spesies berbahaya kerana sengatannya boleh menyebabkan kulit melecur, melumpuhkan mangsa dan membawa maut.
Fizikal obor-obor itu yang cantik, kecil seakan plastik dikhuatiri akan menarik minat sesiapa sahaja untuk menyentuhnya. Bagaimana pula jika terkena sengatan obor-obor ini? Apakah yang perlu dilakukan?
Ini ada info pertolongan cemas jika terkena sengatan obor-obor beracun perkongsian daripada saudara Altok Yusri Yusud
Catatan berkenaan dengan “Portugese man o war”/ “Blue Bottle”/ Obor2 karipap biru (budak lab bagi nama) Apa yang ambe tau setakat ini, ambe bukan expert dalam bab ni, tapi tak de pon org yang betul-betul kaji spesis ni di Malaysia (as with lots of other species).
Spesis: Physalia physalis
Walau bagaimanapun, ada pendapat mengatakan ada 2 spesis; Physalia physalis bertaburan di kawasan Lautan Atlantik sana, dan Physalia utriculus, bertaburan di kawasan Lautan Pasifik dan Lautan Hindi.
Kajian genetic menunjukkan P. physalis dari Lautan Atlantik memang berbeza dari spesis di Lautan Pasifik dan di Lautan Pasifik sendiri, terdapat lebih dari satu spesis sebenarnya (Pontin & Cruickshank, 2012)
Kesan sengatan:
Walaupun terdapat kematian yang disebabkan oleh spesis ini, tetapi kebanyakan kematian adalah dilaporkan di kawasan Lautan Atlantik.
Di kawasan Lautan Pasifik, berdasarkan laporan Australian Museum, tidak ada kematian dilaporkan di Southern Hemisphere, walaupan bilangan sengatan yang dilaporkan adalah agak tinggi, terutamanya di Australia (10-50ribu setahun)
Pertolongan cemas sekiranya terkena sengatan:
Basuh kawasan berkenaan dengan air laut.
Basuh juga kawasan berkenaan dengan cuka.
Rendam atau alirkan air panas (>45C) di kawasan berkenaan selama 45 minit.
(Cuka dan air panas ini akan menyahaktifkan dan membasuh jarum-jarum halus cnidae/ nematosis yang dilepaskan oleh organisma ini dan akan menyahaktifkan racun yang dikeluarkan.) Sumber: https://www.smithsonianmag.com/…/urine-luck-vinegar-best-t…/)
Di Australia, mereka menggunakan ais sebagai rawatan pertolongan cemas, menggantikan cuka.
Seterusnya silalah mendapatkan rawatan dari kelinik atau hospital yang berhampiran.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bayangkan perlu berada dalam pesawat berjam-jam lamanya, sedangkan destinasi impian sedang memanggil-manggil. Kalau boleh hendak sahaja kita melompat turun dari pesawat dan sudah berada di tepi pantai, atau sedang menggumpal-gumpal salji di tangan. Perkara ini boleh dialami sesiapa sahaja terutama untuk perjalanan jauh. Ia boleh diatasi dengan beberapa tip berikut. Amaran: Anda mungkin tidak mahu tinggalkan pesawat selepas ini.
1. Pilih tempat kegemaran
Tempat duduk yang sentiasa menjadi rebutan adalah di tepi tingkap. Selain dapat melihat keindahan langit biru dan sayap pesawat, anda tidak perlu merasa janggal duduk di antara orang yang tidak dikenali. Pendek kata, elak mendapat tempat duduk di tengah. Jika anda tertidur sekalipun, anda tidak perlu memalingkan muka ke arah orang sebelah. Anda boleh tidur menghadap tingkap.
2. Bawa pemain muzik
Jangan lupa membawa pemain muzik dan dengarlah lagu-lagu kegemaran anda menggunakan headphone. Anda tidak akan merasa bosan apabila masa anda di dalam pesawat banyak dihabiskan dengan mendengar lagu-lagu kegemaran. Jika anda mendengar lagu seperti jazz, anda mungkin merasa aman. Jika anda memilih untuk mendengar lagu sentimental, anda boleh tidur dengan nyenyak. Penerbangan selama dua jam ke atas mungkin tidak terasa.
3. Tonton video
Tahukah anda sesetengah penerbangan, terutama yang melibatkan perjalanan jauh menyediakan sewaan pemain video dengan filem-filem terkini. Anda yang terlalu sibuk untuk menonton wayang sebelum ini bolehlah menyewanya. Malah tempahan secara online juga boleh dibuat lebih awal sebelum menaiki penerbangan.
4. Baca majalah yang disediakan
Jangan segan untuk membaca beberapa majalah yang ada disediakan di dalam poket kerusi pesawat. Kebanyakan majalah yang disediakan hanya terdapat di dalam pesawat. Melalui bahan bacaan ini, anda boleh tahu pelbagai tempat-tempat menarik dan tip-tip penerbangan yang lain. Penerbangan anda akan lebih ceria apabila anda membawa novel kegemaran anda untuk dihabiskan.
5. Berkenalan dengan penumpang lain
Usah malu untuk bertegur sapa dengan penumpang yang duduk di sebelah anda. Jika anda keseorangan, dia juga mungkin keseorangan dan berkemungkinan anda sudah menemui rakan backpack yang lain. Saling berkongsi cerita, pengalaman, tip dan sebagainya boleh membantu anda ketika bercuti kelak. Lihat, anda sudah mencipta hubungan pen pal di atas awan!
6. Kunyah pemanis perisa mint
Jika anda menghadapi masalah kerap mual apabila naik pesawat, jangan lupa sentiasa bawa gula-gula berperisa peppermint atau perisa yang berangin dan pedas. Aroma peppermint membantu mengelak rasa mual akibat lonjakan adrenalin sepanjang perjalanan. Elak mengambil karbohidrat sebelum terbang sebaliknya makan buah atau coklat sebagai alas perut. Tip terbaik adalah minum air isotonik.
7. Jurnal
Menulis jurnal pengembaraan tidak semestinya perlu sampai ke destinasi. Anda boleh menghilangkan rasa bosan dengan menulis diari, jurnal dan sebagainya ketika di dalam pesawat. Malah berkongsi tentang permulaan perjalanan juga sesuatu yang amat dinantikan oleh pembaca. Travelog gitu!
Oh ya! Anda tidak akan dimarahi apabila mahu bergambar bersama pramugari dan pramugara asalkan anda meminta kebenaran mereka. Ramai juga antara pramugara dan pramugari sistem penerbangan kita yang terdiri daripada artis. Ia boleh menjadi pengalaman yang sangat menarik ketika berada berjam-jam di dalam pesawat. Tidaklah anda bosan lagi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Masalah jet lag sering dialami oleh sebahagian besar pelancong yang melakukan perjalanan ke luar negara di mana perbezaan waktu yang amat ketara di antara negara asal dengan negara yang ingin dituju. Akibatnya, pergeseran waktu tidur, waktu makan dan waktu berehat akan terus berubah sehingga badan kita tidak biasa dengan keadaan tersebut.
Tubuh terasa lemah, kepala terasa berat dan pening, hilang nafsu makan, mengantuk di siang hari dan berjaga di waktu malam. Gejala inilah yang disebut jet lag dan jika dibiarkan boleh berlarutan hingga beberapa hari. Biasanya, perbezaan zon waktu yang panjang seperti 11 jam dari waktu asal lebih berisiko untuk terkena jet lag.
Untuk mencegah atau sekurang-kurangnya meminimakan risiko terkena jet lag, kami ada beberapa tip yang boleh dicuba:
Atur Jam Mengikut Destinasi
Apabila anda menaiki pesawat, atur jam tangan anda mengikut zon waktu destinasi anda. Sesuaikan dengan jadual makan dan tidur dengan zon waktu yang baru. Sebagai contoh, apabila jam anda menunjukkan waktu tidur, cuba untuk tidur walaupun anda belum mengantuk. Jika anda tidak mengubah jam anda mengikut zon waktu destinasi yang dituju, aktiviti anda akan terganggu. Waktu siang yang sepatutnya anda keluar berjalan tetapi anda tidur pula. Apabila anda terjaga pada waktu malam dan ingin keluar berjalan, kebanyakan bangunan sudah banyak tutup.
Perbanyakkan Cairan Dalam Tubuh
Banyakkan minum air putih sekurang-kurangnya dua liter setiap jam walaupun anda tidak merasa haus. Kelembapan udara yang rendah di dalam pesawat akan membuat tubuh kekurangan cecair. Adalah penting untuk menggantikan cairan dalam tubuh yang semakin berkurangan. Jangan lupa bawa botol kosong untuk diisi semula dari dispenser yang ada disediakan di dalam pesawat.
Jauhi Kafein Dan Makanan Berlebihan
Elak mengambil minuman berkafein seperti kopi atau beralkohol sebelum penerbangan. Jika anda beranggapan kafein dapat membuatkan anda terjaga lebih lama, hakikatnya ia akan membuatkan anda sering bangun ketika mahu tidur. Jika anda dihidang makanan, pilih menu tinggi protin kerana akan menstimulasi tubuh menjadi aktif. Menu tinggi karbohidrat pula akan menstimulasi tubuh untuk tidur.
Ambil Udara Dan Bersiar-siar
Setelah sampai ke destinasi, cubalah keluar berjalan-jalan dengan menghabiskan waktu di bawah sinar matahari. Aktiviti ini dapat membantu tubuh anda menyesuaikan diri dengan waktu dan suasana baru.
Ramai juga yang beranggapan untuk memilih tiket penerbangan pada waktu malam supaya anda boleh tidur saja di dalam penerbangan berbanding penerbangan waktu siang. Sebenarnya, terpulang pada kekuatan mental dan fizikal anda. Yang pasti, anda tidak sepatutnya terlepas momen-momen indah ketika melancong. Jika pramugara dan pramugari boleh atasi jet lag, anda juga boleh.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...