Kalau ke Hatyai aktiviti biasa yang sering dibuat adalah makan dan shopping, tapi sebenarnya ramai yang mungkin tak tahu ada aktiviti lain seperti hiking yang boleh korang buat apabila bercuti di sana.
Sering kali ke Hatyai kerana urusan kerja dan juga bercuti membuatkan pengguna Facebook yang dikenali sebagai Sidratun Najjah inginkan kelainan bila berkunjung ke tempat tumpuan pelancong itu.
Mempunyai ramai kenalan di sana, lelaki ini menyatakan hasrat untuk hiking di Hatyai. Bagi merealisasikan permintaan lelaki ini, kenalannya telah membawa dia meneroka ke sebuah bukit yang dikenali sebagai Khao Khu Ha yang terletak lebih kurang 20 km dari bandar Hatyai.
Berkongsi dengan majalah LIBUR eksplorasi ke bukit ini, lengkap dengan maklumat menarik bagi yang berminat untuk hiking sepertinya, jom ikuti perkongsian Sirdatun!
SANTAI HIKING DI KHAO KHU HA, WILAYAH SONGKHLA, THAILAND
Semenjak sempadan dua negara Malaysia dan Thailand dibuka, ditambah pula perkhidmatan keretapi Pdg Besar ke Hatyai telah beroperasi, berpusu-pusu rakyat kita Kembali mengambil peluang makan angin di Hatyai. Sebuah bandar di Selatan Thailand yang begitu sinonim dan sangat popular dikalangan rakyat Malaysia. Terkenal dengan destinasi membeli belah dan juga makanannya.
Penulis sendiri telah berkali-kali ke sana sejak kebenaran pasca PKP atas urusan kerja atau merehatkan diri. Jarak yang tidak jauh dan perkhidmatan Komuter oleh KTMB menjadikan destinasi tersebut cepat dan mudah untuk diakses. Barangkali disebabkan bosan sering melakukan aktiviti yang sama di bandar tersebut terpacul pertanyaan kepada sahabat penulis, seorang warga Thailand yang menetap di Pattani.
“ Weii..mai sini makan-makan dah merata tempat pergi, shopping aku tak minat sangat, 7E dah jemu, join event run pun dah banyak event dah join kat sini, tak ada ka tempat boleh hiking dekat-dekat dengan Hatyai ni?” ujar penulis dengan ketawa tidak serius, sebab tak yakin ada lokasi tersebut. Belum pernah nampak orang kita tular di media social datang hiking di Hatyai. Yang selalu nampak bab makan, makan, 7E,7E dan shopping, shopping je.
Ads
Penulis melihat sahabat penulis seolah-olah sedikit terkejut dan termenung sejenak, seperti memikirkan sesuatu sebelum menjawab pertanyaan yang diajukan.
“ Betul ke kau nak hiking ni? Kalau kau mahu esok pagi-pagi kita pergi” sahut sahabat penulis. Jawapan yang menyebabkan penulis pula yang terperanjat.
“ Betul ke ni? Hatyai ada tempat hiking ka?” tanya penulis masih kurang percaya.
“ Ahh..kau siap-siap je la esok pagi-pagi kita gerak. Kau ikut ja la aku bawa”
Ads
Bermula dari situ akhirnya penulis telah dua kali sampai ke lokasi hiking yang dimaksudkan sahabat penulis. KHAO KHU HA. Begitulah nama bukit lokasi hiking tersebut. Khao itu sendiri bermaksud bukit. Ianya dikenali oleh penduduk Hatyai terutama kaki hiking atau outdoor. Namun sebaliknya bagi pelancong ke Hatyai yang semestinya tidak memasukkan lokasi ini dalam wishlist percutian di Hatyai.
Bukit ini terletak lebih kurang 20km atau kira-kira 30 hingga 40 minit memandu dari bandar Hatyai melalui lebuhraya ke Phattalung. Dapat juga diakses lokasi ini menggunakan aplikasi Google Maps. Walaupun acapkali menggunakan lebuhraya tersebut untuk ke Krabi, Satun mahupun Suratthani namun penulis akui tidak perasan akan kewujudan bukit tersebut yang sebenarnya amat jelas dapat dilihat dan tidak jauh dari lebuhraya tersebut. Dari sisi kiri lebuhraya, anda perlu lalui mini tar bersebelahan anak sungai ke kaki bukit yang hanya berjarak kurang 1 km.
Pertama kali penulis ke sini bersama sahabat tersebut menggunakan motosikal yang disewa di bandar Hatyai. Anda boleh sewa dengan kadar 300THB untuk sehari. Minyak petrol motor lebih kurang 150THB. Kali kedua penulis pergi bersama rakan-rakan runner dari Malaysia selepas menyertai acara Yala Marathon. Kami menyewa sebuah Songthew (panggilan kepada sebuah kenderaan seperti tuk-tuk namun saiznya lebih besar) dengan harga 1800THB (boleh memuatkan sekitar 10 orang). Songhtew membawa kami ke sana seawal 5 pagi, menunggu kami habis hiking dan seterusnya membawa pula untuk sarapan di Chabura Dimsum, sedikit masa shopping di Plaza Clock Tower sebelum kembali ke hotel penginapan. Bagi penulis harga tersebut amat berbaloi kerana hingga hampir jam 1.00 petang baru kami kembali ke hotel.
Cuma berlaku sedikit peristiwa melucukan apabila pemandu Songthew tersebut sebenarnya tidak pernah ke bukit tersebut. Penulis terpaksa menjadi pemandu arah tidak bertauliah menunjuk arah jalan kepada beliau. Ujarnya ini pertama kali pelancong yang dibawanya dantang ke sini. Selepas menerima tempahan dari kami malam sebelumnya beliau memaklumkan pada kami yang beliau telah bertanyakan lokasi tersebut pada kawan-kawan pemandu tuk-tuk/songhtew di kumpulan Whatsapp bagi mendapat gambaran kedudukan lokasi berkenaan. Alhamdulilah mujur kami semua selamat tiba ke lokasi dituju.
Ads
Oleh demikian jika anda ke Hatyai ke Hatyai, apakata luangkan sedikit masa santai-santai hiking di Khao Khu Ha. Trek yang sangat santai tapi menampilkan permandangan yang memukau serta mempersonakan. Betoi baq ang tak tipu. Perjalanan hiking dari kaki bukit ke puncak hanya mengambil masa sekitar 30 minit sahaja. Sangat sesuai untuk newbies atau yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti hiking. Namun jangan salahkan penulis jika anda menghabiskan masa berjam-jam di sini dek kerana keterujaan merakam gambar sepanjang perjalanan anda. Satu kerugian kalua tak bergambar.
Anda telah tiba di puncak jika anda tiba di kawasan yang terdapat satu tiang arah angin di situ(Sebelumnya terdapat bendera Thailand yang berkibar di tiang namun malangnya kini sudah tiada mungkin reput). Di sini anda boleh saksikan pemandangan 360 darjah.
Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk hiking di bukit ini. Namun digalakkan untuk datang seawal pagi bagi mengelak panas kerana bukit ini tidak mempunyai pokok-pokok besar di atasnya yang dapat melindungi anda dari terik mentari. Sebab kedua, jika anda bernasib baik anda akan disajikan juga dengan awan carpet/awan nano di sini. Lebih meriah jika hadir pada hujung minggu. Di kaki bukit berhampiran kawasan parkir kereta terdapat gerai-gerai makanan dan minuman. Anda boleh beli minuman di sini sebagai bekal untuk dibawa. Cuma untuk makanan tiada gerai yang menjual makanan halal. Walaubagaimanapun tidak perlu risau kerana sepanjang perjalanan ke sini anda boleh temui sekitar 5 buah 7 Eleven yang anda boleh berhenti untuk membeli air dan juga makanan halal.
Selesai hiking , dalam perjalanan pulang apakata singgah sebentar di Café Amazon, sebuah café kopi yang popular di Thai untuk melepaskan Lelah sambal menghirup secangkir kopi. Kopinya enak setara Starbuck namun harganya jauh lebih murah.
Bawalah pulang seribu satu kenangan,
Bawalah pulang juga sampah anda, jangan dicemari keindahan alam ciptaan tuhan
MT FANSURIE
Pelari Santai yang meneroka bumi Thai melalui aktiviti larian
Sesiapa yang pernah bergelar mahasiswa di UiTM Shah Alam dan juga Unisel Shah Alam sekitar tahun 2014 ke bawah pasti kenal dengan nasi lemak yang mendapat jolokan Nasi Lemak Jati ni.
Manakan tidak, nasi lemak atas van yang berniaga di hadapan Kolej Jati Seksyen 7, Shah Alam ini pasti akan dipenuhi oleh student yang kelaparan setiap hari.
73050580_10214313804894457_7398640638389911552_n.
Kunjungan student ke van Nasi Lemak Jati ni bukan biasa-biasa. Korang akan jumpa satu barisan paaannnjang! Itu semua student-student yang tinggal berhampiran sedang beratur nak beli Nasi Lemak Jati.
Untuk korang yang tak sempat merasai zaman kegemilangan Nasi Lemak Jati ni, bagi saya, anda terlepas satu perkara terindah bergelar mahasiswa UiTM atau Unisel di Shah Alam. Nasi lemak ni tersangat la sedap. Sambil menulis ni artikel ni pun, saya masih terbayang keseronokan dan keriangan beratur bersama teman-teman sekampus membeli Nasi Lemak Jati.
72649862_10214313808094537_6662718148501831680_n.
Apa yang best pasal nasi lemak ni selain daripada nasi dan sambalnya adalah aneka pilihan lauk-pauk yang disediakan. Korang pilih la nak makan apa pun, semuanya ada. Nasi sambal kerang, sambal sotong, sosej, fish cake apa segala tok nenek semua ada dijual. Harga pun harga student, tak ada lah mahal sangat. Beruntung siapa yang tinggal dekat Kolej Jati, van ni betul-betul terpacak depan pintu pagar kolej. Senang!
Psstt.. Korang ingat tak depan nasi lemak ni ada mesin ATM Bank Islam. Cucuk duit dulu then beli nasi lemak. Hahaha.
73175516_10214313808974559_3666994887791738880_n.
Tapi sayang, van Nasi Lemak Jati ni dah lama sangat tak kelihatan di mana-mana. Semenjak Kolej Jati dikosongkan daripada penghuni dan ditutup, van nasi lemak ni pun dah tak kelihatan daripada pandangan. Kalau korang pergi Kolej Jati depan Seksyen 2 Shah Alam tu pun, dah rata kena roboh. Hmm.. Rindu..
Dulu dah pernah viral orang sibuk mencari balik Nasi Lemak Jati ni especially geng-geng student era kegemilangan Nasi Lemak Jati dulu. Maklum la, nasi lemak ni bukan sahaja sarat dengan nasi bersantan campur sambal kerang dan fish cake, tapi Nasi Lemak Jati ni pun sarat dengan kenangan dan memori.
Tak sangka pula baru-baru ni, viral lagi sekali orang masih mencari-cari Nasi Lemak Jati! Korang kalau tahu dekat mana nasi lemak ni berniaga, tolong roger Libur! Libur nak pergi beli! Serius rindu weyhhh!
72608938_10214313805894482_2302932593345036288_n.
72687852_10214313829095062_6157035257485852672_n.
Capture.
72969321_10214313805414470_3329586289992269824_n.
73025090_10214313804534448_7871844239389229056_n.
Kredit kepada: Muhammad Firdaus , thanks sebab berjaya throwback balik kerinduan ni.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Siapa yang pernah sampai ke Bukit Baginda di Kampung Majau? Kepada yang belum sampai, Bukit Baginda di Kampung Majau ni terletak di daerah Kuala Pilah, 13 kilometer dari pekan Batu Kikir dan lokasi ini antara tempat popular untuk orang ramai datang melakukan aktiviti rekreasi.
Apa yang menarik di Bukit Baginda ni selain daripada persekitarannya yang menghijau dengan tumbuh-tumbuhan adalah kewujudan Waze Rock atau Batu Berombak yang cukup unik dan menjadi ‘magnet’ penarik pelancong untuk berkunjung ke sana.
Keunikkan Waze Rock itu berjaya menarik ramai pelancong semenjak kawasan itu dibuka kepada orang awam kerana rupa bentuk batunya bulat dan tekstur permukaan batu tersebut beralun seperti ombak. Dek kerana itulah batu tersebut mendapat jolokan nama Wave Rock atau Batu Berombak.
Populariti Waze Rock Bukit Baginda itu bukan sahaja menarik minat pelancong tempatan malah ramai pelancong dari luar negara juga tiba bagi merasai sendiri pengalaman mendaki Bukit Baginda dan melihat sendiri Waze Rock tersebut. Rata-rata pelancong luar negara yang datang adalah dari Perancis, Jepun, United Kingdom, Vietnam dan Filipina.
Sekiranya anda ingin mendaki ke Wave Rock disarankan untuk mempunyai daya tahan mental dan fizikal yang baik kerana lokasi batu itu terletak di ketinggian lebih kurang 450 meter dari aras laut dengan jarak sepanjang 2 kilometer mendaki sahaja.
Masa untuk orang dewasa normal mendaki adalah lebih kurang 1.5 hingga ke 2 jam sahaja untuk sampai puncak Bukit Baginda. Anda yang ingin ke sana dikehendaki untuk membayar yuran masuk lebih kurang RM8 seorang iaitu RM5 untuk permit dan RM3 untuk yuran pengurusan kawasan berkenaan.
Selain daripada Wave Rock itu, kawasan Bukit Baginda juga mempunyai empat buah gua yang masih belum diterokai sepenuhnya dan di sekitar daerah Kuala Pilah itu juga terkenal dengan 70 tapak batu megalit atau lebih dikenali sebagai Batu Hidup daripada 300 tapak batu megalit yang ada di Negeri Sembilan.
Jika anda peminat aktiviti mendaki, bukit ini pasti menjanjikan kepuasan tersendiri. Dengan pandangan menghadap laut, Bukit Piniapat atau lebih dikenali dengan nama Piniapat Hills terletak di Kampung Dingai, Pitas, Sabah.
Keistimewaan utama bukit ini pastinya trail ke puncak bukitnya yang dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan. Untuk tiba ke kawasan bukit yang cantik itu, anda peru melalui beberapa trekking terlebih dahulu yang terletak lebih kurang 100 meter dari pondok jualan tiket. Keadaan trek agak curam dan licin, namun laluan tersebut selesa digunakan kerana mempunyai ruang jarak yang luas. Selain itu kemudahan tali dan papan tanda juga disediakan sebagai panduan arah.Boleh dikatakan seluruh kawasan Bukit Piniapat ini sangat insta-worthy dan turut menjadi lokasi pilihan pengantin baru merakam gambar outdoor mereka.
Bukit Piniapat terletak di kawasan Utara Sabah. Perjalanan kami bermula dari daerah Sandakan ke persimpangan Sapi Nangoh (Telupid), melalui jalan Bukit Ular, ke Paitan dan seterusnya ke Pitas. Kawasan perbukitan tepi pantai dengan rumput lalang menghijau, disulami dengan warna-warni bunga. Sangat sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti easy and short hiking sambil bergambar bersama keluarga. Pemandangan di Bukit Piniapat seolah-olah berada di set penggambaran filem.
Jalan alternatif ke PITAS (Anggaran masa perjalanan tanpa henti):
Sandakan – Telupid (Persimpangan Sapi Nangoh) – Paitan – Pitas 285.8 km / 4 jam 30 minit
Kota Kinabalu – Kota Marudu – Pitas 168.6 km / 3 jam 30 minit
Ranau – Kota Marudu – Pitas 137 km / 2 jam 30 minit
INFO JALAN: 30 minit terakhir sebelum sampai di Pitas (jalan Sapi Nangoh), jalan raya dalam pembinaan, keadaan jalan asphalt + tanah dan berbatu. Pastikan anda tahu baca titik perpuluhan untuk mengelak kekeliruan dengan papan tanda unik 7.000km, 9.000km & 10.000km takut nanti memandu sampai ke Kalimantan . Beberapa tempat lain yang boleh dilawat di Pitas:
Floating Coral Bay
Dataran Bengkoka
Pulau Supirak
Pitas Bay View
TIKET MASUK BUKIT PINIAPAT:
Dewasa: RM2.00
Kanak-kanak: RM1.00
Maklumat lanjut boleh tengok FB Piniapat Hill, Pitas. Sesiapa yang merancang untuk datang ke Sabah bolehlah masukkan daerah PITAS dalam itinerari anda untuk dilawat!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...