
Ada berita baik buat anda yang ingin mengurangkan kesesakan jalan raya atau memendekkan tempoh perjalanan semasa musim cuti sekolah ini dengan menggunakan Lebuhraya Persisitan Pantai Barat (WCE).
Jajaran Seksyen 5 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat dari Persimpangan Bertingkat Lebuh Raya Pintasan Selat Klang Utara Baru (NNKSB) ke Persimpangan Bertingkat Bandar Bukit Raja telah pun dibuka kepada pengguna mulai semalam (10 Disember 2019).
Pembukaan seksyen berkenaan adalah yang ketiga selepas laluan Hutan Melintang ke Teluk Intan dan Kampung Lekir ke Beruas di Perak dibuka pada Mei dan September lepas.
Tujuan utama projek ini dibina adalah khusus untuk menyokong keperluan pembangunan di pantai barat di samping menyediakan lebuh raya yang selesa untuk para pengguna. Strukturnya yang dibina bercantum dengan jalan-jalan persekutuan dan lebuh raya lain menjadikan ia satu-satunya lebuh raya yang cukup ideal dari segi memendekkan jarak perjalanan sekaligus menjimatkan masa serta kos.
Pembinaan lebuh raya berkenaan telah mencapai 71 peratus siap dari segi pembangunan dan pembinaan di mana ia telah dibuka secara berperingkat bermula pada Mei lepas.
Sumber: Bernama
Wanita Kongsi Tip Bila Travel Ke Iceland. Paling Penting Memory Handphone Kena Lebih!

Iceland sebuah negara yang sering menjadi wish list untuk pengembara atau pelancong. Memiliki tanah hijau dan air laut biru yang segar dan dingin, pemandangan menghijau dan kebiruan di sini akan membuatkan memukau setiap mata yang memandang.
Terletak di sebuah pulau yang kedudukannya berdekatan dengan Kutub Utara serta dikelilingi Samudra Atlantik utara, jika anda ada perancangan berkunjung ke negara ini, 3 perkara yang dikongsikan oleh pengguna Facebook yang bernama Ayu Hasman ini perlu anda cakna.
Tapi yang pasti anda akan dapat satu pengalaman dan kenangan indah untuk dikenang bila berpeluang berkunjung ke Iceland.
Ikuti perkongsian Ayu Hasman tentang Iceland!
3 sebab kenapa korang kena sabar jika ke Iceland
Cuaca. Cuaca di Iceland ni ikut mood. Kalau mood dia baik, cerah lah dia. Kalau mood datang bulan, hujan sepanjang hari. Jadi, sebab tu korang kena standby windbreaker. Dan yang paling penting, pakai warna cerah. Supaya gambar korang meriah
Speed limit. Jangan cuba-cuba untuk langgar had laju. Sepantas kilat korang akan dapat surat saman. Harga saman tak murah ye
Pemandangan memukau. Jadinya, korang akan rasa macam tak boleh nak stop ambil gambar. Tau-tau memory full. So korang standby la siap-siap memory card, dan clear kan space memory phone sebelum travel ke Iceland.
Syok sebenarnya ke Iceland. Sebab korang akan rasa seperti berada di planet asing. Tak kira la musim panas mahupun musim sejuk. Kedua-duanya mempunyai kecantikan yang berbeza.
Jadi, kalau ada peluang, sila lah ke Iceland. Cuma nak pesan, kat sini takde bangunan pencakar langit ye. Kalau jenis yang suka city, korang boleh lah skip Iceland
Credit photo: Link Gud
Sumber: Ayu Hasman
Penduduk Tempatan Pun Tak Berani Ke Gunung Berembun, Lokasi Nora Anne Ditemui Maut

Percutian di Malaysia yang sepatutnya menjadi kenangan indah bertukar tragik bagi remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin yang hilang sebelum ditemui mati tidak jauh dari sebuah resort penginapan keluarganya.
Anak istimewa berumur 15 tahun itu dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 4 Ogos, sehari selepas keluarga itu mendaftar masuk untuk percutian dua minggu di resort The Dusun, Pantai, Negeri Sembilan yang terletak kira-kira 60 kilometer dari sini.
Mayat remaja Ireland itu ditemukan selepas 10 hari dilapor hilang oleh pasukan sukarelawan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat berkeadaan tidak berpakaian berhampiran anak sungai di kawasan berlurah. Pengesahan identiti mayat itu dilakukan selepas pengecaman oleh ahli keluarga remaja malang itu di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan.
Terdahulu, pencarian Nora Anne mendapat liputan meluas daripada media tempatan dan antarabangsa yang siap ‘berkampung’ di kawasan itu sejak remaja itu dilaporkan hilang. Pencarian itu juga mencuri tumpuan rakyat Malaysia untuk mengikuti setiap perkembangan operasi yang turut melibatkan sejumlah tenaga yang besar. Antaranya pakar penjejak terdiri anggota pasukan komando 69, unit anjing pengesan K9, pasukan Senoi Praaq, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Rela, penduduk orang asli dan sukarelawan. Selain pasukan dari Malaysia, polis dari Ireland, England dan Perancis juga berada di negara ini sejak minggu lepas bagi membantu siasatan kes kehilangan remaja itu. – Bernama
Pelbagai andaian dan cerita berkaitan kematian Nora Anne terus diperkatakan. Melalui perkongsian daripada twitter @HilmiQimie lokasi penemuan mayat Nora Anne sememangnya sering merangut banyak nyawa.
Kalau nak tahu, kami warga Pantai dan berdekatan pun tak berani nak pergi ke Gunung Berembun, tempat Nora Anne ditemui mati tu.
Yang tahu je tahu..
Akan dikongsikan cerita sebenar di sebalik sejarah misteri gunung berembun ini soon.
— BUFF UHT (ULTRA HOT TOUGH) (@HilmiQimie) August 13, 2019
Kredit: mstar
Kredit: astroawani
Tourism Selangor Umum 40 Kumpulan Finalis Pertandingan ‘Pitch’ Pelan Pemulihan Pelancongan

Tourism Selangor menerusi Jabatan Pembangunan Industri baru-baru ini telah mengumumkan senarai 40 kumpulan finalis bagi Pertandingan “Pitch” Pelan Pemulihan Sektor Pelancongan Domestik Negeri Selangor. Pelan Pemulihan ini adalah bertujuan untuk menyemarakkan semula sektor pelancongan domestik di Negeri Selangor melalui pendekatan yang efektif berdasarkan norma baharu atau melalui inisiatif yang menjurus ke arah mengatasi impak dari pandemik Covid-19.
Pertandingan “pitch” ini juga telah membuka ruang kepada penggiat industri pelancongan dan seluruh masyarakat untuk tampil dengan idea-idea menarik dalam mengekalkan kelansungan industri ini terutamanya di Negeri Selangor. Kertas Kerja yang dihantar juga perlu merangkumi aspek usaha mengembalikan keyakinan rakyat dan pelancong untuk melancong ke Negeri Selangor; serta menjadikan Negeri ini sebagai destinasi pelancongan utama di Malaysia.
Pertandingan yang telah bermula pada 14 Jun dan berakhir pada 31 Julai lalu ini menerima sebanyak 101 penyertaan Kertas Kerja. Dari jumlah ini, 34 adalah masing-masing dari kategori “Kreatif dan Inovasi Pelancongan” dan “Kelansungan Pelancongan atau Sustainable Tourism”, manakala baki 33 Kertas Kerja pula memfokuskan pada Digitalisasi Pelancongan”.
Dari 101 jumlah Kertas Kerja, 40 telah dihasilkan oleh universiti tempatan, 35 dari syarikat swasta, 16 dari syarikat berfokuskan sektor pelancongan, serta baki penyertaan datang dari Non-Profit Organization (NGO) serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
40 kumpulan finalis ini akan membentangkan Kertas Kerja mereka pada sesi penilaian terakhir pada 9 dan 10 September ini bagi merebut peluang bagi membawa pulang hadiah kemenangan berupa Geran Projek bernilai RM 150,000 untuk 20 pemenang utama! 10 pemenang utama akan membawa pulang Geran Projek bernilai RM 10,000 setiap seorang, manakala 10 pemenang saguhati pula akan membawa pulang Geran Projek bernilai RM 5,000 setiap seorang.
Kesemua para pemenang akan diumumkan pada 15 September ini. Mereka juga turut berpeluang membentangkan hasil Projek mereka di Tourism Selangor Global Convention 2021; sebuah Konvensyen yang menampilkan penyertaan Badan dan Agensi Promosi Pelancongan Rasmi dan penggiat industri pelancongan dari seluruh Negara serta orang awam dan dijadualkan berlangsung pada bulan November ini, tertakhluk kepada SOP semasa.
Untuk informasi lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di www.selangor.travel. Anda juga boleh ikuti kemas-kini pihak Tourism Selangor di laman media sosial rasmi; Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan YouTube channel.