D’ Puncak Hayun Resort yang terletak di Kedah ini adalah salah satu tempat yang sesuai untuk anda dan keluarga meluangkan masa bersama berkelah di tepi sungai sambil menikmati juadah bersama-sama.
D’ Puncak Hayun Resort
Tempat menginap memang banyak pilihan dan anda boleh pilih ikut jumlah berapa orang nak menginap. Nah, jemput tengok antara rchalet yang ada di sini.
Ads
Tempat Mandi yang Luas
Selain dari chalet-chalet yang ada, di sini juga ada kolam mandi dan berhampiran dengan sungai sesuai untuk anda membuat aktiviti air bersama keluarga dan rakan-rakan.
Ads
BBQ Grill juga turut disediakan untuk para pengunjung sewa dengan harga yang berbaloi dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak D’ Puncak Hayun Resort.
Ads
Tempatnya senang nak parking, jadi jangan risau kawasan di sini lapang dan luas. Suasana sesuai untuk anda yang rindukan kampung dan suka berdamai dengan alam semula jadi.
Lokasi:
D’ Puncak Hayun Resor, Kedah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Terletak di Teluk Nipah, Nipah Guesthouse ini hanya 5 minit berjalan kaki ke Pantai Nipah dan ke gerai-gerai di sekitar pantai.
Mempunyai setiap bilik yang selesa dilengkapi dengan bilik mandi dengan kemudahan shower. kalau pergi musim panas, jangan risau sebab dalam bilik ada aircond dan TV untuk anda yang memang betul-betul nak healing.
Jika pilih bilik A-Frame Cottage, ada dua tingkat yang mana tingkat atas boleh muat kanak-kanak. Tetapi untuk keluarga yang ada anak remaja lebih baik ambil dua bilik.
Nipah Guesthouse ini juga ada Wi-Fi percuma dan kemudahan untuk membuat kopi/teh di dalam ruang makan umum.
Owh ya, bagi anda yang suka main air, kat sini ada swimming pool juga.
Kalau nak makan, boleh jalan kaki ke gerai-gerai di tepi pantai Nipah. Kalau malas nak jalan kaki, anda boleh guna Beam atau sewa motor.
Sesuai untuk anda ‘me time’ bersama rakan-rakan sejiwa, boleh lah booking siap-siap
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sesekali ingin lari dari kesibukan kota, boleh ke Fuga Village, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka. Ada kolam untuk anak-anak main air dan anda boleh layan pemandangan pantai di sini. Best!
Harga pun tak mahal, dalam RM245/chalet/malam. Owh ya, owner orang Portugis. Sebab itu design Chalet ada sentuhan Eropah.
Ini private chalet, jadi kawasan chalet ini keseluruhannya berpagar dan berkunci. Setiap chalet dilengkapi 1 katil saiz Queen, mini fridge, kettle & sachet kopi/teh. WiFi disediakan jadi jangan risau untuk buat kerja online.
View luar tingkap mengadap mini taman & kolam renang. Tingkapnya ala-ala rumah Melayu lama.
Bilik airnya terletak diluar bilik. Hanya ditutupi separuh bumbung. Kalau hujan memang lencun jawabnya.
Kalau nak makan, kena keluar. Jadi anda pandai-pandai bersedia untuk bab makan-makan.
Ada 3 kolam mandi untuk kanak-kanak, ini best untuk bagi anak main air ya. Aktiviti lain, ada meja ping pong untuk anak-anak.
Tempat BBQ juga ada disediakan. Yang suka OOTD, banyak prop best kat sini. Berhadapan dengan Chalet ni ialah pantai Pengkalan Balak. Boleh mandi tapi jaga-jaga yang ada anak kecil. Ombak boleh tahan juga besar.
Keluruhan tempat ini, sangat sesuai untuk anda yang suka pantai dan berteduh dengan cara paling sederhana. Tak semak dengan bunyi kenderaan, tenang melayan pemandangan cantik pantai dan pokok-pokok sekeliling yang ada di sini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kampung Kebudayaan Monsopiad dibuka pada 1 Mei 1996 untuk memperingati kegagahan pahlawan Kadazan dan pemburu-pemburu kepala Monsopiad. Kampung tradisi tersebut merupakan tapak bersejarah yang dibina diatas tanah yang diduduki Monsopiad dan tempat Monsopiad menjalani kehidupan seharian sejak tiga abad yang lalu.
Kampung ini kini diangkat sebagai sebuah penempatan yang memberi sumber pengetahuan interaktif dan menyerikan kehidupan seharian kumpulan etnik yang terbesar di Sabah iaitu Orang Kadazan Dusun. Setiap hari tarian suku kaum Kadazan Dusun serta muzik tradisional dipersembahkan disini.
Kampung Kebudayaan Monsopiad yang didirikan untuk mengenang jasa seorang pahlawan Kadazan yang agung dan juga merupakan seorang pemburu kepala (head-hunter) Monsopiad. Kampung Kebudayaan Monsopiad berazam menjadikannya sebagai sebuah destinasi atau muzium hidup, agar dapat memberi kesedaran kepada generasi muda tentang jasa nenek moyang suku kaum ini yang mempertahankan kaum Kadazan.
Sepanjang hidup Monsopiad, dia memburu 42 biji tengkorak kepala musuhnya sebagai bukti kegagahannya. Dikatakan tengkorak itu adalah hasil ‘buah tangan’ diperoleh Monsopiad ketika memerangi musuh dan penceroboh kampungnya, termasuk orang yang datang untuk mencabarnya.
Jumlah tengkorak dimiliki Monsopiad dikatakan paling banyak berbanding beberapa pemburu kepala lain di daerah ini, termasuk pencabar terdekatnya dikenali sebagai Gantang dari Kampung Minintod. Gantang dikatakan turut memiliki sejumlah tengkorak tetapi dia sendiri tumpas di tangan Monsopiad dan kepalanya adalah antara koleksi disimpan Monsopiad sebelum diambil waris keluarga Gantang dan diserahkan kepada muzium negeri.
Kini, baki tengorak-tengorak ini dijaga baik oleh anak cucunya yang memegang kuat dengan adat tradisi Kadazan. Pengunjung turut berpeluang dibawa kerumah mereka, iaitu tempat piala-piala pemburuan kepala Monsopiad dipamerkan dan dijaga dengan rapi. Terdapat pantang larang yang perlu dipatuhi pengunjung iaitu, mereka tidak boleh bercakap besar dan mengambil apa-apa barang yang terdapat di situ.
Di dalam rumah itu, selain tengkorak, beberapa barangan lama seperti tempayan, pedang dan aksesori bobohizan atau bomoh wanita Kadazandusun, gambar dan artikel berkaitan ritual penjagaan tengkorak turut dipamerkan sebagai maklumat tambahan buat pengunjung. Tengkorak yang disimpan di rumah itu dikatakan dijaga rapi sebagai warisan keluarga Monsopiad dan menjalani proses ritual penjagaan dikendalikan Bobohizan sejak lebih 300 tahun.
Mengimbas kembali zaman lampau, iaitu zaman pemburuan kepala dan pemujaan roh, ia diperintah oleh seorang Bobolizan iaitu dukun yang bertanggungjawab menjaga kesejahteraan kampung serta gangguan daripada anasir luar. Beliau memerintah kampung ini dan juga menjaga kesihatan fizikal dan jiwa kaumnya. Kini kampung ini tetap dikendalikan oleh orang keturunan Monsopiad.
Selain itu anda boleh merasai tapai, sejenis arak beras tempatan yang hasil dari proses penapaian dan menonton tarian tradisi yang disembahkan oleh komuniti tempatan yang bersemangat.
Tapak peninggalan Monsopiad turut dianggap keramat kerana menempatkan sebiji batu monolit besar, dianggarkan seberat dua tan dan berketinggian empat meter dikenali sebagai Gintutun Do Mohoing. Ia dipercayai menjadi penjaga tempat berkenaan.
Di keliling batu itu, terpacak beberapa batang buluh yang hujungnya berbentuk seperti sarang ayam bertelur dipanggil `bangkahak’, dipercayai tempat Monsopiad mengeringkan kepala musuh yang dipenggalnya.
Walaupun disanjung sebagai pahlawan, Monsopiad dilihat menjadi ancaman kepada keselamatan penduduk kampung kerana kegilaannya memburu kepala walaupun tiada lagi musuh menceroboh. Ketika berada di kemuncaknya apabila menjadi orang yang digeruni pada masa itu, penduduk bimbang dia tidak dapat mengawal keinginannya untuk memenggal lebih banyak kepala apabila mula mencabar orang di sekeliling berlawan. Berikutan itu, penduduk kampung merancang membunuhnya dan pada satu ketika mendapat kesempatan tetapi Monsopiad hanya mengalami kecederaan kerana terkena buluh. Bagaimanapun, dia akhirnya mati apabila kecederaan itu gagal disembuhkan.
Sejak itu, kisah Monsopiad sebagai pemburu kepala paling digeruni di Penampang terus menjadi bualan penduduk dan diwarisi hingga ke hari ini.
Kampung Kebudayaan Monsopiad dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Terdapat empat sesi lawatan yang akan di bawa oleh pengiring iaitu pada pukul 10 pagi, 12 tengah hari, 3 dan 5 petang. Manakala tarian kebudayaan akan diadakan pada pukul 11 pagi, 2 dan 4 petang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...