Akibat dikatakan berpakaian terlalu seksi, seorang wanita dihalau oleh kru kabin pesawat sebuah syarikat penerbangan Britain kerana melanggar etika berpakaian. Akibat kejadian itu, penerbangan tertangguh hampir 20 minit. Thomas Cook sememangnya menerapkan peraturan penumpang perlu berpakaian sopan.
Emily O’Connor berusia 21 tahun menaiki pesawat Thomas Cook untuk penerbangan dari Birmingham ke Tenerife itu sebelum diarah turun oleh kru kabin kerana pakaiannya yang terlalu seksi. Berdasarkan gambar yang tular di media sosial, wanita itu kelihatan memakai seluar panjang jingga namun pakaian bahagian atas seperti bra berwarna hitam.
Melalui Twitter, wanita itu berkata: “Mereka menyatakan akan mengeluarkan saya dari penerbangan jika tidak menutup bahagian tubuh yang terdedah kerana tidak sopan.”
Ads
Menurutnya, dia malu ketika kejadian itu kerana menjadi perhatian penumpang lain. Namun, Emily sempat bertanya kepada penumpang sama ada pakaiannya itu menyinggung sesiapa namun tiada yang menjawab.
Kru kabin berkeras meminta Emily turun, malah mereka mengambil bagasinya. Ketika itu barulah sepupunya datang dan memberi jaket kepadanya dan menurut Emily, kru kabin tidak berganjak sehinggalah dia memakai jaket berkenaan.
Ads
Jurucakap Thomas Cook yang dihubungi memohon maaf dan mengakui kes itu sepatutnya dikendalikan dengan lebih baik. Walau bagaimanapun secara umum, kru kabin Thomas Cook perlu memastikan semua penumpang berpakaian sesuai dan sopan tanpa mengira jantina dan umur.
Berita mengenai etika berpakaian ini menjadi tular, rata-rata netizen mempunyai pendapat masing-masing. Ada yang bersimpati dengan peristiwa buruk yang berlaku kepada wanita tersebut tidak kurang juga yang menyelarnya.
Ads
Beberapa program televisyen juga berdebat mengenai isu tersebut, Emily turut dijemput menjadi tetamu rancangan dan dia hadir dengan pakaian yang sama. Ada panel yang memberi pendapat bahawa pakaian yang dipakai Emily sememangnya menjolok mata. “Ini bukannya top, ini sememangya bra (pakaian dalam).”
Tidak perlu diceritakan apakah itu Kaabah yang terletak di Masjidil Haram, Mekah. Rata-rata semua orang terutamanya yang beragama Islam tahu akan kewujudannya.
Namun begitu masih ramai yang tertanya-tanya apa yang terdapat di dalam Kaabah itu sebenarnya. Sebelum ini, rupa di dalam Kaabah ini sekadar digambarkan dan diceritakan dari mulut ke mulut. Bagaimanapun, pada tahun 2009 masyarakat dunia dapat menyaksikan rahsia di dalam Kaabah menerusi sebuah klip video yang dimuat naik di YouTube. Rakaman video selama lebih empat minit itu didakwa adalah yang pertama dirakam.
Seorang wartawan dari Singapura, Ahmad Mohd Don diberi peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Menurut beliau, keadaan di dalam Kaabah itu gelap. Tidak ada sebarang lampu. Satu-satunya cahaya yang menerangi bahagian dalam Kaabah itu datangnya dari pintu Kaabah yang terbuka.
“Asap kemenyan memenuhi ruang dalam Kaabah itu. Lantainya pula dibasahi air mawar yang mengeluarkan bau semerbak,” kata beliau yang mendapat peluang memasuki Kaabah semasa menunaikan haji di Mekah pada 8 September 1983 atas undangan khas kerajaan Arab Saudi.
Tambah Ahmad, hampir di setiap bahagian dinding Kaabah itu, para undangan menunaikan sembahyang sunat dengan khusyuk. Mereka menghadap tiap bahagian dinding Kaabah. Lantai Kaabah dibuat daripada marmar putih. Begitu juga dindingnya. Pada satu bahagian dinding itu, kelihatan ukiran ayat-ayat suci.
“Terdapat beberapa batang tiang di dalam Kaabah. Besar tiang itu kira-kira satu pemeluk. Pada satu bahagian dinding itu disalut dengan kayu yang berukiran. Mungkin ukiran ayat-ayat suci al-Quran. Terdapat juga para yang di atasnya diletakkan beberapa buah cerek yang kelihatan diperbuat daripada tembaga.
“Tidak saya ketahui apakah yang ada dalam cerek itu. Berkemungkinan besar ia berisi air mawar yang digunakan untuk mencuci bahagian dalam Kaabah,” katanya yang cuma menghabiskan masa selama lapan minit di dalamnya bagi memberi peluang kepada tetamu lain yang menunggu giliran untuk memasuki Kaabah.
Pendakwah bebas, Datuk Mohd Daud Che Ngah menjelaskan bahawa tiada apa-apa sekatan dari sudut agama untuk membuat rakaman gambar atau video di dalam Kaabah. Bahkan, jelas beliau, undang-udang baharu oleh pihak berkuasa Arab Saudi turut membenarkan penggunaan kamera di kawasan Masjidil Haram. Sebelum ini undang-undang negara itu melarang penggunaan alat elektronik tersebut di kawasan Kaabah. Tambahnya lagi, orang awam berpeluang memasukinya semasa lawatan pemimpin Arab Saudi mahupun pemimpin negara Islam lain ke Masjidil Haram.
“Pintu Kaabah akan dibuka semasa lawatan pembesar dan juga ketika hari pertukaran kain Kaabah menjelang Hari Raya Aidiladha,” katanya kepada Jurnal.
Datuk Mohd Daud turut menyangkal dakwaan dan cerita yang menyatakan orang yang mendongak ke bumbung Kaabah selepas memasukinya boleh ditimpa musibah. Menurut Daud, orang ramai juga boleh melihat replika Kaabah di Muzium Islam Hudaibiyah, Mekah. Ia menyerupai isi kandungan sebenar di dalam Kaabah termasuklah tiga batang tiang dan hiasan ayat-ayat al-Quran.
Hanya terdapat sebuah pintu untuk memasuki Kaabah dan ia dikatakan diperbuat daripada emas tulen seberat lapan tan (8,000 kilogram).Pintu Kaabah itu pula hanya boleh dibuka oleh pemegang kunci dari Bani Syaibah. Menurut sejarah Islam, apabila Nabi Muhammad SAW meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah dikuasai oleh Bani Syaibah.
Pada tahun ketujuh Hijrah, berlaku perang pembukaan kota Mekah yang dimenangi tentera Islam. Berikutan itu, Saidina Ali diarahkan supaya mengambil kunci itu daripada Bani Syaibah, malangnya pintu Kaabah tidak dapat dibuka walaupun menggunakan anak kunci yang sama.
Anak kunci itu kemudian dipulangkan kepada Bani Syaibah atas perintah Allah menerusi ayat 58, surah An-Nisa’ yang mafhumnya, “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”
Pada masa itu, Bani Syaibah belum memeluk Islam. Tindakan Rasullulah memulangkan semula kunci Kaabah itu telah membuka hati ketua Bani Syaibah untuk memeluk Islam diikuti semua pengikutnya. Keturunan Bani Syaibah telah diamanahkan untuk memegang kunci Kaabah sehingga hari ini.
Seorang pengguna Twitter bernama Abdal Aziz telah berkongsi apa sebenarnya yang terdapat di dalam Kaabah, kerana dia sering ditanya oleh ramai orang terutama sekali dari non-muslim. Rasanya tidak salah jika dia ingin memberitahu kerana sedikit sebanyak dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita.
Ramai yang suka mandi-manda di kawasan pantai lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak. Kalau diberikan peluang, memang galak mereka bersuka ria mencari keseronokan. Malah, orang dewasa pun tak kurangnya juga, pasti ada sahaja yang akan mencuri kesempatan untuk beriadah di kawasan pantai.
Tapi anda harus berhati-hati dengan ancaman obor-obor yang dijangka pada bulan Mei ini kerana kajian pakar mendapati, fenomena peningkatan populasi obor-obor dijangka berlaku sekitar waktu itu.
Pengarah Pusat Kajian Samudera dan Pantai Universiti Sains Malaysia, Prof Datuk Dr Aileen Tan Shau Hwai menjangkakan peningkatan populasi obor-obor itu akan berlaku di kebanyakkan pantai di perairan Selat Melaka.
Beliau juga menambah bahawa kawasan pantai berhampiran kawasan pantai di Pulau Pinang antara yang dijangka menerima kehadiran paling banyak obor-obor tersebut.
Kehadiran spesis obor-obor itu adalah berpunca daripada peningkatan suhu air laut yang disebabkan oleh faktor cuaca yang panas. Oleh demikian, demi mengelakkan keseronokan mandi pantai bertukar menjadi tragedi ngeri, pengunjung dinasihatkan supaya berhati-hati dengan makhuk kecil itu.
Dr. Tan turut menjelaskan bahawa renjatan yang dihasilkan ribuan obor-obor mampu untuk membunuh ikan yang ada di dalam sangkar penternakan, memenuhi jaring dan menyengat nelayan sewaktu menarik jaring dan menyebabkan saluran paip stesen janakuasa tersumbat.
Tahun lepas, berlakunya peningkatan populasi spesis obor-obor sekitar bulan Mac dan meningkat pada April dan Mei sebelum menurun pada bulan Jun. Dr. Tan menjangka fenomena tersebut akan berulang kembali pada bulan Mei tahun ini sambil menambah bahawa perairan di Sabah kini sudah menunjukkan tanda-tanda kehadiran obor-obor yang banyak.
Jadi kepada anda yang ingin beriadah mandi pantai dan sebagainya, hati-hati dengan makhluk kecil dipanggil obor-obor ni ya. Jangan tengok dia macam comel, rasa nak pegang-pegang. Kena sengat nanti baru tahu.
p/s: ya, budak-budak selalu nak pegang benda tu. Tolong perhatikan gerak-geri anak-anak anda.
Bila terpaksa melakukan penerbangan jarak jauh, pastinya tempoh penerbangan juga agak lama. Nak tak nak perlu berada lama dalam kapal terbang. Keadaan ini adakalanya buat kita tak selesa kerana tempoh yang terlalu lama dan hanya mempunyai ruang serta pergerakan yang agak terhad.
Nak tahu apa anda boleh buat jika membuat penerbangan jarak jauh dan lama, lelaki yang dikenali Tag Jones berkongsi di akaun Twitternya tentang hacks untuk long haul flight berdasarkan pengalamannya travel sebelum ini.
Untuk korang yang akan travel nanti, bolehlah jadikan rujukan dan panduan!
Rupanya ramai yang masih tak tahu travel long haul flight punya hacks. Benda remeh yg sangat membantu jadikan perjalanan berbelas jam jadi selesa. Kalau ada yang nak tahu saya boleh buat thread.
Disclaimer: semua hacks ni based on my experience. Kalau ada nak tambah, dialu-alukan. Terima kasih sebab share & minat nak baca perkongsian saya
– delete segala screenshot dlm phone
– edit video untuk simpanan reels
– buat kerja (laptop) tp ni sy je la kot#l
– write down a journal psl travel (writing it later gives different feeling)
Above all, don’t worry too much. Enjoy the journey & experience Antara semua yg di atas, make sure passport dan boarding pass sentiasa ada. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Kalau ada nak tambah, dipersilakan utk manfaat manusia travel sejagat
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...