Pertama kali menjejakkan kaki ke ALA Riverview Lodge, anda akan rasa satu aura positif kerana resort ini begitu mendamaikan. Resort yang didirikan di tebing Sungai Pengkalan Datu dengan airnya yang bersih sudah cukup membangkitkan mood percutian menyeronokkan.
Malah dari rumah ini, pengunjung boleh melihat Jambatan Pulau Melaka dan suasana kampung yang menyamankan. Di sekililing resort ini, pokok-pokok hiasan yang terjaga rapi menjadi penyejuk mata kepada pengunjung. Ia seolah-olah terapi minda bagi anda yang inginkan privasi dalam bercuti.
Bagi sesiapa yang menginap di sini pastinya teruja kerana dapat melihat bot nelayan kecil yang menelusuri sungai tersebut pada waktu pagi atau petang untuk menangkap ikan.
Istimewanya resort ini juga, bagi kaki pancing mereka boleh melakukan aktiviti memancing dari balkoni rumah sambil beristirehat. Cara ini akan memberi momen indah yang sukar diperoleh di mana-mana resort.
Selain itu, bagi yang ingin merasai pengalaman berkayak dan menaiki bot, perkhidmatan itu turut disediakan. Pengunjung boleh berkayak di sepanjang kawasan sungai dengan pakej bayaran yang berpatutan.
Suasana kampung
Menurut Pemilik ALA Riverview Lodge, Sharifah Mastura Syed Mohamad, resort yang dibina di atas tanah persendirian ini sebenarnya diilhamkan oleh suami, Azmi Ludin yang juga seorang arkitek.
“Sebenarnya resort ini adalah rumah tetamu untuk keluarga kami. Memandangkan kawasannya yang cantik kami telah bersetuju untuk memberi peluang kepada orang ramai menginap di sini sambil menikmati suasana desa yang sebenar.
“Resort ini adalah sebuah rumah eksklusif dan kita sasarkan kepada pengunjung yang berkeluarga dan kumpulan kecil sama ada lelaki atau perempuan dengan kapasiti tidak melebihi lapan orang. Bayaran untuk satu malam adalah RM290,” katanya.
Ads
Di samping itu, kemudahan kolam renang yang besar antara yang menjadi tarikan kepada pengunjung yang mempunyai anak-anak. Bagaimanapun, pemantauan harus sentiasa diberikan sepanjang masa.
Tidak setakat kolam renang yang menjadi daya tarikan kanak-kanak, pengunjung juga berpeluang untuk mendekati haiwan di ALA Agro Farm seperti rusa, lembu, ayam, itik dan arnab dengan memberi makanan.
Sekurang-kurangnya bagi anak-anak yang tinggal di bandar besar mereka akan rasa gembira dan mendapat pengalaman baharu dengan aktiviti sebegini.
Utamakan keselesaan
Menjengah kepada hiasan dalaman resort ini, elemen moden antara yang diberi keutamaan. Panel kaca yang digunakan pada ruang tamu memberi pencahayaan semulajadi.
Penggunaan perabot rotan dan kayu menambahkan lagi konsep hiasan rumah ini dengan dindingnya masih mengekalkan batu-bata merah untuk tampak lebih unik.
Ads
Kemudahan lain yang turut disediakan di resort ini seperti peti sejuk, pendingin hawa, kipas, televisyen, set sofa, oven dan sebagainya.
Untuk yang berminat mengadakan BBQ, kemudahan tempat BBQ turut disediakan atas permintaan pengunjung.
Paling menarik, pengunjung boleh menikmati suasana matahari terbenam yang begitu cantik dari balkoni resort dan semestinya ia membuatkan sesiapa pun tidak melepaskan peluang ini. Jadi tidak mustahil bagi pengunjung yang inginkan privasi sepanjang percutian, lokasi ini patut anda pilih.
Info:
Alamat: Lot 677 Lorong KP, Jalan Raja Perempuan Zainab 2, 15200 Kota Bharu, Kelantan.
Iceland terkenal sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang menawarkan satu pengembaraan yang berbeza. Iceland dikenali sebagai sebuah negara yang sejuk, namun kebanyakan air kolamnya adalah panas berikutan arus saliran gunung-gunung berapi.
Salah satu tempat pelancongan yang perlu dikunjungi ialah tapak perlindungan Iceland dikenali sebagai Blue Lagoon. Jangan terkejut jika melihat ramai pengunjung yang berendam di dalam kawasan lagun walaupun suhu ketika itu sangat sejuk. Blue Lagoon terkenal sebagai destinasi bersantai yang tenang, mempunyai air berwarna biru dan apa yang menakjubkan airnya tidak sejuk, malah ianya panas.
Selain keunikan muka buminya, antara kelebihan Blue Lagoon yang menjadi perbualan ialah khasiat air takungan ini yang dikatakan sangat baik untuk kulit badan manusia. Disebabkan itu ia mula dibuka kepada umum sejak tahun 1976 lagi dengan tahap keselamatan ketika berada dikawasan ini sentiasa di jaga serta diuruskan dengan baik.
Awalnya, takungan ini terbentuk ketika operasi stesen jana kuasa Svartsengi di kawasan sama. Kebanyakan orang yang mandi di situ mula menyedari manfaat air berkenaan terhadap kulit antaranya masalah psoriasis yang dikatakan hilang. Masalah kulit seperti jeragat, panau dan menggelupas juga dikatakan hilang selepas beberapa hari berendam di kawasan ini.
Info
Sebelum memasuki kolam, semua pengunjung dimestikan membersihkan badan terlebih dulu di bilik mandi berasingan untuk lelaki dan perempuan yang disediakan di dalam bangunan utama.
Berbanding kebanyakan kolam renang yang melarang orang ramai mengenakan kemeja T kain kapas ketika berendam, Blue Lagoon bagaimanapun lebih fleksibel di mana pengunjung dibenarkan memakainya. Maka untuk orang Muslim, lokasi ini dibenarkan untuk anda ‘bertutup’.
Bagi pengunjung yang berhasrat membawa pulang khasiat ini untuk diri sendiri mahupun sebagai cenderamata buat kenalan, produk penjagaan kulit berasaskan lumpur silika dan air Blue Lagoon dijual di lobi utama pusat berkenaan.
Jika merancang untuk berkunjung ke kawasan ini, pengunjung digalakkan untuk pergi lebih awal kerana ia sangat sibuk pada waktu siang. Anda boleh menggunakan bas ulang-alik iaitu kira-kira 50 minit dari Reykjavik.
Sumber Foto: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Travel menggunakan pengangkutan awam seperti kereta api menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia hari ini.
Kereta api menjadi pilihan bukan sahaja kerana harga tiket yang dikenakan berpatutan tetapi tahap kemudahan yang ditawarkan semakin hari semakin baik dan begitu selesa. Kalau sebelum ini untuk melancong ke negara jiran menggunakan kereta api sering menjadi pilihan anak muda atau individu bujang sahaja. Kini, trip keluarga kecil atau besar juga sudah banyak yang dirancang menggunakan laluan sebegini.
Ini idea dan cadangan daripada Azz Lan’s yang berpeluang membawa keluarga tersayang bercuti dari Pulau Pinang, Hatyai, Bangkok dan Lopburi menggunakan kemudahan pengangkutan kereta api.
Itinerary: Penang – Hatyai – Bangkok – Lopburi
7 Hari 6 Malam (14/12/2019 – 20/12/2019)
Kereta Api:
Bukit Mertajam – Padang Besar: 1 jam 30 minit
Padang Besar – Hatyai: 45 minit
Hatyai – Bangkok: 17 jam
Bangkok – Lopburi: 3 jam
Day 1 (Penang – Bangkok)
12.30 tengahari (Komuter Bukit Mertajam ke Padang Besar) – naik komuter lebih murah berbanding naik ETS
2.20 petang – tiba di stesen Padang Besar – Jalan ke hujung stesen untuk beli tiket train ke hatyai – ada servis isi borang putih rm2 (kami isi sendiri free)
-Waktu Thailand 1 jam lewat berbanding Malaysia.
-Ada jual Sim DTAC Thailand RM26, 6 days unlimited internet
-Atas stesen padang besar ada restoran naseer – boleh bungkus makanan siap-siap.
3.00 petang (waktu Thailand) : imigresen dibuka untuk cop pasport sebelah Malaysia & Thailand.
3.40 petang : train bergerak dari stesen Padang Besar ke Stesen Hatyai – perjalanan lebih kurang 45 minit.
5.30 petang : tiba di stesen Hatyai : boleh ke kaunter informasi untuk pengesahan tiket & terminal.
6.50 petang : Train bergerak dari Hatyai ke Bangkok (17 jam perjalanan)
Tips:
Train dari Hatyai jam 6.50 petang ialah train special express – hanya ada koc kelas 2 & kelas 1 sahaja.
Tiket boleh dibeli secara online
https://www.thairailwayticket.com/eTSRT/
Kami beli ticket 1st class (kabin) – beli 2 kabin & ada connection room – sangat selesa untuk perjalanan 17 jam – harga 2 kabin TB6200 – tiket 1st class kena beli awal sebab hanya ada 12 kabin sahaja.
Bawa selimut tambahan, dalam kabin sangat sejuk.
Day 2 (Bangkok – Chatuncak Weekend Market)
12.00 tengahari : Selepas 17 jam perjalanan – tiba di Stesen Hua Lamphong, Bangkok. Search grab hotel penginapan kami di Gusto Pratunam Hotel (online booking via Agoda) – tak naik nama hotel di Grab Apps, atau sebab naik nama tulisan Siam.. Oleh itu kami ke MRT Hua Lamphong (blue line) ke MRT Makasan. Interchange naik ARL Makasan (red line) ke ARL Rachaprarop- Hotel sekitar stesen ini. Menapak ke hotel jalan kaki 40 minit ke hotel gusto pratunam (sesat, banyak jalan mati)
3.00 petang : Naik Grab (return) ke Chatunchak Weekend Market (lebih jimat banding BTS- sebab keluarga 6 orang) – kekurangannya jalan jem – Chatunchak Weekend Market hanya dibuka pada Jumaat, Sabtu & Ahad sahaja)
– Night Life – Sekitar Pratunam
Tips:
Metro Train di Bangkok ialah MRT, BTS & ARL
MRT Hua Lamphong di sebelah kiri pintu keluar Hua Lamphong Railways Station.
Download apps ‘Bangkok Metro’ untuk memudahkan kita menyemak stesen Metro di Bangkok. (Sangat membantu)
Lebih baik tinggal di hotel yang berhampiran stesen BTS @ Metro untuk memudahkan perjalanan – & lebih baik lagi hotel berdekatan stesen interchange BTS-MRT (contoh stesen Siam & Phaya Thai)
8.00 pagi: Bertolak ke Damnoek Floating Market (sampai jeti sahaja- sebab ramai orang cakap harga boat mahal, kurang berbaloi & banyak scam, mereka minta TB2500 untuk 2 jam- jadi kami tak naik boat)
10.00 pagi : Singgah si Chang Puak Camp- berbaloi boleh tengok gajah, harimau putih – sesuai untuk anak-anak- kami ambil gambar & bagi makan gajah sahaja – kalau nak naik gajah harga lain- kami tak naik gajah …tanjak tajam
11.00 pagi: tiba si Maeklong Railways Market – tunggu train sampai pukul 11.15 pagi – Maeklong Railways Market sangat unik.
12.30 tengahari: Pulang semula ke Bangkok.
– Night Life: Pratunam Night Market
Tips:
Kami dapat harga TB400 untuk trip dengan kereta (Toyota Fortuner baru) ke Maeklong Railways Market, Damnoek Floating Market & Chang Puak Camp- sangat berbaloi untuk trip separuh hari (boleh PM untuk detail contact driver)
Day 4 (Bangkok – Lopburi)
6.00 pagi – naik Grab ke Hua Lamphong Train Station: beli tiket untuk train ke Lopburi TB50/pax- jam 7.00 pagi (train classic 3rd class sahaja)- tiket hanya boleh dibeli pada hari bertolak sahaja.
7.00 pagi- train dari Bangkok ke Lopburi (ada orang jual makanan dalam train tapi tiada kepastian status halal (bawa makanan siap-siap dari hotel)
10.00 pagi : tiba di Stesen Keretapi Lopburi- ada orang akan menawarkan khidmat truck ‘pick up’ ke Sunflowers Farm- Boleh bargain dapatkan harga terbaik – kami di bawa ke sunflowers farm yang 1 (saiz kecil sahaja)- Kami tidak pergi ke Sunflowers Farm 2- cuaca sangat panas lik-lik (kurang sesuai untuk anak-anak kecil)
12.30 tengahari: kami singgah makan di restoran muslim berhampiran surau @masjid sekitar Stesen Keretapi Lopburi (lintas landasan keretapi- jalan sebelah kiri- kedai makan kecil.
1.30 petang: Pulang ke Bangkok menaiki minivan TB120/ pax (stesen minivan hadapan 7E sebelah stesen keretapi- ada beberapa van putih)- boleh juga balik ke Bangkok menaiki keretapi jam 2.40 petang (2nd class)- oleh kerana tiket keretapi habis, kami naik minivan sahaja.
10.00 pagi: Bersiar-siar sekitar City Complex Pratunam dan The Platinum Fashion Mall.
11.00 pagi: Kami naik BTS Phaya Thai & turun di BTS Siam – Singgah di Siam Paragon, Siam Center & Siam Discovery (‘touch & go’ sahaja)
3.00 petang: Singgah MBK Mall- solat kemudian makan tengahari di Yana Restaurant, tingkat 5- sangat sedap, mesti singgah kepada mereka yang datang ke MBK Mall.
5.00 petang (Icon Siam & Asiatique) : Dari MBK Mall, kami naik BTS National Stadium ke BTS Saphan Taksin: exit 2 atau exit 3 ke Jeti Sathorn Pier.
-Sathorn Pier: jeti kiri ferry ke Asiatique, jeti kanan ferry ke Icon Siam (pastikan naik ferry PERCUMA) – nikmati pemandangan menelusuri Chao Phraya River .
8.00 malam: balik ke hotel dengan grab
– Night Life: Pada mulanya kami bercadang ke Ramkamhaeng Night Market, tetapi dapat maklumat bahawa night market ni tutup pada setiap rabu- jadi kami bersiar-siar sekitar pratunam sahaja.
– Sesiapa datang ke Bangkok dicadangkan berkunjung ke Ramkamhaeng Night Market kerana dikhabarkan banyak gerai makanan halal di sana. Buka setiap hari kecuali hari Rabu.
Day 6 (Bangkok – Hatyai)
9.00 pagi – naik Grab ke Don Mueang Airport untuk flight Bangkok-Hatyai jam 12.10 tengahari.
2.00 petang: tiba di Hatyai- naik Grab dari Hatyai Airport ke Hotel Raise Hatyai- Hotel terbaik, bilik selesa & serba baru- jarak jalan kaki 5 minit sahaja ke Greenway Night Market & 15 minit ke ASEAN Night Baazar.
5.00 petang: Jalan kaki ke ASEAN Night Baazar untuk makan malam & singgah ke Greenway Night Market.
8.00 malam: naik grab ke Lee Garden Night Market.
Tips:
– Hotel Raise Hatyai (recommended), booking via Agoda RM120 semalam.
Day 7 (Hatyai – Padang Besar – Bukit Mertajam, Penang)
12.30 tengahari: naik Grab ke Hatyai Railway Station. Makan tengahari di restoran muslim depan stesen keretapi.
2.00 petang (waktu Thailand): naik train Hatyai ke Padang Besar (TB50).
4.00 petang (waktu MAS): tiba di stesen Keretapi Padang Besar- cop pasport Thailand & Malaysia.
7.05 Malam: tiba di stesen komuter Bukit Mertajam.
Tips:
Train Hatyai – Padang Besar ada 2 kali sehari. Jam 7.30 pagi & 2.00 petang (waktu Thailand).
Breakfast di Hatyai boleh cuba makan Chabura Dimsum @ makan pagi di Kelantan Restaurant- boleh search sahaja di apps grab- katanya sedap dan berbaloi- tapi kami breakfast percuma di hotel sahaja.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ramai suka bercuti namun setiap orang punya pandangan berbeza mengenai konsep percutian yang dipilih. Ada tak kisah dengan suasana hiruk pikuk, ada mahu bercuti di pantai, mendaki gunung dan lain-lain lagi. Tapi matlamatnya sama, iaitu bercuti.
Bagi yang masih mencari percutian yang mendamaikan, bolehlah buat pilihan ke Sementra Nature Resort yang terletak di Gopeng, Perak.
Terletak di Kampung Ulu Geroh, Ipoh, resort ini menawarkan kedamaian alam semulajadi saat menginap di sini. Malah saat berada di sini, bagaikan berada di alam fantasi kerana pemandangannya sangat indah kerana resort ini terletak di dalam hutan hujan Gopeng serta dikelilingi tasik. Tidak hanya kaya dengan fauna dan floranya, ia juga tempat istirehat bagi yang tidak terkejar-kejar dengan masa.
Menawarkan tiga jenis penginapan Larva, Puupa Semi D Chalet dan Mekar, resort ini menawarkan tiga jenis penginapan berbeza, juga dengan harga berbeza bermula dari RM380 ke atas. Malah reka bentuk setiap penginapan juga amat moden dan minimalis.
Yang ingin datang bercuti dalam jumlah tidak ramai, boleh ambil Larva Chalet yang memberikan pemandangan tasik. Tapi kalau datang beramai-ramai atau keluarga, boleh ambil Puupa Chalet yang mempunyai tiga katil. Namun kalau datang dalam jumlah besar, boleh ambil Mekar Chalet.
Apa boleh buat di sini? Aktiviti yang boleh dibuat termasuklah hiking selain menerokan Gua Tempurung. Bukan itu saja yang suka aktiviti lasak boleh lakukan water rafting selain Waterfall Abseiling. Lebih menarik Rama-Rama Gajah Brooke memenuhi resort ini yang menjadi antara tarikan saat bercuti di sini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!