Berita

Fenomena Air Pasang Besar, Kerajaan Selangor Pertimbang Isytihar Darurat Iklim. Yang Nak Bercuti Kena Alert!

Share

Keadaan cuaca yang tidak menentu pada masa sekarang sering menyebabkan fenomena air pasang besar di Selangor khususnya sehingga menyebabkan banjir di beberapa tempat. Ekoran daripada itu,  Kerajaan Negeri Selangor mempertimbangkan untuk mengisytiharkan darurat iklim di kawasan banjir selepas meneliti data dan kajian lengkap bencana yang dibuat pakar dilantik

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri itu sedang mempertimbangkan untuk mengisytiharkan darurat iklim bagi tujuan itu.

“Kami tidak boleh sewenang-wenangnya umumkan perkara itu, ia bergantung kepada data yang akan diberikan oleh pakar yang telah dilantik,” jelasnya kepada pemberita semalam.

Baru-baru ini Amirudin mengingatkan penduduk Selangor khususnya di Klang dan Kuala Selangor supaya bersiap sedia menghadapi fenomena air pasang besar yang berkemungkinan menyebabkan banjir apabila paras laut boleh mencecah sehingga 5.5 meter.

Paras laut berkenaan dibimbangi menyebabkan banjir dan menenggelamkan rumah jika disusuli hujan lebat yang menyebabkan pintu air terpaksa ditutup.

Dalam masa yang sama, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan pada bulan November hingga Mac negara akan mengalami cuaca lebih lembap disebabkan perubahan monsun.

Kredit: Kosmo Online

 

IKLAN