Seperti yang kita tahu setiap kali hujung tahun pasti negeri-negeri di Pantai Timur akan mengalami musim tengkujuh.
Namun itu tidak membataskan mood percutian ke sana terutama bagi mereka yang ‘food hunter’.
Jika untung bernasib baik, percutian ke Pantai Timur ini pastinya menjadi antara momen paling manis untuk di kenang sepanjang tahun.
Namun diingatkan untuk tidak mandi-manda di kawasan pantai atau air terjun kerana bimbang sungai deras atau ombak kuat.
Bagi yang berhajat untuk ke sana dan tidak tahu mana tempat menarik untuk dituju perkongsian Helmi Baharum ini boleh di jadikan panduan.
Trip Pantai Timur – Kelantan & Terengganu (Kota Bharu-Pasir Putih-Bachok-Jertih-Besut)
Boleh je nak melancong ke pantai timur hujung tahun jika tak banjir, tp elakkan mandi-manda di pantai dan air terjun/sungai yang deras
Ads
MAKANAN BEST -Kedai makan S.I.A.M, Kota Bharu-SIAM – Restoran Ikan Bakar & Thai Street Food.Set Miang Pla terbaik -Mazni Ikan Bakar, Tok Bali, Bachok.RM15 udang celup tepung berlambak dapat dan sedap. -Keda Bira Pata, Jerteh, Terengganu-Maggi ketam.
HOTEL: -D’Muara One Chalet Tok Bali, standard room RM33 x 2 malam. Berdepan Pantai Tok Bali, Bachok.Very basic facilities. FLIGHT: RM24 pergi balik KL-KB-KL SEWA KERETA: RM45sehari x 2 Hari+Kos petrol RM20 (harga selepas share of 2)
Day 1(3/12/2021) * Flight KLIA – Kota Bharu. * Flight delayed & tak boleh mendarat di Kota Bharu akibat cuaca buruk, terpaksa landing dan isi minyak di Airport Penang. Lepas 4 jam tiba semula di Kota Bharu.Punah itinerary, hurm. *Sebelum maghrib-layan rumput feeling-feeling Korea di Pantai Kemayang, Tawang, Kelantan. *Malam-makan, Kedai Eco Bachok dan check in hotel.
Ads
Bukit KeluangBukit BubusBukit BubusMasjid RussiaMasjid Taman Ilmu-UNISZA
Day2 (4/12/2021) * 7.00AM: Sunrise di Tok Bali,jalan kaki je. * 9.00AM: Pantai Bukit Keluang,Kampung Raja, Terengganu. *11.00AM: Hiking Bukit Keluang 1 jam relax2. *1.30PM: Masjid Taman Ilmu-UNISZA. *2.30PM: Bukit Bubus, Kg Raja.RM5 Swing service & RM5 powil.By appoinment. Paragliding dan ATV pun ada. *3.30PM: Pantai Beting Lintang, Besut. *4.30PM: The Paddy View Pondok Paku, Jerteh.Free *5.00PM: D’Baruh Padi Kampung Kerandang, Jerteh.Free *6.00PM: Masjid 8 kubah/Russia Jerteh. *Malam: makan malam dan rehat.
Day3 (5/12/2021) * 7.00AM: Jeram Mengaji Agro Resort, Pasir Puteh, Kelantan.Hanya bayar parking RM2.Ada Jeram,lapangan rumput ala-ala kundasang, ternakan lembu dan arnab dan beberapa aktiviti dan restoran. *12.15PM: Checkout hotel. *12.30PM: Pantai Tok Bali, Bachok. *1.00PM: Pantai Melawi, Bachok *2.00PM: Istana Bunian, Bachok *3.15PM: Kedai makan S.I.A.M, Kota Bharu. *5.30PM : Return kereta sewa di airport KB dan pulang KLIA.
Rindu nak balik jumpa keluarga di kampung, rindu nak singgah di destinasi menarik ada di Malaysia, rindu nak rasa jalan jauh.
Itu antara perkara yang ingin dilakukan oleh ramai rakyat Malaysia jika dapat merentas negeri setelah hampir tiga bulan tidak dibenarkan berbuat demikian. Ia susulan perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan disebabkan penularan pandemik COVID-19 di negara.
Majoriti rakyat Malaysia berharap pergerakan rentas negeri akan dilonggarkan semula selepas 9 Jun ini berdasarkan pungutan suara oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi aplikasi Telegram beberapa hari lalu yang mendapati orang ramai mahu supaya pergerakan merentas negeri dibenarkan semula. Ini kerana, daripada lapan pilihan peraturan yang diberikan, kebenaran rentas negeri paling banyak mendapat jumlah undian iaitu 64 peratus daripada lebih 222,500 responden.
Diikuti dengan aktiviti keagamaan yang mana sebanyak 57 peratus membuat pilihan supaya larangan melakukan aktiviti keagamaan dibenarkan semula.
Manakala aktiviti pendidikan juga menjadi tumpuan rakyat Malaysia yang mana sebanyak 35 peratus memilih agar sektor pendidikan beroperasi semula seperti biasa selepas 9 Jun kelak.
Untuk pilihan jawapan perniagaan tanpa premis iaitu melibatkan penjaja, pasar minggu, pasar tani, pasar malam, sebanyak 34 peratus memilih supaya ia dibenarkan semula.
Perkhidmatan gunting rambut juga memperoleh 34 peratus jumlah undian dan ia merupakan pilihan kelima tertinggi dalam peraturan yang ingin dilonggarkan oleh rakyat Malaysia.
Dalam pada itu, aktiviti hiburan dan riadah seperti panggung wayang, karaoke, muzium, taman tema meraih sebanyak 12 peratus.
Ia diikuti dengan aktiviti seni kreatif iaitu melibatkan penggambaran, rakaman filem, drama dan dokumentari yang mana hanya mendapat 10 peratus undian yang berkemungkinan melibatkan pemain industri penggambaran.
Terakhir sekali yang paling mendapat jumlah undian sedikit dalam pungutan suara MKN itu ialah aktiviti perjudian yang mana cuma sebanyak tiga peratus sahaja dikumpulkan.
Nampaknya sebaik selesai musim haji 1442H, kerajaan Arab Saudi mengumumkan ibadah umrah dibuka semula kepada jemaah dari luar negara, bermula 10 Ogos depan.
Menurut laporan Gulf News yang memetik agensi berita negara, SPA, ia adalah susulan kelancaran musim haji tahun ini selesai dengan jayanya.
Ibadah umrah bagi rakyat Arab Saudi dan penduduk ekspatriat di negara ini, sudah dibuka semula mulai semalam.
Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Abdul Rahman Al-Sudais, mengarahkan semua ahli gabungan kompeten supaya memuktamadkan persediaan untuk menerima jemaah meliputi umrah di Masjidil Haram, Tanah Suci Makkah.
Beliau sekali gus meminta petugas terbabit berusaha sedaya upaya dan memastikan pelaksanaan semua langkah pencegahan di Masjidil Haram serta Masjid Nabawi, Madinah, selaras ‘kerja dan kelancaran cemerlang’ pada musim Haji, minggu lalu.
Awal bulan ini, Kementerian Haji dan Umrah menggantung sementara permohonan untuk menunaikan solat dan ibadah umrah di Masjidil Haram.
Ia bagi membolehkan jemaah menunaikan ibadah dengan lancar dan petugas menyelesaikan kerja sanitasi di Masjidil Haram menjelang musim Haji tahun ini.
Sementara itu menurut ciapan dalam Twitter Haramain Sharifain, penerbangan langsung dibenarkan dari semua negara kecuali India, Pakistan, Indonesia, Mesir, Turki, Argentina, Brazil, Afrika Selatan dan Lubnan yang dikehendaki menjalani kuarantin selama 14 hari di negara ketiga sebelum tiba di Arab Saudi.
Selain itu, diwajibkan telah menerima vaksinasi COVID-19 yang lengkap sama ada vaksin Pfizer, Moderna, AstraZeneca atau Johnson & Johnson (J&J).
Imunisasi lengkap membabitkan vaksin keluaran China pula dikehendaki berserta dos ‘penggalak’ sama ada suntikan Pfizer, Moderna, AstraZeneca atau J&J.
Seterusnya, dibenarkan untuk jemaah berusia 18 tahun dan ke atas, serta ketibaan melalui agensi umrah yang ditauliahkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. – AGENSI
Setiap percutian panjang perlukan perancangan rapi. Lagi-lagi kalau percutian tersebut melibatkan banyak negara untuk dilawati. Jika anda ingin melancong ke Eropah dalam tempoh yang panjang, boleh jadikan trip sepasang suami isteri ini sebagai info buat anda.
Pasangan suami isteri ini telah memulakan trip ke Eropah bermula dari Kuala Lumpur, Krabi, Oslo-Norway, Tromso-Norway, Abisko-Sweden, Stockholm-Sweden, Switzerland, Munich-Germany, Salzburg-Austria, Prague-Czech Republic, Berlin-Germany, Singapura dan kembali ke Kuala Lumpur selama 23 hari. Best kan?
Jom baca perkongsian ini:
Saya nak share percutian trip Eropah saya selama 23hari (1-23 nov 2019) bermula dari
viewBriz lake,Swiss.Tromso, Norway 2Storgata,TromsoTromso, NorwayView dari dalam bilik airbnb. Stay sekali dgn owner. Owner baik.Narvik Train StationAurora
KRABI-OSLO-TROMSO
Tiket murah by Norwegian Airline bulan July. Terus grab sebab memang plan nak ke Norway untuk hunting Aurora and kebetulan tiket tengah murah terus grab.
kalau naik Norwegian airline makesure bawak earphone yea. Boleh layan movie. Earphone saya tak boleh cucuk.
Tak lepak Oslo just overnight di airport sebab esoknya flight awal ke Tromso.
Di airport Oslo ada ruang khas utk solat di aras departure. Cari or tanya pekerja situ kat mana “chaplin”
Di Tromso pakai apps utk beli ticket bus(sana ada bus sahaja) pekan kecil. Di setiap bus stop ada nama. So kalau nak ke tempat tinggal make sure tahu nama bus stop(berdekatan tempat tinggal) dan letak nama bus stop yg korang berada ketika itu di dlm apps,jadi boleh nampak bus nombor berapa yg perlu naik.
Airbnb sgt recommended sbb boleh tengok aurora di balkoni. Stay sekali dgn owner(baik siap tunjukkan manual setting utk snap aurora)and ada traveller lain tapi dah check out.
Hari pertama tak dpt tgk aurora sbb cloudy. Esoknya rezeki tuan rumah tunjuk ada aurora. So tengok di balkoni.
Dekat pekan ada surau nama “al nor”. Boleh google dekat mana and pintu masuk kena letak password. Pintu depan belah perempuan and belakang utk lelaki;
*Password pintu perempuan: 1969#
*Password pintu lelaki : 1965#
TROMSO-ABISKO
Naik bus awal pagi dari airbnb. Naik bus #100 dari Tromso pukul 6.25am( bus stop Tromsdalen Bruvegen) ke Narvik(bus sehari ada 3kali. Saya naik bus awal sebab nak kejar train di Narvik),then naik train dari Narvik ke Abisko Ostra.
Train dari Narvik ke Abisko pukul 3.15pm sampai Abisko Ostra pukul 4.44pm. Sampai pun dah gelap. Mmg sunyi berjalan ke Abiskonet. Mcm pekan zombie pun ada.
Suhu -17,18 tapi actually feels like -21,22 tertampar rasa muka dgn angin sejuk. Air hidung pon beku.
Ticket train beli melalui apps.
Stay di abiskonet. Take note toilet adalah share dan mandi open sesama gender. Para perempuan digalakkan bawa kain batik kalau malu mandi bogel dan juga ada sauna.
Cadang datang ke Abisko nak tgk aurora. Tapi suhu sejuk gila. Ada satu malam tu terlepas nak tengok. Tapi dah cover di Tromso dpt tgk aurora jadi dah lepas hajat utama.
Di Abisko hanya ada satu saja kedai utk beli barang makan nama Godis Fabriken supermaket.
ABISKO-STOCKHOLM
Ambil night train ke Stockholm.
Tak ramai yg naik train boleh kira berapa orang yg naik. Station pon takde pekerja jadi tunggu aje makesure ticket dah siap beli.
Ticket beli guna apps yg sama.
Jalan area old town,pergi masjid central mosque(jalan kaki sepanjang di Stockholm) kecuali nak ke airport.
Di setiap train station Stockholm ada wall art tapi memandangkan berjalan kaki jadi tak tengok wall art kecuali nak ke airport. Baru nampak. Cool jugak.
Di airport Arlanda stockholm ada ruang solat(campur-Ccampur agama solat nama chaplin juga)
STOCKHOLM-SWITZERLAND
-Naik Swiss airline dari arlanda airport.
Dari stockholm central saya naik train kemudian tukar naik bus(ticket valid 2 jam) so cover sekali dgn bus) kalau direct naik train,di airport ada bayaran lain. So naik train dan tukar naik bus lagi jimat.
Make sure beli ticket train(zurich-airbnb di interlaken OST)ke tempat tinggal awal2 sebab harga berubah mengikut masa. Kalau bukan sebab saver day price boleh cecah rm400++ lagi lewat beli lagi mahal. Masuk toilet menangis
Cover Lauterbrunnen,Grindelward,Zermatt,lake Briz and beberapa tempat lain.
Hilang rase penat tengok kawasan tenang di Swiss.
Tempat stay pun recommended tapi utk family boleh juga cumanya toilet share. Saya amek bilik private utk 2 org. Toilet share and ada dapur.
Saya beli siap2 dari malaysia SAVER DAY PASS utk 2 orang selama 2hari. Sama mcm STP tapi utk cable car kena bayar full. Itu sahaja perbezaan SDP dgn STP.
SWITZERLAND-MUNICH
Di station bus Zurich ada kedai kebab halal harga CHF10 incase lapar boleh lah makan(pejam mata dgn amount kena bayar)
Naik bus ke Munich. Masuk aja sempadan Germany akan berhenti satu tempat nie (mcm tempat parking) and polis akan naik atas bus and minta passport and bawa turun. Nanti dorang akan return semula.
Bas ada wifi&toilet (flixbus)
Sana ada kebab halal famous nama Mustafa Gemuse Kebab. Kena beratur.
Stay dua tempat sbb baru perasan ade terlebih satu hari di munich.
Di munich(dan mungkin seluruh German setiap hari ahad memang sunyi dah kedai banyak tutup. Mmg ada rules pada hari ahad tak boleh bising-bising).
Hotel Im Bunker (studio room) tu mmemang best sesuai untuk couple & family. Toilet pun ada sekali. recommended! Actually bangunan tu bunker zaman dulu yg dah di ubah suai. Bersih dan lawa.
Jalan sekitar marienplatz,newtown hall,odeonplatz,english garden,angel of peace and beberapa tempat(kebetulan sambil jalan kaki)
MUNICH-SALZBURG
Naik Flixbus and turun kat tepi jalan. Seberang jalan ada bus stop so amek bus tu terus ke hotel.
Pekan kecil yg best. Ramai juga muslim di situ.
Sana banyak bus.
Makanan halal pun senang cari kecuali di Hallstatt.
Hotel recommended dkt dgn Salzburg HBF(bus&train station)
Jalan dari hotel ke area Mozart birthplace and jenjalan sekitar situ.
Ke Hallstatt naik bus direct terus ke kampung Hallstatt so takde naik ferry ke seberang or apa. Rasa lagi mudah. Route bermula dari :1)salzburg HBF #150 – Bad Ischl(tukar bus) / 2)bad Ischl #542 – Gosausee bus stop / 3)Gosausee bus stop #543 – Hallstatt bus stop. (Nak balik ikut nombor bus yg sama.) ticket beli guna apps and boleh tgk schedule bus pergi dan balik. Sgt mudah!
SALZBURG-PRAGUE
-Beli ticket bus dgn flixbus include ticket train dari Salzburg train ke Linz central train station. Keluar dan jalan kaki cari bus stop flixbus utk ke Prague UAN Florenc.
Last minute plan ke Prague. So far ke sana ok aje(risau pencopek actually)tapi tak tahu lah sebab satu hari sahaja di sana. Takde naik train ke apa just jenjalan walk in distance dari hostel.
Trdelník mmg TERBAIK
Hostel nie tak berapa nak recommended sgt sbb still baru dan dalam proses renovation. Nama hostel pun takde mmg cari tak jumpa. Kebetulan owner tgh hisap rokok dekat luar so dia tegur dan kami pun check in.
Jalan area oldtown hall,prague astronomical clock and jenjalan di bangunan2 situ sahaja.
PRAGUE-BERLIN
Ticket balik melalui Berlin naik Scoot. Transit di Singapore.
Lagi sekali naik bus ke Berlin. Bus berhenti mcm RnR and polis dtg naik atas bus. Kali nie siap geledah bag & badan tapi Alhamdulillah bag saya dan husband tak kena dorg just tgk passport and return balik lepas tgk sambil senyum. Menggelabahlah juga. Yg lain bag kena geledah and check badan.
Shopping di Primark Alexanderplatz. Get ready duit aje.
Since saya bermalam di airport sbb flight pagi ke singapore,so segala bag saya letak beg dalam locker di Berlin central station harga €6 besar gak. Lepas 2 packpack besar,1 backpack kecil. Lagi satu saya akan ke airport dari Berlin Central Station jadi senang nak ambil bag dan terus gerak.
Di Berlin saya beli day pass(guna sehingga jam 3am) include naik bus ke Tegel Airport.
Lauterbrunnen,Swissthe viewSalzburg,AustriaSatu-satunya kedai runcit yg ada di Abisko. Tak jauh dari Abisko.netWaktu nie memang terang boleh tengok dgn mata kasar.Hallstatt,AustriaTempat tinggal ketika di Abisko.Brandenburg gate,BerlinTunggu night train ke Stockholm. Boleh kira berapa org je tu ggu train.
Note:
Ticket naik train/tram/bus mmg guna apps beli online. Mmg takda org check ticket. Terasa mcm rugi je beli ticket BUT di sana pekerja menyamar jadi orang biasa and akan perhati. So jgn tak beli ticket. Dari beli ticket murah nanti kena denda bayar mahal. Kenapa saya beli guna apps, sbb malas nak pegang ticket takut tercicir & malas nak check in ticket di mesin.
Duit cash saya cuma bawa 40euro and duit Swiss 30CHF. Still ada balance sebab semua pakai card di sana.
Banyak pakai bigpay sbb bigpay boleh letak no telefon simcard yg saya beli. So senang OTP boleh dapat direct. Malas nak roaming.
Saya dan husband jalan santai tourist spot area and berdekatan dengan tempat tinggal sbb kami berjalan kaki(kecuali di Munich dan Berlin) kemudian balik ke tempat tinggal around 4-5pm sbb dah gelap.
Di Berlin ada yang tegur ‘speak English?’ Tapi kami cakap “No” sebab yang tegur tu macam pegang kertas & pen macam nak minta sign (teringkat kisah orang share di Paris then kena copek (elak sebelum kena)
Banyak refer apps utk timing train/bus/tram. Dah install siap2 dari malaysia(boleh refer ruang perbelanjaan saya utk tahu apps apa yg saya pakai)
Mostly gambar baju/tudung yg sama sbb tak bwk banyak baju. Waktu sejuk nak senyum pun keras muka. Yg bwk pun ada yg tak pakai. (yg dah pakai saya basuh kat sana and ada yg pakai berulang kali sbb mmg tak berbau).2set long john,1seluar jalan,3 baju jalan,3helai tudung,1 winter jacket&1 sweater.
Alhamdulillah setakat nie solat di luar tak ada yg ganggu. Paling senang solat di tempat locker. Di Swiss ade solat di bawah tangga. Sejuk kemain.
Kos utk 2 orang
Terima kasih pada kawan-kawan yg saye pernah comment dan DM tanya macam-macam and sudi share pengalaman.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...