Tanah perkuburan lama dipercayai berusia 100 tahun yang sebelum ini berada di dasar tasik Empangan Pedu, Kedah ‘muncul’ kembali selepas air empangan itu surut susulan cuaca panas dan kemarau yang melanda negeri jelapang padi itu sejak Disember lepas.
**media[154062]**
**media[154059]**
**media[154064]**
Kawasan perkuburan itu sebelum ini ditenggelamkan sebagai sebahagian daripada kawasan Empangan Pedu yang dibina pada 1969, bertujuan membekalkan air ke Kawasan Muda bagi membolehkan tanaman padi dua kali setahun dijalankan.
Kali terakhir kubur lama tersebut kelihatan adalah pada 2016 ketika negara dilanda fenomena El Nino, yang turut menyebabkan air di empangan itu kering. Kemunculan kubur itu sekali gus memberi peluang kepada waris untuk menziarahi, walaupun kebanyakan kubur berkenaan tidak dapat dikenal pasti pemiliknya.
**media[154063]**
**media[154061]**
Sumber: Bernama