Kalau anda pergi ke Banting, Selangor melalui lebuhraya SKVE, keluar saja dari Plaza Tol Telok Panglima Garang, belok kiri di trafficlight dan anda akan nampak satu tempat makan yang cukup dikenali oleh orang lokal di Jenjarom iaitu Mansion 1969.
Nampak macam rumah lama yang diperbuat daripada kayu, tapi anda jangan salah sangka, restoran ini menyediakan makanan yang cukup lazat untuk dinikmati bersama keluarga dan kawan-kawan. Bak kata orang putih, ‘don’tjudgeabookbyitscover‘. Anda perlu masuk sendiri ke sebelah dalam restoran untuk melihat sendiri keunikkan Mansion 1969.
Sebaik saja melangkah masuk, dekorasi dan atmosphere yang ada di sini akan membuatkan anda terasa seperti di kampung halaman. Berkonsepkan hipster dengan koleksi barangan antik, basikal tua, kamera lama dan mesin typewriter lama, menambahkan lagi mood vintage yang ada ke dalam diri anda.
? TRIVIA Landmark tempat ni mudah saja – selepas anda keluar dari trafficlight Plaza Tol SKVE Telok Panglima Garang, belok kiri dan anda akan nampak sebuah bas berwarna merah yang dijadikan tempat makan.
Dinding di tempat duduk ruang makan digantikan dengan panel kaca dan anda boleh menikmati pemandangan kebun di bahagian belakang kedai yang luas dan mempunyai beberapa pokok buah-buahan seperti rambutan dan durian. Help yourself sekiranya anda ingin merasai kemanisan buah rambutan yang ada di situ.
Ads
Hidangan yang disediakan di sini cukup lazat untuk mereka yang gemarkan makanan tempatan seperti chinese-style dan western. Walaupun kedainya nampak biasa, tetapi kualiti makanan yang disediakan setanding dengan kedai-kedai makan yang mewah.
Ads
? TRIVIA Anda boleh datang ke sini pada waktu malam kerana pemandangan yang ada di luar kedai lebih cantik dengan lampu-lampu yang ada.
Antara menu popular adalah Tomyam Spaghetti yang berharga RM15. Spaghetti yang disediakan nampak seperti spaghetti di kedai-kedai makan yang biasa tetapi saat ia masuk ke mulut anda, kepelbagaian flavours dan spices mampu membuatkan anda tidak berhenti dan mungkin akan pesan sepinggan lagi.
Antara hidangan lazat yang lain adalah Baliness Fried Rice. Nasi goreng ini dihidangkan bersama ayam goreng dan sayur-sayuran dan berharga RM13 sepinggan.
Ads
Menurut pengasas Mansion 1969, Pierre Teh, tempat itu asalnya dibina pada tahun 1969 dan selepas ditinggalkan bertahun-tahun, beliau mengambil inisiatif untuk membangunkan semula kawasan ini dan minatnya terhadap barangan antik memberikan ilham untuk beliau mendekorasikan tempat ini tempat menjadi tempat lepak hipster di kalangan orang muda.
⭐ PRO TIP Anda boleh buat tempahan terlebih dahulu (03-3191 5969) bagi mengelakkan ketiadaan tempat duduk pada waktu-waktu sibuk.
Kepada anda yang ingin berkunjung ke sini, boleh Waze Lot 389, Batu 13, Jalan Klang-Banting, Kampung Sungai Rambai, Jenjarom, Selangor dan waktu operasi adalah dari pukul 12 tengah hari hingga 9 malam.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Wilayah Yunnan merupakan kota yang mempunyai iklim terbaik di seluruh China. Keindahan Yunnan mungkin jarang sekali diperkatakan. Namun sebenarnya destinasi ini menawarkan pelbagai tarikan untuk pelancong nikmati seperti kepelbagaian bentuk muka bumi, makanan tempatan, keunikkan budaya, serta keajaiban alam.
Kunming merupakan ibu negara Yunnan digelar sebagai ‘The City Of The Eternal Spring’. Terletak pada ketinggian 1,900 meter dari paras laut, Kunming juga sentiasa dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga-bungaan.
Lijing pula merupakan sebuah bandar lama yang menjadi rumah kepada kaum Naxi. Dipenuhi dengan bangunan lama, dan jalan berbatu, ia menjadikan salah satu lokasi yang seakan dalam filem Kung Fu. Jade Dragon Snow Mountain yang menjadi latar belakang Lijiang.
Seorang pengguna sosial media berkongsi itinerari trip perjalanannya selamat 6 hari secara ‘backpack’ ke salah satu wilayah China ini iaitu ke Kunming dan Lijing. Trip perjalanannya boleh dianggap lengkap dengan segala info dan tip yang berguna.
Hi Assalamualaikum ..saya nak share kos dan itinerary ke wilayah Yunnan, China baru-baru ni …tempat cantik mesti lah di kongsi ..nak tanya apa2 silakan ..kalau saya tahu saya jawab ..
COSTING
FLIGHT
KUL – KMG – KUL = RM429
Total Cost = RM429
▶️ boleh dapat RM350 return ..
TRAINS
Kunming – Lijiang = RM150 (soft sleeper)
Lijiang – Kunming = RM100 (hard sleeper)
Total Cost = RM250
▶️ book dekat trip.com ..
VISA
Total Cost = RM140
▶️ boleh contact @ThePassportProject ..
MAIN ATTRACTIONS
?Blue Moon Valley , Big Show & Snow Jade Dragon Mountain =530yuan ( include winter jacket, oxygen, mineral, transport return )
?Black Dragon Pool – 50yuan
?Jiu Xiang Scenic Area
➖60yuan -entrance fee
➖30yuan -cable car
Total Cost = 670yuan
Direction to Jiu Xiang :
Upland Hostel ➡️ East Bus Station ➡️ Yi Liang Bus Station ➡️ Jiu Xiang Cave
TRANSPORT
Total Cost = 141yuan
MUSLIM RESTAURANT
?Weisha Halal Beef Muslim Restaurant, Lijiang
?Lanzhou Best Noodles, Lijiang
?banyak je kedai makan muslim .. d.w ..
So, overall cost saya :
Flight RM429 + Trains RM250 + Visa RM140 + Hostel 133yuan + Main Attraction 670yuan + Transport 141yuan = RM819 + 944yuan “RM570”= RM1389
ALL IN RM1389 (tak masuk makan dan souvenir)
LAIN-LAIN
?make sure tiket bas dari airport ke kunming railway station 919C .. (beli di pondok sebelah kiri lepas keluar arrival ..13yuan) ..jangan 919C1 pulak ..macam kami ni haa .. tak berapa perasan no 1 tu ..dah jadi drama pulak ? ..daripada 5.50pm bas gerak ..dekat 1jam 20minit kami ibarat bersiar2 di bandar tanpa ketahui yang kami dah salah bas ..wah seronok ..?dengan ada 2jam je lagi ..?jadi nak pendekkan cerita 7.10pm naik taxi ..dalam 15-20minit sampai railway station ..bergantung pada kesesakan ..
?Old Town Lijiang memang lawa,besar dan meriah ..
?ada banyak gerai buahan dekat Old Town ..cari yang paling murah 4.5yuan/250g ..
? fridge magnet semua sama je harga .. 1pcs 15yuan ..dekat airport 38yuan ..
?kalau nak beli oxygen ..dekat hostel 30yuan ..dekat bandar dia mostly jumpa 25yuan yang saiz besar..kecil 20yuan ..tapi ada yang 15yuan ..lokasi dy tepi jalan besar ..haa pepandai lah .. ini beli in case kalau nak redah sendiri ke BMV&SJDM ..
?Tiket ada 1keping je kalau pakej dah all in dengan cable car ke glacier park ..diguna untuk nak masuk ke BMV&SJDM&big show ..
? ada “big show” pukul 1 tengahari ..tak pasti setiap hari ke ade ..rasa weekend je .. ada peluang pergi je tengok ..best ..
? dekat train/stesen bas, semua ada scan beg, body check, cctv merata ..
? Untuk Jiu Xiang Cave .. boleh pergi sendiri tanpa guide ..lebih save .. staff hostel yang banyak membantu bagi direction macam mana nak sampai ke cave tu .. staff boleh speaking
? Kat Jiu Xiang Cave ni ..
➖tak ada fridge magnet
➖tak sesak dengan manusia (mungkin bukan weekend)
➖ada kedai makan muslim ..
➖pakai kasut, ringankan beg ..
➖kat dalam ada servis angkut orang untuk keluar ..start dari checkpoint ni ..laluan dia boleh tahan memenatkan .. naik tangga setingginye
➖ada budak2/orang tua better guna servis tu ..
? Masa naik cable car ada 2kali gambar ..alert lah ye ..masa pertama kami tak tengok camera ..tak perasan ..kali kedua tengok .. gambar dua keping 30yuan ..
?sila bawa wet tissue, lip balm (penting sangat) ,losyen, mask, glove, minyak panas /minyak kapak kalau sakit nanti ..dan pakaian yang sesuai mengikut cuaca ..
?download wechat untuk komunikasi dan topup akaun wechat tu ..boleh scan je dekat sana masa bayar .. (saya tak aplikasikan part ni, cume tahu je)
YUNNAN ITINERARY
?Kunming Lijiang
28/3/2019 – KHAMIS
1.00pm – flight AA ke Changsui Kunming Airport
5.00pm – sampai Changsui Airport ..
5.30pm – keluar arrival ..
7.30pm – sampai pastu jalan kaki sikit untuk masuk ..scan beg dulu baru pergi kaunter 1 untuk dapatkan tiket ..
❗️nak masuk tu pergi kaunter hujung yang ada staff .. (pergi balik sama, yang ada staff) ..bagi passport dengan tiket ..pastu scan beg lagi ..ok sesai situ?
9.00pm – train gerak ke Lijiang 9jam
29/3/2019 – JUMAAT
6.00am – sampai Lijiang ..
➡️ keluar stesen keretapi ..ada bas ..tunjuk alamat hostel ..2yuan ..
7.00am- check in hostel ..
8.00am – jalan2 sekitar Lijiang Old Town ..
2.00pm – lunch dan balik hostel
5.00pm – jalan lagi ke bandar Lijiang
8.00pm – dinner dan balik hostel
30/3/2019 – SABTU
7.30am – tunggu guide di Bank Of China
8.00am – guide sampai
9.00am – sampai ke tempat ambil oxygen, jaket , mineral lepastu guide uruskan tiket ..
-pagi cover Blue Moon Valley
1.00pm – ada “big show”
-petang Snow Jade Dragon Mountain
6.00pm – selesai aktiviti
6.30pm – dinner dan rehat je
31/3/2019 – AHAD
8.30am -check out awal2 ..tumpang beg ..
9.00am – cover Black Dragon Pool ..
1.00pm – lunch dan balik hostel ..stay kejap
3.30pm – naik bas no 18 ke stesen keretapi ..2yuan
9.00pm – naik train ke Kunming
1/4/2019 – ISNIN
6.00am – sampai Kunming Railway Station
6.20am – naik bas no 2 harga 2yuan pastu kami turun jalan kaki cari hostel
7.00am – sampai hostel
8.20am – ambil taxi 11yuan utk seorang ke East Bus Station (kami bertiga)
9.00am – sampai East Bus Station
9.15am – naik bas 25yuan ke Yi Liang Bus Station
10.20am – sampai Yi Liang
10.40am – naik bas 10yuan ke Jiu Xiang Cave
12.00pm – sampai Jiu Xiang Cave
2.30pm – lunch
3.00pm – tunggu bas no 21 harga 25yuan
3.30pm – gerak ke Li yiang
4.40pm – sampai Li Yiang Bus Station
4.50pm – naik bas 25yuan ke East Bus Station
6.00pm – sampai East Bus Station ..naik taxi 9yuan utk seorang hostel (kami bertiga)
8.30pm – dinner dan ke green lake
10.30pm – balik hostel
2/4/2018 -SELASA
8.30am – check out ..letak beg ..jalan2 sekitar bandar kunming dan ke carrefour
1.00pm – gerak ke airport
5.00pm – flight Kunming ke KL
Alhamdulillah ..selesai trip pertama tahun ini .. terima kasih sudi baca sehingga habis. Tunggu apa lagi. cepat save dan tag travel partner korang.
Nak apa-apa info atau gambar detail lagi ..cari di fb saya atau ig story @najjjlynda yang serius nak tahu je .. untuk video lagi cantik dan sharp ..boleh tengok di IGtV ..next saya share iti untuk rujukan korang ..
Anjung Tinjau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau turut dikenali sebagai Anjung Spotter kini dibuka kepada orang ramai terutamanya peminat kapal terbang untuk melihat dan merakam gambar pesawat yang berlepas atau mendarat di lapangan terbang itu.
Manakan tidak, Anjung Spotter ini terletak bersebelahan dengan Runway 32L, bermakna ianya betul-betul bersebelahan dengan landasan tempat turun naik pesawat. Bawa satu kamera DSLR dengan lens 70-200mm, nah anda jadi ‘sniper’ di atas Anjung Spotter ini merakam gambar-gambar terbaik kapal terbang yang berlepas dan mendarat di landasan tersebut.
Libur rasa, lokasi ini amat bersesuaian untuk orang yang ingin belajar teknik panning dalam fotografi. Selama ni kalau nak belajar, kita hanya menggunakan subjek seperti motorsikal, kereta, bas atau lori di atas jalan raya sahaja kan? Okay, kali ini kita tukar subjek, kita gunakan kapal terbang pula untuk praktis panning. Macam mana? Menarikkan idea kalau nak datang ke Anjung Spotter ni?
Sekiranya anda ingin datang ke sini, jangan main terjah sahaja tau. Untuk nigh photograpy, adalah tidak digalakkan kerana Anjung Spotter ini hanya dibuka dari pukul 7 pagi hingga 7 malam sahaja. Ini bermakna, waktu golden hour pada sebelah pagi dan petang adalah waktu yang sangat bersesuai untuk anda datang merakam gambar-gambar pesawat.
Kenapa waktu golden hour pada waktu pagi dan petang adalah waktu yang Libur cadangkan terbaik untuk anda? Sebab pada kedua-dua waktu ni adalah waktu di mana nature light adalah sangat baik, berwarna kuning keemasan dan ianya akan menjadi satu lighting yang cantik untuk gambar anda.
Untuk anda datang ke Anjung Spotter ni, anda boleh menggunakan aplikasi Google Maps – cari sahaja Anjung Spotter KLIA dan anda akan dibawa terus ke lokasi yang terletak di Jalan Pekeliling, KLIA. Anjung Spotter berkapasiti 40 pengunjung siap menanti anda di sana!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Utara tanah air sekarang dalam langkah berjaga-jaga sebab tular penyakit chikungunya di selatan Thailand.
Oleh itu siapa-siapa yang ada di utara di utara tanah air khususnya di Perlis dinasihatkan supaya kurangkan aktiviti pelancongan ke Thailand, khususnya Hatyai.
Libur nasihatkan orang ramai supaya elak aktiviti atau kurangkan aktiviti ke sana buat masa ni sampai keadaan benar-benar selamat.
Tukar la aktiviti percutian ke selatan Thailand tu dengan percutian domestik je. Bukan apa, risau dengan faktor kesihatan, tu je.
Menurut berita daripada HMetro, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Perlis, Teh Chai Ann kata pihaknya kini memantau ketat pelancong dari negara jiran itu yang memasuki negara ini.
Pemantauan itu ditumpukan di setiap pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand, iaitu di Padang Besar dan Wang Kelian, selain di Jeti Kuala Perlis bagi pengunjung yang menaiki feri dari Satun, Thailand.
Pihak berkuasa termasuk Jabatan Kesihatan negeri akan melakukan pemeriksaan di pintu masuk dan mengenal pasti individu yang berisiko membawa virus itu agar penularan wabak penyakit itu dapat dikawal di negeri ini.
“Kita khuatir jika sempadan tidak dikawal dengan baik, penyakit itu boleh merebak dengan pantas ke negara ini.
“Jadi, saya meminta supaya orang ramai dapat memberikan kerjasama kepada Jabatan Kesihatan negeri seandainya mereka perlu menjalani pemeriksaan ketika berada di pintu sempadan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Pihaknya turut bekerjasama dengan pasukan keselamatan dalam memastikan langkah kawalan dan keselamatan bergerak seiring.
“Ini kerana, pintu masuk di Padang Besar menjadi pilihan utama pelancong dari Hatyai kerana jaraknya lebih dekat berbanding pintu masuk di Bukit Kayu Hitam, Kedah.
“Selain itu, kita juga sarankan pelancong dari Perlis menjalani rawatan pemeriksaan sekiranya mereka menghidap demam panas, ruam di badan dan berasa sengal sendi sejurus pulang dari Thailand,” katanya.
Semalam, media tempatan Thailand, Bangkok Post, melaporkan virus chikungunya iaitu jangkitan yang biasanya berlaku di Afrika dikesan berlaku di Hatyai.
Menurut laporan media berkenaan, berpuluh-puluh pesakit mendapatkan rawatan di klinik di bandar raya berkenaan akibat jangkitan virus berkenaan.
Sumber HMetro
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...