Tasmania Island menjadi pilihan pelancong ke negara kanggaru ini kerana mempunyai persisiran pantai putih dan tarikan bangunan bersejarah. Hobart ialah ibu negeri dan pusat kewangan serta pentadbiran Tasmania, dan juga bandar kedua tertua di Australia menjanjikan seribu satu pengalaman unik buat pengunjung.
Pelancong dan pengujung yang ke Tasmania Island, ramai yang memilih untuk pusing-pusing daerah ini menggunakan kenderaan yang disewa. Memandu sendiri adalah pilihan terbaik untuk meneroka pulau ini. Selain kos lebih murah, ia juga lebih fleksibel untuk ke mana saja mengikut masa sendiri.
Pelancong luar tidak perlu mempunyai lesen memandu antarabangsa, cukup dengan membawa lesen memandu Malaysia dwi bahasa. Namun, perlu mematuhi segala undang-undang jalan raya yang sedikit ketat dan efesien.
Ikuti perkongsian & pengalaman mereka yang pernah ke destinasi ini:
Perbelanjaan : Adalah per pax (bercampur dalam RM dan AUD). Saya tak masukkan Melbourne sebab rasanya ramai dah kawan2 lain yang share. Tasmania ni adalah tempat yang sangat unpredictable weather nya, boleh jadi panas gile, sejuk gile, hujan gile, snowy gile jadi packlah baju yang boleh guna untuk ke semua musim.
1) TRANSPORTATION
a) KL – Melbourne (Air Asia): RM1198 (return)
b) Melbourne – Hobart (TIGERAIR) : AUD 43 (include luggage 20kg kongsi berdua)
c) Launceston -Melbourne (JETSTAR) – AUD57 (include luggage 20kg kongsi berdua)
d) Car rental – APEX car rental AUD 281.45- Mid Size Sedan AUTO with GPS, zero excess insurance and road assistance, extra driver, after hours pickup and drop off, (29/8/2018, 6pm-08/09/2018, 6am) . Saya dapat kereta Hyundai Elantra. Saya sangat2 recommend APEX sebab proses pickup dan drop off yang amat mudah, kereta bersih, cun dan tak ada masalah kerosakan dan paling penting harga sewa adalah yang paling murah dalam banyak2 kereta sewa kat Tasmania.
e) Minyak : AUD65
2) Sim Card – AUD30
OPTUS – 10GB data, unlimited calls and texts
Line Ok Cuma masa kat cradle mountain tak ada line tapi bila dah area atas2 gunung tu line dapatla pulak. Ok je duduk diam2 tak main phone, sekali sekala ye dak…. Saya beli simcard di Melbourne Airport
3) Accomodation
a) HOBART – (Narrara Backpackers) Twin Room shared bathroom: AUD 34.50
OK, staff peramah. Macam ramai yang duduk situ untuk long stay.
b) EAGLEHAWK NECK – (Bluegum Hostel) Double room shared bathroom : RM124
Disebabkan tak ada orang lain, kitorang je, jadi the whole house kami yang punya..yeehawww~ malam pasang lagu rock kapak buat mini karok. cantik rumah ni sekeliling kawasan memang cantik, ayam owner bela besaq gila terjakun sat. No laundry facilities.c) LOWER LONGLEY near HOBART – (Simple Farmstay) Private self contained studio with a queen bed + pull out single bed: RM188/2 nights
Rumah cantik cumanya, sejuk gile weyh rumah ni, pakai unggun api style tradisional kena pakai kayu api, so nak hidupkan unggun api je dah makan masa 2 jam..kahhh~
d) BICHENO – (Bicheno Backpackers) Budget twin shared bathroom: RM109.50
Hostel ni best, bersih dan luas.
e) BICHENO – (Seaview HolidaY Park) Basic Triple Room: RM86.80
Ada masalah dengan bilik kitorang, heater tak function berpindah randah jugak tapi oklah asalkan heater ada, sejuk woiii…
f) LAUNCESTON – (Launceston Backpackers) Twin with shared bathroom: RM80.20
OK, kitchen luas, bilik bersih, penghuni pun ramai, meriah~
g) CRADLE MOUNTAIN – (Cradle Mountain Holiday parks) 4 bed dorm (private): RM242/2 nights
Kitchen yang sebelah bilik kitorang tu memanjang ramai orang, ada budak2 mat salleh duduk, tak habis2 memasaknya. Nasib ada kitchen satu lagi, tapi jauh sikitlah dari bilik nak menapak. Bilik Ok, heater function bagus.
h) LAUNCESTON – (SJ Hostel) Twin Room Budget: RM67.42
Hurmmm hostel ni, bed sheet and mattress berbau, harga memang murah tapi itulahnya masalah dia.
Ads
4)
a) Tessellated Pavement
b) Tasman Blow-Hole
c) The Tasman Arch
d) Devil’s kitchen
e) Singgah Doo Town
f) Remarkable Caves
COST: Park entry – HOLIDAY type (8 weeks) valid to use for all parks including Cradle Mountain. AUD60/car. Satu kereta max 8 orang sahaja. Kami beli kat Tourist Centre tak jauh dari hostel kami duduk, Narrara Backpackers. Akan ada resit, jadi sepanjang walking, trekking or hiking kat mana-mana National Park, kena bawak sekali in case ranger ada dan nak check tgk korg masuk ada pass ke x, kat kereta pun ade kena tggl macam keratin kertas dan display supaya park ranger Nampak korang masuk park dengan valid pass.
Tempat-tempat ni semua cantik2 belaka, please jangan skip satu pun~ ?
5)
a) The Cape Huay walk
b) Ralph’s Bay (nak tengok Bioluminescent Plankton)
Ini hari yang tak berapa menjadi lah sebab hujan lebat, plan asal nak pegi trekking kat Cape Huay tu tapi jalan masuk sangat berlecak dan kiri kanan pokok2 tajam habis calar2 kereta, nak park kemudian jalan kaki tapi kawasan rumah orang macam tak berani pulak nak park kereta jadi dibatalkan niat, tak tau nak pegi mana lepaq je kat rumah. Bioluminescent Plankton ni pulak ngam2 dua ke tiga hari lps balik Malaysia bersepah-sepah group cakap dapat tengok plankton ni..siap pakej aurora lagikk tauuuu….tapi kita tak ada rezeki lerrr..
6)
a) Salamanca Market
b) Mount Wellington
Boleh bawak kereta samapai ke peak, tak payah hiking tapi nak jalan kaki naik atas pun boleh. Pakai tebal sikit sebab kat peak sangat sejuk, angina menderu-deru.
7)
a) Bruny Island
Cost: AUD33. Ini cost untuk kereta dan passenger yang size keretanya kurang dari 6meter. Mungkin harga dah berubah. Boleh refer link ni: https://www.sealinkbrunyisland.com.au/ferry/prices
Plan asal adalah nak ke Maria Island tapi last minit tukar plan ke Bruny Island. Tak ingat kenapa tukar plan, sebab terbangun lewat kot? Ferry ke Bruny boleh angkut kereta sekali, kalau Maria Island kena sewa basikal atau jalan kaki untuk berjalan2 kat island.
Ads
8)
a) Sleepy Bay & Gravelly Bay
b) Cape Tourville Lighthouse
c) Hiking Mount Amos
Satu je nak pesan, kalau hujan atau keadaan boleh buat track mount amos ni licin, better jangan naik, sangat2 slippery batu-batu kat mount amos. Masa saya naik Alhamdulillah, panas terik jadi batu-batu kering, memang ketar2 lutut nak naik dan sampai atas tapi view dia subhanAllah cantik sangat-sangat tak boleh nak describe macam mana dengan kata-kata..chewahhh~
9)
a) Whalers Lookout Scenic reserve
b) Bicheno Blowhole
c) Binalong Bay
10) Cradle Mountain
Tak dapat sampai peak sebab snow tebal dan track tak nampak jelas, bukan terer sangat hiking jadi, kami setakat 1273 meter sahaja dalam 6.18km perjalanan. View sangat cantik Cuma bagi saya, mount amos lagi cantik.
Itulah cerita saya, sepanjang kat sana makan memang masak sendiri, disebabkan ada kereta jadi kitorang bawak makanan sangat banyak dan barang-barang basah beli kat sana. Tasmania ni bagi saya macam little New Zealand. tengok dalam gambar cantik bila tgk depan2 lagikkkk cantik.
Masa pergi Remarkable Cave terjumpa dengan sorang Australian ni, sembang2 dia nampak happy sangat2, sebab dia cakap dia baru lepas divorce dengan husband nya, husband dia ada affair dengan perempuan muda so husband tinggalkan dia dengan anak2. Dia cakap sepanjang kahwin, dia tak pernah ada masa untuk diri sendiri, so lepas cerai anak pun dah besar, dia berjalan-jalan secara solo, setakat jumpa tu dalam Australia je tapi dia bercadang nak ke luar negara juga.
Bila tengok dia, teringat masa mula-mula travel dulu, nampak kereta lalu pun dah happy… sekarang happy juga Cuma otak banyak berfikir untuk mencari diri yang sebenarnya…??dah jumpa ke? Jawapannya, aku masih mencari~ ☺️
Buat anda yang mencari lokasi berbuka puasa yang selesa untuk seisi keluarga, The Chef Cafe mempunyai keistimewaan dan kepelbagaian juadah yang menyelerakan. Mudah untuk mencari kafe ini kerana terletak bersebelahan Gamuda Walk, Kota Kemuning, Shah Alam.
Menurut pemiliknya, Ezlyn Zabri pilihan kafe di lot hujung bangunan membolehkan tambahan kerusi meja boleh dibuat di bahagian anjung luar jika pengunjung ramai. Restoran ini mampu memuatkan sehingga 180 pengunjung dalam satu masa. Kafe berkonsep ‘family dining’ tampil dengan dekorasi yang sederhana menambahkan lagi rasa santai dan selesa.
Sajian Aneka Rasa The Chef Cafe
“Kafe ini ialah idea bersama sepupu saya seorang Chef Azman Zainal Aznam yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam industri perhotelan dan dunia F&B. Dialah pencetus semangat untuk kami mulakan kafe ini. Dialah juga yang merealisasikan resipi-resipi yang dihidangkan buat pengunjung. ” ujar Ezlyn.
Bertemakan menu western fusion, terdapat lebih 40 menu ala carte seperti Lamb Stew Navarin, Chef American Fried Rice, Spagetti Sambal, Salmon Grill, Sirloin Steak, Home made Beef Burger, Grill Lamb Salsa dan Mongolian Grill.
Menu Ramadan
Tahun ini The Chef Cafe kembali dengan menu iftar “Hikayat 1001 Rasa”. Bermula pada 28 Mei hingga 23 Jun 2017, pelbagai menu sajian utama, Western serta pencuci mulut bakal dinikmati.
“Hikayat 1001 Rasa” menampilkan sajian hasil air tangan Chef Noor Muhammad Aliff yang sememangnya mempunyai kepakaran dalam menyediakan sajian Melayu Selatan. Antara menu utama yang akan disajikan ialah Asam Pedas Johor, Masak Lemak Perut & Rebung, Daging Masak Hitam, Masak Lemak Keli Salai, Sambal Goreng Jawa, Rendang Ayam/Daging, Ikan Masak Taucu, Peria Goreng Telur dan pelbagi lagi masakan Melayu serta ulam-ulaman.
Selain masakan Melayu, makanan ala Barat juga disediakan bagi memberi variasi kepada menu berbuka puasa “Hikayat 1001 Rasa”. Beef/Mushroom Lasagna, Honey Chicken Wing, Black Pepper Beef, Baked Mix Vege, Lamb Stew dan House Salad antara menu ala Barat yang tersenarai.
Menurut Chef Aliff, hampir 50 menu dihidangkan secara berulangan pada setiap hari. The Chef Café menampilkan juadah yang berbeza pada hari-hari tertentu.
Kambing Golek merupakan menu wajib yang akan menjadi pelengkap dalam senarai menu berbuka puasa. Iftar Ramadan “Hikayat 1001 Rasa” ini turut menyediakan hidangan berkonsepkan gerai untuk memeriahkan lagi iftar Ramadan anda di The Chef Cafe. Ayam Tempayan, Mongolian Grill, Pasta, Bubur Nasi dengan Sambal Hiris Cepo/Kentang, Laksa Tempoyak serta ABC antara yang wajib dirasai. Pelbagai pencuci mulut seperti aneka kuih muih Melayu tempatan, kek, tart dan ABC melengkapkan lagi sajian berbuka puasa anda di The Chef Cafe.
Keistimewaan menu
Jika anda bertandang ke sini,jangan lepaskan peluang menikmati Monggolian Grill. Bahan mentah seperti daging lembu, ayam, daging kambing, udang, lala, sayuran hijau, cendawan dan lain-lain disediakan di satu tempat berhampiran dengan tempat panggang. Cara memasak sama sebagaimana memasak teppayaki, apa yang membezakan ialah pilihan sos yang terdiri daripada empat pilihan. Anda boleh mencampurkannya sama ada dengan mi, mihun atau kuew teow ataupun memilih untuk sayur-sayuran sahaja yang digoreng dengan mentega.
Laksa Tempoyak juga antara tarikan di kafe ini . Laksa dihiasi dengan keropok goreng, telur puyuh rebus dan beberapa jenis ulam yang apabila dicampurkan akan membangkitkan selera. Rasa masam manis tempoyak yang dimasak dengan ikan patin menjadi pelengkap.
Dengan keluasan yang ada , restoran mampu menyediakan ruang untuk pelbagai acara antaranya majlis korporat dan majlis resepsi. “Biasanya mereka yang ingin membuat majlis di sini boleh beritahu apa yang mereka inginkan,” ujar pemilik.
Servis yang terbaik dan makanan yang enak menjadi keutamaan kafe ini bagi memberi kepuasan kepada pengunjung. Buat warga Shah Alam, anda patut cuba menu di restoran ini.
INFO
Restoran The Chef Shah Alam, N0 43 Persiaran Anggerik Vanilla, Business Park 1, Seksyen 31 Kota Kemuning, Shah Alam
Waktu Operasi: 12 tengah hari hingga 11 malam setiap hari
Bufet Ramadan The Chef Cafe- The Chef menyediakan lebih 50 menu berbuka puasa termasuk Kambing Golek dan Mongolian Grill. Harga serendah RM49.90 untuk dewasa dan RM24.90 bagi kanak-kanak.
Buat anda yang merancang bercuti ke Medan bersama insan tersayang selama 5 hari 4 malam, anda patut tahu apa yang best di sana.
Itinerary Bercuti di Medan
Menerusi perkongsian Azura Noorun ini, bercuti ke Medan selama 5 hari 4 malam ini tidak mencecah RM1500 dan itu sudah tentunya berbaloi!
Bercuti ke Medan selama 5 hari 4 malam dan kos hanya RM1,121.50 seorang.
– Semua jarak tempat jauh jauh (1-2 jam perjalanan)
– Iron tak ada disediakan
– Kebanyakan homestay tak ada aircond
– Pakai baju tebal kalau dah sampai Brastagi – sejuk
– Makanan kena tanya pemandu halal atau tak
Jumlah kos penerbangan:
– Tiket pergi + (10kg) = RM 148
– Tiket pulang + (10kg) = RM 150
Kos penginapan:
– Camping bukit holbung = RM50 x 2
– Laster Johnny = RM 60 x 2
– Mountain View homestay = RM 80 x 2
– RM 1457x 2. (Dah termasuk airport transport, tol, minyak, guide dan servis lain).
– Pemandu kami sangat baik. Semua benda dia sediakan. Bangun solat subuh, masakkan mi segera, buatkan kopi, belikan mineral, bawakkan beg dan lain-lain.
– Harga boleh bincang ikut bajet.
– Dia akan ikut kemana anda nak pergi, keselamatan dan kebajikan terjaga.
Hari pertama
– Penerbangan Kuala Lumpur – Medan
– Bah damanik
– Kebun teh Damanik
– Parapat
– Naik feri ke Samosir Island (Lake Toba view)
– Bukit Holbung (Lake toba view)
– Tidur dekat Bukit Holbung
Hari kedua
– Bangun pagi dan pergi Elfrata waterfall.
– Selpas Elfrata Waterfall ke Tuk Tuk Village
– Huta sialagan
– Beli cenderahati
– Bukit Burung (Lake Toba view)
– Makan malam di Village Tuk Tuk
– Balik homestay
Hari ketiga
– Check out homestay
– Naik feri pergi Brastagi
– Makan tengah hari
– Peapira lake side (Lake Toba view)
– Sipiso piso waterfall
– Check in rumah di Berastagi
– Makan malam
Hari keempat
– Sarapan pagi
– Pergi ke kaki Gunung Sinabung
– Melawat ghost town di kaki Gunung Sinabung
– Sarune Cafe
– Jalan di bandar Medan
– Membeli belah dan balik hantar ke lapangan terbang
Hari kelima
– Seawal jam 5am dah boarding balik Malaysia.
Itu sahaja perkongsian mengenai bercuti ke Medan dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Perjalanan untuk sampai ke puncak Gunung Semanggol yang terletak di daerah Kerian, Perak amat mencabar mental dan fizikal kami yang pergi dalam satu kumpulan seramai lapan orang.Bermula dengan laluan ladang kelapa sawit dan suasana sekeliling yang gelap membuatkan perjalanan cukup mencabar.
Seawal jam 5 pagi kami sudah bertolak bagi memastikan perancangan untuk sampai ke puncak sebelum matahari naik.
Dek kerana melalui ladang kelapa sawit, cahaya bulan yang mengambang tidak dapat menyinari laluan kami kerana dihalangi dengan pelepah pokok sawit. Mengambil masa hampir 30 minit akhirnya kami sampai ke penghujung ladang sawit.
Dari situ kami meneruskan pendakian di kawasan batu kapur pula. Pemilihan kasut sukan amat penting kerana untuk memelihara kaki daripada kulit melecet atau pun tergeliat.
Laluan kawasan batu kapur juga bagi kami begitu sukar kerana jalannya yang tidak rata dan terpaksa mendaki sedikit.
Antara laluan sukar untuk dilalui oleh pendaki
Setelah merintangi laluan kawasan batu kapur, kami menyeberangi sungai kecil untuk misi sampai ke puncak Gunung Semanggol. Tidak dapat dinafikan bunyi cengkerik di sekeliling amat menenangkan di tambah pula dengan suhu yang dingin, memberi semangat kepada kami untuk menawan gunung.
Hayati keindahan alam
Sewaktu perjalanan ada salah seorang daripada ahli kumpulan mengalami keletihan kerana laluan yang penuh ranjau. Mujurlah keperluan seperti air dan gula-gula telah di bawa kerana kami tahu keperluan ini amat penting ketika misi mendaki gunung atau bukit.
Walaupun kami semua telah bersedia dari awal, keadaan yang tidak dijangka ini tidak dapat dielakkan untuk aktiviti lasak seperti ini.
Bagaimanapun ketika di pertengahan perjalanan, ada satu lagi laluan yang amat mencabar berbanding laluan yang dilalui sebelum itu. Keadaan permukaan tanah yang licin membuatkan kami perlu sama-sama bertolak ansur.
Nasib kami agak baik kerana ada disediakan tali. Hal ini kerana tanah yang begitu licin mencabar permukaan tapak kasut untuk mengimbangi badan kami.
Sewaktu dalam perjalanan itu juga, kami dapat melihat binatang seperti kelip-kelip yang menyinari di suatu sudut kawasan. Sungguh perasaan ini merasa nikmat kebesaran Tuhan Yang Maha Kuasa.
Pada jam 6.30 pagi kami solat dipertengahan jalan dan seterusnya kami meneruskan perjalanan dan sampai ke puncak gunung setinggi 390 meter kira-kira jam 7 pagi.
Di atas puncak gunung, kami dapat melihat keindahan alam ciptaan ALLAH yang begitu menakjubkan. Dapat melihat matahari terbit antara yang paling dinantikan. Bukan sahaja suasana sekeliling sahaja yang mendamaikan tetapi kehijauan alam begitu mengasyikkan.
Bahkan kami dapat melihat kawasan sawah padi dan kampung yang berdekatan dari atas dan ia betul-betul membuatkan kami begitu teruja.
Foto: Khairi MohdFoto: Cacin’Hikers
Walaupun ini hanyalah aktiviti yang singkat buat kami, terpancar kepuasan di wajah masing-masing setelah penat mengharungi perjalanan selama dua jam untuk sampai ke puncak.
Pastinya aktiviti lasak ini akan diteruskan lagi di lokasi yang berlainan kerana bukan sahaja dapat mengisi masa lapang tetapi meningkatkan stamina.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...