Emirates Perkenal Polisi Tukar Tarikh Perjalanan Tanpa Bayaran

Share

Emirates memperkenalkan polisi pelepasan kepada semua tempahan tiket yang dikeluarkan mulai 7 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.

Ia membolehkan pelanggan di seluruh rangkaiannya membuat pilihan untuk menukar tarikh perjalanan tanpa bayaran perubahan dan pengeluaran semula tiket. Langkah itu membolehkan pelanggan membuat keputusan dengan tenang sama ada untuk menukar cadangan perjalanan akibat penularan COVID-19.

  • Pelanggan boleh menukar tempahan mereka kepada mana-mana tarikh dalam tempoh 11 bulan bagi tempahan kelas yang sama tanpa dikenakan caj penalti.
  • Perbezaan tambang akan dikenakan sekiranya berkaitan. Polisi ini merangkumi semua destinasi rangkaian Emirates yang sedia ada.
  • Pelanggan juga dimaklumkan bahawa perbezaan tambang atau cukai mungkin dikenakan sekiranya mereka berhasrat menukar tempahan kelas yang berbeza. Bayaran semula dan syarat-syarat tempahan semula semasa bagi tiket yang dikeluarkan sebelum 5 Mac 2020 masih boleh dilakukan.
  • Pelanggan yang terjejas akibat pembatalan penerbangan susulan COVID-19 diminta membuat semakan di emirates.com/my untuk tempahan semula atau membuat pilihan semula perjalanan.
  • Pelanggan yang berhasrat menukar urusan perjalanan selepas membuat tempahan di antara 7 Mac hingga 31 Mac, 2020 boleh berjumpa ejen perjalanan mereka atau menghubungi pusat panggilan Emirates di talian +603-62074999.

Situasi itu kekal dinamik dan Emirates akan terus mencari pendekatan untuk menawarkan fleksibiliti, keselesaan dan ketenangan kepada para pelanggan. Emirates juga dalam kenyataannya yang dikongsikan Bernama

mengambil langkah berjaga-jaga tambahan dengan melaksanakan prosedur menyahjangkit yang ditambah baik selepas penerbangan melibatkan destinasi paling terjejas dengan COVID-19. Emirates Skywards juga akan menyediakan lebih fleksibiliti kepada ahlinya yang terjejas akibat penularan itu menerusi langkah sekatan perjalanan dan pengurangan penerbangan.

IKLAN