Pulau Kapas terletak kira-kira enam kilometer dari jeti Marang mempunyai keindahan tersendiri hingga mampu memukau setiap pengunjung.
Terletak di Laut China Selatan dengan keluasan 21.33 kilometer persegi, pulau yang merujuk kepada pokok kapas itu menjadi destinasi pelancongan wajib singgah di Terengganu.
Ads
Kenapa Perlu Pilih Pulau Kapas?
Ads
Tempoh perjalanan ke pulau itu hanya mengambil masa antara 15 hingga 20 minit dari jeti Marang. Lokasinya tidak jauh dari daratan menjadikan perjalanan ke Pulau Kapas adalah sesuatu yang singkat.
Sesuai untuk percutiaan keluarga samada membawa warga emas dan anak kecil kerana jarak perjalanan menaiki bot tidak begitu lama berbanding ke pulau sekitar yang lain.
Walaupun Pulau Kapas terletak begitu dekat dengan tanah besar, tidak bermakna air laut yang berada di sini tidak jernih dan menarik. Anda pasti teruja melihat kejernihan air laut.
Ads
Aktiviti selam snorkel sangat digalakkan untuk dilakukan di Pulau Kapas. Tidak perlu naik bot untuk pergi jauh-jauh, selam snorkel di kawasan pesisir pantai sudah memadai untuk melihat ikan-ikan comel berenang.
Boleh dikatakan penginapan di Pulau Kapas semuanya merupakan resort atau chalet bajet. Maka ia membantu menjimatkan lebih wang poket anda.
Tarikan utama yang ada di Pulau Kapas adalah mendaki Bukit Singa dan Batu Berakit. Pengalaman berada di puncak tertinggi di bukit ini tidak harus dilepaskan oleh pengujung Pulau Kapas.
Dahulu kalau melancong ke Vietnam, kita akan memilih menaiki sampan di Sungai Mekong dan menyaksikan pemandangan indah negara tersebut. Tapi kini semua kenangan itu boleh kita bina di Kampung Sungai Melayu, Johor yang menawarkan perkhidmatan menaiki bot menelusuri paya bakau di lokasi indah ini dan menyaksikan penternakan ketam yang awesome.
Siapa sangka dekat Johor juga mempunyai tempat untuk menaiki boat 'river cruise' melalui paya bakau yang penuh dengan kehijauan sambil menghirup udara segar.
Sungai Melayu Eco Tourism terletak di Kampung Sungai Melayu, Gelang Patah merupakan sebuah perkampungan yang di kelilingi kawasan paya bakau serta sungai dan mempunyai nilai keunikan tersendiri dengan keadaan persekitaran perkampungan yang sungguh mendamaikan.
Terletak berhampiran Kota Iskandar, Nusajaya pusat pentadbiran kerajaan negeri Johor, kampung berkenaan yang di kelilingi kawasan paya bakau serta sungai, mempunyai nilai keunikan tersendiri dengan keadaan persekitaran perkampungan yang sungguh mendamaikan.
Berikut adalah aktiviti yang disediakan :-
* Boat Tour * Bird Watching * Crab Catching * Traditional Game * Seafood * Local Product * Fisherman Lifestyle * Malay Traditional Lifestyle
Antara Pakej yang disediakan :
PAKEJ 1 (Boat Tour Package) (RM35 seorang) * Menyusuri paya bakau * Aktiviti Menangkap ketam * Penternakan kupang * Melawat kawasan sejarah (Tentera Jepun menjadikan kampung ini sebagai kubu untuk menyerang Singapura sewaktu Perang Dunia Kedua.
PAKEJ 3 (Malay Kampung Trail (RM25 seorang) * Melawat Kebun Cili * Permainan Tradisional *Pertunjukan produk-produk tempatan
PAKEJ 4 (MEMANCING) 8.00 am to 5.00 pm (RM25 seorang) 8.00 am to 9.00 pm (RM 30 seorang) 7.00pm to 8.00am (overnight) – 2 bilik rakithouse dan BBQ kitchen (RM50 seorang)
PAKEJ 5 (Melihat Burung / Bird Watching ) *Migratory bird is from November till March every Year +6019 704 5904 (Pn. Sharifah) Sungai Melayu Eco Tourism 80200 Johor Bahru, Joho
Taman Negara Bukit Lambir antara destinasi ekosistem semulajadi yang lengkap di Malaysia, mengambil masa lebih sejam setengah pemanduan dari bandaraya Miri. Kawasan hutan tropikanya seluas 6,952 hektar telah menghasilkan tahap tumbesaran tumbuhan tertinggi di dunia.
Di sini menjadi habitat kepada lebih 200 spesis burung, tupai, babi hutan, monyet, dan beberapa spesis serangga unik. Taman Negara Bukit Lambir juga mempunyai beberapa trek perjalanan yang boleh membawa pengunjung ke kawasan air terjun yang dingin.
Kebanyakan trek di Taman Negara Bukit Lambir bersambung antara satu sama seperti trek ke Bukit Pantu, Trek Air Terjun Nibong dan Trek Air Terjun Latak. Namun, Trek Air Terjun Latak merupakan yang paling mudah dan popular untuk dikunjungi.
Pada hujung minggu, kawasan ini pasti menjadi tumpuan pengunjung terutamanya penduduk tempatan untuk berkelah. Untuk sampai ke Air Terjun Latak, pengunjung akan melalui kawasan laluan air jernih yang bakal menemukan sebuah kolam mandi hutan yang besar dikelilingi dinding batu curam. Tidak jauh dari situ, kelihatan lambaian Air terjun Latak setinggi 25 meter mengalukan kedatangan pengunjung.
Untuk keselesaan pengunjung, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti bilik persalinan, tandas dan kawasan berkelah. Demi keselamatan, satu petanda aras diletakan di kawasan air terjun sebagai peringatan lokasi tersebut sangat bahaya dan tidak sesuai bermandi manda khusus bagi kanak-kanak dan individu yang tidak pandai berenang.
Info Bukit Pantu
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
New Zealand dipilih sebagai lokasi percutian kerana ia terkenal dengan pemandangannya yang sangat indah, sesuai dengan tujuan percutian kali ini yang lebih kepada merehatkan minda serta lari sebentar dari kesibukan kerja. Memilih syarikat penerbangan Malaysia Airline, saya serta beberapa ahli keluarga yang lain telah menempah tiket seminggu sebelum percutian dengan harga RM2600.00 seorang untuk perjalanan pergi balik Malaysia dan Auckland, New Zealand.
Pada hari kejadian, kami berangkat dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada jam 11.20 malam. Perjalanan mengambil masa selama 10 jam dan kami selamat tiba di Auckland Airport, New Zealand pada jam 12.00 tengah hari. Dengan menaiki Super Shuttle atau van yang telah ditempah dari Malaysia melalui atas talian, kami bergerak ke rumah apartment di tengah bandar Auckland bersebelahan dengan Sky Tower. Harga perkhidmatan Super Shuttle adalah NZ$55, sedikit murah berbanding teksi NZ$70.
Dengan mengikut itinerari yang disusun, kami pergi ke Mission Bay pada hari kedua dengan menaiki Uber berharga NZ$16. Perjalanan dari Auckland ke Mission Bay mengambil masa 15 minit sahaja. Ini merupakan salah satu tempat yang disyorkan sekiranya anda bercuti di New Zealand. Pantai yang cantik, dengan pasir putih serta rumput yang kehijauan semestinya dapat memberi ketenangan jiwa. Di sini terdapat banyak pilihan kafe dan outlet makanan, kami tidak melepaskan peluang untuk menjamu selera di kedai Fish & Chips serta menikmati pencuci mulut, kek dan aiskrim. Setelah hampir seharian berada di sana, kami pulang semula ke Auckland untuk berehat.
Hari seterusnnya, kami berangkat ke Christchurch menaiki Jetstar, dengan harga tiket lebih kurang RM400 seorang dan perjalanan mengambil masa 1 jam 40 minit. Setibanya di Chrischurch, kami menguruskan hal pengangkutan dengan menyewa campervan dari Syarikat Juicy dan terus bergerak ke Timaru yang mengambil masa 2 jam 30 minit. Kami merancang untuk melakukan roadtrip dengan menggunakan campervan kerana ia merupakan cara yang paling efektif, dengan kemudahan yang disediakan seperti katil, meja makan serta dapur masak. Di Malaysia biasanya disebut sebagai caravan di mana ia adalah seperti kontena yang diubahsuai menjadi mini rumah, tetapi bezanya ia perlu ditarik menggunakan kenderaan.
Kami memilih campsite Timaru Top 10 Holiday Park sebagai lokasi penginapan dan kami berasa seperti berada di rumah sendiri kerana kemudahan yang lengkap termasuklah bilik mandi, dapur, dobi dan lain-lain. Di sini, kami dapat berkenalan dan beramah mesra dengan pengunjung dari pelbagai negara. Masing-masing tidak dapat melelapkan mata pada waktu malam kerana suhunya yang mencecah -3 Darjah Celcius.
Dari Timaru, kami meneruskan perjalanan ke Queenstown yang mengambil masa selama lebih kurang 4 jam dengan menaiki van dan perkara yang paling menarik ialah kami telah melalui kawasan berbukit-bukau yang sangat indah, dengan tasik serta ladang biri-biri dan lembu yang terbentang luas. Lokasi penginapan jenis standard cabin dipilih di Queenstown Top 10 Holiday Park, dimana penghuni di kabin ini harus berkongsi dapur serta tandas bersama pengunjung-pengunjung lain. Bagi sesiapa yang ingin memasak, anda tidak perlu risau kerana ruangan yang disediakan sangat luas dan bersih. Penghuni hanya perlu membawa peralatan memasak seperti kuali dan lain-lain.
Queenstown adalah sebuah bandar yang dikelilingi tasik dan banjaran gunung yang indah dan antara tempat yang harus dikunjungi ialah Skyline Gondola. Ia boleh dikatakan seperti kereta kabel yang membawa pengunjung ke puncak bukit untuk melihat keindahan bandar Queenstown. Harga Skyline Gondola adalah NZ$39 untuk seorang dewasa. Pemandangan yang kami lihat sepanjang menaiki gondola sememangnya tidak akan kami dapat lupakan kerana ia sungguh indah tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata.
Keesokan harinya, kami bergerak ke Lake Tekapo dan perjalanan mengambil masa selama 3 jam. Lake Tekapo merupakan tasik kedua terbesar di New Zealand dan ia merupakan destinasi pelancongan yang popular kerana pemandangannya yang sangat cantik dan luar biasa dengan air tasik yang berwarna seperti cahaya kebiruan, tanah rumput yang cantik, serta kelihatan dari jauh gunung yang disaluti salji. Kami sekeluarga meluangkan masa bersantai di tepi tasik sambil menikmati keindahan suasana. Selepas hampir 2 jam berada di sana, kami pulang semula ke Chrischurch.
Dalam perjalanan dari Lake Tekapo ke Chrischurch, kami singgah di Geraldine yang merupakan sebuah perkampungan kecil terletak jauh dari kawasan bandar. Setibanya di pekan Geraldine, kami terus ke The Barker’s Shop iaitu kedai menjual pelbagai jenis jem, chutney, sos dan bermacam-macam lagi. Sesuai lah untuk dijadikan sebagai buah tangan atau ole-ole apabila pulang ke Malaysia nanti. Setelah selesai membeli-belah, kami teruskan perjalanan ke Chrischurch untuk menetap di sana semalaman sebelum pulang ke tanah air.
Sejak dari awal pagi lagi, kami telah bergerak ke Auckland dengan menaiki Jetstar dan setibanya di Auckland Airport, kami menunggu beberapa jam lagi untuk menaiki penerbangan ke Malaysia. Berat hati mahu meninggalkan negara sejuk ini, walaubagaimanapun kami pasti akan kembali lagi ke sana dengan membawa lebih ramai lagi ahli keluarga lain. Selamat tinggal New Zealand, terima kasih untuk segala kenangan manis dan memori indah!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!