Digelar Maldives of Thailand, trip ke Koh Lipe yang terletak di Selatan Thailand ini terletak tidak jauh dari sempadan Malaysia. Sering menjadi destinasi percutian kerana pulau yang cantik dan laut membiru, bajet yang diperlukan untuk sampai ke sini pun tidaklah begitu mahal.
Gemar bercuti di kawasan pantai dan pulau, Nur Amalina Athman berkongsi trip terbarunya ke pulau yang mendapat julukan Maldives of Thailand ini. tidak meletakkan harapan yang tinggi kerana low season di sana, wanita ini tak menyangka apa yang dilihatnya bila saja bot melabuhkan sauh di pulau tersebut.
Ternyata apa yang diuar-uarkan benar belaka, pulau ini memang cantik. Dikelilingi pantai dengan pasir yang putih dan air laut membiru. Cukup sesuai untuk traveler yang ingin bercuti daripada kesibukan kota.
Turut berkongsi kos pengangkutan yang diperlukan untuk sampai ke sana, Nur Amalina menyatakan paling minimum RM500-RM700 diperlukan untuk habiskan percutian 3 hari 2 malam di sana.
Ikuti perkongsiannya:
Maldives of Thailand
Koh Lipe
Orang kata tempat ni dipanggil Maldives of Thailand. Cantik sangat ka sampai disamakan dengan Maldives ni?
Ads
Tapi, bila survey pulak macam biasa-biasa ja.
Okay, takpa p jelahhh. Less than seminggu baru booking. Sebab urgent nak sangat beach sebelum masuk bulan Ogos. Jadinya, expectation pun biasa-biasa je lahh. Tambah pulak sekarang ni low season.
Teruja tengok laut membiru dengan pantai pasir putih yang landaipemandangan dari dalam bilik
Tempoh perjalanan:
Dannok – Hatyai (1jam perjalanan)
Ads
Hatyai – Pak Bara Pier (2jam perjalanan)
Pak Bara Pier – Koh Lipe (1jam 30minit pergi/1jam 15minit balik)
Dalam speedboat tu asyik tengok jam ja bila lah nak sampai. Sekali tengok, baru setengah jam. Kali kedua tengok, eh baru sejam. Okay setengah jam lagi nak sampai. Tak lama lepas tu, okayy dah nampak pulau menandakan dah hampir sampai.
Dan lepas ja speedboat dah berhenti kat pulau ni, tengok sekeliling, SubhanAllah. Macam ni ke Koh Lipe? Patutlah orang panggil Maldives of Thailand. Cantik sangat. Pantai landai dengan pasir putih dan biru air lautnya.
Ads
Transport:
Dannok – Hatyai
RM100/van
2000baht/person (booking dengan resort) including:
Join van Hatyai – Pak Bara Pier (pergi dan balik)
Speedboat Pak Bara Pier – Koh Lipe – Pak Bara Pier (return)
P/S: Tak adil rasanya kalau bagitau total budget. Ia mungkin tak sama bergantung kepada tempat penginapan yang kita nak bermalam. Sama ada awak nak cari penginapan tepi pantai, hadap laut, rumah kayu bertingkat, bilik atas bukit, bilik ada pool ada jacuzzi, bath tub, villa bilik besar atau langsung tak kisah asal boleh bermalam.
Wajib try makan ni kalau ke sana
Apa yang pasti, untuk dapat view macamni, duduk dekat sebuah pulau kecil Paper Island (Koh Lipe), boleh je pergi ikut berapa awak sanggup spend dan dengan berapa ramai awak pergi. Tapi kalau tanya minimum, berkemungkinan 500-700 pun dah cukup untuk 3 hari 2 malam.
Hatyai merupakan destinasi percutian pilihan ramai rakyat Malaysia. Untuk ke Hatyai pelbagai cara pengangkutan boleh anda pilih, samada menaiki keretapi, bas, kapal terbang atau kenderaan persendirian.
Hatyai tidak la sebesar mana boleh diteroka dalam masa sehari sahaja. Di sini majoriti penduduknya masih bertutur dalam bahasa Melayu, jadi komunikasi bukan masalah. Antara lokasi menarik di Hatyai ialah Pasar Terapung Khlong Hae.
Lokasi itu terkenal dengan kepelbagaian makanan seperti kerabu maggi, kepak ayam, pulut mangga, bahkan turut tersenarai sebagai salah satu lima lokasi makanan halal wajib cuba di Hatyai. Pasar yang dibuka pada setiap hujung minggu bermula dari Jumaat hingga Ahad itu sesuai dikunjungi antara pukul 3 petang hingga 9 malam.
Bagi mereka yang tidak mahu memandu kereta, anda boleh meletakkan kereta di hotel kemudian menaiki tuk-tuk. Kebanyakan pelancong menaiki tuk tuk menyusuri bandar Hatyai ke Lee Garden Plaza Night Walk untuk menikmati pulut mangga, pulut durian, udang galah, aiskrim kelapa, ABC special, kuew tiau serta pelbagai juadah enak di sana.
Mereka yang ingin menyaksikan dan menunggang gajah boleh ke kawasan penempatan gajah Chang Puak Camp. Tetapi kalau ikutkan sebenarnya ramai pelancong dah memboikot untuk menunggang gajah. Industri ini menyebabkan banyak gajah didera secara fizikal dengan kejam semata-mata untuk melatih mereka agar mendengar cakap. Cukuplah kalau ke sini sekadar melihat aksi gajah yang pelbagai atau mengambil gambar kenang-kenangan sahaja.
Kemudian, anda boleh meneruskan jelajah dan membeli-belah di Asean Market atau Central Festival Mall. Selepas puas menjelajah Hatyai, rehatkan kaki anda dengan urutan tradisional thai yang ditawarkan dengan harga yang cukup murah.
Pada hujung minggu atau cuti umum, sempadan Thailand-Malaysia yang terletak di Perlis, Kedah dan Kelantan pasti sesak dengan kehadiran rakyat Malaysia yang ingin melancong ke daerah sekitar Thailand. Hari ini ramai yang memilih untuk memandu sendiri masuk ke Thailand. Cara ini lebih menyeronokkan kerana tidak perlu terkejar-kejar untuk mengikut waktu perjalanan pengangkutan perkhidmatan awam.
Bagi mereka yang menaiki kereta sendiri, anda perlu mengetahui beberapa panduan termasuk membeli insurans kereta untuk masuk ke Thailand dan mengisi borang di kaunter penyerahan borang insurans selepas pasport anda dicop. Pastikan anda tidak menghilangkan surat pengesahan kereta untuk ke Thailand kerana perlu dikembalikan ketika masuk semula ke Malaysia. Selain itu, anda juga perlu mengetahui peraturan Thailand termasuk tidak dibenarkan membawa walkie-talkie.
Ini ada beberapa tip dan cara selamat untuk masuk ke Thailand perkongsian daripadanadzrin91.blogspot.com
Nih kompem la paling penting sekali sebab nak cross border kan.. Make sure validity lebih dari 6 Bulan.. Mcm aku ngan bini aku ari tu ok pakai passport.. Cuma adik aku n sepupu aku nih haa.. Passport mati plak… Kna la kejar pagi2 p UTC Loq Staq sana tu buat border pass.. Border pass nih plak hanya untuk yang warga Malaysia yang alamat di dalam IC tu berdekatan dengan sempadan.. Contoh Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan… Orang selangoq maap laa.. Buat la passport.. Kih3…
Yang nih pon penting.. Nak senang, bawak geran original.. Xde geran ori? xyh rsau… bleh ja amik geran photocopy.. Tapi kena la dapat kan cop pengesahan di Balai Polis.. Cari Balai Polis berhampiran sempadan seeloknya.. Geran ni penting time pemeriksaan Kastam lepas dh cop passport di Immigration Thailand.. Kna make sure geran tu atas nama kita.. Tally dengan nama dalam passport..
Aku bwk geran ori ja senang.. Pasai last time aku bwk photocopy tu bnyk la pulak soalan polis kt balai tu.. hahaha…
Cm mana kalau kes kereta sewa.. Sama gak procedure dia.. Cuma ada tambahan.. Mintak owner kreta buatkan satu surat kebenaran dalam bahasa Inggeris untuk bawak kenderaan masuk siam.. Hat nih ampa leh Google ja Format dia.. Simple jaa…
Geran.. Passport (Merah) Border Pass (Biru)
Yang nih nak kata wajib pon aku xsure.. Pasai nih bukan lah first time aku bwk myvi aku nih masuk siam… Benda nih xprnh pon diminta oleh Kastam Thai… Cuma tu la.. orang kata beringat lahh sebelum terjadi… Untuk insurance yang basic harga dia RM18 ja.. itu pon hanya cover nyawa mangsa yang kta langgar sahaja.. kereta xcover.. Nak lagi selamat ada ja jual insurance tambahan.. tapi mahal la skit.. nak jimat bawak la kreta kita kt sana abis berhemah… Sekali kna langgar even bukan salah kita diorang memang xkn ngaku.. Jwb nya kna paw kaw2 laa.. Haha.. InshaAllah xdak apa2.. Slow n steady ja.. keh3
Insurance nih boleh dibeli di kedai2 yang berhampiran dengan sempadan.. Tunjuk roadtax je.. Dkt Caltex RnR Gurun pon ada… Bleh trus amik white card..
Tu ja dokumen yang diperlukan… Senang ja kn..
Entering Thailand
Ada dua pintu yang popular nak masuk Thailand nih… Satu Pdg Besar (Perlis).. Satu lagi Bukit Kayu Hitam (Kedah)
Nak adventure amik la Bkt Kayu Hitam.. Sni crowded sikit… Ramai yang pilih pintu nih sebab dia dekat skit nak ke Hatyai nih… Tapi kalau xnk crowded masuk la ikut pintu Pdg Besaq sana tuh… So our trip pilih pintu Pdg Besaq.. Sbb bertolak pon dah pukui 2 lebih.. Buat border pass punya pasai.. Tp aku xkisah pon pasai yang happening dkt Hatyai start pukui 4ptg (3ptg waktu Thai).. So xdak la kitorang kalut2… Slow n steady jaa..
Dah settle beli insurance semua dkt dpn arked pdg besaq tu.. Kami terus ke ICQ Padang Besar.. Dekat sini mudah ja.. Xpyh trun pon.. Just hulur ja passport dekat counter Imigresen Malaysia.. Xsampai 5 minit trus settle.. Dah lepas pintu keluar Malaysia.. So straight jaa.. Ikut ja laluan tu sampai nampak pintu Masuk Immigration Thailand… Sampai dkt stu pon straight jaa… Cari la parking lps dari pintu Immigration Thai.. Then jgn la trus masuk plak… Cop passport dlu..
Nak cop passport nih pon ada gak tips nya… First sekali NEVER EVER P DEKAT ULAT!!!
Haha.. yg nih dia charge RM1 laa kalau kna… Adik aku kna.. Aku xdan nak pnggil.. Xpa la.. rugi RM1 jaa.. First sekali p trus dekat Immigration Thai tu… Kalau ada org beratur mintak izin elok2 ckp kta nk potong kejap amik form ja.. cakap cm nih dekat Imigresen Thai tuh
“Sawadikapp.. Form Please”
Make sure setiap sorang amik satu.. n amik sendiri ya.. aku nk amik ntuk 4 orang kna maki ngan Imigresen Thai tuh.. hahaha.. “One by One come” katanya.. So isi dua2 Arrival n Departure..
Dah isi terus ke kaunter Imigresen Thai tuh… Sebelum tuh… Selit RM 1 dalam passport siap2.. Aku pon xtau laa pasai apa… Mmg adat depa la kot… Kalau xselit siap mintak tu.. Hahaha.. Bagi ja laa.. Bagi mudah… Then imigresen akan cop dekat passport n dia akan amik arrival card tuh.. Departure card tu plak dia akan selit balik dalam passport kta.. Make sure jgn hilang.. Kad tu Wajib serah balik masa nak keluar dari Thai..
So dah siap cop passport semua.. Suruh ja ahli2 rombongan kta tnggu dkt kereta.. Next kta sebagai owner kereta plak kna p settlekn dekat Kastam Thai.. Alhamdulillah… Kerajaan Thai dah mudahkan sistem Kastam dia.. Hanya hand over geran n passport sahaja.. Semua nya dia akan key ini kan.. Jawab ja segala soalan yang dia tanya.. Xtnya bnyk pon.. What colour your car?? Where you want to go?? How long?? Layan jaa…
Dah siap dia akan bagi satu slip (Lupa gak nak snap).. SLIP NIH JANGAN HILANG!! Slip nih pon kna serah balik masa nak keluaq… Hilang kna denda.. Xpulang kn kna bayaq sehari 100Bhat..So dah siapp… Anda sudah berada di Thailand secara Sah… Pandu lah dengan berhemah…
So straight jaa… Akan jumpa satu pekan kecik lepas Sadao.. Beli la Sim kad untuk waze kt sana.. Roaming data seriusly rugi… Xrugi pon beli sim kad Thailand.. Internet 4G.. Unlimited plak tuh… Bayangkan la laju mana… Make sure time nak beli tuh bawak passport.. So aku beli la Tourist Sim..
Dah beli terus ja drive… Xyh on waze lagi… Jimat bateri… Highway dia nak ke Hatyai nih straight ja.. Amik Highway no 4… Staright sampai jumpa satu Flyover besar… Baru on waze.. Stu laa start nya Bandar Hatyai…
Sumber Foto: Google Image / Sumber Featured Image: flickr vincekarl
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nampak macam rumah lama yang diperbuat daripada kayu, tapi anda jangan salah sangka, restoran ini menyediakan makanan yang cukup lazat untuk dinikmati bersama keluarga dan kawan-kawan. Bak kata orang putih, ‘don’tjudgeabookbyitscover‘. Anda perlu masuk sendiri ke sebelah dalam restoran untuk melihat sendiri keunikkan Mansion 1969.
Sebaik saja melangkah masuk, dekorasi dan atmosphere yang ada di sini akan membuatkan anda terasa seperti di kampung halaman. Berkonsepkan hipster dengan koleksi barangan antik, basikal tua, kamera lama dan mesin typewriter lama, menambahkan lagi mood vintage yang ada ke dalam diri anda.
Dinding di tempat duduk ruang makan digantikan dengan panel kaca dan anda boleh menikmati pemandangan kebun di bahagian belakang kedai yang luas dan mempunyai beberapa pokok buah-buahan seperti rambutan dan durian. Help yourself sekiranya anda ingin merasai kemanisan buah rambutan yang ada di situ.
Hidangan yang disediakan di sini cukup lazat untuk mereka yang gemarkan makanan tempatan seperti chinese-style dan western. Walaupun kedainya nampak biasa, tetapi kualiti makanan yang disediakan setanding dengan kedai-kedai makan yang mewah.
Antara menu popular adalah Tomyam Spaghetti yang berharga RM15. Spaghetti yang disediakan nampak seperti spaghetti di kedai-kedai makan yang biasa tetapi saat ia masuk ke mulut anda, kepelbagaian flavours dan spices mampu membuatkan anda tidak berhenti dan mungkin akan pesan sepinggan lagi.
Antara hidangan lazat yang lain adalah Baliness Fried Rice. Nasi goreng ini dihidangkan bersama ayam goreng dan sayur-sayuran dan berharga RM13 sepinggan.
Menurut pengasas Mansion 1969, Pierre Teh, tempat itu asalnya dibina pada tahun 1969 dan selepas ditinggalkan bertahun-tahun, beliau mengambil inisiatif untuk membangunkan semula kawasan ini dan minatnya terhadap barangan antik memberikan ilham untuk beliau mendekorasikan tempat ini tempat menjadi tempat lepak hipster di kalangan orang muda.
Kepada anda yang ingin berkunjung ke sini, boleh Waze Lot 389, Batu 13, Jalan Klang-Banting, Kampung Sungai Rambai, Jenjarom, Selangor dan waktu operasi adalah dari pukul 12 tengah hari hingga 9 malam.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Negeri Sabah sudah membuka semula kemasukan ke negeri itu berkuat kuasa 2 Jun 2020 lalu. Kebenaran untuk masuk ke Sabah itu sah untuk penjawat awam, pekerja sektor swasta, warga Malaysia termasuk rakyat Sabah yang berada di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.
Jika anda individu yang perlu kembali ke Sabah ketika ini untuk bertugas dan mempunyai lain-lain kebenaran yang telah mendapat kelulusan, ini perkongsian berguna buat kalian. Sumber daripada saudara Ibrahim Ismail yang merupakan seorang guru dan diarahkan kembali pulang ke Sabah dari Semenanjung atas urusan kerja.
Alhamdulillah selamat menjejakkan kaki di bumi bertuah Negeri Di Bawah Bayu, Sabah, pada tanggal 4 Jun (Khamis) bersamaan 12 Syawal. Di sini suka saya berkongsi beberapa maklumat mengenai normal baharu prosedur perjalanan udara agar cikgu cikgi terutamanya yang ada anak kecil dapat buat persediaan rapi. Sebelum tu, comel je pramugari nampak sopan pakai apron PPE & goggle. Tak apa untuk keselamatan bersama kan? Ada bakat jadi scientists juga tu.
1) Jika beli tiket AirAsia pastikan check-in dalam masa kurang dari 12 jam. Ada kemungkinan besar penerbangan anda dibatalkan. Kalau dah checked-in, maka tak dapat tukar tarikh. Walau bagaimanapun tetap boleh minta Akaun Kredit (cuma itulah berkurun nak tunggu Uncle Tony refund). Oh ya, pastikan nombor telefon yang anda letakkan semasa menempah tiket adalah tepat dan aktif sepanjang masa sebab AirAsia akan SMS kalau penerbangan dibatalkan. Ini saya berkongsi dari pengalaman penerbangan saya dibatalkan dalam tempoh 48 jam ya. Lepas tu tak dapat tukar tarikh sebab dah checked-in. Ketar tangan kikis sisa baki duit simpanan untuk beli tiket baharu. Lagi satu bayar lah untuk dapatkan seat depan agar boleh keluar awal – cabin crew akan lepaskan barisan demi barisan. (ambil combo MAKAN + 20KG LUGGAGE + SEAT RM 50 tu berbaloi – ha siap promosi AirAsia lagi).
2) SURAT POLIS (2 keping salinan). Walaupun kerajaan dah benarkan perjalanan rentas negeri buat pasangan duka lara, dan urusan kerja, anda tetap WAJIB bawa borang/permit rentas negeri. Jika penerbangan dibatalkan dan anda perlu tukar tarikh pada borang, tidak perlu isi borang baharu. Bawa borang yang sama ke balai polis dan maklumkan tukar tarikh. Download borang / permit: https://www.rmp.gov.my/docs/
3) SURAT PANGGILAN KERJA. Cetak surat rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau Jabatan. Kalau ada surat dari JPN / PPD / SEKOLAH sendiri pastikan tarikh yang dikemukakan adalah sebelum atau pada tarikh penerbangan. Contoh kalau kena datang bekerja pada 9 Jun, maka letaklah tarikh penerbangan atau sebelum penerbangan lagi. Contoh surat https://www.moe.gov.my/images/KPM/UKK
4) PASSPORT BIRU / DOKUMEN PERJALANAN TERHAD. Jangan sesekali tertinggal kunci emas ini cikgu.
1) Pakai dan bawa mask tambahan. Anda tidak dibenarkan masuk ke lapangan terbang tanpa mask. Bawa juga hand sanitiser kerana airport tempat yang paling mudah virus tersebar.
2) Kiosk untuk cetak boarding pass / luggage tag di lapangan terbang sekarang HANYA boleh guna QR code. Tak boleh nak pi tekan2 dah dekat skrin tu untuk elak tersebar virus dari sentuhan. Maka download sedia app QR Code dan subscribe data internet untuk telefon pintar anda. Pengguna iPhone & Xiaomi boleh guna kamera telefon untuk scan QR Code. Kalau tak ada smartphone ataupun data internet, pastikan check-in, dan cetak boarding pass siap-siap dari rumah.
3) Bungkus makanan dari rumah. Lemang, ketupat kacang hitam, rendang tok, serunding ayah, kuih raya mak, kerepek makcik antara juadah wajib di udara. Jangan berangan menikmati Nasi Lemak Pak Nasser walaupun anda telah pre-book AirAsia Meals yang sedap secara online. Anda hanya akan diberikan makanan ringan dalam penerbangan (rujuk gambar). Tambahan lagi hampir keseluruhan restoran dan fastfood outlets tak buka di airport. Lainlah kalau memang berniat untuk berpuasa enam.
4) Bawa pen untuk mengisi borang pengisytiharan kesihatan dalam kapal terbang. Sebaiknya bawa lebih agar anda dapat beramal bagi pinjam penumpang lain. Lagipun barulah nampak kredibiliti seorang guru bila bawa banyak pen kan? Haha. Pada borang Bahagian 11 (Soalan: pernahkah anda keluar dari Negeri Sabah – letak no pesawat, no tempat duduk dan nama airport semasa).
5) Perjalanan udara mengikut norma baharu adalah membosankan dan stressful. Apatah lagi bagi memenuhi penjarakan sosial, tempat duduk anda dan anak-anak dipisahkan. Tambah berjam lagi tunggu untuk swab test. Kalau anda bosan, apatah lagi anak-anak anda bukan? Maka bawalah bantal travel, toys, earphone, buku mewarna, komik, snacks, air mineral, pampers, gajet, PowerBank, laptop, rotan bagi mengisi masa terluang mereka dengan aktiviti berfaedah ya.
6) Bawa sejadah mini jika tak berkesempatan untuk jamak.
1) Photocopy Mykad & Mykid. Masa keluar dari kapal terbang sebelum ambil luggage, anda akan menunggu untuk Swab Test. Kalau ada salinan mykad & mykid serahkan terus pada pegawai terlibat. Bawa gula-gula boleh pengsan tunggu lama. Jangan risau masa tunggu ni je yang lama, lepas tu dah laju.
2) Isi borang dan ada interview sikit untuk dapatkan maklumat kuarantin di rumah (hantar borang yang kita isi atas kapal terbang tadi berserta salinan Mykad). Bersambung dengan imigresen (tunjuk borang rentas negeri / polis). Ambil luggage. Park sekejap. Swab test percuma ditanggung kerajaan 100% terima kasih kerajaan berjiwa rakyat (keluar air mata jantan jugalah haha mujur sekejap je. Tips bila cotton bud dimasukkan dalam hidung, jangan melawan.. relaks je. Rasanya macam kita korek telinga dalam-dalam dengan cotton bud, tak sakit pun cuma rasa nyilu je). Kanak2 pun diwajibkan swab test yang saya nampak betul depan saya tadi. Bayi saya kurang pasti. Lepas tu dah boleh ambil luggage dan balik tetapi sebelum sampai rumah, laporkan dulu di pusat kuarantin (ya, lapor sahaja sampai di tempat bertugas, anda dibenarkan kuarantin di rumah).
Saya faham kita semua dalam keadaan cemas, tertekan, gundah gulana sekarang. Maka apa boleh kita buat adalah berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan / pengalaman yang ada agar dapat membantu sesama kita.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Suasana di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu cukup luar biasa apabila ratusan anggota bomba, badan beruniform dan sukarelawan berganding bahu menyediakan bubur lambuk secara...