Sebelum anda nak fly ke oversea, ada empat checklist yang wajib anda buat untuk pastikan perjalanan anda lancar tanpa masalah. Bila dah buat empat checklist wajib ni, barulah pergi ke checklist yang lain pula.
So, apa empat checklist wajib tu?
Semak rate tukaran matawang asing
Ads
Perkara yang paling penting ni, duit. Tak ada duit, bye-bye la nak bercuti. Jadi check dulu berapa nilai tukaran mata wang asing supaya nanti korang boleh anggarkan berapa bajet perbelanjaan korang dekat destinasi percutian nanti.
Check passport masih valid atau tidak
Ads
Tengok bulan berapa passport anda tamat tempoh? Passport yang tamat tempoh tak dibenarkan untuk ke luar negara. Pastikan tarikh tamat tempoh passport anda lebih 6 bulan daripada tarikh percutian, kalau lebih, lagi bagus. Pastikan juga passport tu dalam keadaan baik ya. Passport yang tak cukup sifat atau berconteng-conteng, kotor dan sebagainya mungkin akan mengundang masalah kepada anda nanti. Kalau ada rasa tak kena dengan passport tu, segera ke pejabat imigresen untuk membuat pertukaran.
Survey negara yang dituju itu perlu visa atau tidak
Ads
Research dulu negara yang korang nak pergi tu memerlukan visa atau tidak. Kalau tidak perlu, alhamdulillah. Kalau pergi, check macam mana proses mendapatkan visa, berapa ringgit harga yang dikenakan, apa syarat-syarat visa dan berapa lama tempoh sah visa.
Semak status perjalanan di imigresen
Tekan gambar untuk terus semak status perjalanan anda di laman sesawang Jabatan Imigresen Malaysia.
Please, semak status perjalanan anda dengan imigresen. Klik sahaja di sini untuk terus direct ke website jabatan imigresen untuk semak status perjalanan anda. Kalau ada hutang piutang, lunaskan dahulu. Nanti tak pasal-pasal blacklist, dah sangkut dekat airport. Sendu je..
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Siapa kata wanita hamil tak boleh keluar bercuti? Jangan jadikan alasan hamil untuk terperuk dirumah dan menghalang anda daripada mengendurkan tekanan ya.
Jadi apa caranya untuk wanita hamil keluar bercuti? Libur ada sedikit panduan dan nasihat untuk anda yang hamil tapi mahu keluar bercuti tanpa memudaratkan kesihatan. Jom kita ikuti apa yang perlu anda lakukan.
Diawal kehamilan, biasanya wanita hamil dihantui dengan gangguan morning sickness. Anda digalakkan untuk tidak melakukan aktiviti yang boleh mendatangkan kemudaratan sebelum kandungan berusia 12 minggu. Saranan waktu yang terbaik untuk anda bercuti adalah sewaktu trimester kedua iaitu antara bulan ke-4 dan ke-6. Waktu yang seharusnya dihindari untuk keluar bercuti terutamanya yang melibatkan penerbangan adalah pada minggu ke-36 hingga minggu ke-38.
Tubuh badan yang sihat akan menjamin kelancaran anda beraktiviti sepanjang masa bercuti. Jadi, sebelum bercuti lebih-lebih lagi jika melibatkan penerbangan, anda perlu lakukan pemeriksaan kesihatan oleh doktor dan jangan lupa untuk membawa rekod kesihatan anda bersama ketika bercuti. Ini kerana, jika berlaku perkara yang tidak diingini terutama berkaitan kehamilan anda, buku berkenaan dapat dijadikan rujukan oleh doktor yang bakal membuat pemeriksaan di tempat kejadian.
Cuba dapatkan tempat percutian yang tidak terlalu jauh dari tempat anda bermastautin ketika sedang hamil. Anda boleh pergi ke luar negara jika mahu tapi tidak digalakkan untuk berada lama di dalam pesawat. Sebaiknya, pilih destinasi domestik sahaja. Bagi yang mahu bercuti di tanah tinggi pula, tidak digalakkan untuk berada di ketinggian yang melebihi 3600 meter dari aras laut kerana ia boleh memudaratkan kesihatan.
Safety was made for a reason. Sentiasa pakai tali pinggang keselamatan dengan betul tidak kira anda sedang menaiki kenderaan jenis apa sekalipun. Sama ada kereta, pesawat atau apa sahaja. Dah berlaku banyak kejadian buruk yang boleh kita jadikan tauladan. Jadi, utamakan keselamatan, ingatlah orang yang tersayang.
Semasa hamil, sebaiknya elakkan daripada melawat negara-negara yang memerlukan vaksinasi. Jika tidak dapat dielakkan dan anda tetap perlu pergi ke sana, dapatkan nasihat daripada doktor yang pakar berkenaan vaksin dan selamat untuk anda dan kandungan. Jika anda sedang berusaha untuk hamil, dapatkan vaksin yang diperlukan sekurang-kurangnya empat minggu sebelum berusaha untuk hamil.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Laluan Sutera di China sangat sesuai dikujungi oleh umat Islam dari Malaysia. Selain mengenali lebih dekat budaya rakyat tempatan, umat Islam turut boleh membantu kaum minoriti Islam di China melalui kerjasama perniagaan makanan dan barangan serta pakej pelancongan.
Ikuti tip dan saranan daripada kumpulan rakyat Malaysia ini yang berkesempatan dan berpeluang teroka Laluan Sutera China ini.
Sekadar perkongsiaan serba sedikit berkenaan Jelajah Laluan sutera, China dan memasuki sendiri ke Wilayah Xinjiang dimana dikatakan bangsa Uyghur ditindas (tak nak komen lebih) bulan lalu. Route kami :
Sedikit highlight semasa kami melakukan silk road:
1) Train
-Terminal Train tidak beroperasi 24 jam sehari, jadi pastikan perancangan dan masa sesuai untuk pergi ke train station. Semasa di Xian Train Station train ditutup pada 12 malam dan beroperasi semula pada jam 6 pagi. Kalau pergi season okay, boleh menapak tepi bangunan, tapi pergi winter season beku nak hadap so best option cari hotel bajet area station.
– Train mereka sangat efisen, punctual tak kan lewat seminit. Lambat tinggal. Tapi kes kami, lambat dan tidak dibenarkan turun kerana train akan berjalan. Semasa di Zhangye, beberapa ahli team tidak berjaya turun kerana lambat sampai di pintu keluar dan train bergerak ke next destinasi dan kami harus menunggu 3 jam untuk kembali ke bandar Zhangye. Train tu patah balik menuju ke Xian dari Jiayuguan.
. 2) Keselamatan
– Kawalan keselamatan sangat ketat terutamanya di bandar Xinjiang. Pasport kami diperiksa beberapa kali diperiksa oleh askar dan polis sebelum tiba di Urumqi, dan terdapat face recognition di beberapa kawasan.
– Foreigner, diharuskan melaporkan ketibaan kepada polis bertugas di Train station sebelum memasuki kawasan train station dan harus mendapatkan cop kebenaran sebelum memasuki station dan ini terjadi hanya di Xinjiang.
– Perempuan terpaksa membuka tudung di Airport dan untuk pemeriksaan tanpa ada bilik khas. Semasa melalui security check di Tashkurgan, mereka juga diarahkan untuk membuka tudung. Pemeriksaan beg dan pasport juga harus melalui 3 checkpoint.
3) Hotel
– Kesukaran hotel hanyalah di Wilayah Xinjiang dimana foreigner tidak dibenarkan menginap di hotel bajet. Walaupun kami telah menempah awal hotel 3 bintang tapi semasa ketibaan di urumqi kami tidak dibenarkan untuk check in atas alasan sistem baru mereka tidak membenarkan pelawat dari luar, tapi mereka telah mencari hotel yang baru dan harga jauh lebih tinggi mungkin 4-5 bintang.
4) Bahasa
– Kesukaran bahasa tidak menjadi penghalang, google translate kan ada. Tapi, berbeza wilayah xinjiang kebanyakan mereka bercakap dalam bahasa urdu. Wajah mereka pun dah memang tak nampak macam china kerana wilayah xinjiang berdekatan Mongolia, Kazakhtan, Pakistan, Afghanistan dan Tajikistan. so kadang guna, logo dan gaya janji mereka paham.
5) Makanan
– Paling best makan di Urumqi, makanan sedap. Jangan bimbang kebanyakan makanan halal boleh dijumpai dengan mudah dan kalau was was pergi dekat kawasan masjid banyak restoran halal. Nak senang, cari logo halal china di google. Setiap restoran memang terpampang logo tersebut.
6) Internet
– Kitorang beli sim Hello di Malaysia siap siap, install free VPN kerana akses Fb, Ig, Whatsapp disekat disana. Mereka hanya menggunakan wechat. Mereka menggunakan wechat sebaiknya, membuat bayaran pembeliaan, taxi, toll, basjuga menggunakan aplikasi wechat.
Jelajah laluan sutera, antara satu perjalanan yang unik dan kami juga terkandas di Kasghar selama 2 hari akibat dilanda ribut pasir dan semua penerbangan dibatalkan. Apa yang boleh saya katakan, tempat ini selamat untuk dilawati dan antara laluan terbaik pernah saya pergi. “Masuk tempat orang bawak otak bukan pisau”.
Pesanan ringkas “maklumkan kepada pihak kedutaan tentang kehadiran, itinerari dan butir diri kepada pihak kedutaan Malaysia negara korang akan pergi sekurangnya mereka tahu tentang kehadiran kita disana jika berlaku apa apa masaalah”
Entri ini sesuai untuk mereka yang jarang berkhemah ataupun yang pertama kali ingin berkhemah kerana 10 tip yang tersenarai di sini adalah tip asas untuk setiap kali adanya perkhemahan.
Jika anda merancang untuk menjadi pelarian sementara dan gemar gaya hidup pantas, bebas dan ringkas, aktiviti berkhemah menawarkan kegiatan luar yang sederhana dan menyeronokkan.
Namun, beberapa tip perlu diikuti supaya perkhemahan anda lebih selamat dan selesa. Tip-tip tersebut bermula dengan:
Perkara pertama sekali adalah sentiasa mencari lokasi sebelum malam. Anda perlu menentukan perkhemahan jenis apa yang sesuai dengan anda sama ada sebuah khemah, kenderaan rekreasi atau sebuah kabin.
Jika anda seorang pengembara yang primitif, tidur berlangitkan bintang mungkin pilihan anda. Jika anda mahu tidak mahu terlalu terdedah, sebuah khemah adalah pilihan terbaik saat mengembara di luar.
Sebelum mahu membeli khemah, minta pendapat penjual khemah mana yang sesuai dengan pengembaraan anda dari segi harga, keselamatan dan keselesaan. Terdapat banyak pilihan khemah yang boleh anda perolehi dari segi penggunaan tirai mahupun tingkap dan pintu yang berzip.
Jika anda merancang berkhemah secara solo, pilih beg tidur yang sesuai mengikut cuaca. Beg tidur membantu menutup keseluruhan badan anda sehingga ke kaki, menghangatkan badan pada waktu malam dan mudah untuk dilipat.
Dari segi material, kebanyakan beg tidur terdiri daripada fiber sintetik di mana ia cepat kering malah anti alahan. Membawa beg tidur lebih mudah kerana ringan.
Senarai persiapan untuk berkhemah tidak akan lengkap tanpa menyenaraikan makanan dan minuman, bukan? Tidak kira sama ada anda mengembara solo, beramai-ramai, mendaki, berkhemah dengan kenderaan reakreasi mahupun kabin, makanan memang diperlukan.
Peraturan berkhemah adalah mengikut keperluan supaya tidak menyusahkan diri sendiri. Sebagai contoh, jika anda bersama kumpulan yang kecil, memadai membawa dua cawan oat masak segera berbanding membawa satu balang untuk 48 hidangan. Guna beg plastik yang berzip utnuk elak makanan bercampur.
Setiap kali anda selesai berkhemah, pastikan anda tidak meninggalkan kesan negatif seperti merosakkan lokasi atau apa saja kerana ia membantu anda melindungi alam sekitar untuk generasi lain yang mahu berkhemah akan datang. Jangan lupa bersihkan lokasi perkhemahan seperi membuang sampah di tempat sepatutnya.
Pastikan anda meletakkan khemah anda di tapak perkhemahan yang disediakan. Adalah lebih baik anda menanam bahan buangan sedalam 15 hingga 20 sentimeter jika tidak terdapat tong sampah, cuci pinggan 200 kaki jauh dari sungai dan tasik, jangan ambil benda semula jadi, simpan unggun-unggun api kecil di tempat selamat dan jauh dari hidupan serta jangan beri makan kepada haiwan.
Biarpun anda bukan seorang ‘fashionable’ tetapi adalah penting menitikberatkan pakaian yang sesuai ketika berkhemah. Pilih pakaian yang selesa dan sesuai dengan cuaca serta aktiviti yang ingin anda lakukan.
Semestinya pada waktu malam, anda memerlukan sarung tangan dan sarung kaki untuk elak digigit serangga dan elak rasa sejuk. Pada waktu siang, pakaian nipis dan menyerap peluh adalah penting supaya anda tidak merasa panas dan mudah melakukan aktiviti. Jangan lupa pilih kasut bertutup dan selesa untuk elak kaki melecet dan tidak sakit.
Sebelum mendirikan khemah, waspada dengan kawasan sekeliling. Jika lokasi terdiri dari banyak tumbuhan, lebih baik pakai pakaian lengan panjang dan seluar panjang. Jangan lupa sapukan losen pelindung serangga sekali.
Jika anda tidak arif mengenali tumbuhan yang beracun atau sebaliknya, lebih baik jauhkan daripada terus memerhati kerana ada sesetengah pokok dan tumbuhan boleh menyebabkan anda alah. Ia idea yang baik jika anda ada membawa losen calamine yang sering digunakan untuk merawat kulit gatal.
Pastikan salah seorang dari kumpulan anda pakar dalam menggunakan kompas, peta atau kemudahan GPS. Sebelum merancang untuk berkhemah, minta pendapat rakan-rakan yang telah berkhemah di lokasi yang sama. Ia satu bonus jika anda mendapat tip-tip berguna daripada mereka.
Sebut saja perkhemahan, slogan bersedia memang relevan untuk anda. Mengapa anda perlu membawa kit kelengkapan? Kit kelengkapan biasanya terdiri daripada pil bersih air, penapis air dan satu bekas logam.
Pisau kecil juga diperlukan untuk memburu dan melindungi diri. Mancis kalis air, ubat-ubatan, sarung tangan, pembalut serta lampu suluh adalah penting untuk isyarat kepada bantuan.
Mungkin ramai tertanya-tanya bagaimana untuk mengekalkan kebersihan dalam keadaan yang tidak lengkap. Pastikan anda membawa sebotol gel pembersih tangan dalam poket anda dan sentiasa bersihakan tangan sebelum menyentuh makanan atau wajah.
Rendam kapas dan lap pada wajah dan kawasan anggota badan yang kotor. Ambil kain kering dan lap kawasan lembap supaya ia tidak melekit. Rendam kaki di dalam air berdekatan untuk beberapa minit. Jauhi kolon dan losen wangi kerana akan menarik minat serangga datang ke arah anda.
Berkhemah bersama kanak-kanak memerlukan banyak tugas namun ia memudahkan anda jika anda memberi mereka kelengkapan untuk dipakai. Pastikan mereka mengenakan pakaian lengan panjang untuk kesesuaian dan keselesaan suhu siang dan malam.
Sediakan lampu suluh atau alat bercahaya (glowstick) pada setiap kanak-kanak dan berikan beberapa peraturan kepada mereka.
Dengan adanya tip-tip berkhemah ini, kami yakin anda lebih menikmati aktiviti ini tanpa sebarang masalah. Boleh jadi, anda akan menjadikan aktiviti ini sebagai percutian perkhemahan wajib lakukan setiap bulan!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau anda jenis suka lepak lama sambil borak kosong, buat kerja atau sekadar tenangkan kepala dengan secawan matcha atau kopi, Shah Alam memang ada...