Susulan pembatalan penganjuran bazar Ramadan di Selangor yang dijangka menjejaskan pendapatan hampir 17 ribu peniaga dan penjaja, Kerajaan Selangor mengumumkan akan melaksanakan satu inisiatif pembelian dalam talian (online) bagi menggantikan bazar Ramadan yang berkonsepkan fizikal.
Ekosistem keusahawanan baharu itu bakal menyaksikan kerjasama syarikat penghantaran, Grab Malaysia bertujuan membolehkan para peniaga menjana pendapatan pada bulan puasa. Platform digital ini dinamakan E-Bazar Ramadan Selangor Grab memberi peluang rakyat Selangor membeli juadah berbuka puasa dalam talian.
Ads
Foto: The Star
Konsep bazar Ramadan digital ini hanya membenarkan pembelian dalam talian sahaja melalui aplikasi Grab selain mematuhi segala spesifikasi penyediaan makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sebanyak 15 lokasi telah dikenalpasti sebagai lokasi pelaksanaan untuk dijadikan dapur berpusat (central kitchen).
Ads
Melalui sebuah kicauan di Twitter, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata bahawa platform Grab akan digunakan untuk merumahkan gerai-gerai sepanjang waktu Ramadan ini, dan pelanggan boleh membeli juadah-juadah untuk berbuka puasa, dimana pihak Grab kemudiannya akan menghantar makanan-makanan tersebut terus ke rumah anda.
Ads
E-BAZAR RAMADAN SELANGOR GRAB
Saya terpanggil mendengar keluhan nasib para peniaga setelah keputusan pembatalan Bazar Ramadan.
Justeru, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk membina suatu ekosistem keusahawanan baharu dengan kerjasama syarikat penghantaran iaitu @GrabMYpic.twitter.com/53sxC0AZpJ
Kenduri kahwin sekarang banyak berubah mengikut zaman dan budaya asing juga. Orang Melayu dulu-dulu sebelum British jajah, memang macam nilah adat pakaian, persandingan, makanan dan perarakan. Lepas British masuk, adalah pengantin yang bergaya pakaian ala Barat (biasanya orang bandar). Pelik juga takda yang buat ala Jepun walaupun Jepun jajah sekejap Malaya (pakai kimono).
Kenduri kahwin orang dulu-dulu memang meriah. Walaupun sederhana dari segi hantaran, tapi makanan dan keramaian tak kalah. Acara merewang dan hiasan persandingan rata-ratanya dibuat sendiri bersama orang kampung dan adik-beradik bermuafakat mengadakan majlis.
Tengok gambar dari zaman gambar tak berwarna hinggalah zaman gambar berwarna. Mungkin selepas 90an, dah semakin pupus rewang, talam, bunga telur, telur balut tisu, makan berhidang. Namun mungkin kawasan kampung masih lagi kekalkan tradisi ini. Bersederhana, meriah dan kekal bahagia.
Dari album: Abu Bakar Ahmad & internet
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Demi mempromosi produk pelancongan, lukisan mural sepanjang 50 meter yang memaparkan lokasi-lokasi ikon Terengganu kini menghiasi Primula Beach Hotel (PBH).
Jika anda berkunjung ke Primula Beach Hotel (PBH) Kuala Terengganu, jangan lepaskan peluang bergambar di mural pertama yang menggabungkan pelbagai elemen seperti pembangunan, seni warisan kehidupan, dan keindahan pantai dan tasik yang terdapat di negeri Terengganu. Mural tersebut telah siap sepenuhnya, dan mula menunggu kehadiran pengunjung.
Lukisan mural yang mempamerkan Jambatan Angkat, Tasik Kenyir, Pasar Payang, Muzium Terengganu dan Pantai Batu Buruk itu berjaya disiapkan selama 15 hari dan merupakan tarikan baharu pelancong. Lukisan mural tersebut turut memaparkan keindahan seni dan warisan yang sinonim dengan masyarakat Terengganu seperti wau bulan, batik dan songket. Ia dihasilkan oleh empat pelukis tempatan yang diketuai Cikgu Budin, Razali Che Mat, Nazli Hamzah, dan Ahmad Saipudin Abdul Ghani yang bergabung tenaga menerusi kepakaran masing-masing secara sukarela.
Jom singgah sini!
image via google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Di sebalik tuduhan negatif terhadap pihak berkuasa Malaysia kononnya telah menganiaya rakyat asing semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk memutuskan rantaian COVID-19, beberapa warga asing telah melihat sisi positif dan memuji tindakan pihak berkuasa membendung virus maut itu.
Seorang daripadanya, usahawan dalam talian dan YouTuber dari United Kingdom (UK) Darren Cronian melalui salurannya telah memberikan komen mengenai inisiatif Malaysia dan kerajaan, dalam menangani krisis itu. Menerusi video lapan minit yang dimuat naik, Cronian berkongsi pengalamannya ketika terkandas di Malaysia hampir 11 minggu, bersendirian dalam apartmennya berdepan pandemik itu di negara asing. Video tersebut turut dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook peribadinya.
Menurut Darren Cronian, beliau kagum bagaimana pihak berkuasa tempatan mengendalikan situasi itu dengan melaksanakan PKP di negeri berbeza dan mengurangkan pergerakan rakyat. Darren Cronian juga melalui video tersebut berkata dia tidak memberi tumpuan dari sudut politik atau agama tetapi berfikiran positif dan merasakan apa yang dilakukan oleh Malaysia, adalah model yang harus diikuti seluruh dunia.
“Apabila saya melihat Malaysia melaksanakan tindakan, sedangkan UK perniagaannya masih dibuka, saya buat keputusan, saya kuatkan semangat tinggal di sini untuk menempuhnya, tanpa mengira berapa lama masa yang diambil. Saya katakan, saya amat kagum bagaimana Malaysia mengendalikan COVID-19 apabila terus melaksanakan tindakan, menguatkuasakan PKP, memastikan orang ramai tidak membuat pergerakan dan hanya boleh keluar untuk membeli makanan dan barangan keperluan. Bagaimana Malaysia uruskan pandemik ini sangat mengagumkan, ketika dikuarantin selama 11 minggu, saya lakukan tinju bayang berlatarkan lagu tema Rocky, angkat berat gunakan botol air dan banyak habiskan masa melihat luar tingkap,” katanya.
Ketika itu Darren Cronian bersendirian dan suasana yang sepi hampir menyebabkannya hilang akal, tetapi dia bersyukur apabila individu di Malaysia menghubunginya dan bertanya bagaimana keadaannya atau adakah dia memerlukan apa-apa, dan ini menyebabkan dia berasa bertambah baik bahawa ada orang yang mengambil berat tentang dirinya. Selain itu, Cronian berkata ketika dia pergi ke pejabat Imigresen untuk melanjutkan visanya dan mendapati ia ditutup, beliau kemudian menyedari rakyat di negara ini memandang serius pandemik ini.
“Rakyat di negara ini adalah sebahagian daripada sebab kenapa pandemik ini tidak seburuk yang terjadi di negara lain di seluruh dunia. Apabila anda lihat angka setakat ini berbanding UK atau negara Eropah yang lain, banyak yang berkaitan dengan kerjasama rakyat. Hanya dengan duduk di rumah, orang ramai dalam sekatan pergerakan, terima kasih kepada semua orang di sini, mungkin keadaannya jauh lebih teruk,” katanya.
Darren Cronian mengakhiri videonya dengan mengucapkan terima kasih kepada Malaysia kerana mengambil berat mengenai dirinya dan menyediakan beliau rumah yang selamat dan beliau sangat menghargai rakyat Malaysia yang sentiasa berhubung dengannya sepanjang 11 minggu pelaksanaan PKP.
Ruangan komen turun dibanjiri ucapan terima kasih daripada rakyat Malaysia, selain ada beberapa pelancong yang pernah tinggal di Malaysia sewaktu pandemik turut menyokong kenyataan Darren Cronian.
Jauh dari hiruk-pikuk kota dan kesibukan destinasi pelancongan popular, tersembunyi sebuah lokasi eksklusif yang semakin mencuri perhatian pengembara antarabangsa.
Terletak di pesisir Sipalay dalam wilayah...