Lukisan mural kisah rakyat dan identiti negeri Pahang menjadikan lorong belakang barisan kedai lama di Jalan Besar di sini yang sebelum ini kelam dan suram kini bertukar kepada suasana lebih ceria dan meriah dengan pelbagai warna selain dihiasi lampu bagi menghidupkan suasana waktu malam.

Semua itu merupakan hasil kerja 13 anak jati Pahang berusia antara 26 dan 52 tahun dikenali sebagai 'Projek 06', mengambil kod negeri di Jabatan Pendaftaran Negara yang bertungkus-lumus setiap hari sejak Disember 2020 bagi menyiapkan 'Kuantan Art Street' yang diharapkan akan menjadi lokasi tumpuan pelancong.

Wakil kumpulan, Mohd Amer Farouk, 31, berkata, mural sepanjang 200 meter itu merupakan sebahagian daripada persiapan Kuantan dinaik taraf sebagai bandar raya pada 21 Februari lepas.

Antara lukisan mural dipamerkan termasuklah lukisan kerbau hitam menarik pedati berisi hasil laut, diilhamkan daripada masyarakat nelayan di Pantai Beserah yang menggunakan khidmat haiwan itu sekitar tahun 70-an bagi memudahkan kerja.

IKLAN

Kuantan Art Street, Lukisan Mural Gambarkan Sejarah Negeri Pahang

Kuantan Art Street, Lukisan Mural Gambarkan Sejarah Negeri Pahang

Kuantan Art Street, Lukisan Mural Gambarkan Sejarah Negeri Pahang

Kuantan Art Street, Lukisan Mural Gambarkan Sejarah Negeri Pahang

Selain kerbau, turut mendapat perhatian ialah lukisan batik berwarna terang yang menggambarkan batik daripada teknik ikat yang popular di Cherating selain gambar aktiviti luncur ombak, memandangkan Pantai Cherating terkenal kepada peminat sukan lasak itu kerana ombaknya dikatakan boleh setinggi lima kaki.

IKLAN

Turut diabadikan di situ ialah paparan seorang lelaki memakai baju belang berwarna firus, putih dan hitam memasak burger dikenali sebagai Lan Burger, yang difahamkan membuka gerai burger pertama di bandar Kuantan pada tahun 1977, selain lakaran susuk tubuh tukang kasut khusyuk dengan kerjanya, panorama yang biasa dilihat di tepi-tepi kedai sekitar bandar di sini.

IKLAN

Kuantan Art Street, Lukisan Mural Gambarkan Sejarah Negeri Pahang

Kuantan Art Street, Lukisan Mural Gambarkan Sejarah Negeri Pahang

Kuantan Art Street, Lukisan Mural Gambarkan Sejarah Negeri Pahang

Kuantan Art Street, Lukisan Mural Gambarkan Sejarah Negeri Pahang

Kuantan Art Street, Lukisan Mural Gambarkan Sejarah Negeri Pahang

Kuantan Art Street, Lukisan Mural Gambarkan Sejarah Negeri Pahang

Ada juga gambar naga berwarna hijau iaitu lukisan yang paling sukar dihasilkan pada bangunan setinggi tiga tingkat yang mengambil masa selama tiga hari untuk disiapkan, diinspirasikan daripada kisah rakyat Naga Sri Gumum yang diceritakan 'menghuni' Tasik Chini di Pekan, kira-kira 84 kilometer dari bandaraya Kuantan.

Turut ada ialah gajah yang menjadi identiti negeri Pahang. Ada juga nombor 25000 yang menjadi poskod negeri Pahang selain gambar kerang gergasi menggambarkan Taman Kerang, sebuah kawasan rekreasi berhampiran Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini, yang popular dalam kalangan penduduk setempat. – Bernama. / Gambar : Pahang Tourism

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI