Kalau anda nak ke Melaka musim cuti sekolah kali ini, anda boleh masukkan 5 lokasi ini dalam senarai wajib singgah.
Bukan hanya tema air dan zoo tapi ada pelbagai tarikan menarik kepada pengunjung termasuk tapak bersejarah, hidangan kulinari, dan pelbagai pilihan pelancongan.
Bagi anda yang mempunyai anak, Melaka adalah destinasi paling tepat untuk anda pergi melancong. Jom tengok 5 destinasi menarik bila bawa anak-anak anda untuk ‘day trip’.
1. A’Famosa
Kubu Portugis abad ke-16 ini merupakan bangunan Eropah tertua di Asia Tenggara. Terokai kawasan kubu, panjat Santiago Gate untuk melihat permandangan yang cantik dan belajar tentang zaman penjajah Melaka.
2. Muzium Maritim & Muzium Tentera Laut
Ads
Muzium ini menawarkan pengalaman unik kepada pengunjung untuk meneroka sejarah maritim Melaka melalui replika kapal Flor de la Mar yang terkenal dan pengunjung akan memahami kepentingan Melaka sebagai pusat perdagangan maritim di masa lalu.
3. Rumah Mamee
Ads
Di sini, kanak-kanak diajar membuat makanan kegemaran mereka sendiri selain boleh melihat karakter kegemaran mereka. Malah, mereka juga boleh bergambar dengan Mamee Monster.
4. Wonderpark Melaka
Wonderpark Melaka menyediakan pelbagai pengalaman interaktif dan mencabar untuk semua tetamu. Buat masa ini, menawarkan lebih 30 permainan menarik yang direka bagi memenuhi citarasa dan keperluan setiap ahli keluarga, daripada Giant Playground Section hinggalah ke STEM4D Max Classroom.
Ads
5. Malaysia Heritage Studios
Malaysia Heritage Studios membolehkan pengunjung menghayati atau merasai perasaan berada di sekitar sesuatu kawasan dengan lebih seronok kerana berbentuk ‘immersive’ dan interaktif. Pengunjung juga dapat lihat karakter atau makhluk lagenda Malaysia seperti Sang Kelembai, mawas, Gajah Mina, semberani, naga Tasik Chini yang menggunakan teknologi animatronik.
Jadi kalau anda nak bawa anak-anak ke Melaka, ini antara 5 destinasi i yang bakal memberikan pengalaman berbeza kepada anak-anak anda.
Selamat bercuti!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Port Dickson menjadi destinasi pelancongan paling popular bagi yang mahu menghabiskan percutian di tepi pantai.
Selain pantainya yang jadi tarikan, ada beberapa lagi tempat menarik di kawasan sekitar boleh kira lawati seperti Kota Lukut, Ostrich Farm dan juga Rumah Api Tanjung Tuan.
Jadi bagi mereka yang merancang bercuti ke sana, disenaraikan beberapa penginapan yang best sekitar Port Dickson.
1. VILLA 969
Villa 969 yang berkeluasan 12,000 kaki persegi ini dilengkapi dengan 5 bilik tidur serta laman hijau yang luas adalah lokasi yang sangat santai untuk sanak-saudara dan rakan-rakan berkumpul bersama. Boleh memuatkan sekitar 13 ke 20 orang termasuk kanak-kanak! Ada kolam renang yang sesuai untuk kanak-kanak dan juga dewasa.
Dengan segala fasiliti asas serta kemudahan tambahan seperti set BBQ, Wifi, permainan outdoor – mini volleyball, badminton, takraw, permainan indoor – pingpong, karom dan catur, tentunya anda takkan berasa bosan berada di Villa 969 ini.
Villa ini juga terletak dalam kawasan kejiranan yang berpagar dan dilengkapi dengan kawalan keselamatan 24 jam memastikan keselesaan dan keselamatan pengunjung terjamin sepenuhnya.
Lokasi: No. 11, Jalan PDV 3, PD Villa Country Resort, 71050, Teluk Kemang, Port Dickson
2. HOMESTAY POOL KONTENA PORT DICKSON
Di Homestay Pool Kontena Port Dickson, anda boleh rasai pengalaman menginap di dalam kontena yang diubahsuai menjadi bilik tidur. Harga penginapan di sini juga sangat berpatutan.
Bagi yang suka bercuti style backpacker, di sini terdapat penginapan kabin dengan katil double decker yang jauh lebih murah harganya. Ada juga homestay kontena yang dilengkapi dengan katil king bagi yang datang bercuti dengan keluarga. Bagi yang suka berenang, tempat ini cukup sesuai buat anda kerana swimming poolnya yang sangat luas.
3. VILLA LOT 1638
Lot 1638 pasti akan memberi anda sebuah pengalaman yang unik sepanjang percutian di Port Dickson. Direkabentuk dan dimiliki oleh seorang arkitek, tak hairanlah senibinanya amat memukau!
Bangunan villa ini ibarat sebuah arca yang mengagumkan dengan dekorasi dalaman yang cantik, moden dan cukup segar. Seolah-olah menginap di hotel, tapi anda mendapat lebih privasi di Villa Lot 1638 ini kerana kurangnya kepadatan.
Terletak 1km dari bandar Port Dickson, Villa Lot 1638 ini menyediakan 13 unit penginapan; di mana 9 daripadanya adalah villa 2 bilik dan 4 lagi unit adalah suite. Setiapnya direka khas dengan kapasiti berbeza dan mempunyai keistimewaan tersendiri.
Lokasi: Lot 1638, Jalan Esso, Batu 1, Jalan Pantai, 71000, Port Dickson
4. HOMESTAY 133 VILLA
Banglo yang terletak 1.5km dari Teluk Kemang ini juga tak kurang menariknya. Terdapat sebuah banglo dan sebuah chalet yang boleh anda pilih bergantung kepada keselesaan bilangan pengunjung. Banglo dilengkapi dengan 4 buah bilik tidur manakala chalet pula dilengkapi dengan 2 buah bilik.
Dengan laman yang luas dan fasiliti yang lengkap, anda boleh berkaraoke, BBQ, atau bermandi-manda di kolam renang yang besar dan selesa. Indoor games pun banyak disediakan seperti snooker, dart board, dan foosball. Mesti takkan bosan punya bila luangkan masa di sini!
Lokasi: 13, Jalan PDV 3, PD Villa Country Resort, Telok Kemang, Port Dickson
5. THE COTTAGE HOME PD
Homestay ini pasti mengingatkan anda dengan suasana di overseas. Senibina homestay di sini cukup unik berkonsepkan cottage berwarna pastel. Ada juga pengunjung yang menyamakan pemandangan di sini dengan Amsterdam! Swimming poolnya juga cukup luas untuk anda dan anak-anak berenang. Di sini terdapat dua jenis penginapan iaitu banglo untuk penginapan 5 ke 6 orang dan studio unit untuk penginapan 2 orang. Kalau dah sampai sini, memang rugi kalau tak bergambar banyak-banyak!
Lokasi : NO1A & 1B Lot 3731, Kg.Sawah Sunggala Port Dickson, Negeri Sembilan
6. WIDAD VILLA
Untuk anda yang inginkan sebuah rumah percutian yang betul-betul berhadapan dengan pantai, Widad Villa pasti akan membuat anda tersenyum. Bayangkan, anda hanya perlu berjalan beberapa langkah saja untuk bermandi-manda di pantai dan menyertai sukan pantai.
Bukan sahaja dekat dengan pantai, lokasinya juga cukup strategik dan berhampiran dengan pelbagai tarikan menarik seperti Hibiscus Walk, Extreme park (aktiviti paintball, ATV), Hutan Rekreasi Tanjung Tuan dan Blue Lagoon.
Dengan laman yang luas, bayu laut, dan pemandangan pantai yang mengagumkan, anda tetap memiliki ruang privasi yang selamat dan selesa. Villa yang boleh menempatkan sehingga 50 0rang dalam satu masa ini cukup sesuai untuk dijadikan lokasi buat yang merancang untuk adakan Family Day dengan keluarga besar!
Lokasi: Lot 2672 Jalan Pantai Batu 12, Pasir Panjang
7. SERENITY @ PD
Senibina ala kolonial dengan beranda yang luas, siling yang tinggi, serta ruang bilik yang cerah dan berangin pasti akan memberikan anda sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Jauh dari bandar, lokasinya yang dikelilingi kehijauan menyajikan ketenangan dan kedamaian daripada hiruk-pikuk kota.
Dengan laluan yang melalui hutan kecil dan terus ke pantai, anda boleh melakukan aktiviti seperti memancing dan bermain pasir di pantai. Selebihnya, biar gambar berbicara!
Lokasi: Bt 12 1/2, Jalan Pantai, Kg Teluk Pelanduk, Port Dickson
Taman Rimba Bukit Bauk, Dungun sinonim sebagai pusat riadah dan aktiviti pendakian. Tetapi hari ini, destinasi alam ini mempunyai satu lagi daya tarikan baru kepada pengunjung terutam peminat si bulus iaitu Taman Kucing Dungun.
Taman Kucing Dungun adalah satu inisiatif Majlis Perbandaran Dungun untuk memastikan kawasan tumpuan awam bebas daripada gangguan kucing jalanan dan pada masa sama memastikan haiwan ini terjaga. Ketika ini, sebanyak 30 ekor kucing jalanan yang dijumpai sepanjang operasi Majlis Perbandaran Dungun di pasar, kedai makan dan tempat awam lain telah ditempatkan di Taman Kucing Dungun untuk dirawat.
Inisiatif ini telah dimulakan pada tahun 2012 di Teluk Lipat dekat Sura namun lokasi itu tidak lagi sesuai untuk penempatan Taman Kucing Dungun ini, kemudian terus dipindahkan ke Taman Rimba Bukit Bauk pada Julai 2020 kerana kawasan ini lebih sesuai sekali gus menjadi satu lagi destinasi pilihan bagi pencinta kucing.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu akan memberi rawatan perubatan dan pemeriksaan kesihatan secara berkala di Taman Kucing Dungun. Kakitangan JPV Terengganu akan bertugas mengikut giliran yang ditetapkan supaya semua kucing terbiar ini kembali sihat dan comel seperti kucing peliharaan.
Terdapat lima sangkar pengasingan disediakan mengikut kategori kesihatan haiwan iaitu Unit Rawatan Rapi, Unit Pemulihan, Unit Kucing Bahagia, Wad Keluarga Bahagia serta Wad Rawatan Ibu dan Anak.
Taman Kucing Dungun ini mampu memuatkan 150 kucing pada satu-satu masa yang dikendalikan dua kakitangan Majlis Perbandaran Dungun ketika ini.
Tiada sebarang bayaran masuk dikenakan kepada pelancong, malah kawasan ini juga sesuai dijadikan pusat rekreasi untuk keluarga yang cintakan alam semulajadi.
Namun taman ini juga amat berbesar hati jika pengunjung ingin menyumbang makanan, ubat-ubatan, peralatan dan sumber kewangan untuk menampung keperluan kucing tersebut.
Foto: FB Majlis Perbandaran Dungun | Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nak rasa percutian yang seakan di kampung sendiri? Petang-petang ronda satu kampung naik basikal sambil melawat ke beberapa tempat menarik yang ada di sekitarnya. Jika itu yang korang cari, Homestay Labu Kubong yang terletak di Kuala Kangsar, Perak ini menepati apa yang diinginkan.
Jauh dari kesibukan kota, kampung ini berlatarka sawah padi yang luas menghijau selain dikelilingi gunung-ganang. Cukup cantik dan menenangkan. Bila pemandangan dah cantik, mesti korang tak puas nak OOTD kan? rakam gambar kenangan sampai puas kerana ada banyak port cantik yang boleh anda ambil gambar kat sini.
Paling best bila balik kampung dapat ronda satu kampung dengan basikal. Kat sini korang boleh buat semua tu. Pilih sahaja nak ronda kampung naik basikal atau tram, penduduk kat sini ramah-tamah layan korang.
Boleh juga join aktiviti harian penduduk kampung yang masih mengekalkan tradisi seperti melawat dusun, mandi di tali air, melawat tempat memproses kerepek pisang dan madu kelulut. Pasti berbaloi korang punya percutian nanti. Bercuti dengan anak-anak atau BFF confirm semua suka sebab ada banyak aktiviti.
Alamat: Homestay Labu Kubong, Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...