Cuti hujung minggu sangat bagus dimanfaatkan dengan bersantai bersama keluarga. Percutian yang dirancang dengan baik, dapat memberikan pengalaman indah buat anda dan insan tersayang.
Hotels.com memberikan lima destinasi terbaik untuk anda bercuti kerana di lokasi tersebut mempunyai pelbagai keistimewaan tersendiri.
Pulau Langkawi
Terdapat empat hotel di sini yang mendapat anugerah pantai terbaik iaitu The Datai, The Danna, Casa Del Mar dan Ambong Ambong. Bercuti di sini membolehkan anda menikmati nikmat percutian sebenar. Anda boleh mencuba aktiviti pantai lasak atau sekadar duduk berehat sambil menikmati panorama pantai. Bacalah buku kegemaran anda sambil mendengar bunyi deburan ombak. Apatah lagi di sini terdapat lokasi beli-belah tanpa cukai.
Ads
Sabah
Sabah terkenal dengan pasar minggu Gaya Street yang menjual pelbagai barangan antik dan cenderamata. Hotel Shangri-La Rasa Ria Resort & Spa di Tuaran mempunyai bilik di Ocean Wing yang menampilkan tab mandi di luar dan katil serta sofa yang menghadap ke pantai. Anda boleh menikmati panorama Gunung Kinabalu yang indah dari rumah kelab di hotel anda.
Cameron Highlands
Ads
Destinasi ini adalah pilihan terbaik untuk keluar dari hiruk-pikuk kota. Di sini udaranya bersih, buah-buahannya segar dan panorama begitu indah. Jika anda menginap di The Lakehouse, anda boleh merasai pengalaman seperti kerabat diraja British. Sarapan dihidangkan dalam suasana restoran yang elegan dengan hidangan Inggeris dan minum teh panas. Skone yang enak dimakan panas-panas dengan jem strawberi. Rumah kolonial ini terletak berhampiran ladang Cameron Bharat Tea.
Pulau Pinang
Ads
Pulau Pinang adalah destinasi terbaik percutian yang memberi fokus kepada makanan. Di sini boleh dikatakan sebagai syurga makanan dengan nasi kandar, asam laksa dan masakan peranakan. Hotel Seven Terraces adalah hotel butik mewah yang diubah suai daripada deretan teres Anglo-Cina. Mempunyai 18 suite budaya peranakan yang membuatkan anda berasa seperti dibawa kembali ke era berbeza.
Kuala Lumpur
Untuk menjimatkan petrol dan masa, tidak perlu keluar dari Kuala Lumpur untuk bercuti. Hotel Traders Kuala Lumpur memberikan pengalaman percutian mewah dengan melawat Skybar. Berkumpul dengan rakan-rakan anda di aras 33 hotel, anda boleh menikmati panorama menakjubkan Kuala Lumpur dari tingkat ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sememangnya ramai yang mengimpikan untuk travel ke Indonesia. Bukan saja kos pelancongannya murah tetapi harga tiket, penginapan serta lain-lain lagi masih dianggap berbaloi untuk dilawati.
Negara jiran yang dianggap serumpun dengan kita ini memiliki 18,000 ribu pulau cantik dan perkongsian dari Helmi Baharum di page Backpackers Buddies Malaysia membuktikan bahawa pulau mereka cukup indah.
Jom tengok apa dikongsikan oleh Helmi dan lokasi-lokasi pulau menarik sudah dilawatinya.
***Terdapat lebih kurang 18,000 buah pulau di Indonesia*** Personaly saya mengatakan Indonesia memiliki pulau2 dan pantai2 tropika cantik dalam kuantiti yang paling banyak. Sehingga kini Padar adalah pulau paling cantik yang pernah saya kunjungi di serata dunia. Fun fact: saiz Pulau Sumatera sahaja adalah 1.5x lebih besar dari keseluruhan saiz negara Malaysia.
1. Pulau Sabang, Provinsi Acheh: Top 3 pulau tercantik 2. Pulau Rubiah,Provinsi Acheh: my best experience snorkeling ever. 3. Banda Acheh,Provinsi Acheh: my overexpectation. 4. Kota Padang, Provinsi Sumatera Barat: pantai sumpahan batu Malin Kundang. 5. Pulau Batam, Provinsi Kepulauan Riau: Wisata belanja 6. Pulau Samosir,Provinsi Sumatera Utara: Inland island-jarang2 ada pulau dengan suasana sedikit sejuk di kawasan tropika.
Pulau Rubiah
Pulau Flores
Baluran/ Pantai Bama
Pulau Timang
7. Pulau Timang, Provinsi Yogyakarta: Gondola/ jambatan gantung dari tanah besar ke pulau 8. Kota Probolinggo, Provinsi Jawa Timur- Bee Jay Bakau/ beach 9. Pulau Madura, Provinsi Jawa Timur-Sate 10. Kota Surabaya, Provinsi Jawa Timur-Jambatan Suramadu 11. Baluran National Park-Savanah Pantai Bama 12. Banyuwangi-Pantai Watudodol
13. Kota Manado, Provinsi Sulawesi Utara-Gateway to Bunaken 14. Kota Makassar, Provinsi Sulawesi Selatan-Masjid 99 kubah (99 nama Allah)
15. Pulau Utama Bali: Top 2 pulau tercantik 16. Pulau Nusa Penida,Bali :Landskap paling super cantik
17. Pulau Utama Lombok, Provinsi Nusa Tenggara Barat 18. Pulau Gili Trawangan, Lombok, Provinsi Nusa Tenggara Barat
Pulau Komodo
Pulau Sabang
Pulau Padar yang sangat cantik
19. Kota Labuan Bajo, Manggarai, Pulau Flores: Kos yang murah 20. Pulau Rinca: Air laut yang jernih 21. Pulau Komodo:Habitat Komodo terulung sedunia, Manta Point, pink beach 22. Pulau Padar:Top 1 pulau tercantik 23 .Kota Kupang, Pulau Timor: Kota transit darat ke Timor Leste. 24. Belu, Pulau Timor-pantai sempadan antarabangsa dengan Timor Leste.
Info tambahan: walaupun kota2 pesisir laut lain turut dikunjungi seperti Kota Jakarta, Semarang, Lampung dan lain-lain, namun saya tidak berkesempatan mengunjungi pantai/pulau kecilnya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hari biasa diasak bunyi kenderaan, mesin cetak, telefon, tv, radio, konsert; dihimpit kekangan waktu kerja, aktiviti harian serta dibebani kerja yang tiada berpenghujung. Minda rungsing jiwa celaru membentak carian damai. Bingkas lari ke hutan bersama teman mencari damai minda dan jiwa.10 resort hutan Libur senaraikan.
Gambar: tanahaina.com
Tanah Aina Fahad, resort terbina di atas keluasan 8 ekar berada berhampiran Lata Jarum, Ulu Dong Raub. Sesuai bagi mereka yang ingin lari jauh dari kesibukan kota serta menikmati kesegaran hutan hijau dan air sungai yang nyaman. Hanya 2 jam setengah dari Kuala Lumpur, anda akan menikmati pemandangan hutan yang menenangkan serta disambut dengan deruan Sungai Dong.
Terdapat beberapa pilihan rumah di lereng bukit Kampung Jelebu, N.Sembilan. Hanya beberapa jam dari hiruk-pikuk Kuala Lumpur, siang anda dijanjikan alunan kicauan burung, gemersik daunan pohon, dan terjahan cahaya mentari dari celahan pokok. Malam anda ditemani nyanyian cengkerik serta dibaluti kedinginan malam. Ambil peluang berendam dalam dua kolam masin, kolam hutan (menghadap hutan) dan kolam langit (menghadap matahari terbenam).
Menjanjikan anda suasana damai serta seolah masa terhenti dikelilingi kehijauan hutan. 2 villa untuk dipilih dengan binaan rekabentuk kayu mendominasi luaran dan dalamannya. Sesuai dihuni pasangan hinggalah keluarga besar yang mahukan pengalaman semulajadi mewah. Terletak di Raub, Pahang, tidak jauh dari Genting Highlands memudahkan anda terus ke sini.
Resort yang terbina 2000 kaki dari paras laut di Tanarimba mendapat nama dari Sungai Enderong yang mengalir dari atas bukit. Ia mendapat anugerah Projek Hijau di Janda Baik, Pahang. Hanya 50km dari Kuala Lumpur, anda pasti merasa segar menghirup udara yang tidak tercemar dari kepesatan kota.
Lari dari kesesakan pulau dan selimuti ketenangan perasa tradisional mewah di Sungai Ara, Pulau Pinang. Dilereng bukit hutan tropika, anda dijanjikan panorama yang spektakular. Penuhi kehendak pemandangan anda sambil berendam di dalam kolam renang menghadap hutan.
Diinspirasi dari bangsal beras tradisonal Thai, ia telah disuntik elemen moden namun masih menghormati tuntutan tradisional. Malihom membawa maksud ‘kampung beras wangi’. Setiap bangsal dinamakan dengan unik. Terdapat 8 pilihan bangsal dan setiap satu berkarakter sendiri serta setiap bilik mandi berada di tingkat dek. Dibina dari kayu terpakai, Malihom dikelilingi hutan hijau Balik Pulau, Pulau Pinang.
Sekeping Serendah dibina berkonsepkan telus menghayati kepungan hijau hutan Serendah. Teduhan anda sengaja direka secara basis, meninggalkan jauh kemewahan agar anda bersatu bersama alam semulajadi. Hanya sekitar sejam pemanduan dari Kuala Lumpur, lokasi ini pasti membuai khayalan damai jiwa anda.
Hutan Simpan Berembun berada dihadapan pintu. Tidak terusik sejak zaman kolonial, keluasan 4000 ekar luas terbentang. Belai damai jiwa anda menghirup udara segar serta alunan gemersik pohon melambai. Rekabentuk rumah kampung , menggamit anda ke waktu idelik anda, jauh dari bingit bandar. Terletak di Negeri Sembilan, lokasi ini antara pilihan terbaik lari dari kota.
The Dusun dibina atas sejarah silam hebat pemilik lokasi ini. Jatuh cinta pandang pertama, adalah titik tolak pembukaan The Dusun hari ini. Dahulunya dikelilingi kebun getah, ia dibina semula dikelilingi kebun durian dan kehijauan Hutan Mantin, Negeri Sembilan.Terdapat 6 rumah pilihan. Dengan kolam mandi menghadap hutan, anda rasakan seolah berenang di paras tinggi pokok.
Hanya sejam pemanduan dari Kuala Lumpur, The Shorea asalnya dibina sebagai rumah hinggap keluarga seorang arkitek di dalam Hutan Simpan Berembun. Namun kini dibuka kepada orang ramai. Ia dikelilingi pohon menghijau serta udara nyaman, menjadikan ia lokasi sempurna untuk beristirehat. Resort ini dilengkapi kolam infiniti serta menjanjikan pemandangan flora dan fauna yang hebat. Juga berada di Negeri Sembilan, tidak jauh dari detinasi bandar anda.
Dikelilingi hutan dan dusun buah-buahan. Tenang dan sunyi. Selesa untuk korang yang berhajat nak spend weekend dengan family dan kawan-kawan.Lokasi Seremban, Negeri Sembilan
Vila private ini hanya dibukia kepada mereka yang beragama Islam. Mungkin menjaga beberapa faktor di situ.Terletak di Umbai, berada di pinggir kampung sesuai bagi anda lari dari kesibukan kota. Tarikan ikan bakar Umbai yang popular juga antara faktor utama anda boleh menginap di sini. Limastiga menawarkan kombinasi pengalaman moden dan tradisional. Dikelilingi dengan tumbuhan menghijau, vila ini sesuai bagi hari keluarga dan keramaian bersesuaian. Beberapa pilihan rumah ada mengikut kesesuaian anda.
Siapa sangka lokasi di antara kawasan perumahan lama, wujud Villa cantik? Rumah cantik ini milik Mrs Wong yang peramah, seorang nurse, manakala suaminya arkitek. Menurutnya, ini idaman dia dari kecil memiliki rumah tradisional cantik begini. Terletak di Taman Bakti Bandar Hilir, Melaka. Hanya 400 meter dari Tokong Sam Po Kong. Semua bilik di sini berhawa dingin, ada TV, Wi-Fi dan mesin kopi. Porta de Santiago hanya 900 meter dari sini. KLIA pula hanya 88km dari sini. Ada dua jenis villa, rumah kampung Melayu tradisional dan villa moden bercirikan Inggeris. Harga dari RM150 semalam.
Alamat: 11, Lorong Laksamana Cheng Ho 5, Taman Bakti Bandar Hilir, 75000 Melaka, Malaysia
Merupakan kabin glass dibina bersebelahan Sungai Larwin. Sangat cantik. Lengkap dengan kemudahan campfire, memasak dan BBQ, serta kawasan ladang dan tanaman seluas 3 ekar; perfect bagi anda sekeluarga ataupun rakan-rakan menghabiskan masa, lari dari kesibukan kota. Anda boleh memancing, memberi makan kuda, kambing dan ayam, dan makan buah-buahan apabila sampai musimnya.
Mahu bermalam di atas bendang? Datang sini! Terletak di Pantai Cenang, Langkawi hanya 200 meter dari Muzium Padi, 1.3km dari Underwater World dan 8.3km dari tempat Mahsuri. Resort ini mendapat review tinggi dari pengunjung yang datang.
Terletak di Bentong Pahang, sesuai melarikan diri dari padat kota.
Di Jepun, selain terdapat ‘pulau dihuni ratusan ekor kucing, di sini juga terdapat sebuah pulau digelar ‘pulau arnab’. Pulau Okunoshima menjadi habitat haiwan comel itu dengan jumlah yang sangat banyak dan diiktiraf antara pulau terpelik di dunia.
Pulau Okunoshima hanya mempunyai keluasan 70 hektar mempunyai pantai yang cantik, taman dan juga muzium. Dianggarkan terdapat kira-kira lebih 1000 ekor arnab yang hidup dan bergerak bebas disini. Arnab di pulau ini hanya mempunyai jangka hayat untuk hidup sekitar 2 tahun sahaja.
Kini setiap tahun hampir ratusan ribu orang pelancong datang ke sini dan kebiasaannya para pelancong akan membawa makanan untuk diberikan kepada arnab-arnab yang hidup di sini. Arnab-arnab ini hanya bergantung pada sayur kobis yang tidak berapa bagus untuk arnab dan makanan yang diberikan oleh pelancong sahaja untuk terus hidup.
Bagaimana wujudnya arnab tersebut dengan begitu banyak di pulau ini? Ada beberapa cerita dan teori yang diceritakan dari mulut ke mulut. Antaranya:
Walau bagaimanapun, Ellis Krauss, seorang professor dan pakar dalam bidang politik Jepun dari University of California San Diego menyatakan bahawa kesemua arnab yang hidup telah dibunuh setelah tentera Perikatan menawan pulau ini kerana menyedari risiko penyebaran penyakit oleh arnab-arnab ini.
Kalau anda suka dengan si comel ini, bolehla rancang untuk melawat ke pulau ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...