Kebimbangan terhadap penularan Covid-19 varian Omicron yang semakin ‘mengganas’ di peringkat global membuatkan kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga yang cukup proaktif.
Sebanyak lapan negara yang terkini dimasukkan ke dalam senagari negara berisiko tinggi menjadikan jumlah negera berisiko tinggi kepada 18 buah negara.
Dalam pada masa yang sama Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin turut mengumumkan penarikan semula sekatan perjalanan sementara ke atas lapan buah berisiko tinggi susulan peningkatan mambabitkan varian Omicron. Negara terbabit ialah Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe dan Malawi.
Namun negara-negara tersebut kini dimasukkan ke dalam senarai negara berisiko tinggi. Berikut merupakan negara-negara yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi Omicron.
Ads
United Kingdom
Amerika Syarikat
Australia
Arab Saudi
Norway
Perancis
Denmark
India
Kanada
Nigeria
Afrika Selatan
Bostwana
Eswatini
Lesotho
Mozambique
Namibia
Zimbabwe
Malawi
Beliau turut menggesa rakyat Malaysia agar tidak melakukan perjalanan ke negara-negara tersebut jika tiada keperluan penting.
Ads
Semua individu yang memasuki sempadan tanah air dari negara-negara yang disenaraikan di atas perlu melakukan ujian kendiri setiap hari sepanjang kuarantin.
Jadi buat anda yang merancang bercuti ke mana-mana negara disebut harap dapat tangguhkan dahulu atau mengambil langkah penjagaan yang teliti dan rapi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau ke Hatyai aktiviti biasa yang sering dibuat adalah makan dan shopping, tapi sebenarnya ramai yang mungkin tak tahu ada aktiviti lain seperti hiking yang boleh korang buat apabila bercuti di sana.
Sering kali ke Hatyai kerana urusan kerja dan juga bercuti membuatkan pengguna Facebook yang dikenali sebagai Sidratun Najjah inginkan kelainan bila berkunjung ke tempat tumpuan pelancong itu.
Mempunyai ramai kenalan di sana, lelaki ini menyatakan hasrat untuk hiking di Hatyai. Bagi merealisasikan permintaan lelaki ini, kenalannya telah membawa dia meneroka ke sebuah bukit yang dikenali sebagai Khao Khu Ha yang terletak lebih kurang 20 km dari bandar Hatyai.
Berkongsi dengan majalah LIBUR eksplorasi ke bukit ini, lengkap dengan maklumat menarik bagi yang berminat untuk hiking sepertinya, jom ikuti perkongsian Sirdatun!
SANTAI HIKING DI KHAO KHU HA, WILAYAH SONGKHLA, THAILAND
Semenjak sempadan dua negara Malaysia dan Thailand dibuka, ditambah pula perkhidmatan keretapi Pdg Besar ke Hatyai telah beroperasi, berpusu-pusu rakyat kita Kembali mengambil peluang makan angin di Hatyai. Sebuah bandar di Selatan Thailand yang begitu sinonim dan sangat popular dikalangan rakyat Malaysia. Terkenal dengan destinasi membeli belah dan juga makanannya.
Penulis sendiri telah berkali-kali ke sana sejak kebenaran pasca PKP atas urusan kerja atau merehatkan diri. Jarak yang tidak jauh dan perkhidmatan Komuter oleh KTMB menjadikan destinasi tersebut cepat dan mudah untuk diakses. Barangkali disebabkan bosan sering melakukan aktiviti yang sama di bandar tersebut terpacul pertanyaan kepada sahabat penulis, seorang warga Thailand yang menetap di Pattani.
“ Weii..mai sini makan-makan dah merata tempat pergi, shopping aku tak minat sangat, 7E dah jemu, join event run pun dah banyak event dah join kat sini, tak ada ka tempat boleh hiking dekat-dekat dengan Hatyai ni?” ujar penulis dengan ketawa tidak serius, sebab tak yakin ada lokasi tersebut. Belum pernah nampak orang kita tular di media social datang hiking di Hatyai. Yang selalu nampak bab makan, makan, 7E,7E dan shopping, shopping je.
Penulis melihat sahabat penulis seolah-olah sedikit terkejut dan termenung sejenak, seperti memikirkan sesuatu sebelum menjawab pertanyaan yang diajukan.
“ Betul ke kau nak hiking ni? Kalau kau mahu esok pagi-pagi kita pergi” sahut sahabat penulis. Jawapan yang menyebabkan penulis pula yang terperanjat.
“ Betul ke ni? Hatyai ada tempat hiking ka?” tanya penulis masih kurang percaya.
“ Ahh..kau siap-siap je la esok pagi-pagi kita gerak. Kau ikut ja la aku bawa”
Bermula dari situ akhirnya penulis telah dua kali sampai ke lokasi hiking yang dimaksudkan sahabat penulis. KHAO KHU HA. Begitulah nama bukit lokasi hiking tersebut. Khao itu sendiri bermaksud bukit. Ianya dikenali oleh penduduk Hatyai terutama kaki hiking atau outdoor. Namun sebaliknya bagi pelancong ke Hatyai yang semestinya tidak memasukkan lokasi ini dalam wishlist percutian di Hatyai.
Bukit ini terletak lebih kurang 20km atau kira-kira 30 hingga 40 minit memandu dari bandar Hatyai melalui lebuhraya ke Phattalung. Dapat juga diakses lokasi ini menggunakan aplikasi Google Maps. Walaupun acapkali menggunakan lebuhraya tersebut untuk ke Krabi, Satun mahupun Suratthani namun penulis akui tidak perasan akan kewujudan bukit tersebut yang sebenarnya amat jelas dapat dilihat dan tidak jauh dari lebuhraya tersebut. Dari sisi kiri lebuhraya, anda perlu lalui mini tar bersebelahan anak sungai ke kaki bukit yang hanya berjarak kurang 1 km.
Pertama kali penulis ke sini bersama sahabat tersebut menggunakan motosikal yang disewa di bandar Hatyai. Anda boleh sewa dengan kadar 300THB untuk sehari. Minyak petrol motor lebih kurang 150THB. Kali kedua penulis pergi bersama rakan-rakan runner dari Malaysia selepas menyertai acara Yala Marathon. Kami menyewa sebuah Songthew (panggilan kepada sebuah kenderaan seperti tuk-tuk namun saiznya lebih besar) dengan harga 1800THB (boleh memuatkan sekitar 10 orang). Songhtew membawa kami ke sana seawal 5 pagi, menunggu kami habis hiking dan seterusnya membawa pula untuk sarapan di Chabura Dimsum, sedikit masa shopping di Plaza Clock Tower sebelum kembali ke hotel penginapan. Bagi penulis harga tersebut amat berbaloi kerana hingga hampir jam 1.00 petang baru kami kembali ke hotel.
Cuma berlaku sedikit peristiwa melucukan apabila pemandu Songthew tersebut sebenarnya tidak pernah ke bukit tersebut. Penulis terpaksa menjadi pemandu arah tidak bertauliah menunjuk arah jalan kepada beliau. Ujarnya ini pertama kali pelancong yang dibawanya dantang ke sini. Selepas menerima tempahan dari kami malam sebelumnya beliau memaklumkan pada kami yang beliau telah bertanyakan lokasi tersebut pada kawan-kawan pemandu tuk-tuk/songhtew di kumpulan Whatsapp bagi mendapat gambaran kedudukan lokasi berkenaan. Alhamdulilah mujur kami semua selamat tiba ke lokasi dituju.
Oleh demikian jika anda ke Hatyai ke Hatyai, apakata luangkan sedikit masa santai-santai hiking di Khao Khu Ha. Trek yang sangat santai tapi menampilkan permandangan yang memukau serta mempersonakan. Betoi baq ang tak tipu. Perjalanan hiking dari kaki bukit ke puncak hanya mengambil masa sekitar 30 minit sahaja. Sangat sesuai untuk newbies atau yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti hiking. Namun jangan salahkan penulis jika anda menghabiskan masa berjam-jam di sini dek kerana keterujaan merakam gambar sepanjang perjalanan anda. Satu kerugian kalua tak bergambar.
Anda telah tiba di puncak jika anda tiba di kawasan yang terdapat satu tiang arah angin di situ(Sebelumnya terdapat bendera Thailand yang berkibar di tiang namun malangnya kini sudah tiada mungkin reput). Di sini anda boleh saksikan pemandangan 360 darjah.
Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk hiking di bukit ini. Namun digalakkan untuk datang seawal pagi bagi mengelak panas kerana bukit ini tidak mempunyai pokok-pokok besar di atasnya yang dapat melindungi anda dari terik mentari. Sebab kedua, jika anda bernasib baik anda akan disajikan juga dengan awan carpet/awan nano di sini. Lebih meriah jika hadir pada hujung minggu. Di kaki bukit berhampiran kawasan parkir kereta terdapat gerai-gerai makanan dan minuman. Anda boleh beli minuman di sini sebagai bekal untuk dibawa. Cuma untuk makanan tiada gerai yang menjual makanan halal. Walaubagaimanapun tidak perlu risau kerana sepanjang perjalanan ke sini anda boleh temui sekitar 5 buah 7 Eleven yang anda boleh berhenti untuk membeli air dan juga makanan halal.
Selesai hiking , dalam perjalanan pulang apakata singgah sebentar di Café Amazon, sebuah café kopi yang popular di Thai untuk melepaskan Lelah sambal menghirup secangkir kopi. Kopinya enak setara Starbuck namun harganya jauh lebih murah.
Bawalah pulang seribu satu kenangan,
Bawalah pulang juga sampah anda, jangan dicemari keindahan alam ciptaan tuhan
MT FANSURIE
Pelari Santai yang meneroka bumi Thai melalui aktiviti larian
Bercuti ke Kundasang di Sabah adalah satu pilihan tepat buat anda yang suka dengan pemandangan indah gunung sambil layan hiking.
Terletak 90km dari bandar Kota Kinabalu, mengambil masa lebih kurang 2 jam driving dari Kota Kinabalu. Bergantung pada aliran traffic.
Nak tahu lebih jelas, jemput baca perkongsian My Messy Kitchen ini sepanjang dia pergi bercuti di Sabah.
Kalau cuti sekolah aliran traffic lagi perlahan. Nak rasa macam berada di luar negara datanglah ke Kundasang, Sabah. The view is breathtaking and majestic. The air is refreshing.
Di sini memang sesuai lah orang cakap “slow living”. Memang tempat healing. Relax.
1-3 Sixty Peak, Mesilou – seronok nak hiking. Views memang breathtaking. Yang gayat itu tak recommended!
2- Sosodikon Hill – Hiking level beginner. Tak basah ketiak pun, boleh lah nak ambil gambar banyak-banyak kat atas tu. Views pun cantik!
3- Maragang Hill – ini hiking level orang nak berlatih naik gunung Kinabalu.
4- Hidden Hill – Ni tempat ala-ala Jepun. Boleh sewa Yukata/ Kimono.
5- Desa Dairy Farm – terkenal dgn lembu-lembu macam dalam iklan susu Fernleaf New Zealand. Aiskrim/gelato sedap.
6- Alpaca Club.
7- D’Mesilau Rabit Garden.
Banyak tempat makan tapi setakat ini saya suka My Arab Kitchen Restaurant dan Tuk Tuk Tomyam Kundasang.
Saya dan family (5 adults and 2 kids) stayed dekat Lavender House (max 10 ppl) dengan harga RM400/night. Penginapan di situ sangat lengkap dgn peralatan memasak, wifi, water heater, dan yang paling penting Lavender House ini sangat dekat dengan tempat-tempat menarik di atas. Buka pintu/tingkap terus nampak Kinabalu. Memasak kat dapur pun nampak Kinabalu.
Hah, yang mana rasa nak ke Sabah, boleh masukkan semua tempat menarik ini dalam senarai. Lebih senang untuk anda gerak dan berhenti cari makanan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pernah sampai Borneo Cultures Museum di Kuching Sarawak? Mungkin ada yang tak pernah tahu dan kurang pasti ada tempat ini di Malaysia.
Okay, jom kita baca perkongsian Puan Felicia Ramzi, satu pengalaman menarik sewaktu dia berada di sana.
Jom, saya cadangkan korang datang ke sini, Borneo Cultures Museum yang terletak di Jalan Tun Abang Haji Openg. Ada banyak aktiviti menarik boleh dilakukan di sini.
Buka setiap hari bermula jam 10:30 pagi dan ada bayaran mengikut kategori. Bawa kad pengenalan bersama untuk pengesahan semasa membeli tiket di kaunter, jangan lupa.
Muzium ini muzium kedua terbesar di Asia dan ia bersifat interaktif. Terdapat tema berbeza di setiap tingkat dan korang wajib pergi ke semua tingkat ni okay. Menarik dan informatif tentang pembangunan Sarawak dari dulu sehinggalah sekarang.
Selain itu, ada seksyen interaktif tentang sejarah Puteri Santubong & Puteri Sejinjang (kagum tengok yang ini), selain dari exhibit haiwan sebenar yang telah diawet.
Paling best, aktiviti interaktif untuk kanak-kanak turut disediakan di tingkat 2. Mainlah puas-puas di situ. Kalau dah letih, ada restoran di tingkat 1. Nak beli souvenir sebagai tanda kenangan, pun ada kedai souvenir juga di tingkat 1.
Berbaloi? Yes, worth every penny. Parking pun free. Ruang luas, selesa dan pengudaraan baik dalam bangunan.
Jadi, dah tahu nak ke mana kalau sampai Kuching, Sarawak? Nanti terus datang dan gerak ikut tempat seperti yang dinyatakan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jauh dari hiruk-pikuk kota dan kesibukan destinasi pelancongan popular, tersembunyi sebuah lokasi eksklusif yang semakin mencuri perhatian pengembara antarabangsa.
Terletak di pesisir Sipalay dalam wilayah...